Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kougar #1

KOUGAR

Rate this book
Sinopsis : Kougar
Kisha wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya. Berumur 40 tahun, dan masih bujang.

Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam. Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang sama.

Tetapi Kisha kekadang impulsif. Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari Datuk Emir untuk keluar berhibur di karaoke. Dari situ, mereka akhirnya terlanjur. Apakah kecuaian Kisha itu dapat dirahsiakan atau akan ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti?

KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!


______________
Novelis : Shaz Johar
Shaz Johar adalah seorang penulis blog tegar dan baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan novel. Lahir di Kuala Lumpur sebelum wujudnya LRT dan KLCC, kini dia sedang bekerja di dalam industri perkhidmatan pelanggan di sebuah bank yang terkemuka. Shaz giat menulis blog dengan nama pena Jejaka Anggun dan pernah menulis dua cerpen di dalam bahasa Inggeris yang telah dimuatkan di dalam majalah online Anak Sastra. Di waktu lapang ketika dia tidak terlalu terikat dengan kehidupan jetsetternya, dia lebih senang mengasah bakat nyanyiannya di dalam bilik karaoke sehingga ke awal pagi. Kougar merupakan novelnya yang pertama dan kini dalam pembikinan novelnya yang kedua.



Cetakan Pertama : Mei 2011
Cetakan Kedua : Mac 2012
-

322 pages, Paperback

First published April 14, 2011

6 people are currently reading
324 people want to read

About the author

Shaz Johar

26 books102 followers
Shaz Johar was born and raised in Kuala Lumpur. He works in a bank. His first novel KOUGAR (2011) won the Selangor Young Talent Award for Best Malay Novel. He followed this up with TABU (2011) and MENTAL (2012).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
66 (14%)
4 stars
91 (19%)
3 stars
187 (40%)
2 stars
89 (19%)
1 star
29 (6%)
Displaying 1 - 30 of 73 reviews
Profile Image for Sharah.
33 reviews17 followers
December 6, 2011
Ingin saya tegaskan ini kali pertama saya beri komen sekejam ini. Pada pendapat saya ini bukan buku, tapi hanya karya menurut nafsu. Pemilihan kosa kata yang teruk, emosi yang kurang, jalan cerita yang teruk, dan dialog yang kurang cerdik. Kenapa?

1) Siapa yang jumpa 'orang asing' di Stesen KTM dan terus menonton wayang? Ok mungkin ini boleh diterima lagi

2) Perempuan mana yang kena rogol tapi bersedih setakat menekup muka? Lagi lagi dalam cerita ni, Kisha boleh dikatakan seorang yang 'kenal tikar sejadah'. It must be the end of the world for a lady, understand?

3) Perempuan mana yang pergi 'main' dengan lelaki lain dalam toilet ketika menemani suami shopping, lepas tu doa doa kepada tuhan untuk melembutkan hati suami sendiri supaya rumah tangga berjaya? Ini paling teruk.

4) Ada satu babak dalam buku ni, antara doktor dan Kisha. Doktor bertanya, "masih ada infeksi kah disitu?" disitu refers to private part of Kisha's. Bila Kisha tanya dimana, doktor jawab "disitu la..." sambil menunding jadi ke arah 'itu. Mannnnnnnnn doktor celah kampung mana yang tak professional gila ni? A DOCTOR WON'T TALK LIKE THAT. They specifically name the part!


Oke enough 4 points kot. Analisa saya mungkin kerana penulis ini lelaki dan membuat cerita pada sudut pandangan seorang wanita. Kurang emosi. Lebih nafsu. Lebih kepada detail bab bab di ranjang. LOL.

FAIL.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
January 30, 2021
Novel pertama Shaz Johar yang kubaca. Permulaannya OK tapi lama kelamaan ceritanya agak meleret dan seperti drama petang pukul 7 sahaja...
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
September 3, 2012
Seperti Ajib, aku rasa menyampah dengan watak utama novel ni. Kisha. Oh, please! Wanita yang digambarkan wanita moden yang konfiden, berkerjaya tetapi lemah. Lembik. Seriously, aku rasa macam nak ketuk-ketuk je kepala si Kisha ni. Geram betul!

Aku tak tahu bagaimana nak gambarkan si Kisha ni. Nak kata bodoh tapi lagaknya macam pandai tetapi caranya, gayanya agak merapu. Mana la ada perempuan yang boleh relaks je bila kena rogol? Setakat sedih, menangis, sembap mata then everything is back to normal. Hai! Kita berbicara pasal hilang dara kot tetapi Kisha boleh jadi se-selamba gila. *rolledeyes*

Aku juga kecewa dengan cara Kisha meladeni rumah tangganya. Tak suka kata terus tak suka. Menjadi isteri, Kisha seharusnya lebih bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal hati dan nafsunya sendiri. Bukannya sekali ‘makan luar’ malah banyak kali tetapi dalam hati minta Tuhan lembutkan hati suami sendiri. Logik kah?

Sejujurnya aku suka isu yang ingin diketengahkan oleh penulis. Kisah gadis lanjut usia yang mencari cinta dan akhirnya terjatuh hati pada lelaki yang lebih muda. Berperang dengan diri sendiri dalam mengejar cinta dan mentaliti masyarakat yang melihat wanita tua berpasangan dengan anak muda; kisah si anak ikan. Tak mahu digelar anak derhaka, makanya menerima perkahwinan aturan keluarga. Kisah penderaan selepas kahwin yang sememangnya realiti dan makin berleluasa dalam norma masyarakat kita. Cuma sayangnya isu dan idea itu tidak disampaikan dengan lebih baik (teringat Tabu, penulis juga gagal mengetengahkan isunya, tetapi cerita itu lebih bagus daripada yang ini).

Apa yang menyelamatkan cerita ini adalah laras bahasa yang kemas. Plot yang smooth hinggakan tak sedar yang kita sudah di penghujung cerita. Tetapi yang lain, novel ini lebih menggambarkan kepada wanita bertunjangkan nafsu tetapi gagal dalam menguruskan emosi sendiri. Atau mungkinkah aku yang selama ini sering disogokkan dengan kisah wanita berhati besi, gagal untuk menerima kenyataan ada wanita yang sebegini? Ya, mungkin.

Not recommended for others! Sorry!
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
October 8, 2012
Ini buku FIXI yang hamba beli menggantikan Sitora Harimau Jadian dan Kelabu yang kehabisan di rak Popular. Sedang cuba berkenal-kenalan dengan buku-buku FIXI membuat hamba tidak kisah mengambil risiko dengan 'Kougar' yang menerima purata bintang di bawah tiga. Meski hamba agak menyesali tindakan sendiri kerana tidak meneliti review-review yang ada tetapi seperti selalu hamba tidak merasakan pembelian apa buku pun adalah sia-sia.

Sedikit atau banyak, baik atau buruk pasti ada sesuatu yang kita perolehi dari membaca sebuah buku, kan?

Untuk 'Kougar', hamba sebenarnya tidak akan serendah ini memberi bintang jika babak-babak 'terlampau' itu tiada di dalamnya. Hamba tidak merasakan babak seperti itu perlu untuk dipakejkan sekali bersama perwatakan Kisha yang sudah sedia bertolakan dari norma fikiran hamba.

Kisah seorang perempuan yang cuma sendu-senduan sedikit selepas diperkosa dan meneruskan kehidupan dengan seperti biasa adalah sesuatu yang di luar norma bagi hamba. Kejadian curang di tandas awam ketika suami membeli belah, sesuatu lagi yang di luar norma fikiran. (Daripada dia mengisi waktu kosong dengan ber-curang-an dengan lelaki lain, kan bagus dia lari saja sewaktu punya peluang begitu? Kejadian ini membuat hamba hilang simpati terus pada dia yang menjadi mangsa penderaan domestik.)

Dan, yang paling di luar norma fikiran hamba ialah semua ini dilakukan oleh seorang perempuan berusia 40 tahun yang pada seharusnya bijak, matang, tahu mengawal diri dan sudah punya matlamat hidup.

Walaubagaimanapun, bukanlah isi cerita yang disampaikan oleh penulis tidak boleh hamba terima 100% dalam kotak fikir. Malah, hamba tahu kougar seperti Kisha ini memang benar-benar ada cumanya penulis tidak berjaya membuat hamba 'memaafkan' setiap kesalahan-kesalahan 'luar biasa' Kisha. Namun, satu pengajaran penting yang hamba dapat dari buku ini selain JANGAN JADI MACAM KISHA ialah jangan sesekali meminjamkannya kepada adik-adik sepupu hamba. Noktah.




p.s Termasuk dalam 'Kougar', hamba tidak suka membaca babak-babak mimpi. Entah kenapa.
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews31 followers
October 17, 2013
Kugar jika di selak kamus bahasa melayu bermaksud sejenis binatang liar yg termasuk dlm famili kucing, begitulah penulis cuba menggambarkn watak Kisya yg liar & bebas pergaulannya...

Watak Kisya yang di bawa penulis mengingatkan aku pada Rozita Che Wan...hahahah...Ini kerana hubungan Kisya dengan anak2 ikan...Gambar kulit novel pn menunjukkan sesuatu sangat...

Jika tiada unsur2 sx dalam novel ini...bukan FIXI namanya...walaubagaimanapun, novel ini berkisar seorang ANDARTU yg berjaya dalam kerjaya...mempunyai pak we muda (Azril)...emak yang lantang dalam isu perkahwinan...Kehidupan Kisya bagi aku agak sosial & penulis menggambarkan Kisya seorang yang memerlukan lelaki...drpd pertemuan Azril di dalam KTM hinggalah bergelar kekasih...berzina dengan Emir tanpa perasaan bersalah...Kisya berkahwin dengan Razif & berlaku curang dengan anak ikan kampung, Yusri...sehingga bertemu dengan jejaka photograper yg menjadi igauan mimpi pada Kisya...

Selain kisah Kisya, penulis juga menyelitkan hubungan terlarang antara rakan Kisya, Suraya dengan suami orang , Abg Mike & lebih mengejutkan terselit juga hubungan songsang Abg Mike bg menimbulkan sedikit konflik antara Kisya & Suraya...

Jika di teliti, penulis mungkin hendak sampaikan kisah andartu yang socialis...cuma aku rasa isi nya kosong...kosong (Ikut Nada Lagu Najwa Latif)...Jika di amati, aku rasa kisah fiksyen kehidupan Kisya ini mungkinkah berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedari...

Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
October 24, 2016
All the reviews here covered apa yg saya fikirkan tentang Kisha..nak describe si Kisha ni pun tak tahu macam mana..all I can say for a 40 yrs old, jiwa Kisha ni kosong..dia tak tahu atau belum jumpa apa sebenarnya yang dia hendak..mungkin pada dia, dia tahu tapi setiap keputusan dan tindakan semuanya serabutkan lagi fikiran dia..nak kata tak matang ada part boleh tahan juga..entah lah. Honestly, saya rasa nak tergelak most of the time walaupun ini bukan cerita yg ada lawak..hailah..lagi2 bila dapat teman seperti Suraya..kekadang saya tertanya, kerja kat office tu takkan takde yg memberi nasihat (bukan sindir menyindir type, tapi yg ikhlas membantu) atau beri bimbingan?
Profile Image for Syahira .
665 reviews71 followers
February 29, 2012
From the rating, you will know this is one scathing review. You guess, right. I am quite surprised by it actually. Usually I am much nicer to debut authors but....

Its quite fascinating how some literature can get published these days which proves to be motivating at some point. I've rated by my feeling of the book, mind you. I know the ideas and effort that the author tries to put into the book but some moments it does seems like paddings and its very disappointing when the story goes where it does.

Kinda agree with some definition of pulp fiction..... "Like 'junk food' is to nutrition". I read a lot of them when I am bored and I do think its quite harmless but still.. *big sigh* ...

I am confused with the idea itself... is the character is supposed to be an anti-heroine? Because she's like the supporting character of herself. The characterization is too messy to the readers to even care/root for her. She had the makings but its really shallow to think she allowed herself to be written this way.

Honestly, I was tired of the pages when I reached last quarter of the book when I began to feel the story sort of fell through to oblivion.

This is the story of Kisha, an office lady who likes young man. Weirdly enough, she had so much drama while she was in her 40s that I wonder what really have happen the last duration of her lifetime. Its like a blank slate of a woman who suddenly found herself nearing 5 and 0. I mean.. I know MILF and cougars in some sense that I can get some of the male fascination over them but somehow I was weirded out by this.

Kisha is a very unlovable woman who found men of all age wanting to get a piece of her for her redeeming 'physical' qualities for her age. She doesnt seem to have any principle for a mean 'cakar2 cougar', she thrives being a drama queen and can be very vain and she's very much like a carbon copy of malay drama character in tv3. I facepalmed myself when I bring the book to my writing friends who skims through the book with big frowns on the foreheads. One of them had read the author's blog and found him really rude and judge the book solely on it. Some of them advised me not to continue reading it so I wont get the bad infectious writing vibes but I defer since I always would try end something when I begun, even if its bad or boring fiction.

Actually since its a first-person view book, I felt like the character is akin to having a huge boulder over whenever you read her referring to your own self. Its pretty depressing when I was forced to be in her character (1st POV mind you) and I dislike myself being her. There's variety of things that didnt really need to be written to make the story solid but existed. I went through a few pages and astounded on how the characters were terribly messed up in this. I am confuse which is who and who actually. Usually even uncommon and unconventional character can be tweaked around to be likeable (hell, Malcolm McDowell's Alex in A Clockwork Orange is very misogynist character who raped women but he is weirdly loveable) its not a skill everyone have but if you are intending to go to the road, do it. But, make the story rather intriguing instead of another sob story of a woman who let her mother annoy her into marrying a guy who ends up to be a misogynist bastard with some bad press with woman and an unconvincing series of hexagonal men which is like another double set of cullen-black bromances.

I know there's people who rated badly for the books I like to read, I accept it but I have read a lot of books about a 30 to 40 something girl who fall in and out of love and etc but personally this book is like any other rm15 mild romance books minus good sex scenes and good ending. If you want to read it, please do, but I would have to recommend another good romance book to get the after-taste out of the tongue to compensate it.

Malay books hardly ever satisfies me, I could only count one hand how many Malay books I've read that I wrote scathing remarks over them for 2011. Its just a special case of a girl like me who like strong character and go 'meh' when it was just my imagination.
Profile Image for Pips.
219 reviews30 followers
January 27, 2013
2.5*

Tahniah Shaz Johar kerana berani mengetengahkan kisah antara wanita berusia dengan lelaki muda; anak ikan.

Kougar buku kedua dari Shaz Johar yang daku baca, setelah Mental. Ternyata, buah tangan pertama dari Shaz Johar ini ada kurangnya, sedikit.

Kisha. Wanita moden yang melepasi usia sebagai anak gadis yang mana, masih lagi hidup berseorangan, mempunyai minat terhadap lelaki muda. Yang pertama, Azril. Seorang lelaki yang 15tahun lagi muda dari Kisha. Permulaan perkenalan mereka sewaktu terperangkap di dalam tren. Nak dijadikan cerita, Azril dapat tawaran bekerja di pejabat yang sama dengan Kisha. Lantas, terjalin hubungan istimewa antara mereka.

Namun, kehadiran Datuk Emir yang dikenali melalui kenalan Kisha, Suraya telah menjadi igauan ngeri buat Kisha. (Eh ye ke? Kalau igauan ngeri, kenapa Kisha masih lagi tidak menolak bilamana Emir mengajak keluar?) Dan, daranya jugak telah diragut oleh jantan keparat ini! Tapi, lagak Kisha, seolah-olah macam; 'Oh okey. Tidak mengapa'.
Alahai. Kenapa tidak berkeras saja? (Di sini, dah start tak puas hati dengan watak Kisha)

Setelah terbongarnya hubungan intim di antara Kisha dengan Emir, Azril meninggalkan Kisha. Kerana bosan dengan suruhan maknya di kampung, Kisha akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan saudara terdekat beliau, Razif, duda anak satu. Razif ialah seorang imam yang duk pung pang pung pang bagi tazkirah macam-macam tapi dengan anak isteri, naik tangan itu perkara biasa. Mana mungkin wanita yang biasanya suka berdikari dan moden seperti Kisha tahan dengan kehidupan bersama Razif.

Kisha ini, wanita moden. Berpakaian seksi meksi. Tapi bersolat. Ada suami-walaupun kahwin paksa tapi tetap 'main' dengan lelaki muda; Yusri pekerja Razif. Dan juga, keras kepala. Tangunggjawab sebagai isteri diabaikan. Yang tak enaknya, gugurkan anak. Hmpphh?

Jujurnya, daku tak tahu apakah makna Kougar. Gigih cari dalam Kamus Dewan tapi tetap tak jumpa.

"A cougar is an older woman who is primarily attracted to and has sex with with significantly younger men".
Oh. Definisi ini aku dapat dari blog Shaz Johar.
Profile Image for Ummi Farhana.
238 reviews13 followers
June 14, 2011
Jujurnya, aku agak kecewa dengan persembahan Kougar. Permulaan yang perlahan, pertengahan yang mediocre dan pengakhiran yang agak ringkas. Bagi aku, Kougar adalah buku yang agak lemah dalam siri FIXI. Jalan cerita, intipati Kougar tu ada sebenarnya, tapi corak penyampaiannya agak bosan, bagi aku.

Aku suka isu-isu yang disampaikan melalui novel ini. Tentang gadis lanjut usia, tentang perhubungan sosial yang melewati batas agama, tentang perbezaan generasi, tentang penderaan domestik, tentang norma-norma dan mentaliti masyarakat dan macam-macam lagi. Realiti terlukis dengan nyata dalam Kougar. Cumanya tak berapa berkesan di hati aku.

Ini novel tentang Kisha, makanya perwatakan Kisha itu ada perkembangan. Tapi watak-watak lain agak hambar. Realistiknya tiada pada sesetengah watak. Ada watak yang sekadar menjadi 'penyedap rasa'. Ada watak yang tidak dihuraikan dengan baik.

Baik buruk novel ini, semuanya pada pengamatan aku. Yang lain-lain, tepuk dada, tanya selera.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
February 7, 2024
Pa benda la cita ni. Dah la ending tergantung, bikin bengang ja baca sebab kena sambung plak no 2. Kisha tu kougar kot celah mana, biasa ja, macam lebih kepada jalang ada la. Si Yusri tu pun dia nak bedal. Dah la permainkan hati budak tu, budak Azril tu. Haish, tak faham perangai Kisha ni.
Profile Image for Topek Ketopekan.
32 reviews4 followers
May 24, 2011
Kougar adalah sebuah hidangan santai. Walaupun plot penceritaan kurang berkesan (dari segi perwatakan dan keterangan watak), dan kemuncak atau klimaks plot terus jatuh mendatar, pengakhiran Kougar diceritakan dengan begitu lancar dan mantap. Aku suka cara penulis menyudahkan cerita.

p/s: Ada sekali ketika membaca buku ini, aku tertidur kerana keletihan. Tidak lama selepas itu, watak-watak (seperti Kisha, Azril, Suraya dan Abang Mike) yang terdapat di dalam Kougar ini muncul dalam mimpi aku. Hebat bukan? Titik.
Profile Image for meenie.
322 reviews3 followers
August 9, 2024
how do i start eh ? hmmm semua okay semua best tapi ending dia macam tahi lah ish

kisha menghampiri usia 40 tahun bertemu dengan azril lelaki berusia 25 tahun. well pada mulanya kisha ni syok dekat azril and even lying about her age tapi kantoi jugak akhirnya. memandangkan kisha ni tak kawin lagi and usia semakin suntuk, mak dia pun nak kawinkan dia dengan razif, sepupu dia. razif ni pulak duda dua tahun and kiranya semua benda dah adalah (ada kedai makan baru bukak and kedai runcit oh and imam jugak) kalau orang kampung tahu pasal razif ni macam calon menantu pilihan lah. akur dengan pilihan mak, kisha pun berkawin dengan razif dan episod hitam dalam hidupnya bermula.

personal opinion ;
JANGAN PERCAYA LELAKI. JANGAN PERCAYA LELAKI. JANGAN PERCAYA LELAKI YANG NAMPAK ALIM TAPI HAKIKATNYA ZALIM YANG ALLAH SAHAJA TAHU. out of nowhere, berlakunya penzaliman dalam rumah tangga. stressnya - penulisan shaz johar memang 🔛🔝 terbaik ! sangat suka. devoured. cuma saya nak highlight buku ini untuk pembaca matang. ada menyentuh isu keganasan rumahtangga - seks luar nikah juga. benda yang saya emo satu je, ending tu. kenapa eh? tapi layak lah ending tu macam tu cumanya aku stress time tu lah semua jantan nak datang 😭😭😭 dari yusri ke azril sampai ke fiqri datang cari - aku lah. ish -
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
97 reviews8 followers
November 23, 2021
Kisah percintaan Kisha yg sgt haru biru. Aku suka jalan cerita dia & tak sabar nak baca Kougar 2. 😊
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
November 13, 2013
Saya akan melakukan ulasan novel yang bertajuk Kougar ini tanpa menulis sinopsisnya terlebih dahulu. Untuk melihat sinopsisnya,boleh lakukannya dengan melihat deskripsi novel ini yang sudah disediakan.

Selepas CEKIK,saya fikir,Kougar merupakan novel terbitan FIXI yang paling kontroversi. Jika diperhatikan,kebanyakan pembaca memberikan ulasan yang negatif mengenai novel ini. Saya memahami kenapa mereka berbuat begitu. Malah,ada juga hujah/alasan mereka saya persetujui di dalam ulasan mereka. Pada saya,novel ini 'OK'. Saya tidaklah suka apa yang dipersembahkan penulis novel ini. Namun,pada masa yang sama,tidaklah membencinya. Namun demikian,sejujurnya,dari satu sudut,saya sukakan gaya penulisan penulis ini. Saya berpandangan,beliau mempunyai gaya penulisan yang unik dan tersendiri. Gaya penulisannya yang bersahaja dan ada kalanya mengandungi unsur humor,berjaya menarik perhatian saya.

Seperti juga dengan Cekik,Kougar merupakan sebuah novel bersifat satira. Ada beberapa perkara realiti yang berlaku di dalam diri masyarakat di sekeliling kita. Andartu,pertembungan budaya orang bandar dan desa,perhubungan bebas,cinta 'anak ikan',dan lain-lain isu berkaitan. Perkara-perkara ini dibentangkan melalui jalan cerita di dalam novel ini. Malah,jangan terkejut jika di dalam novel ini turut menampilkan beberapa sikap pelik manusia melalui watak-wataknya. Sebagai contoh,watak utama novel,Kisha,yang masih mempercayai ramalan horoskop dan pada masa yang sama masih beribadat kepada Tuhan. Malah,tidak segan melakukan zina!

Pada pandangan saya,Kisha,watak utama novel Kougar,bukanlah seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri seorang 'kougar' sejati. Ada sebabnya wanita sebegini dipanggil sedemikian rupa. Selain menyukai lelaki yang lebih muda daripadanya,mereka juga bersikap tegas dengan pendirian mereka untuk memiliki lelaki muda sebagai peneman diri. Pada tahap yang ekstrem,ada juga yang sanggup menjadi Sugar Mama,membiayai kos hidup pasangan muda mereka. Mereka tidak akan mudah tunduk terhadap tekanan mana-mana pihak untuk meninggalkan kecenderungan mereka ini. Tidak seperti Kisha yang seolah-olah tiada pendirian untuk mempertahankan cintanya kepada Azril dan bersetuju untuk berkahwin dengan Razif. Kita tidak perlu melihat jauh. Lihat sahaja kepada pelakon berstatus 'janda hangat' Malaysia, Rozita Che Wan . Walaupun gagal di dalam hubungan percintaan dengan Shahir AF8 ,namun,dia tetap memburu lelaki muda sebagai pasangan hidupnya. Kini,dia sudah bertunang dengan Zain Saidin yang merupakan seorang 'anak ikan' kerana jarak usianya dengan Rozita agak jauh bezanya.

P/S: Saya masih menyimpan harapan untuk membaca dua buah novel dan sebuah cerpen hasil tulisan penulis ini,Shaz Johar. Ketiga-tiganya mendapat ulasan yang lebih positif berbanding Kougar.
Profile Image for AZRGHZL.
101 reviews6 followers
May 3, 2012
Cerita biasa-biasa saja dan begitu tipikal. Boleh dihabiskan dengan sekali harung kerana jalan cerita begitu lancar dan mudah dijangka. Seolah menonton slot Cerekarama, pendek kata ia amat sesuai sebagai bacaan ringan di waktu lapang dan tanpa sedar aku hampir habiskan satu pek coklat Daim.
Profile Image for Steff.
108 reviews17 followers
July 24, 2013
Sejujurnya I expect more thrill. It's just a story about an aged woman with many intended and accidental relationships. To be honest I expected Kisha to turn murderous or something smh. Agak mengecwakan sedikit sebab terlalu banyak adengan yang tak berapa signifikan.
Profile Image for Syazwanie Winston Abdullah.
425 reviews28 followers
July 29, 2025
Book #36 ✅

Rarely read Malay books but this one managed to interest me. Sebab OCD, nak baca dulu yang ni sebelum baca yang kena b*nned tu 🤭 A male author writing from a woman's POV which surprisingly was pretty accurate.

Kisha ni takdelah kougar sangat, in my opinion. Coincidentally je, yang minat dia semuanya anak ikan. There were plenty of "dosa" stuff in this book but yet, there were also some religious knowledge that was shared across which I found useful.

#SyazReads #SyazReads2025 #MalaysiaMembaca #goodreads #books #readers #bookworm #booklover #kakibuku #kakibaca #baca #bacabuku #ulatbuku #shazjohar #kougar
Profile Image for Hafeji A.D.
256 reviews1 follower
December 2, 2023
Novel ni ada bahagian yang best, ada part yang meh, ada part yang intriguing dan ada part yang meh. Kisha ni biol barangkali.

Endingnya macam ...? Kalau aku baca novel ni tahun 2011, memang patut bengang. Cuma aku di tahun 2023, dan tahu ada sambungannya, jadi tak berapa furious.

Anyhow, aku akan baca sambungannya. Tapi bukan sekarang. Mungkin nanti, tengok la. I need a break from Kisha.
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
December 27, 2012
Jujur aku bilang ketika aku berada di gerai Fixi di Pesta Buku Antarabangsa 2011 tempoh hari, Kougar adalah naskhah pertama yang aku capai. Aku terpanggil untuk membelinya bukan kerana kulit depannya menampilkan separuh wajah wanita sedang mahu menggigit sebiji ceri dengan gaya penuh suggestive, tetapi kerana judulnya. Aku penggemar siri Cougar Town lakonan Courteney Cox, makanya aku separuh berharap agar novel ini juga mempunyai intipati yang serupa: wanita berumur yang jelita, lincah dan menggenggam lelaki di hujung jemarinya yang cantik dimanikur.

Kougar hasil nukilan Shaz Johar ini mengisahkan tentang Kisha, wanita bujang sekitar awal 40-an yang tinggal di bandar dan menjalani hidup sebagai seorang wanita moden yang berkerjaya. Dalam menelusuri hidupnya yang tidak terikat dengan mana-mana lelaki, dia terkait dengan Azril, anak muda yang mulanya diintip di dalam tren LRT dan akhirnya menjadi kekasihnya pula. Kisha juga bertemu dengan Emir, duda lanjut usia yang hanya mahukan keseronokan temporari tanpa sebarang ikatan. Di kampung halamannya pula, ibu Kisha telahpun mengatur strategi untuk menyatukan anak daranya yang sudah hampir ‘tarikh lupus’ dengan imam muda bernama Razif. Perlahan-lahan plot Kougar terlerai dengan setiap satu watak berkaitan antara satu sama lain dan kompleksiti mulai timbul dan mengusutkan perjalanan hidup Kisha.

Malangnya Kougar gagal menepati ekspaktasi aku. Ia bermula dengan baik, bab satu merupakan introduksi yang amat menggoda pembaca untuk terus membaca dan menyelak halaman demi halaman sehingga selesai ke kulit belakang. Bagi aku, apa yang kurang bukannya dari segi penceritaannya. Shaz Johar merupakan story-teller yang cemerlang, tetapi aku kurang berpuas hati dengan bagaimana watak Kisha dan Azril dibentuk dan dikembangkan. Terasa flat dan two-dimentional. Pembaca tidak disajikan dengan ciri-ciri penggoda dan si kaki 'ambil kesempatan' Kisha. Wataknya seperti kurang ‘perisa’. Terkadang aku seperti merasakan BFF Kisha iaitu si Suraya pula yang ter’overdeveloped’ dalam cerita ini. Perkaitan antara Azril dan Kisha aku rasa seperti tidak cukup kuat untuk membuat mereka terus bersatu menjadi sepasang kekasih.

Aku juga kurang menggemari bagaimana watak Emir dikembangkan. Bagi aku alangkah baiknya kalau wataknya dikembangkan lagi untuk menjadi lebih ‘jahat’ dan kompleks seperti arketaip seorang Don Juan, pesaing paling cocok untuk Kisha. Aku agak kecewa apabila watak Emir mati beransur-ansur begitu sahaja apabila sepertiga daripada novel ini selesai. Aku tahu Kisha pada amnya tidak menyukai Emir dan mempunyai situasi ‘love-hate relationship’ dengan lelaki itu. Mungkin juga Emir pada dasarnya hanya mahu ‘geli-geli’ dengan Kisha dan enggan sesuatu yang lebih konkrit dan serius, menyebabkan dia tidak begitu bersungguh dalam mengejar dan merebut hati Kisha.

Separuh perjalanan novel ini adalah antara hubungan Kisha dan Azril dan separuh lagi adalah antara hubungan Kisha dan Razif. Fokus cerita agak terjejas selepas itu. Bagi aku, plot antara kerumitan Kisha dan Azril baru sahaja mahu sampai ke klimaksnya apabila momentum keseluruhan cerita seolah-olah ‘ditarik’ balik dengan memperkenalkan plot baru iaitu kisah Kisha-Razif. Rasanya kalau saudara Shaz Johar diberi kelonggaran untuk menulis menjangkaui sekitar 60, 000 patah perkataan (atau mungkin juga menghasilkan sekuel atau trilogi, mungkin?) Kougar boleh menjadi lebih baik.

Namun apa yang aku benar-benar suka tentang Kougar adalah penulis nampaknya benar-benar faham dan mendalami gaya hidup seorang wanita moden di kota. Tutur-kata watak dalam Kougar, bagaimana mereka berinteraksi antara satu sama lain dan dengan situasi sekeliling di samping mentaliti dan perlakuan wanita (khususnya Suraya dan Kisha) mampu membuat pembaca menyelami watak tersebut dan ‘bersatu’ dengan mereka. Walaubagaimana pun, seperti yang aku ulas tadi, seperti ada sesuatu yang masih lagi kurang terhadap watak Kisha. Tidak cukup “Uumph!”.

Lagu satu yang aku benar-benar suka tentang Kougar adalah peleraiannya. Penyudah kisah Kisha dalam novel Kougar merupakan sesuatu yang tidak aku jangka-jangkakan; bukanlah sesuatu yang tipikal atau stereotaip walaupun aku akui agak klise. Aku benar berharap agar saudara Shaz Johar menyambung kisah Kisha dalam novel sophomore beliau. Aku mahu tahu apakah… oh, tidak mahu dedahkan spoiler di sini. Kepada sesiapa yang masih belum membaca Kougar atau bercadang untuk membacanya, aku amat-amat alu-alukan kerana walaupun ia suatu bahan bacaan yang agak santai (tidak rumit seperti Cekik dan tidak fast-paced seperti Pecah) tetapi Kougar mampu membuat kita terfikir dan mengevaluasi kembali hidup kita.

“Pelik betul orang KL ni kan? Dah tak tahu nak bezakan mana satu kawan, mana satu kekasih agaknya. Masa awak nak larikan diri dulu tu, awak anggap saya ni kawan jugak ke, Kisha? Macam mana pula masa kita main dulu? Semua tu atas dasar kawan je ke?”
- Bab 39, halaman 317.


Adakah kita sebenar-benarnya puas dengan pilihan yang kita buat, atau adakah kita membuat pilihan itu hanya untuk memuaskan hati orang lain?
Profile Image for Ryan&Hakimie.
17 reviews1 follower
August 10, 2016
Kougar.
Ia sebuah novel yang OK. Tidaklah terlalu menyukainya tetapi tidaklah pula membencinya.

Bagi saya, permulaan novel ini mampu untuk menarik minat untuk membacanya. Sayang sekali ia menjadi sedikit kucar-kacir apabila Kisha berkahwin dengan Razif namun ditebus kembali pada pengakhiran novel ini yang diselesaikan dengan cara yang cukup simple.

Lain-lain komen saya terhadap novel ini:
1) Watak Kisha pada saya tidaklah mempunyai banyak ciri-ciri seorang perempuan kougar.

2) Penuh dengan harem
Lihat sajalah berapa ramai lelaki yang sukakan Kisha. Enam orang rasanya. Mungkin penulis mahu menimbulkan situasi yang "gila" apabila watak A mengetahui tentang watak B, C, D, E, F dan vice versa tetapi beberapa watak itu tidak dapat diolah dengan lebih mendalam seperti watak Emir dan juga watak lelaki utamanya, Azril.

3) Kenapa Kisha yang sudah berumur 40 tahun masih tidak punyai sebuah kereta? Mungkin penulis cuba nak masuk akalkan situasi Kisha bertemu anak ikannya di dalam tren kerana mereka berdua communting dengan pengangkutan awam. Tetapi inikan Kuala Lumpur, tiada yang pelik jika seseorang yang mempunyai sebuah kereta pergi dan balik kerja dengan menggunakan pengangkutan awam kerana ia lebih efisyen berbanding menggunakan pengangkutan persendirian. Jadi ya, ia pelik wanita sepertinya masih tiada kenderaan sendiri. Dan disebabkan itu, banyak hal-hal yang berlaku di dalam novel mampu dielak sekiranya Kisha mempunyai sebuah kereta. =.="

4) Kisha seorang perempuan sejadah dengan mudahnya membuat keputusan untuk meneguk minuman keras buat kali pertama dan kedua! Hmm...

Walaupun begitu, tidak dinafikan bahawa Shaz Johar mempunyai gaya penceritaan yang mampu menarik pembaca untuk terus membaca karyanya sehingga ke penghujung. Itu sesuatu yang agak sukar untuk dilakukan oleh semua penulis. Ada penulis yang mempunyai idea yang bagus tetapi mereka kecundang kerana tidak mampu untuk melekatkan pembaca untuk terus membacanya sehingga ke penghujung cerita tetapi tidak Shaz Johar. Dan itu adalah sesuatu yang patut diberi pujian. Jalan ceritanya juga sangat lancar.
Profile Image for Su Zainudi.
144 reviews
December 27, 2025
Penulisan yang straight, tidak melewah. Cuma saya mengalami kekeliruan dari segi timeline.

Mengisahkan tentang Rakisha, seorang andartu yang terjatuh cinta dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda darinya. Dalam masa yang sama, dia terperangkap dengan gaya hidup bebas kawan baiknya, Suraya. Manakala, di pihak keluarganya, Kisha hendak dijodohkan dengan sepupunya Razif, duda beranak 1. Perkahwinan dengan Razif yang disangka akan membawa Kisha keluar dari belenggu masalah kehidupannya rupanya hanya sekadar mengheretnya kepada masalah yang lain pula.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aurélien Tantey.
41 reviews2 followers
June 11, 2018
Baru nak mula membaca karya Shaz Johar... sudah 6 tahun sejak novel ini diterbitkan dan cara komunikasi dalam novel ini sangat2 menggamit memori (zaman Whatsapp tak lagi dpakai secara meluas orang masih lagi memakai Blackberry dan SMS)...

Mula2 membaca ingatkan cerita tentang perempuan matang dan anak-anak ikan... rupanya tidak... ceritanya banyak sangat turun naik, mula2 heroin cerita kami ini bercinta dgn lelaki yg lebih muda, lepas itu ditinggalkan kerana dia ada hubungan seks dengan seorang lelaki satu lagi dan untuk melupai lelaki muda itu dia terjunam pula ke dalam kehidupan perkahwinan dengan seorang lelaki yang ingatkan beragama dan bersopan tetapi sangkaannya meleset sekali seorang lelaki yang suka mendesak... dalam pada itu heroin ini pulak menjalni hubungan sulit dengan shopkeeper suaminya itu.. sehinggalah dia mengandung (entah dgn suami atau dgn penjaga kedai itu) sampailah dia melarikan diri dan menggugurkan anaknya...

Selepas bercerai dengan suami dia balik ke kehidupan asal... dia reconnect smula pulak dgn rakan2 zaman persekolahannya... and then lelaki muda itu datang balik ke dalam kehidupannya tetapi kacaulah shopkeeper tu pulak datang dan menyebabkan mereka berpisah... dan mimpi yg misteri itu... I wonder siapa lelaki itu dalam mimpinya... tapi tak diberitahu... segalanya misteri sampai penghujung cerita...

Walau bagaimanapun, saya suka sangat akan cara menulis Shaz Johar... sangat mudah dibaca dan lancar sekali flow cerita.. yg ni mmg saya kagum... keep it up!
Profile Image for Adriana.
68 reviews12 followers
January 28, 2012
Kesemua RM200 voucher buku gua dihabiskan untuk 10 buku keluaran Fixi. Buku ini yang pertama dibaca daripada 10 judulnya. Kisah hidup seorang wanita (MILF)terlampau yang bernama Kisha. Jalan cerita yang agak menyampah dan membosankan (maaf). Dengan umur yang selayaknya di gelar andartu Kisha masih mencari cinta. Digambarkan sebagai wanita yang kenal tikar sembahyang, namun gaya hidup agak sosial gua kira. Orang yang dicintainya meninggalkan dia kerana seorang lelaki. Kembali selepas beberapa tahun. Namun meninggalkannya buat kali kedua kerana seorang lelaki yang lain pula. Entah lah, buku ini mungkin menarik bagi orang lain, namun tidak untuk gua. Semoga 9 buah judul lagi yang bakal gua baca lebih baik daripada judul ini. Gua mohon, jangan bazirkan voucher sumbangan Rosmah kepada gua.

http://jiwarasagelora.blogspot.com/20...
112 reviews3 followers
July 10, 2019
Hmmh.......

Isk, sakit hati aku baca buku ni. Sebab Kisha, si MC dlm cerita tu bodoh. Eh, bodoh gila: Bengang aku dibuatnya. Tapi, sebab tu juga bagus ada buku mcm ni. Moga2 pembaca, terutama sekali kaum wanita, insaflah. Hahaha 😝

Memandangkan ceritanya bukan saja teratur, lancar dan mudah2 je jentik emosi aku, maka aku dengan tanpa sebarang ragunya bagi 4 bintang. Kurang satu bintang sebab walaupun aku simpati akhirnya pada Azril(well, dah tentu) & Kisha akhirnya... Aku tak boleh buang rasa sakit hati pada Suraya. Kalau Kisha tu bodoh, Suraya ni berkali ganda bodoh. Bagi aku, dialah pemusnah sebenar. Orang macam ni kita buat kawan? Cari penyakit maksudnya tu(*Emo*)

Pacing cerita ni laju. Tau2 aku dah kat tengah2 buku. Menghampiri ending, lagi laju 😬

Dari segi bahasa, mudah difahami, ringkas, realis. Selain dari tu, okey2 je buku ni. Best baca walaupun buat aku jadi emo 😂
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
October 6, 2015
Watak Kisha ni membuatkan aku teringat ngn bekas opismate aku..cuma dia lebih sukakan llki yg tua drpdnya dan yg punya pekerjaan tip top - cth pilot, engineer, bisnesman etc.. cuma persamaan dr segi umur je. Kisha ni lg baik kot dr dia...wpun dah lanjut usia tp takde lah desperate sgt nak nikah. huhu...aku terasa gaklah betapa sukarnya menjd perempuan yang bakal menjd andartu krn umur yg makin lanjut. desakan ibu dan pandangan serong msyrkt kmpung membuatkan aku rs menyampah plak. Melayu mmg x sah kalo x busy body. tanya psl jodoh mmg hebat. nape x tny skli bila nak mati? haha. bullshit. smua sibuk nak tau. siapa yg xnk kawen dan ada keluarga sendiri? cuma rezeki je takde nak kawen. hmmmm :(
Profile Image for Azam Baizen.
64 reviews2 followers
November 24, 2011
Buku ni memamang santai and ak just dapat abeskan dlm masa 2 malam je. Citer dier penuh dgn drama n konflik but the author pandai nk tnjkkan yg pompuan moden duk kat bandar pon bole idup sengsara klu dah idup dgn suami kampung/berlagak alim wlupn pompuan tu claim she can live independently. oh seswai juga utk dibaca for andartu2 di luar sana klu nk sedapkan ati it's ok tak kawen n bujang smpi tua. haha
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
April 8, 2015
biasa je bagi aku. dapat la gambaran camne hidup seorang kougar, andartu, yang gilakan anak ikan. and in the end of the day, a cougar is still a cougar, still want the young ones. kahkah.

penceritaan yang mendatar and yes, terasa seperti tengah tengok drama kat tv3.

aku bukanlah seorang penulis, tapi aku rasa ada certain part yang seperti terlebih olahan pulak, terlalu panjang, sampaikan aku skip.

Profile Image for Liyana Roosevelt.
4 reviews1 follower
February 28, 2012
beli buku ni dengan voucher buku rm200..haha..but worth to buy i think..
buku pertama shaz johar..cerita agak straight forward..dari pagi smpai malam pastu malam balik..and repeat for the whole book..

kisah anak dara tua yang tak kawin2..smpai dipertemukan jodoh oleh mak dan konflik berlaku bila dia kawin and mengandung..

overall buku ni best and cover die sgt seductive yaw..:)
Profile Image for Firdaus Abu Bakar.
103 reviews5 followers
November 9, 2013
pelik jugak bila overall rating buku ni tak sampai 3 bintang sebab aku terkesan bila baca kisah hidup Kisha lebih-lebih lagi perjalanan hidup dia dengan Abang Razif (ya, dia seorang lelaki yang dayus).

kalau aku terkesan bila baca sesebuah novel, bagi aku novel tu bagus.

Sekian.

Displaying 1 - 30 of 73 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.