Selepas berjaya mencapai misi 8A, Aizad dan Zahid bersama-sama menyambung pengajian di sekolah berasrama penuh. Di sekolah baru, Zahid menghadapi banyak masalah dan dugaan sehingga prestasi akademiknya jatuh merudum. Lebih teruk lagi, statusnya sebagai penerima biasiswa juga terancam.
Sebagai rakan, Aizad berusaha membantu menyelesaikan masalah Zahid demi mencapai sasaran Misi 10A.
Dengan pelbagai cabaran serta rintangan yang membebankan, mampukah Aizad dan Zahid menyempurnakan Misi 10A?
As we all knew, that Misi 10 A is a continuation of Harry Potter and the Sorcerer's Stone. ok just kidding. :D It is a continuation of Misi 8A by the same author and illustrator; Nazry & Afiq Salam Feeqry. By the way, the story is somehow intresting, but i think Misi 8A is way better in the story, i think. But don't you being sad, Misi 10 A plus is having way much more fascinating, intresting and mind-blowing story. *Okay, i am extravagant it, :). Anyway it is a good book for you to read :DD
komik ni bnyk memberi motivasi kepada saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Pasti tidak percaya bukan, komik memberi semangat untuk belajar bersungguh-sungguh? hah itulah kelainan komik ni bnyk memberi tips-tips yg berguna kepada pelajar. Terutamanya kepada pelajar2 yg bakal menghadapi peperiksaan besar. Komik ni sememangnya teramatlah gempak. isi kandungannya yg berwarna-warni sepenuhnya mmng mantop dan juga bnyk humor, sememangnya komik ini patut eh bukan tpi WAJIB DIBACA SEBELUM ANDA innalillah(hiperbolanya)
setiap pelajar yang mahu berjaya memang mengimpikan setiap subjek yang dipelajari betada pada markah yang cemerlang. zahid di sekolah lama adalah pelajar cemerlang tapi bila masuk tingkatan 4 di sekolah baru, markahnya merudum. zahid amat susah hati kerana risaukan biasiswanya di tarik.
sahabatnya aizad mula menyelidik kenapa markah aizad teruk dan sering tak tumpu perhatian dalam kelas. rupanya zahid mangsa buli pelajar senior. bila dapat menyingkirkan masalah tersebut seterusnya aizad membantu zahid dalam belajar. bagus betul sahabat zahid seorang ni. cumanya zahid masih tak mampu atasi markah putera. biasiswanya ditarik. atas nasihat salah seorang sahabatnya, zahid bangkit. belajar bukan saja kerana peperiksaan dan A tapi sebenar lebih dari itu...
bagus komik ni. santai dan sangat menarik dari segi idea mahupun ilustrasi. patutlah anak-anak suka baca dan suruh cari misi yang lain pula. bagus juga sebab dapat tanam pada anak-anak yang kehidupan keliling juga main peranan dalam pembelajaran bukan sekadar membaca dan menelaah saja..
Kisah tentang Zahid,pelajar tingkatan 4 yang akan menduduki ujian SPM. Dia melalui begitu banyak halangan dan cabaran tetapi dia dibantu rakan - rakannya sehingga keputusan SPMnya mendapat 10 A.