Jump to ratings and reviews
Rate this book

HILANG

Rate this book
Shaziman - seorang jurulatih peribadi happy-go-lucky tiba-tiba buntu bila adik kembarnya HILANG secara misteri. Nota ugutan yang diterima membuatkannya cuba menjejak tanpa melaporkan kepada pihak polis. Dengan bantuan Jo, seorang penyiasat peribadi, Shaziman mencari adiknya berdasarkan beberapa catatan buku nota...

Khairani - seorang gadis kampung yang berhijrah ke Selangor untuk mencari rezeki dan mengejar cinta. Dia perlukan banyak wang untuk mengubat kakaknya yang diserang penyakit ganjil. Setelah dia berjaya memenangi hati Zed, lelaki yang diminatinya, Khairani diperkenalkan olehnya kepada dunia baru di mana wang boleh diperoleh dengan mudah...

Shaziman dan Khairani ditakdirkan bertemu di dalam satu situasi yang janggal. Shaziman tidak menyedari bahawa Khairani menyimpan kunci tentang misteri kehilangan kermbarnya.


________________
Novelis : Dayang Noor
Dayang Noor ataupun nama sebenarnya Noor Aziza Sulaiman dilahirkan di Mentakab, Pahang dan kini menetap di Puchong, Selangor. Dia gemar membaca novel-novel Chic Lit tetapi cenderung menulis cerita thriller dan fiksyen sains. Dia tak pandai menulis kisah cinta (walaupun banyak pihak yang minta). HILANG ialah novel keduanya dengan penerbitan Fixi. Novel pertamanya ialah JERAT pada tahun 2011.



Kulit, rekabentuk dan rekaletak : teckhee.blogspot.com
Perunding : Hani Amira Suraya

Cetakan Pertama : Jun 2012
Cetakan Kedua : Januari 2013
Cetakan Ketiga : Mei 2013
-

322 pages, Paperback

First published June 29, 2012

11 people are currently reading
496 people want to read

About the author

Dayang Noor

17 books74 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
165 (33%)
4 stars
172 (35%)
3 stars
110 (22%)
2 stars
25 (5%)
1 star
14 (2%)
Displaying 1 - 30 of 68 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
February 17, 2015
2.75* untuk naskah ini.
Pada permulaan cerita memang penuh dengan misteri dan tanda tanya. Membuatkan aku ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya. Tapi selepas pertengahan bab, aku mula rasa semua yang aku ingin tahu sudah terjawab walau belum sampai ke helaian-helaian akhir. Penceritaan yang seterusnya itu hanya sebagai memenuhi aturan plot. Apa pun, naskah ini sememangnya tidaklah menghampakan pun. Cuma cukup untuk sekali sahaja minda saya menjamahnya.

Mungkin akan mencuba baca karya ketiga dari penulis pulak selepas ini, Samar...
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
November 6, 2012
Shaziman dan Ikhsan. Dua beradik kembar yang berbeza peribadinya namun di hujung-hujungnya, seakan sama saja kisah mereka *wink*

Shaziman dalam misi mencari adiknya [Ikhsan] yang hilang. Dengan nota ugutan yang diterima, dia tahu pencariannya agak sukar. Lagipun pihak polis tidak boleh mengetahui akan kehilangan adiknya itu. Dengan bantuan Jo; seorang penyiasat peribadi, mereka cuba menjejaki ke mana perginya Ikhsan.

Jo rupanya telah pun diupah oleh Ikhsan bagi mencari bukti tentang sindiket Jusoh. Dan di sini lah sebenarnya bermula segalanya. Pertemuan Shaziman dengan gadis-gadis kenalan Ikhsan tak banyak membantu. Ke semuanya hanya bertambah serabut. Nyata Ikhsan kaki perempuan nombor satu kih5 Tetapi bertemu dengan Khairani ada sejarahnya. Gadis itu ada rahsia besar. Dia umpama kunci kepada kehilangan Ikhsan.

Khairani. Gadis ini kelihatan naif. Gadis kampung yang biasa-biasa yang berhijrah untuk mencari rezeki lebih di kota. Dia amat memerlukan duit sementelah kakaknya diserang penyakit ganjil. Dalam pada itu dia jatuh jati pada Zed, lelaki yang agak popular di kilangnya. Dia akhirnya berjaya mendampingi Zed. Bersama-sama dengan Zed, Khairani mula sedar akan dunia yang makin kelam. Oh! Atau haruskah aku katakan yang Khairani mula sedar akan sisinya yang lain setelah bertemu dengan Zed? *wink*

Aku suka cara penulis mengolah Hilang. Ada time frame di setiap bab. Di situ aku mula berhati-hati kononnya tak mahu terjerat dengan masa yang digambarkan. Tapi... mana tahu aku pun sama terjerat hahaha5 Aku juga gandingan Shaziman dan Jo. Serasi yang bukan dibuat-buat. Mereka bukannya berkasih pun walau aku rasa macam ‘alaaaaa’ [rina...rina, ini bukan kisah cinta oi! ;P] Dan aku juga suka dengan pengakhirannya. Terasa bagai menonton cerita thriller mat saleh *wink*

Buku ini lebih baik daripada Jerat. Ceritanya lebih kemas, tak meleret-leret, elemen kejutan dan drama yang menjadi. Seronok. Teruja. Barangkali itu sudah cukup untuk kamu semua ‘hilang’ dalam karya terbarunya.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
March 20, 2025
Mengikuti perjalanan dua watak, Shaziman dan Khairani yang terjalin pada akhirnya. Ia menjawab persoalan misteri kehilangan adik Shaziman, Ikhsan dan kisah Khairani, gadis yang menarik wataknya. Gaya penceritaan membuatkan watak-wataknya terasa manusia dan hidup. Mereka tak sempurna, kadang-kadang memberi reaksi rambang yang mendatangkan komedi tanpa dipaksa-paksa. Novel saspen yang tidak terlalu berat misteri dan aksi. Pun begitu, masih menyeronokkan untuk dibaca.

3.5*
Profile Image for Sarah Yasmin.
86 reviews31 followers
April 2, 2013
Ternyata aku lagi suka baca HILANG compared to JERAT yang banyak sebut pasal term-term IT yang aku kadang-kadang confuse bila baca. Komen aku untuk novel Hilang ni, bagus la. Jalan cerita dia best. Aku suka warna novel ni, putih. Tajuk dia pun tak nampak sangat if tengok dari jauh. Kalau tengok dekat-dekat, baru nampak HILANG dia. Unik !

Kisah tentang Shaziman yang mencari adik kembarnya, Ikhsan yang telah hilang tanpa jejak. Di tambah lagi, apabila ada kesan darah pada cadar dan terdapat satu nota ugutan berhampiran dengan cadar berdarah itu. Dengan bantuan Jo, penyiasat peribadi Ikhsan, dia rela membantu Shaziman menjejaki Ikhsan. Ikhsan hidup mewah disebabkan dia bekerja dengan Jusoh. Bagi aku, Jusoh ni orang jahat la sebab dia gunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

Terdapat juga kisah Khairani, seorang pekerja kilang. Pada mulanya, aku wonder jugak ape kes nak dikaitkan dengan misi pencarian Ikhsan. At last, Khairani jumpe jugak dengan Shaziman dan Jo. Walaupun lepas Khairani bersoal jawab dengan polis, dia memang nampak macam seorang perempuan yang innocent. Dia langsung tak dedahkan tentang diri dia. Sebenarnya dia la yang bunuh ayah tiri dia kot. Dan juga Mona. Dan juga Zed, yang orang pun pelik kenapa dia tiba-tiba hilang. Ikhsan pulak dijumpai oleh orang lain. Tapi tak pulak dia cerita yang Zed dan Khairani serang dia? Btw, terbaik la cerita ni.

In the end, seperti yang dijanjikan, disebabkan dia bekerjasama dengan polis, Khairani diberikan identiti baru, pekerjaan baru dan wajah baru. Kiranya dia terlepas dari masalah dulu. And terlepas jugak dari ditangkap. Errrm, tentang Shaziman dan Jo, aku hope sangat ending dia nanti diorang couple. Tapi takda. Okaayy, ni cerita thriller, bukan cerita cinta !
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews31 followers
April 16, 2013
Agak susah nak mencari penulis wanita yang menepati citarasa aku, tapi penulis ini berjaya menjadikan plot cerita ini satu yang menarik untuk di baca hingga ke noktah terakhir...sedikit kelainan novel ini bilamana penulis membuatkan plot cerita watak2 utama Shaziman & Khairani berselang seli untuk setiap bab…Cerita Shaziman berlaku pada waktu sekarang manakala Khairani ceritanya 5 bulan sebelum itu, sehinggalah mereka berdua di pertemukan dalam mencari kes kehilangan Ikhsan, saudara kembar kepada Shaziman. Shaziman di bantu oleh Jo, seorang penyiasat persendirian, misteri kehilangan Ikhsan akan di bongkarkan sedikit demi sedikit…watak antagonis Jusoh yang memperdayakan/mempergunakan ahlinya berkait rapat dengan Ikhsan & Khairani...

Novel ini, bahasanya masih boleh di hadam, hanya membabitkan bahasa pasar di dalam dialog, tiada unnsur sx yang agak keterlaluan seperti Pecah @ Licik…Cuma watak Kak Ada masih di selubungi misteri kenapa di serang penyakit misteri seperti itu selepas melarikan diri ke hutan…& aku sebagai pembaca merasakan watak Khairani itu menenggelamkan watak Shaziman selaku watak utama, mungkin di sebabkan perjalanan hidup Khairani yang sedikit mencabar…

Walaubagaimanapun, novel ini berjaya membuatkan aku untuk mencari karya2 penulis ini yang lain…
Profile Image for Ophan Bunjos.
Author 8 books36 followers
November 5, 2012

-nampak gayanya polis kena lebih cekap lagi. buku ni sangat bagus, bagus sangat-sangat sebab jelas meletakkan polis hampir kepada 'dah nak settle, hello kitaorang ok.' dalam kisah Khairani, Kay, Nani atau nama barunya, Khalida, polis sebenarnya gagal.

Jusoh sebenarnya tak bahaya pun. macam samseng kampung jer. yang bahaya watak utama, Khairani.

buku ni lepas baca boleh sambung tidur dengan aman. esok orang tanya camana ceritanya? "aku nak baca Jerat sekali lagi, buku tuh best."
Author 2 books29 followers
January 6, 2014
Tak sakit kepala pun nak baca,susunan bahasa pun okay dan mudah faham. cuma maybe ada part yang macam flashback sikit, kalau tak baca betul2 maybelah ada yang keliru. but for me, okay aje tak ada masalah. part2 akhir tu agak cemas jugala kalau kita bygkan diri kita ni Khairani, tersepit betul. Menarik untuk dibaca.
Profile Image for Azrie Idzmeer.
Author 3 books4 followers
November 28, 2019
Saya suka plot yang buat pembaca tak sabar-sabar nak tahu apa yang berlaku seterusnya. Penulis bijak menghasilkan unsur saspens dalam setiap bab. Cuma mungkin ada rasa sedikit tidak logik dari segi kebetulan dua watak utama. Nampak macam tema lari dari fokus.
Profile Image for Fuka-chan.
146 reviews
July 7, 2012
Hilang adalah buku kedua dari Dayang Noor sejak Jerat. bagi pendapat saya, buku ini lebih baik dari Jerat, dari segi susunan kata, penceritaan, suspense dan menyusunan jalan cerita dan watak. kadang-kadang, sebuah cerita misteri tak perlu terlampau kompleks, terlampau berselirat sampaikan pembaca perlu bacadua tiga kali untuk faham. buku ini cukup rasa. cukup misterinya, cukup wataknya (tidak terlalu baik dan tidak terlalu jahat) dan cukup penceritaan nya. great work kak Dayang. :)
Profile Image for Fyna.
64 reviews5 followers
February 13, 2023
Pada pendapat saya, plot cerita buku ni agak menarik sebenarnya tapi cara penyampaiannya tak begitu membuatkan saya teruja untuk tahu apa akan jadi seterusnya dan masih ada persoalan yang tidak terjawab dan buat saya sedikit keliru. Plot twist-nya pun diberitahu terlalu awal dan dialog yang digunakan dalam buku ni pun agak sedikit cringe bagi saya. Walau apa pun tahniah kepada penulis. Semoga sentiasa maju jaya dalam menghasilkan karya ✨
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
September 19, 2022
Best!
Memula puas pikir apa hubungan Kay, Man, Ikhsan. Satu saty semua terbongkar. Tapi aku tak puas hati dengan kesudahannya!!
Profile Image for lucie parenkyuma.
120 reviews6 followers
October 31, 2015
Woaaaahhhhh, this book has a much better storyline and style of writing than the previous one I read (Jerat) earlier on! Obviously, there are always rooms for improvement, yes?

Profile Image for ScotchCheez.
35 reviews9 followers
March 14, 2013
Okay, jalan cerita kali ini agak mudah difahami tanpa membabitkan bahasa-bahasa IT. Cerita ni jugak senang nak follow mungkin sebab ianya mengikut kronologi dan lagi satu, di setiap awal bab, penulis ada beritahu yang bab ni tentang siapa. Cuma saya ada beberapa persoalan yang saya tak faham. Dan saya dah ulang lagi sekali membaca Hilang ni, jawapan untuk persoalan saya tu, saya tak jumpa. Kenapa Ikhsan tu tulis nota tu? Kenapa Tania tak tanya siapa Shaziman masa dorang jumpa sedangkan kalau ikut perbualan Tania dengan Shaziman masa last cerita tu, dia dah jumpa Ikhsan masa tu? Kenapa Ikhsan tak nak jumpa Shaziman sedangkan dia tahu Shaziman sedang bermati-matian cari dia masa dia datang ke kondo dia? Siap boleh makan lagi dengan Jo. Jo pula, kenapa boleh tak perasan tu Ikhsan sedangkan sebelum ini, begitu mudah dia cam Shaziman is Shaziman dan Ikhsan is Ikhsan. Kan dia PI (katanya macam diawal pertemuan). Macam mana Jusoh tau tu Shaziman hanya based on parut sedangkan dia tak pernah jumpa Shaziman dekat-dekat? Kan time tu dia dalam kereta. Hanya tenogk dari jauh, lagipun parut tu kecil. Jo yang PI tu pun, amek masa a few minutes untuk perasan yang itu adalah Shaziman. Itupun sebab duduk dekat-dekat. Tapi, compare dengan Jerat, saya lagi suka yang Hilang ni. So, 3.5 bintang berkerlipan di angkasa (fireworks again).
Profile Image for Nusrah.
16 reviews
October 9, 2012
Terbaik! Hilang sebuah karya oleh Dayang Noor yang penuh dengan suspense dan tanda tanya. Saat memulakan ayat pertama, pembaca pasti sukar untuk berhenti kerana penceritaan dari satu plot ke plot yang lain mempunyai kesinambungan yang tak dapat dijangka.
Hilang mengisahkan seorang lelaki bernama Ikhsan yang hilang secara tiba-tiba dan cuba dijejaki oleh kembarnya, Shaziman dengan bantuan Jo (PI yang diupah oleh Ikhsan sebelum kehilangannya) untuk mencari bukti tentang sindiket Jusoh. Pertemuan Shaziman dan Jo dengan seorang gadis bernama Khairani juga telah membawa mereka kepada beberapa kisah yang lain..
Profile Image for Faizal.
14 reviews
September 18, 2012
Hilang sebuah karya dengan dua timeframe berbeza yang bersatu menjadi satu. Ia umpama jingsaw puzzle yg perlu disusun mana yang ada mana yang hilang. Jujurnya saya sukakan semangat juang Khairani. Minah kilang yang berani, lantang dan sukakan cabaran. Tahniah Dayang Noor
Profile Image for Diyana Rose'.
2 reviews1 follower
August 16, 2013
plot hambar.
saspens kurang carutan juga(eh).
aku musykil dari mana kay dapat ilmu martial arts dia?siapa bapak jusoh?kenapa ikhsan tinggalkan nota tu?kenapa ikhsan tak mati je?kenapa tania tak cakap terus kat shaziman ikhsan ada dengan dia?
takperlu buat sequel...
Profile Image for Luqman Maat.
24 reviews
January 25, 2013
jalan cerita yang sangat menarik..seperti biasa dari dayang noor..mesti ade unsur penyiasatan ni...
dah mcm enid blyton pon ada.. :)
Profile Image for Hanina Syafiah.
5 reviews
January 28, 2025
Masa awal2 baca cerita ni agak selow, dia macam bagi pengenalan, Jo jumpa Inspektor2 dia, dorg cari maklumat.. Bab2 tu takde something yang buat saya excited untuk nak terus baca dan berfikir "what will happend next" jadi bagi saya kat situ agak selow.

Masuk bab yang Padil meninggal, bab tentang plot twist Khairina tu kat situ dah mula best dia, 70 muka surat terakhir memang best. Dia buat saya rasa nak tahu apa yang akan berlaku, apa yang ada kat muka surat seterusnya. Banyak pulak plot twist kat situ, semua benda dah terbongkar. Itu ini apa semua.

Tapi yang saya macam tak puas hati, rasa ingin tahu bila habis baca buku ni tentang Khairani. Saya rasa kena ada lagi pasal keluarga dia macam apa yang berlaku kat kakak dia bila kakak dia totally dah sembuh and pasal kakak dia dan ayah kedua dia tu. Apa yang kakak dia akan buat kalau kakak dia dah sembuh, macam mana hubungan kakak Syuhada tu dgn Khairani lepastu.

Ttg Ikhsan.. Saya teringin nak tahu macam mana Ikhsan boleh keluar dari guni lepas kena ikat, kena campak dalam sungai. Saya perlukan Ikhsan punya pov kat dalam cerita ni 🙏

Shahziman dengan Jo pulaa saya rasa dorang deserve better ending.. sebab dorang dah susah payah cari pelbagai macam maklumat and saya ingat si Jusoh tu akan kena tangkap dengan Shahziman dengan Jo sbb dorang kan main character.

Dan saya nak tahu apa yang berlaku, macam mana cerita bila Shahziman bertemu balik dengan adiknya Ihsan...

Itu sahaja dari saya..
Overall cerita ni best, akhir2 dia memang gempak!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Author 2 books12 followers
May 6, 2021
Mengisahkan tentang kehidupan Shaziman dan Khairani yang berkaitan rapat dengan seorang lelaki bernama Jusoh.

Shaziman yang terpaksa menyamar sebagai Ikhsan iaitu kembarnya sendiri kerana darah dagingnya telah menghilangkan diri secara tiba-tiba. Nota ugutan dan kesan cecair merah di cadar katil menjadi tanda tanya. Shaziman dan Joanna, iaitu penyiasat persendirian bersepakat untuk mencari jawapannya bersama.

Khairani pula hidup sebagai seorang gadis kilang yang dipenuhi dengan masa silam yang gelap.

Awalan bab bergilir-gilir menceritakan tentang Shaziman dan Khairani. Jujur, pada awalnya saya hanya menggemari cerita Shaziman yang terus ke misteri kehilangan Ikhsan berbanding kisah Khairani yang hanya menceritakan tentang rutin hariannya. Daneen masih tak jelas dengan motif penulis mewujudkan watak Khairani sehinggalah satu babak di mana, Khairani dipertemukan dengan Jusoh. Lelaki misteri yang berkait rapat dengan Ikhsan.

Secara keseluruhannya, Daneen suka dengan cara penulis menyusun jalan cerita ni. Plot twist yang menarik dan gaya penulisan fiksi yang mudah difahami.

Penamat cerita membuatkan Daneen sendiri mahu menjadi seperti Khairani. Seorang gadis yang membenci diri sendiri kerana kisah lalunya. Akan tetapi, dia telah memutuskan satu pilihan yang mampu mengubah hidupnya 100%
This entire review has been hidden because of spoilers.
112 reviews3 followers
May 8, 2020
"...kata pegawai polis yang kacak bergaya dan berkumis jarang." 🤭🤭

Aih, aku lemah kalau dah sentuh polis-polis hottie ni. Rasa nak berdesup bagi 5⭐ je 😝😝

Nama polis tu plak Shakir! My gosh. One of fav & important name in my life. Nama ni juga diguna dalam Monsta by Atha Ezlan. Aku tak ingat plak kat mana lagi ada guna nama ni dengan perwatakan yang tak menyakitkan hati. Kalau menyakitkan hati, harus aku rate (-5⭐)

Aku nak bagi 3⭐ je asalnya. Tapi cerita ni better dari Jerat. Seronok dibaca pula tu. Malang sekali endingnya membencikan 😣

Anyhow, demi Shakir... aku bagi jugalah 4⭐
(Ehemm.. faktor2 rating tinggi yang sama tak akan digunapakai buat novel-novel cinta bersemut tahap potong kaki ye)

😁😁😁
50 reviews
April 18, 2023
It was a pain in the ass to finish this novel.
Every time I put it down, it DOES NOT leave me wanting for more.

Writing style yg meleret leret.
Story telling utk part yg tidak perlu.
Mind you, I only get interested on the plot on page 148 onwards.
And this novel only has 186 pages (tak sure kalau pages dia sama ke tak dgn fizikal book sbb aku baca online).
Could have used the opportunity utk main karakter Khairani sebagai skizofrenia atau apa memandangkan penulis dah build up perwatakan dia yg sebegitu.

All in all, will not repeat karya Dayang Noor.
Sorry!
Profile Image for Ririn Aziz.
789 reviews106 followers
November 19, 2025
Dayang Noor memang pandai menukil kisah yang terasa hidup dan memberi rasa keterujaan sepanjang pembacaan.

Paling saya suka, girl power yang sentiasa ditonjolkan dalam setiap ceritanya.

At least dalam cerita ni, watak-watak utama tidak dimatikan macam tu ajer.

Dan ya, vibe Fixi itu sangat kuat ya (saya dah lama tak baca buku Fixi sebab kurang minat dengan buku2 yang baru).
Profile Image for Mimiey Potter.
131 reviews
January 8, 2018
My first Fixi book😂 Pretty good lah..but it's kinda slow.. I really enjoy Jo as a character..she's pretty quirky AND I don't like how Kay can get away with her crime.
Profile Image for Ubi.
314 reviews
April 6, 2018
I thought ikhsan really died? Aku suka hilang walaupn the bad win.
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
July 4, 2021

2 watak yang dipertemukan di tengah cerita lalu mencipta satu plot-twist yang cantik.
Profile Image for Hikaoru.
944 reviews24 followers
June 13, 2022
Took me months to finish.
Partly because it was dry, partly because it's my go to when i have some spare time.
Profile Image for Nafiza Hanafi.
5 reviews
November 30, 2023
Buku ini sumpah best waktu mula baca buku ini macam bosan sikit tapi bila lama baca buku ini macam nk tahu apa yg jadi
Profile Image for Wan.
11 reviews
March 5, 2014
Baru je habis baca petang tadi. It was a truly different story from Jerat. Kisah Shaziman yang kehilangan adik kembarnya, Ikhsan. Pada mulanya, Shaziman harus menjadi Ikhsan untuk mengelakkan skandal - skandal Ikhsan mengetahui kehilangannya. Sehingga beliau bertemu Johanna aka Jo, penyiasat peribadi Ikhsan yang diupah untuk menyiasat Jusoh.

Terdapat satu lagi watak penting, Khairani aka Kay aka Nani. Seorang pekerja kilang yang terlibat secara langsung membunuh Ikhsan lalu mencampakkan mayat Ikhsan ke dalam sungai. Beliau direkrut oleh Jusoh sendiri dengan bantuan Zed yang kononnya mencintai Kay. Kay dipergunakan Jusoh untuk menjalankan kerja - kerja kotor beliau.

Pelbagai penemuan hasil siasatan Jo dan Shaziman melalui informers yang dipercayai. Satu - satu membongkar siapa Jusoh yang sebenar dan membawa kepada penangkapan Jusoh hasil bantuan Kay dan pihak polis.

Satu lagi kisah penyiasatan yang agak boleh dijangka. Dimulakan tanpa penglibatan pihak polis tapi akhirnya terpaksa melibatkan mereka juga. Perkembangan watak Kay yang mengejutkan. Daripada watak yang innocent kepada watak yang berani. Banyak cerita terbongkar mengenai Kay daripada Jusoh.

It was a good story to tell. Tak puas sebenarnya baca kisah penyiasatan. Kalau boleh panjangkan lagi konflik antara watak - watak towards the end of the story. Great Job.. :)
Displaying 1 - 30 of 68 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.