“Fahad jijik nak sentuh dia pa. Dengan badan yang gemuk. Muka penuh jerawat. Dia dah tak macam Qila yang dulu pa. Isteri orang lain pun mengandung juga tapi tak jadi hodoh dan gemuk macam Qila.” -Fahad-
Naqila bahagia melayari perkahwinan bersama Fahad selama tiga tahun. Berita gembira kehamilan pertama Naqila membawa kegembiraan buat mereka berdua setelah puas menanti kehadiran zuriat dalam mahligai bahagia mereka. Sangkakan panas hingga ke petang rupa-rupanya badai yang datang melanda. Fahad mula berubah bila Naqila mengalami alahan yang teruk kerana mengandung. Kerana perubahan hormon. Naqila yang cantik dan langsing nampak buruk dan gemuk di mata Fahad.
Fahad bukan sahaja curang malah makan luar. Dia rasa jijik ingin menyentuh Naqila. Namun dia masih berpura-pura menjadi suami yang baik untuk isterinya.
“Sayang buruk ke abang?” -Naqila-
“Tak. Sayang cantik. Paling cantik dekat mata abang. Sayangkan tengah mengandungkan anak abang.” -Fahad-
Kecurangan Fahad dibongkarkan sendiri oleh skandal Fahad iaitu Malini. Dia sengaja menghantar video dan gambar panasnya bersama Fahad untuk menyakitkan hati Naqila.
“Orang lain pun mengandung juga tapi taklah selekeh macam awak sekarang ni. Gemuk dan buruk. Patutlah Fahad cari saya untuk puaskan dia.” -Malini-
Naqila tertekan dan keguguran bila Malini sentiasa menganggu emosinya.
Atas hasutan Malini. Fahad ceraikan Naqila dengan talak tiga kerana menyangka Naqila sengaja menggugurkan anak mereka kerana ingin membalas dendam kepada dirinya yang curang.
“Aku ceraikan kau dengan talak tiga!” -Fahad-
“Mana saya nak pergi malam-malam macam ni? Hujan pula tu. Saya masih dalam pantang lagi. Kesian kan saya Malini. Fahad izinkan saya duduk semalam je lagi. Esok saya janji saya pergi daripada rumah ni.” -Naqila-
“Berpantang apa? Anak aku dah mati kau bunuh! Aku tak kira. Kau keluar juga daripada rumah ni malam ni. Kalau kau tak keluar sendiri jangan sampai aku heret. Rumah ni sekarang milik isteri aku, Malini.” -Fahad-
Setahun kemudian. Naqila kembali dalam hidup Fahad dan Malini yang bakal dikurniakan zuriat pertama.
“Abang nak kahwin dengan Qila balik. Abang betul-betul menyesal ceraikan Qila dulu. Kita guna cina buta.” -Fahad-
“Boleh tapi Qila nak Nazhan yang jadi suami Qila sebab Qila dah kenal dia daripada kecil lagi. Kalau orang lain Qila tak rela.” -Naqila-
“Walaupun abang tak sanggup tengok Qila dengan lelaki lain tapi demi nak bersama Qila balik. Abang rela Qila kahwin dengan Nazhan. Tapi Qila janji minta cerai lepas dah lalui malam pertama dengan dia ya sayang.” -Fahad-
Malini pula menjadi isteri yang tersakiti.
“Dasar janda gersang!” -Malini-
“Kau lupa ke? Dulu kan kau cakap Fahad curang sebab aku tak pandai jaga laki jadi sekarang ni bukan salah aku kalau Fahad tergila-gilakan aku balik. Maknanya kau tu yang tak pandai jaga laki Malini ooi.” -Naqila-
“Tolonglah kesiankan aku. Kesiankan anak aku Naqila. Aku dah sarat ni. Tolong jangan rampas Fahad.” -Malini-
“Masa kau buat aku dulu pernah kau fikir fasal diri aku? Pernah kau fikir fasal anak aku yang mati sebab kau? Pernah?” -Naqila-
Adakah Fahad berjaya menjadi suami Naqila kembali? Siapa pula Nazhan dalam hidup Naqila? Apa pula nasib Malini?
Awal² baca dah menyampah dengan Fahad sebab curang dengan Naqila. Angkara Malini yang dok hantar sihir pemisah & minyak pengasih pada Fahad, Fahad lihat wife dia mengandung berubah jadi hodoh dan gemuk.
Sakit jiwa tengok Fahad naik hantu dan ceraikan Naqila. Fahad halau Naqila cam sampah.
F cam confused boleh pulak Nazhan terjumpa dengan Naqila yang pengsan di jalanraya. Eh eh cam kebetulan pulak ya. F curious dengan watak Nazhan. Tiba² je muncul.. Nazhan bekas kekasih Naqila. Diaorang tak dapat bersama sebab papa Naqila nak kahwinkan dengan Fahad demi selamatkan syarikatnya yang alami krisis kewangan.
Curious jugak dengan tiba² parents Naqila mati akibat kemalangan ngeri.. Naqila kena langgar lari sampai anak dalam kandungan meninggal. Mak Nazhan meninggal sebelum mereka berkahwin. Cam ada kaitan antara satu sama lain.
Fahad dok tackle Naqila semula. Nyampah betul.. dah buang cam sampah terhegeh² pulak bila tengok Naqila dah lawa. Isteri dia Malini dia biarkan terkontang kanting. Angin lah Malini.. terus dia bersemuka dengan Naqila. Naqila pulak pulangkan balik apa yang Malini dah buat kat dia.
Time ni rasa Naqila akan bersama dengan bekas kekasih dia Nazhan selepas balas dendam and live happily ever after. Tapiiii lain pulak yang jadi... Sambil baca sambil fikir siapa jahat ni Fahad ke Nazhan?
Tu dah nak sampai ending F terkedu. Tak sangkaaa hissshh!
Naqila bercinta ngn Nazhan tp di tentang oleh parents Naqila.. dan die setuju utk kawin ngn Fahad.. tk lama tu, parents Naqila meninggal..
Tk bole blah ngn Fahad.. mmg laa kata² tu die tk sedar tp kite yg sbg isteri dgr of coz terkesan.. 🥺
Ngn Fahad berzina lgi.. eeeee mmg mencanak baca.. Naqila di cerai talak 3 selepas die kemalangan dan keguguran.. di sbb kn Fahad dlm pengaruh sihir, die terus di halau keluar..
Nazhan yg tlg Naqila build up balik diri.. buang sihir smue.. Adoii mase ni scary baca..
Lepas die da okay, die buat rancangan utk balas dendam.. Nazhan nnt tlg die..
Plot twist mmg tk sangka laa.. gile btul.. 💆🏻♀️
This entire review has been hidden because of spoilers.
My goodness, what did I just read? 😨😱 • Rating: 🌟🌟🌟🌟.5 • Seorang isteri yang sedang sarat mengandung, dikejutkan dengan berita yang suaminya curang. Ketika dia sedang berperang dengan perasaan sama ada mahu meneruskan perkahwinan ini, atau bercerai, kekasih lamanya muncul kembali. In the end, apa pilihan si isteri ini? 🤔😫 • ML1 - Fahad Irman / Fahad Menguruskan business hotel milik keluarganya. Berkahwin dengan FL kerana jatuh cinta pandang pertama. Ketika FL sedang mengandungkan anak pertama mereka, ML mula berubah hati dan mempunyai skandal. • “𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑸𝒊𝒍𝒂. 𝑨𝒑𝒂 𝒔𝒂𝒉𝒂𝒋𝒂 𝑭𝒂𝒉𝒂𝒅 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒈𝒖𝒑. 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒃𝒖 𝒕𝒂𝒉𝒖𝒏 𝒑𝒖𝒏 𝑭𝒂𝒉𝒂𝒅 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒈𝒖𝒑 𝒕𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖.” 𝑭𝒂𝒉𝒂𝒅 𝒕𝒐 𝑸𝒊𝒍𝒂. • Sepanjang ML1 berkahwin dengan FL, memang bahagia sangat mereka berdua. Kita marah sangat bila ML1 curang. Curang bukan sikit2 yer. Sampai dah ke katil dengan skandalnya tue…🤬😡 • ML2 - Nazhan / Han • Anak kepada pembantu rumah yang bekerja di rumah ibu bapa FL. Kedua2 ML2 dan FL pernah bercinta sebelum ayah FL minta hubungan mereka diputuskan. • “𝑭𝒐𝒓𝒆𝒗𝒆𝒓 𝒚𝒐𝒖'𝒓𝒆 𝒃𝒆 𝒎𝒚 𝒃𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝑳𝒊𝒍𝒊. 𝑯𝒂𝒏 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑳𝒊𝒍𝒊 𝒔𝒂𝒎𝒑𝒂𝒊 𝒎𝒂𝒕𝒊 𝒕𝒂𝒖.” 𝑯𝒂𝒏 𝒕𝒐 𝑳𝒊𝒍𝒊. • At this time, kita kesian sangat dekat ML2, sebab dia memang sayang sangat kat FL…😞 Tapi, disebabkan ugutan ayah FL, FL memang tekad untuk putuskan hubungan cintanya dengan ML2. • FL - Lili Naqila / Qila / Lili • Berkahwin dengan ML atas pilihan keluarganya, kerana at that time, business ayahnya ada masalah kewangan. So, ayah ML1 bersetuju untuk bantu business ayah FL, denban syarat, FL dijodohkan dengan ML1. Typical businessman, jadikan anak sebagai alat untuk kembangkan / selamatkan business…😑🥱 • I remembered reading a review about this ebook, and lepas tue, terus teracun. Baca tajuk pun dah sangat mengundang, kan? Apatah lagi ada label ‘Bacaan Matang’? So, that intrigued me enough to buy this ebook. Kita jarang sangat beli ebook, sebab my eyes selalunya tak tahan tengok screen lama2. • Lo and behold, after reading this, kita tergamam and termenung. Lepas tue, tergamam and termenung semula. My goodness, cerita apakah ini? 😨 • This ebook tells a story about obsession and greediness. And both of the acts, makan tuannya sendiri. • If you have read ‘𝑺𝒖𝒂𝒎𝒊 𝑻𝒆𝒓𝒃𝒂𝒊𝒌 𝑩𝒖𝒂𝒕 𝑹𝒂𝒊𝒔𝒔𝒂’, this ebook has the same vibe. Plot twist demi plot twist. Disebabkan kita dah pernah baca karya2 author nie sebelum nie, I have a clue siapa villain dalam cerita nie. Cuma, I did not expect that the story would turn into something like this…😳 • Siapa yang menjadi mangsa? Siapa yang menjadi dalang? Yang tue, kena baca sendiri. From the beginning, kita disajikan dengan intro yang cerita ini akan ada penyondol yang cuba merosakkan rumahtangga yang sedang bahagia. Suami yang penyayang curang di belakang isterinya. Cliche, kan? Tapi, kenapa suaminya curang? Kenapa penyondol nie begitu berani berdepan dengan isteri tersebut? 🤬😡 • As usual, penulisan author nie sedap dibaca. Ada beberapa kesalahan ejaan yang minimal. Tak mengganggu pembacaan pun. Kita suka layout ebook author nie. It’s big enough not to strain my eyes while reading this. Ebook nie, tak panjang mana pun. Sekejap jer dah boleh habis. Jalan cerita yang tak meleret. Tapi, sarat dengan pengajaran…🥹 • Kehidupan nie, kalau kita tak berhati2, memang akan ada yang dengki dan iri hati dengan kita. Amalkan doa perlindungan, setiap kali selesai solat Subuh dan Asar. Moga2, kita dihindari dari segala angkara jahat orang lain…😔 • Dan, jangan lah simpan dendam. Dendam nie memang akan makan diri sendiri. Bukan diri sendiri jer yang sengsara, orang sekeliling pun akan sengsara. Nothing’s good comes out from a revenge…😣 • Overall, I’m still speechless after reading this ebook…😳😨 In the end, masing2 dapat balasannya. Orang tamak, selalu rugi. Pepatah itu sangat tepat untuk cerita ini. Kita puas hati dengan ending cerita ini…😊 • Kepada yang belum pernah baca karya author nie, try to read this one. If you love something yang ada plot twist demi plot twist, then, you’ll definitely love this one. Kepada author, semoga terus diberi ilham untuk terus berkarya. All the best author…👏🏻👍🏻
Dah lama baru nak baca. Alahai ruginya. Cerita yang best. Bila penghujungnya ada plot twist. Tapi dah rasa boleh agak sebab selalu cerita macam ni penjahat sebenar akan muncul di hujung cerita. Mula² cerita je kita diperangkap oleh penjahat tiruan.
Naqila dan Fahad pasangan suami isteri yang sangat bahagia. Namun bila Qila mengandung, Fahad mula berubah selera. Dia curang dengan Malini sehingga ke bilik tidur. Kandungan Qila juga tidak dapat diselamatkan akibat provoke yang berterusan dari Malini dan kemuncaknya bila Qila dilanggar.
Tak cukup dengan itu, dia dicerai talak tiga dan dihalau keluar dengan cara yang sangat sadis untuk orang yang baru melahirkan. Nazhan bekas teman lelaki Qila yang terjumpa Qila selepas dihalau dan keadaan Qila masa itu sangat teruk.
Dengan bantuan Nazhan, Qila dirawat kerana terkena sihir pemisah dan yang lebih kesian adalah Fahad sebenarnya. Bukan sahaja terkena sihir pemisah, dia juga kena sihir pengasih dari Malini. Ermm. Entah la menyampah betul dengan watak Malini masa ni. Macam perempuan sundal sangat.
Setelah Qila sembuh, Fahad pula gila talak. Dah macam dejavu. Dulu Fahad gilakan Malini masa Qila pregnant. Sekarang Fahad gilakan Qila masa Malini pregnant pula. Aishh macam² perangai! Tak reti jaga isteri bila pregnant agaknya si Fahad ni🤭
Akhirnya bersatu juga Nazhan dan juga Qila. Dah lama mereka bercinta sebenarnya. Cuma dulu mereka tiada jodoh. So bila Qila dah janda, boleh la Nazhan rebut kembali. Ya dak?
Tapi ermm, disinilah bermulanya plot twist. Segala musibah yang berlaku telah dirancang sepenuhnya. Siapa pelaku? Kenapa? Mengapa? Semua diceritakan di penghujung cerita. Yang pasti endingnya harus yang happy untuk Qila dan pasangannya. Itulah dinamakan cinta sejati🫰