Mesej utama novel ini ialah perjuangan jihad menentang kezaliman Zionis. Good vs. evil. Teknologi melawan teknologi. Kesatuan ummah tanpa mengira bangsa, kaum, warganegara serta bentuk (manusia, jin) dalam menjayakan sebuah misi agung iaitu Armagedon yang jauh terkehadapan nanti.
Sedar atau tidak, kita percaya yang semua nabi dari Adam sehingga ke Muhammad bin Abdullah adalah Islam atau Muslim. Itu fakta dalam al-Quran dengan turunnya agama-agama samawi untuk manusia agar beriman dengan kenabian dan kerasulan serta wahyu daripada Allah. Agama mereka adalah satu walaupun syariat berbeza berpandu kepada hikmah yang Allah mahukan.
Antara petunjuk mudah ialah pada malam Israk dan Mikraj Nabi Muhammad, apabila Baginda menjadi imam ketika solat di Masjid al-Aqsa kepada semua nabi dan rasul. Justeru bumi Palestin yang dijarah Israel laknat adalah bumi para anbiya' dan rasul, bumi Islam, mempunyai hubungan erat dengan bangsa Yahudi. Namun mereka derhaka dan membunuh para utusan Allah itu.
Justeru umat Islam wajib membaca ayat al-Quran ini setiap kali bersolat, sebagai salah satu tazkirah:
“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” (Al-Fatihah 1:7)
Dalam Taurat dan Injil tercatat sejarah bahawa Bani Israel / Yahudi adalah pembunuh para nabi. Justeru Allah hukumkan mereka tidak berhak ke atas bumi Palestin dan Al-Quds.
Dogmatik bahawa Al-Quds adalah hak bangsa Yahudi dengan tertubuhnya Israel dan impian Haikal Sulaiman adalah mainan kotor mereka. Mereka bukan golongan manusia pertama menduduki wilayah itu. Sebelumnya kaum Arab purba sudah ada di sana zaman-berzaman.
Pentingnya bumi Palestin digambarkan dalam salah satu firman Allah: “Demi buah Tiin dan Zaitun. Dan Gunung Tursina. Serta negeri (Makkah) yang aman ini.” (At-Tiin 95:1 -3)
Salah satu tafsir ulama wilayah buah tin dan zaitun ialah Baitulmaqdis yang lahirnya Nabi Isa bin Maryam. Seluruh kaum masa silam yang disebutkan dalam al-Quran dan Bible (asli atau terkini) sewajibnya memperoleh hukuman justeru memberontak dan tidak bersyukur atas kurnia Allah yang Maha Penyayang. Bencana hebat dan dahsyat menimpa mereka.
Kaum Bani Israel / Yahudi setelah berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain tanpa negara dan wilayah, dan akhirnya menemukan alasan dogmatik Haikal Sulaiman (Nabi atau Raja Sulaiman), mereka menetap di situ. Bangsa Yahudi tetap dihancurkan Allah kerana perilaku yang melampaui batas dan amat zalim serta merosakkan keamanan bumi.
Yahudi moden dengan fahaman Zionisnya terus merosakkan dunia dari lokasi Haikal Sulaiman dan kawasan sekitarnya. Mereka berbesar hati dengan kesombongan yang luar biasa sebagaimana mereka lakukan sebelum peringatan yang pertama.
Kutukan Allah akan berterusan terhadap hamba-Nya yang amat zalim itu. Salah satunya melalui janji Allah bahawa sentiasa ada kumpulan pejuang di Baitulmaqdis dan kawasan sekitarnya sebagai benteng agama Islam sehingga ke hari kiamat.
Penulis menggunakan nama pena Web Sutera. Nama sebenar ialah Hizamnuddin bin Awang. Sebelum menceburi dalam bisnes katering sepenuh masa, beliau pernah menjawat jawatan Editor bagi subjek matematik dan komputer di salah sebuah syarikat penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. sebagai Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada penulisan bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT / Internet dan branding.
Semasa bekerja di Jaring Communications Sdn. Bhd., Web Sutera melaksanakan tugas-tugas sebagai penulis, editor bersekutu (associate editor) dan editor online bagi majalah Jaring Internet Magazine. Dalam waktu yang sama beliau banyak menyumbangkan hasil penulisan kepada beberapa majalah berbahasa Melayu tempatan dan juga bagi tugas rasmi untuk sisipan Komputer, Berita Harian. Kesemua subjek penulisan Web Sutera ialah dalam bidang sains dan teknologi, ICT dan internet. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Unit bagi salah satu unit dalam jabatan Komunikasi Korporat dan Branding syarikat Jaring Communications Sdn. Bhd.
Seterusnya bergiat aktif dalam bidang penulisan makalah ICT, sains, teknologi dan peradaban manusia sejak tahun 1995 dalam sedozen majalah bahasa Melayu di Malaysia.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Komputer dari USM,1992. Kini menjalankan perniagaan sendiri iaitu LUSIANA CATERING sebagai managing partner, setelah bekerja makan gaji hampir 15 tahun.
Buku ini sememangnya mengangkat tema Jihad. Jihad dalam menegakkan agama Islam dan kawasan suci dari cuba dikuasai oleh manusia laknatullah dengan berlatarkan zaman futuristik! Peperangan dan perjuangan terus menghiasi setiap helaian kertas. Pendek kata naskah ini boleh dikira bagus namun ianya agak memenatkan!
Di setiap bab baru yang kita masuki, naskah ini akan menghadiahkan kita pepatah, potongan ayat al-Quran ataupun hadis atau juga kata-kata yang pernah dituturkan oleh manusia di dunia ini. Saya suka! Tambahan lagi banyak ilmu yang diselitkan oleh tuan penulis di dalam menyelusuri setiap bait perkataan. Ianya tidak terasa kosong.
Menghasilkan novel ini pasti mengambil masa lama dan tenaga yang lebih. Banyak kajian dan pembacaan yang harus dilakukan oleh tuan penulis. Ada momen-momen kisah di dalam naskah ini yang dilakar mungkin akan terjadi suatu hari nanti ataupun sebenarnya sudah terjadi masa kini (hanya Tuhan yang mengetahui). Namun ianya ditutup dengan watak rekaan fiksyen yang diwujudkan oleh Tuan penulis. Boleh saya perkatakan, fakta-fakta yang dicedok dari pembacaan dan kajian tuan penulis disembunyikan di dalam penceritaan sebuah fiksyen. ( Mungkin? Ini hanya andaian sahaja, kalau salah, hanya abaikan… Hiks!)
Watak yang wujud juga tidaklah terlalu sempurna walaupun ianya digambarkan sebagai seorang yang warak dan hafaz Quran. Watak utama masih digambarkan tidak mampu menahan diri dari emosi yang melanda diri dan hampir-hampir sahaja tewas di tangan seterunya. Tuan penulis sedar walaupun ianya hanya watak fiksyen, namun secara realiti, tiada yang sempurna di dunia ini. Yeay!
Namun di awal penceritaan, seolah-olah seperti saya berada di dalam sebuah kapal yang dipukul oleh ombak kuat di tengah lautan. Teroleng-oleng ke kanan dan kiri sehingga diri ini terasa mabuk dan penat. Ianya disebabkan jalan cerita utama kerap kali dicantas dengan imbas kembali dan monolog mukmin. Monolog mukmin itu boleh saya anggap adalah luahan hati tuan penulis sendiri. Hal ini berterusan sehinggalah penggembaraan yang saya telusuri di dalam cerita ini sampai ke pertengahan jalan/bab. Barulah jalan yang ditempuhi hanya ‘lurus’ sahaja tanpa sebarang halangan lagi.
Alat-alat canggih yang dinyatakan di dalam naskah ini juga tidak mampu saya gambarkan bagaimana rupanya. Ianya tidak terjangkau dek minda ini. Maaf imaginasi saya terlalu rendah. Tambahan pula, terasa seperti latar yang digunakan hanyalah berkisar pada zaman sekarang. Hanya diletak atau disebut beberapa alat canggih sahaja sebagai bukti ianya berada di zaman akan datang. Memandangkan buku ini terbit sebelum isu palestin dan Israel semakin mengganas, mungkin itu yang menyebabkan saya berkata sebegitu. Ianya terasa seperti apa yang sedang berlaku sekarang. MungkinTuan Penulis ada mesin masa lalu menggembara ke waktu itu? Haha…
Apa-apapun mesej yang ingin disampaikan oleh tuan penulis boleh sampai. Tahniah untuk ‘baby’ yang terbaru ini. Saya nantikan sambungan buku ini dan saya pasti ianya pasti lebih mencabar dan baik dari yang ini.
Owh ya, apa yang saya perkatakan tadi hanyalah sebuah pandangan daripada seorang pembaca dan bukanlah ulasan sebagai seorang yang pakar dalam bidang sastera dan penulisan. Lain orang lain selera… Mungkin anda akan suka naskah ini!?
Kerdil pula rasanya nak beri pendapat pada naskah yang sangat mengujakan ini..laa haula wala quwwata illa billah..Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah... Umat islam memang mempercayai, suatu hari nanti islam akan gah dan israel laknattullah akan kalah dalam kehinaan...Membaca naskah ini, saya teringat sebuah buku yang pernah saya baca..(tapi,tak ingat judul & penulisnya)...'bila tiba hampir kiamat, kemungkinan tentera islam yang dipimpin oleh Imam Mahdi tidak berperang dengan Israel, kerana Israel telah tewas sebelumnya...tapi, mereka berperang dengan tentera syiah..dan pada ketika itu, semua teknologi sudah musnah dan mereka kembali berperang seperti zaman Rasulullah..berkuda, berpedang dan memanah'.. wallahua'llam... Naskah ini, mengisahkan tentang masa depan iaitu ketika perang antara Islam dan Yahudi sebelum turunnya Imam Mahdi & Nabi Isa a.s...dan sebelum keluarnya Dajjal. Tak terjangkau fikiran saya untuk memahami teknologi2 canggih dan adakalanya saya terpaksa menggunakan khidmat En. Google..hehe.. Menelusuri naskah ini, terasa seperti saya turut berada di situ, seperti melihat dengan mata..bagaimana tentera fisabilillah menyerahkan segala kudrat dan jiwa hanya semata2 untuk islam...tentu banyak bahan bacaan yang telah Tuan Web baca dan kaji untuk menghasilkan novel ini...Apabila hampir sahaja helaian terakhir, terasa berat untuk habiskan bacaan.'The problem with a good book is that you want to finish the book & you don't want to finish the book'... itulah saya rasakan...Oh ya, monolog mukmin tu monolog Fateh Sa'adi...mungkin?
Tiada daya dan kekuatan untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan sesuatu manfaat selain Allah.
The story sets in the future, where the End is near. The war between the Muslim and the Dajjal’s army. It’s not just human battle. There’re also cyborgs involved; humans with nanocip inserted in their brains, etc.
I love reading this from the start. It starts with the introduction on the situation at that time and also the introduction of the main character, Fateh Sa’adi.
It’s fast-paced, action packed and has lots of important passages too; like few phrases from the Quran and hadith.
The alternating period was a bit confusing, but after few moments I’m able to catch up with the story. Some phrases, like the gadgets, all the computer tech stuff are also a bit confusing. (not really a fan)
There’s this chapter, monolog si mukmin, I’m not sure who the author is referring to, but I’m assumed it’s the main character, Fateh Sa’adi.
I applauded the author for able to create such story. This, for me, is huge, because not only he’s telling a story, he’s spreading his knowledge too. He kind of remind me of Abdul Latip Talib. It’s not heavy for me, because I enjoyed the flow of the story.
Overall, this is a good start for this year. I can’t wait to start with his other two books.
Novel yang padat dengan aksi dan isi. Permulaan, tempo bacaan agak perlahan lama-kelamaan semakin pantas. Tiada twist kerana mesej utamanya jelas - jihad menentang kezaliman.
Ada babak yang membuat kita turut berkongsi rasa sedih, geram dan terharu (sambil membayangkan alangkah bagus kalau perpaduan umat Islam seperti yang digambarkan). Selain itu, antara yang menarik dalam fiksyen berlatarkan masa depan ialah teknologi yang digunakan - senjata, kenderaan, gajet dsb.
Walaupun seorang hafiz yang hebat berperang, watak Fateh masih realistik. Contohnya: dalam satu babak ketika Fateh bergaduh dengan ketua iblis, dia juga berasa marah. Watak yang terlalu sempurna sukar untuk dikasihani dan disayangi (pada pendapat saya). Oh ya, Fateh juga tahu jatuh cinta.
Saya suka apabila watak perempuan tidak diabaikan malah mempunyai peranan yang penting dalam peperangan. Kisah Fateh Sa'adi-Dr. Wajihah juga berpatutan. Penulis pandai menjadikan ia sesuatu yg manis walaupun kita tidak tahu kesudahannya :)
Sarat dengan fakta dan pengajaran. Novel sejarah (dan futuristik?) yang berbaloi untuk dibaca.
Detik utama yang ditunggu-tunggu oleh setiap pembaca sudah semestinya kemunculan Imam Mahdi! I read the whole book just to know if Islam would win which is pretty obvious that we would as stated in the Nobel Alquran Insha Allah.
I found this well-written book when I was milling around in Putrajaya on a field trip with my friends and luckily there was an islamic book fest in presint 3. I only got rm40+ and a seller in one booth was suggesting how great this book was so I instantly jumped into the chance and bought the book!
It was only rm20 with a 5% discount but well never ever judge a book by it's cover :) I love how the writer shows the real face of the cruel and wicked Israel with their evil plans and how America is completely related to it. Such a great read. Thank you. I've also gained tons of new useful knowledge Alhamdulillah & thank you once again :))
Alahamdulillah, berjaya juga menghabiskan bacaan. Cerita Perang Armageddom memang kompleks. Banyak watak di dalamnya & cerita yang melompat-lompat membuatkan aku agak pening ketika membacanya....