Jump to ratings and reviews
Rate this book

PINJAM

Rate this book
Shahrom likes to borrow. Well, the correct term is stealing. He starts with money and possessions. Then he starts to literally get into people's heard to borrow their thoughts and memories. But why?

266 pages, Paperback

First published March 29, 2014

17 people are currently reading
212 people want to read

About the author

Anuar Shah

11 books18 followers
A lawyer, a blogger, a property book writer with 40 Questions You Should Ask Your Lawyer Before Buying A Residential Property in Malaysia and its sequel, a speaker on property on social media, a social media enthusiast and a novelist with Fixi

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
58 (17%)
4 stars
76 (22%)
3 stars
128 (37%)
2 stars
57 (16%)
1 star
22 (6%)
Displaying 1 - 30 of 61 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
796 reviews106 followers
January 5, 2016
Saya seorang yg curious. Selalu ingin tahu apa yang saya belum tahu atau kurang tahu. Dan kerana curiousity ni lah saya membaca buku ni.

Mula2 tu, agak teruja sebab nak tahu apa yang dipinjam Shahrom dan apa yang terjadi padanya. Jadi, saya membacanya dengan penuh sabar. Tapi walaupun dah lebih separuh bacaan, saya masih tak tahu hala tuju cerita ni. Masih terapung-apung mencari arah. Dan, saya rasa semakin lama semakin lost, terlalu banyak unsur-unsur tambahan yg tak perlu. Mungkin kalau tak dimasukkan lebih baik.

Ending dgn plot twist yang mungkin akan mengujakan kalau saya terkesan dengan cerita. Tp by that time, saya dah tak rasa apa-apa dah. Apa nak jadi, jadilah.

Dan saya pun cuma pinjam saja buku ni. Nasib baik.
Profile Image for Shafaza Zara.
167 reviews34 followers
March 23, 2014
Aku mulakan pembacaan PINJAM atas beberapa dasar. Antaranya :

1. Aku memang penggemar novel-novel keluaran FIXI.
2. Latar belakang penulis yang menarik (khabarnya seorang peguam).
3. Kata-kata ulasan yang aku tak sangka akan keluar dari mulut seseorang.
4. Cuti sekolah dah mula.
5. Aku suka beli buku sebelum dilancarkan secara rasmi.

Jadi, secara keseluruhan lepas aku baca PINJAM (yang dibaca dalam tempoh masa 4 jam) --- aku dapat menyatakan bahawa kalau membaca buku ini, kebarangkalian untuk kau letak dan sambung baca adalah sangat rendah. Disebabkan setiap pecahan bab (kalau boleh dinyatakan begini), adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Jadi sebagai contoh kau berhenti di D, sebenarnya E adalah kesinambungan langsung D dan kalau kau berhenti di E, F adalah kesinambungan langsung E.

Faham?
Lebih kurang begitulah.

Jalan cerita yang boleh dikatakan menarik, banyak buatkan otak kau berfikir tentang benda-benda lampau dan ya, aku rasa aku PINJAM kan otak aku juga untuk membaca lebih tekun naskah ini. Tentang jalan cerita lebih mendalam dan "spoiler" --- kau belilah sendiri buku ini. Baca dan fahami sendiri bagaimana kau tak boleh nak lompat-lompat baca dan sedikit "plot twist" di bahagian yang aku tidak ingin nyatakan.

Tambahan : Kalau kau orang Negeri Sembilan, mungkin kau akan lebih bagus dalam menggambarkan latar belakang premis cerita.

:)

Lord Zara
23.03.2014
0810
Profile Image for Nur Fatin Atiqah.
Author 1 book42 followers
May 29, 2018
⭐️⭐️⭐️ BINTANG UNTUK PINJAM.

Aku mula baca sejak jam 12.00 tengah malam tadi dan lebih kurang 80% pembacaan telah dihabiskan selepas waktu Subuh. Dan tak sampai 24 jam, buku Pinjam karya Anuar Shah berjaya dikhatamkan dengan mudah.

Okay, bagaimana nak bermula?

Pinjam oleh Anuar Shah ini memang mempunyai premis yang baik. Idea ini sebenarnya agak lain daripada yang lain berbanding jalan cerita yang ada di pasaran tempatan. Mungkin ada juga novel yang memaparkan tema serupa, tapi aku tak pernah baca lagilah.

Penggunaan perkataan Pinjam sebagai tema tunggal cerita ini sebenarnya agak tak sesuai. Sebenarnya, bukanlah istilah Pinjam yang patut diguna pakai. Yang lebih sesuai adalah MENCURI. Curi. Merompak. Menyamun. Takde istilah Pinjam kalau dah guna tak reti nak pulang balik.

Gaya bahasa memang mudah dan boleh diikuti. Ada juga part lawak jenaka yang buat aku tertawa. Tapi kebanyakkannya adalah gaya bahasa melarat dan melebih-lebih. Sebab Anuar Shah ini seorang peguam tak? Peguam kan suka banyak cakap dan ada aja yang dia nak sampaikan fakta atau pengetahuan dia pada orang lain.

Anyway, plot cerita tidak dikembangkan dengan baik. Macam yang aku dah bebelkan dalam status updates bacaan buku ini, penulis lebih banyak melarat entah apa-apa, cerita pasal itulah, inilah, si pulan lah tapi end up, apa yang dia cerita tu takde kaitan langsung dengan keseluruhan novel. Entah apa jadi dekat si Kamsiah, dekat Mak Ngah dan Marissa. Mereka cuma wujud macam sekadar nak tambah watak. Tapi apa pulak sumbangan dia dan conclusion watak tu dalam cerita ini, kan?

Gambaran dalam otak manusia juga semacam tak kemas, bila kau cuba katakan watak utama Shahrom ini ada kebolehan menceroboh ke minda/pemikiran orang lain, takkanlah dia punya kebolehan setakat buat remote control untuk mengawal semua yang dia nampak? Mungkinlah penulis ini nak kaitkan dengan pengkatalogan atau cara mengemaskini data oleh si Shahrom, but ada cara lebih baik dan tak messy macam ni kot? Di sini aku lihat penulis agak old school dalam menceritakan sesuatu yang boleh jadi lebih gah.

Seterusnya, aku memang anti betul watak Zaharuddin ni. Watak dia sangat lemah untuk dijadikan seorang penjahat. Dia dendam sebab apa? Api dendam dia macam tak munasabah untuk gambarkan dia ni gangster dan samseng. Patut ceritalah maybe Zaharuddin ni pernah kena mental abuse ke oleh mak dia, barulah nampak sikit kenapa dia jadi pendendam macam tu sekali. Tapi, memang lawak sikitlah part dia mengamuk dengan Tok Siak hanya kerana dia mak kalah masa main dam aji. Sebab situasi tu tak kena langsung nak jadikan dia samseng.

Oh ya! Plot twist cerita ini memang tak dijangkalah. Kudos untuk penulis! Bravo on that part! But yeah, sebab twist muncul saat akhir, sedikit kelam kabut bila kau nak habiskan cerita yang berbaki 4-5 muka surat. Ia jadi rushing.

Akhir sekali, buku ini recommended untuk bacaan ringan. Anuar Shah memang seorang yang pandai menulis TAPI dia wajib belajar macam mana nak kembangkan plot, tambah klimaks dan cara mengembangkan perwatakan. Looking forward to his other books!
Profile Image for Aini Akmalia.
100 reviews70 followers
November 14, 2015
Penat. Serius penat baca buku ni, sepanjang baca ni asyik tanya "bila nak habis ni?". Awal cerita sangat menangkap, dan semakin mendebarkan. Tapi malangnya sangat meleret, dan macam terpaksa dengar orang bercerita pasal cerita yang kita tak nak dengar pun.

Sebenarnya buku ini adalah buku pertama saya kenal jenama FIXI. Kebetulan buku ni sedang dipromosi oleh FIXI semasa kali pertama saya mendengar nama FIXI. Jadi dalam ingatan saya, tidak boleh tidak saya kena dapatkan buku ni. Ekspektasi yang tinggi barangkali, akhirnya saya kecewa setelah membacanya.

Tak dinafikan, dalam kebosanan melayan jalan cerita, ada juga terselit beberapa pengajaran sepanjang cerita ni. Dan... pengakhiran yang tak disangka. Cerita dalam cerita. Awalnya semacam kesal dan tak mahu lagi baca karya penulis ini lagi, tapi melihatkan latar belakang penulis yang terlibat dalam dunia guaman, mungkin ada sesuatu yang lebih menarik bakal disajikan selepas ni. Siapa tahu kan?
Profile Image for ALIA.
33 reviews
August 6, 2015
Hurmmm.. Mcm mana nak review ni. Peringkat awal ceritanya mmg menarik. Tapi lama kelamaan terasa mcm meleret-leret dan boring. Smpai ke tgh cerita masih tak pasti dgn apa yg cuba disampaikan oleh penulis.

Ada beberapa kesalahan ejaan.

Satu pertanyaan yg selalu bermain di fikiran sewaktu membaca novel ni "Bila cerita ni nak habis?".

Ending yg unpredictable. Mmg tak tercapai dek akal. Mungkin perlukan sequel kerana penulis meninggalkan pembaca tertanya-tanya apa seterusnya yg akan berlaku kpd Shahrom dan Zaharuddin. Adakah dendam akan terbalas?
Profile Image for Khairul Umar Hamzah (Kuhaf).
63 reviews29 followers
March 29, 2014
Rasanya semalam aku bermimpi. Mimpi tu rasa macam real betul. Ada seorang lelaki dengan nama Anuar Shah bertanya pada aku.

"Kau tahu apa makna 'Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama lama mencuri?'" Dia tersenyum sambil tangannya mengangkat cawan berisi kopi yang masih berwap panas, baru dibru lalu menyuakannya ke arah mulut.

Aku geleng. Dia masih lagi tersenyum. "Takpe. Biar aku cerita." Katanya sambil menepuk-nepuk bahuku.

Perjalanan itu bermula, lancar dan ligat ; kecuali di bahagian ke 25 dan 85 yang punya kesilapan tiada noktah dan juga kesilapan ejaan. Anuar Shah nampak gayanya betul betul beriya mahu menceritakannya kepada aku.

Tiba-tiba aku rasakan bayangan Anuar Shah semakin jauh. Ceritanya masih belum tamat ; tersangkut di bahagian ke 266. Dia masih tersenyum dan bayangannya kian pudar dan terus hilang.

Aku terjaga dari mimpi dan kepalaku pening. Di kiriku ada laptop yang masih menayangkan filem Inception dan sebuah buku.

"Buku apa ni? Pinjam? Macam menarik." Aku tersenyum.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
May 7, 2014
Membaca Pinjam kurang dari 6 jam sangat memenatkan. Aku tak tau kenapa ceritanya meleret. Okay. Mungkin itu penghubung cerita. Lalu semua dijelaskan satu persatu. Tapi aku masih tak faham makna 'PINJAM' yang cuba disampaikan.

Dan endingnya.
Begitu saja?

Jujur, aku mengharap yang lebih luar biasa.

Sekian, terima kasih.
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
March 6, 2024
Ebook,
Punca aku baca cite neh sbb tak bawak buku fizikal kat padang. Dan cite neh je ada dlm hp aku. So, baca je la.

Okay la. Cuma meleret leret tu yg aku tak tahan tu. Sebaik 171 page je. Hahahahaahaha

Idea dia menarik. Dan cara bercerita dr sudut pandang setiap watak tu pun aku suka. So, utk cerita selingan aku okay je.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
May 25, 2025
Aku happy Hasan dapat tingkatkan taraf hidup dengan tahap pemikiran lebih tinggi dengan bantuan si pelompat otak.
Tapi masa tu Si Din belum kenal dengan Hasan kan? Yang ada interaksi dengan Hasan , Shahrom laa. Jadi siapa yang tolong Hasan hingga dia boleh membaca?
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
July 18, 2014
Apabila mendapat naskah berjudul PINJAM yang ditulis oleh seorang lelaki bernama Anuar Shah ini, payah untuk menyangka bahawa seorang peguam boleh menulis fiksyen kreatif sebegini. Mungkin kerana apabila kita mendengar profesion peguam, kita akan membayangkan seseorang yang serius, bekeng, tepat dan cepat, langsung tidak menyerupai karya pertama tulisan beliau ini.


Agak payah untuk melabelkan genre yang sesuai untuk diletakkan pada naskah ini. Separuh awalnya bagaikan ada acuan psychological-thriller, separuh pertengahannya pula aku menghidu elemen sai-fai, dan selebihnya ada juga bibit-bibit humanistic thriller.

PINJAM merupakan sebuah karya yang bergerak perlahan, terlalu perlahan sebenarnya. Terlalu banyak back-story yang diceritakan sejak protagonis kecil, kemudian ada lagi menginjak kisah kisah pra-lahir protagonis yang diceritakan oleh beberapa lagi watak yang saling bertukar-ganti naratif, sehingga kau sebenarnya harus membaca karya ini dengan berhati-hati dan bijak membuat hubungkait antara watak-watak tersebut kerana khuatir kau akan putus asa dan akhirnya letak sahaja buku ini ke samping kerana 'letih' hendak berfikir (maklum sajalah, majoriti pembaca tempatan bukannya 'rajin' sangat hendak berfikir kalau hendak membaca naskah fiksyen santai *batuk* jeling group WhatsApp KRM *batuk* //inside joke//). Jujur aku katakan, naskah PINJAM ini hanya bermula untuk berasa menarik pada halaman 122 dan seterusnya kerana pada halaman inilah munculnya naratif tak bernama yang aku kira merupakan hook kepada keseluruhan cerita ini.

Teknik konstruksi naratif orang pertama pelbagai watak (first person point of view) yang digunakan dalam PINJAM mirip benar seperti konstruksi plot yang digunakan dalam novel keduaku iaitu KOYAK. Plot bergerak dalam kelajuan agak perlahan, dengan dibahagikan kepada 4 bahagian kecil iaitu 'Siakap Senohong', 'Gelama Ikan Duri', 'Bercakap Bohong' dan 'Lama-lama Mencuri' yang aku kira pintar namun tidak nampak relevan pembahagian sub-bahagian buku ini kepada empat. Nak katakan empat sub-bahagian ini merupakan penanda kepada perkembangan tumbesaran protagonis utama (seorang lelaki bernama Shahrom) pun tidak jugak, entahlah (#malasberfikir).

Selain daripada itu, snowball effect yang dibangunkan sedari awal pergerakan plot dalam PINJAM semacam kurang berkesan. Naratif cerita bagaikan hanya bermula pada 30 halaman terakhir dan aku mengandaikan bahawa jika aku membaca suku terakhir novel inipun aku tidak akan 'sesat' dan boleh memahami pergerakan cerita dengan hampir baik kerana banyak hal pada halaman-halaman terakhir inilah yang pada hemat aku merupakan dasar awal cerita dan yang selebihnya itu hanyalah back-story kepada keseluruhan cerita. Faham tak?

**BACA SELEBIHNYA DI SINI**
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
August 21, 2016
3.8*

I'm glad giving this book a chance despite of bad reviews. Terima kasih atas kesabaran diri sendiri dan juga 'peta' yang aku buat untuk keep track jalan cerita.

Begini, novel ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu 'siakap senohong', 'gelama ikan duri', 'bercakap bohong', 'lama-lama mencuri'. Dalam setiap bahagian ada sub-chapter yang dinamakan dengan nama watak. Ceritanya diceritakan oleh pencerita yang berbeza. Setiap watak ada cerita masing-masing. Siapa pernah tengok movie Vantage Point lebih kurang macam tu la. Berikut 'peta' yang aku buat.

Bahagian 'siakap senohong' (Sini cerita pasal kehidupan Shahrom sebelum dia dapat 'superpower' kawal pemikiran orang lain. Elaborative buat aku macam nak tutup buku. Tapi sabar dulu):
Sub-chapter: Shahrom - Kamsiah - Shahrom - Kamsiah - Shahrom -Kamsiah - Shahrom - Zaharudin - Shahrom

Bahagian 'gelama ikan duri':
Sub-chapter: Shahrom - Zaharuddin - Shahrom - Samad - Shahrom - Kamsiah - Shahrom - Kamsiah -Shahrom - Hasan - Shahrom - Hasan - Shahrom - Hasan - Zaharuddin - Hasan - Unknown (aku namakan entiti dalam otak Hasan) - Zaharuddin

Bahagian 'bercakap bohong' (Sini mula perjalanan Shahrom mula discover dia boleh masuk pemikiran orang lain):
Sub-chapter: Shahrom - Cikgu Salamiah - Shahrom - Zaharuddin - Shahrom - Jamal - Shahrom - Zaharuddin - Shahrom - Zaharuddin - Shahrom - Zaharuddin

Bahagian 'lama-lama mencuri' (Shahrom mula pandai manipulate 'superpower' dia dan buat eksperimen ke atas kawan dia sampai kawan dia jadi gila. Shahrom juga dibelasah sehingga hampir maut oleh ______ ):
Sub-chapter: Shahrom - Zaharuddin - Shahrom - Zaharuddin - Shahrom - Zaharuddin - Shahrom - Unknown - Jamal - Shahrom - Jamal - Shahrom - Farina - Shahrom - Zaharuddin - Unknown - Zaharuddin - Shahrom

Kau ingat Shahrom watak utama? Tak. Zaharudin watak utama juga sebab dia kawal pemikiran Shahrom (dan juga Jamal, Hasan, Marisa, Farina dll).

"Korang tahu aku ada di mana sekarang? Aku yakin korang ingat aku dah mati. Korang silap. Aku telah melompat tubuh semasa aku nyawa-nyawa ikan. Aku sekarang adalah bayi di dalam perut Farina." - Shahrom (Pinjam, p. 264)
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
April 8, 2015
I’m having a hard time trying to finish this. There are lots of parts where the author slightly strayed away from the main point. I love that the author wrote the story, alternating from one character’s POV to another. It gave me the view of what each character is thinking, I can tell how each character act, and such. But at some point the story kinda went away from the main point, which is the part about the main character able to control other people’s mind. Lots of stories like how Zaharuddin spent his time at the movie, about Jamal’s obsessive to be smart and clean; bores me a little. I sighed a few times reading this, wondering if I should continue with it. But I like the idea of this story. Plus my sister’s edition misses few pages.
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
February 8, 2015
Pinjam...Konsep dan premis jalan cerita Pinjam ni amat menarik..penghuraiannya cukup jelas..cuma apa yg kurang dan agak bosan adalah penceritaan plot yg aku rasa tak perlu diceritakan dgn details dan juga pengulangannya,yg mana plot tu aku rasa boleh skip sebenarnya..
Anyway, endingnya boleh tahan juga twist nya..dan ada juga sambungannya nanti..tak sabar camne sambungan cerita ini..hehe..
Konsep & idea Pinjam ni mmg bagi aku Fresh..di luar jangkaan..

Well,tahniah Anuar Shah, dan Fixi..buku yg menarik..
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
July 19, 2016
1) penat
2) boring
3) hambar

Itu yg aku rasa sepanjang baca buku ni. Puncanya satu jer, kisahnya terlampau meleret-leret. Kadang-kadang rasa macam, "apa tujuan dia cerita semua ni pada aku?", "Mana halatuju buku ni?", "Nak bercerita pasal apa sebenarnya?", "Woi bila nak habis ni?!"

Arghhh..! Nasiblah buku ni aku just pinjam dr sepupu aku. Selamat duit aku. Fuhhh...

Tapi, ia punya ending boleh tahan laa... taklah menghampakan aku sgt. So, aku kasi bonus 1 bintang lg ★

Keseluruhan, 3 bintang utk buku ini. ;)
6 reviews1 follower
July 13, 2014
pada saya, storyline PINJAM memang menarik. tp plotnya perlahan dan kadang2 saya rasa byk yang macam xperlu kot. mungkin penulis saja nk buat gitu ya bila dah nk habis je cerita tu, ending dia macam cepat pulak. cerita ni best jugak kalau buat movie ni, xperlu banyak dialog dan buat org fikir dan tentukan sendiri. lgpun kita xde lagi movie gaya gini heheh.tp yang bab seks tu xpayah dan xperlu diceritakan.
Profile Image for hans.
1,161 reviews152 followers
April 13, 2014
Jalan cerita dengan isi yang terlalu sarat dan meleret sehingga saya rasa idea penulis adalah double identity seorang makcik yang gemar bergosip.
Profile Image for Zaiful Zahiri.
38 reviews1 follower
November 25, 2018
My review:

1. Buku ni citer pasal apa?
Dia pasal watak utama dia, yg ada kuasa untuk masuk ke otak orang lain. Bila dia masuk, dia bole tahu apa yg orang tu fikirkan. Citer dia start konflik bila dia masuk otak kawan tu untuk buat benda nakal...konflik juga dengan abang dia yg jeles dan berdendam dengan dia.

2. Apa yg best?
- idea dia menarik, macam boleh tukar2 fikiran, bole tahu apa perasaan yg berlegar di kepala kawan2 dia.
- teknik penceritaan dia guna monolog dalaman, buat pembaca boleh 'feel' dan terasa lebih dekat dengan perwatakan watak tersebut.
- citer dia simple, mudah difahami & bole baca dengan tempo laju.
- Ada unsur tertanya-tanya siapa 'sesuatu/sesorang' yg kacau dia masa dia tengah masuk ke otak orang lain.

3. Apa yg kurang ....
- Ada unsur nakal dia yg macam...macam...macam...tak sesuai utk kanak-kanak baca...ntah la..
- citer dia saya expect bole kembang lagi, tp ending dia...owh macam tu. ok la.

4. Bape Bintang?
- 2.9/5.0

5. Sy recommend kepada...?
- sape2 yg minat berimaginasi dan fiksyen, pasal budak yg ada superpower, ada kuasa ajaib, yg suka imbauan kehidupan di sekolah menengah, zaman-zaman belajar, bole la baca novel ni sebab penulis ada bawa genre dan memori itu sepanjang penceritaan di dalam karya ini. Tq2.
Profile Image for Ummi Farhana.
238 reviews13 followers
July 15, 2021
Sebab aku seorang yang skeptik, aku rasa cerita ini adalah satu twisted perspektif seseorang yang ada bipolar disorder. Mungkin juga dia seorang penghidap skizofernia. Dia boleh menjadi Shahrom, Zaharuddin, Jamal, Farina atau siapa sahaja yang dia mahu.

Walau siapa pun dia, aku ikut serta dalam 'perjalanan' hidup dia. Aku teruja, aku tertanya-tanya sejauh mana Shahrom menjadi Jamal. Aku juga mahukan Zaharuddin menerima pembalasan di atas segala perbuatannya. Aku mahu tahu dari mana datang segala pergolakan emosi Zaharuddin.

Ceritanya menarik, cuma kadang-kadang terlalu dragging. Letih. Bosan. Tapi tetap menarik.
Profile Image for SyaMimi.
151 reviews12 followers
October 22, 2017
Mungkin bagi orang lain meleret. Pada aku tidaklah teruk sangat cuma hambar scene pinjam si Jamal tu, dan motif yang entah apa-apa si Shahrom ni buatkan Jamal begitu. Perlu kreditkan pada penulis dengan idea menarik ni. Aku suka ideanya, aku suka naratif first person, I'll leave out the language comment on this one. Plot twist diakhir buku agak tergesa pembikinannya, sehingga terasa "eh takkan ending macam ni?"

Buku dan cerita ni boleh jadi hebat kalau idea cerita ni dikembangkan. 3.5/5.0
Profile Image for Ungu Karmila.
73 reviews3 followers
June 12, 2022
Amazing March

(3) 08/03/18
Pinjam (pnm e-reader)
Anuar Shah
Buku Fixi

Kisah Shahrom,si peminjam. Tp x pnh pulang kn semula apa yg dipinjam nya.
shgga lah dia mnyedari kebolehan nya meminjam pemikiran manusia.
Galak meminjam shgga akhir nya mnyebabkn kwn sbilik nya,Jamal mngalami kemurungan,skt jiwa. 4 thn kut dia klua msk otak Jamal.😅😅😅
Tanp dia sedari,ada insan lain punya kelebihan itu jg.😅😅
Ending crta nya,buat aku rs aku dlm otak org lain derrr..😂😂😂
Tahniah buat penulis. Sy enjoy dgn ending n ur twist plot.

4🌟🌟🌟🌟
Profile Image for Fredx Sahadan.
39 reviews1 follower
August 26, 2022
Stress juga baca buku ni. Aku bukan org seni jd aku baca sekadar mengisi masa lapang.. mmg terasa kelapangan masa aku dek kerana buku ni.. dah ujung2 br best sikit.. klu dipendekkan jln ceritanya lg best kut.. berjela sgt smpi org mcm aku baca boleh lost.
Tp kalau ade sambungan Shahrom balas dendam Kat Zaharudin, aku harap penulis dpt padatkan point cerita dia.

Cerita best.. penceritaan je byk meleret..
Profile Image for Aqiela.
58 reviews1 follower
August 20, 2018
Idea untuk cerita ni dah menarik & lain dari yang lain, so i expect it can be superb tapi nampaknya penulis tak berapa pandai untuk mengolah & create cerita ni untuk jadi lebih menarik. Penulis banyak meleret, bercerita dan membebel panjang berjela pada point2 yang tak penting pon. 2.5 stars for Pinjam.
Profile Image for Safiya Yahaya.
66 reviews
December 13, 2018
I am impressed by how the author was able to take us into the lives of various characters. The current lack of morality in some teenagers and you g adults was truthfully captured and the addition of a science fiction twist made the book a page-turner. Good work, Anuar Shah. I look forward to reading 'Pentas'.
18 reviews
March 17, 2024
Novel ni menceritakan tentang seorang lelaki yang mempunyai kelebihan 'meminjam' atau bahasa kasarnya mencuri. Novel ni memang mempunyai plot cerita yang baik cuma tak dapat ia tak dapat diolah dengan lebih lagi. Bagi saya cerita ni sangat drag dan keistimewaan pada lelaki itu hanya digunakan untuk benda benda yang bodoh haha. Patut nak bagi 2 star je but ending dia pun ade plot twist so tambah lah lagi 1 star haha.
Profile Image for Nerd Girl.
20 reviews2 followers
October 24, 2017
bosan.

ada part yang aku suka dalam cerita ni, especially part yg membaca tu. tapi ending tu mcm tak kena sangat.

this story could be better if sepupu dia tu takde kebolehan yg sama imo. the ending should be more longer i think.

btw, good job writer.
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
March 10, 2019
"Bahasa adalah kehidupan. Bahasa bukan perlu ditutur atau ditulis utk difahami. Bahasa boleh disampaikan tanpa perlu dilafazkan atau dibaca. Org bisu atau pekak, kdua2nya boleh berbahasa. Paling penting adalah apa yg hendak disampaikan kpd org. Itulah kejaiban bahasa."
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
November 9, 2020
Aku suka dengan idea buku ini. Tentang Shahrom, manusia yang berkebolehan meminjam pemikiran manusia lain. Bab² pertengahan buku agak meleret dan banyak pengulangan. Tapi bila masuk bab² akhir, ia jadi lebih menarik.
55 reviews
June 13, 2025
Boleh la dibaca cuma repetitive sikit some part as org yg membaca kalau banyak repeat benda yg sama boleh bosan skit
patut xpayah la repeat sngat some part tu
bagi satu je sbb part 4 semua saia fast read tanpa berenti sbb kinda bored
Profile Image for amireadbooks._.
56 reviews3 followers
January 17, 2026
👏​👏​👏​👏​

sebuah cerita yang memaparkan 'multiple POV' beberapa watak di dalam buku ini.

Bermula dengan tabiat Shahrom yang suka 'meminjam' yang berakhir dengan plot twist yang... tak boleh juga nak kata boleh dijangka tapi yeah... unexpected? 😅​
Profile Image for Nurul Afifah.
13 reviews
January 7, 2019
Good story idea but the plot is dragging and lengthy which actually makes the plot twist not actually all exciting. However, I totally enjoy the writing style.
Displaying 1 - 30 of 61 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.