Kehilangan orang yang kita sayang, sangat lah menyakitkan…🥺
Rating: 🌟🌟🌟🌟.3
Seorang wanita mengalami amnesia selepas kemalangan dan koma. Dia hilang memori selama 10 tahun kehidupannya. Yang dia ingat, dia berumur 17 tahun, bakal menduduki peperiksaan SPM tak lama lagi. Tapi, bangun2 jer dari koma, seorang lelaki mengaku sebagai suaminya. And she’s not 17, but 27? Ehh? 😱 Tak cukup dengan itu, suaminya dan adik iparnya sangat membenci wanita tersebut? Apa yang wanita tue dah buat?
ML - Nadim Eijaz / Jaz
Terpaksa berkahwin dengan FL kerana satu kejadian yang memalukan. Awal2 perkahwinan, ML melayan FL dengan agak dingin dan suka menyakitkan hati FL. Tapi, dalam tak suka tue, sempat lagi mengandungkan FL…🙂↔️😏
“𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏 𝑨𝒊𝒓𝒂. 𝑩𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒕𝒂𝒌𝒂𝒕 𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈. 𝑻𝒂𝒑𝒊 𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒆𝒏𝒅𝒊𝒓𝒊 𝒕𝒂𝒌 𝒕𝒂𝒉𝒖 𝒃𝒊𝒍𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒉 𝒋𝒂𝒕𝒖𝒉 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒔𝒆𝒏𝒅𝒊𝒓𝒊.” 𝑱𝒂𝒛 𝒕𝒐 𝑨𝒊𝒓𝒂.
FL - Aira Nadira / Aira / Dira
Sebelum FL hilang ingatan, FL adalah Dira. Seorang wanita yang jahat di mata ML. Licik. Berpakaian seksi. Seorang yang pendendam. Tapi, bila FL hilang ingatan, terus jadi wanita yang baik. Polos. Menjadi seorang yang bernama Aira. Sampai kita yang membaca nie pun jadi kesian kat FL…🥹
Cerita nie bertemakan dendam. Dendam kerana kehilangan. In the beginning of the story, kita disajikan dengan FL sebagai villain of the story. So, masa dia hilang ingatan tue, memang tertanya2, kenapa dia jadi jahat, kalau dulu dia baik?
Sampai ke pertengahan cerita, then, kita akan disajikan dengan another villain. The villain yang menyebabkan FL jadi villain. Fuhh, kita suka sungguh jalan cerita nie. Memang kita terus selak, and selak buku nie sebab nak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada FL…🤔
Moral of the story, jangan lah jadi seorang yang berdendam. Nak tuntut keadilan tue tak salah. Tapi biar di jalan yang betul. Bila baca cerita nie, kesian kat ML, sebab macam dah jadi mangsa keadaan plak. Kerana dendam, ML yang menjadi mangsa…😔
Buku nie bagi kita, fast paced. Kita nie jenis slow reader. Tapi buku nie, within 2 days kita dah habis baca. Penulisan sedap dibaca. Jalan cerita tak meleret. Bagi kita, ada certain parts, kalau diolah lagi, mungkin akan jadi lebih best. Sebab bila dah fast paced nie, sometimes, kita tak sempat nak menerokai perasaan sesuatu scenes tue. Tengok2 dah habis…😅
Buku nie bagi kita, antara high quality book. Sebab, cover cantik. Tajuk dalam Bahasa Melayu. Characters’ names yang senang disebut. Plot cerita yang tak memeningkan kepala. And paling kita suka, kesalahan ejaan yang tersangatlah minimal. Kita hanya jumpa 1 sahaja kesalahan ejaan dalam buku nie. Good job untuk author, dan editor untuk buku nie…👏🏻👍🏻 Cuma, kita perasan, ada perkataan ‘miting’ yang digunakan. Kenapa tak guna ‘mesyuarat’? Mungkin, kita yang dah tua nie pun, dah ketinggalan banyak perkataan yang dah updated gamaknya…😅
This is my first time reading a book from this author. Selalu kita cuba elak baca buku dari author nie, sebab apa yang kita tahu, author nie suka menulis cerita pain, kan? Tapi, lepas baca buku nie, dah rasa nak baca buku2 lain dari author nie. Apa2 pun untuk author, good job untuk karya nie. Kita suka…👍🏻 And to author, jangan sesekali give up dalam menulis yer.
Kita menunggu karya next dari author…👏🏻👍🏻