Nuwara dan Ikhmal. Pasangan suami isteri yang jadi inspirasi buat semua kenalan. Bila Ikhmal dihantar bekerja ke luar negara untuk dua tahun, Nuwara terus ambil keputusan untuk balik ke kampung dan membuka kedai buku terpakai.
Semuanya berjalan seperti yang dirancang, sehinggalah perbualan dia dan Ikhmal didengari seorang lelaki yang langsung tiada kena mengena dengan hidupnya.
“Saya rasa, orang kampung ni tak tahu awak balik sini sebab gaduh dengan suami, kan?” - Naem
Nuwara gelisah. Rahsia dia dan Ikhmal masih belum sedia untuk dibuka. Namun, makin lama dia simpan, makin huru-hara jadinya.
“Apa lagi yang awak tahu, Naem?” - Nuwara
“Sebagai manusia yang faham sangat pasal wanita, saya tahu ada benda yang tak kena bila awak selamba balik sini sebelum Ikhmal berangkat ke luar negara. Betul tak?” - Naem
Naem makin mendekat dan Ikhmal pula tiba-tiba muncul di kampung tanpa diduga. Nuwara terpaksa hadap realiti yang dia cuba hindari. Namun, sejauh mana dia boleh lari?
Wara dan Ikhmal disanjung di kampung halaman Wara. Untung Wara kahwin dengan lelaki yang kaya, handsome pulak tu dan kerja bagus² kat company oil & gas.
Semua itu berubah bila Wara balik ke kampung halaman sebelum Ikhmal bertugas ke luar negara. Parents Wara tak tahu pun. Yang tahu Naem setelah dia me dengar Wara bercakap telefon dengan Ikhmal.
Tiba² Ikhmal datang. Datang nak ambil balik merc Wara. Geran nama Wara... payment also dari duit nafkah Wara. Kira Wara punyalah. Tak disangka Naem dengar jugak Wara bekas isteri.
Kecoh orang² dikampung bila nampak Ikhmal datang rumah mentuanya... nampak ada perempuan yang mengiringi Ikhmal. Rupa²nya Wara dan Ikhmal dah cerai talak 3.
Lelaki ni tamak. Dah cerai, tapi cakap masih sayang. Kalau sayang takdanya wujud orang ke3. If sayang takdanya lafaz cerai.
Ingatkan boleh hidup tenang² di kampung tapi ada jugak mulut² jahat mengata Wara.
Ikhmal datang lagi. Maki hamun Wara cakap Wara happy cerai sebab dah ada backup. Ikhmal offer Naem jadi cina buta. Kena penumbuk sebiji. Padan muka Ikhmal!
F suka kisah Wara. Best pulak bila penulis letak gambar Story Santuary dekat ebook. Rasa teruja.
Kan best kisah Wara dipanjangkan bila dia temui kebahagiaan.
Yang sebenarnya Ikhmal tu yang mandul. Padan muka.
Si Naem ni, bukan tukang buruh saja tau. Dia sebenarnya seorang pensyarah yang sangat sukakan buku sekali dengan bonus nak tengok Nuwara. Memang pakar jurusan wanita sungguh. Boleh teka apa saja kalau dengan Wara.
Biasanya kalau baca ebook (novella) penulis ni memang puas hati bila sampai ending. Tapi untuk kisah kali ni, rasa tak puas baca. Rasa macam banyak lagi cerita yang boleh dimasukkan, dikembangkan. Terutamanya si pakar tu lah 🤭
Benarlah. Jodoh dan ajal itu di tangan tuhan. Siapa kita untuk menafikannya? Namun alasan untuk berkahwin lain kerana inginkan zuriat, saya rasa ianya cukup dangkal. Mungkin bagi suami ianya satu usaha🤷♀️
Kerana alasan zuriatlah, Nuwara rela diceraikan. Dia sedar jika dimadukan sekalipun, keadilan itu tetap tidak akan ada untuknya. Jadi dari bersendirian di KL, dia ambil keputusan untuk pulang ke kampung.
Maka bermulalah kehidupan baru buat Nuwara. Dia membuka kedai buku terpakai dan pada masa yang sama dia semakin rapat dengan Naem. Walau kadang lelaki itu terlihat annoying tetapi Naem mampu memahami hati wanita seperti dia.
Seperti kisah yang lain, ada juga sedikit klise. Ikhmal bekas suaminya dahulu kerap mengganggu dan sukar untuk terima hakikat yang Nuwara telah move on sehingga Nuwara terpaksa membuat report polis. Ermm tu la kan. Dah talak 3. Sudahnya gila talak.
Endingnya walau rasa terlalu cepat tetapi tetap puas hati. Tuhan hadirkan rezeki pada Nuwara pada waktu dan suami yang tepat. Itulah. Allah lebih tahu apa yang terbaik🙏
# Ikhmal dan Nuwara pasangan suami isteri yang disanjung penduduk kampung atas sikap murah hati. Namun bila berlaku penceraian barulah nampak sisi Ikhmal yang sebenar.
kalau nak diikutkan, ini kisah sedih sebenarnya. tapi suka bila penulis olah kisah ini jadi sebuah kisah yang santai dan segar. happy dan ceria. yang buat selalu jadi ceria, si naem nilah. dia ni memang ksatria yang selalu ada untuk nuwara.
nuwara awalnya selalu dipuji orang kampung sebab dia suami isteri selalu hulurkan pertolongan dan selalu bersedekah. tapi kali ni pelik juga sebab dia pulang ke kampung, siap buka kedai buku. alasan dia ikhmal akan ke luar negara selama dua tahun.
walaupun dia awalnya macam bijak sembunyikan hal sebenar, tapi naem pula yang dapat tahu. tahu yang dia janda, tiga kali bercerai dengan suaminya itu. nasihat naem tu pun memang terbaik.
olahan best, topik best, jalan cerita best, kisah pun best.
pi cari penulis kalau nak baca kisah yang santai tapi best nih.