Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rio

Rate this book
Rio Fukuda yang gila-gila dan kaki perempuan seakan mati selepas kematian Kenji. Hidupnya terasa kosong dan sepi. Perjalanan hidup yang teratur mula berantakan bila dia dipaksa mengambil alih legasi yang ditinggal sang ayah.

Ketika dia ke Malaysia atas urusan kerja, laungan azan memanggil dia untuk mendekat. Hatinya terasa sesuatu yang tak dapat digambarkan melainkan air mata saja menjadi saksi bahawa dia mendapat hidayah.

Kini dia adalah Rio Aryan Fukuda. Memeluk Islam satu perkara yang indah. Dia seperti dilahirkan semula. Dirinya terasa tenang. Tetapi mulut-mulut orang membuatkan dia putus harapan.

Bagi Rio, Islam itu rumit dan sulit. Dia yang baru nak bertatih terus putus asa dan menjadi dirinya yang lama.

Sehinggalah pertemuan dengan Noor Ilhani. Si gadis alim tetapi bermulut puaka. Bertutup litup tetapi tegas dan garang.

"Pak cik, kalau nak cari isteri, cari kat masjid tau. Jangan cari kat kelab! Nah, saya mudahkan pak cik cari isteri kat sini. Alang-alang buat solat taubat sekali." - Noor Ilhani.

Pantang berjumpa, ada saja benda yang mereka gaduhkan. Tetapi semua itu terhenti bila dia nekad mahu mendekati Hani.

Dia mahu Hani menjadi isterinya kerana Allah.

"Maafkan aku kerana mementingkan diri. Aku sedar aku tak layak bersama kau, Hani. Tapi aku mahu kau sentiasa di sisi aku agar syurga lebih dekat untuk aku gapai." -Rio Aryan

602 pages, Hardcover

Published July 1, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Cik Bawang

33 books175 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (68%)
4 stars
5 (26%)
3 stars
1 (5%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
1,006 reviews121 followers
September 22, 2024
Dalam semua novel Cik Bawang, Rio merupakan hasil karya penulis yang paling berat dalam segi plot dan perkembangan watak².

Novel ini banyak kongsi tentang ajaran Islam, sejarah Islam dan juga keadaan peperangan di ğ.

As a non-Muslim, bila I baca novel ini, I juga telah jadi Rio, memahami dan mengetahui dengan lebih mendalam tentang Islam. Cara nukilan Cik Bawang dalam aspek ini tidak membosankan, malah I rasa sangat menarik. It made me understand about my fellow Muslims better and the prejudice that they faced in western countries due to actions/issues yang ditimbulkan oleh extremist.

Saya memang tak ambil kisah sangat tentang peperangan antara dua negara tersebut, but bila baca about Rio and Hani joining the humanitarian mission in ğ, I became them and hati rasa sebak bila baca nasib and keadaan rakyat di sana, and semangat perjuangan mereka.

Jadi who am I to complain about Malaysia kan? Selepas baca Rio, saya lebih menghargai Malaysia, that I am living in Malaysia yang aman dan damai, isu yang sering kita suka complain sudah jadi remeh bila berbanding dengan apa yang sedang dilalui oleh mereka di sana kan? Kalau mereka boleh tak putus asa dan masih mempunyai semangat yang membara, masalah² saya sudah jadi small issues and nothing that cannot be overcome with perseverance and doa.

Terima kasih Cik Bawang untuk cerita yang indah ini.

Sekian review saya yang ringkas untuk cerita Rio as a non-Muslim.
Profile Image for Yan.
133 reviews2 followers
January 30, 2025
Ahh, another good read…💖❤️💛

Rating: 🌟🌟🌟🌟.5

Perjalanan seorang pemuda Jepun, dari sebelum memeluk agama Islam, sehinggalah dia menjadi seorang mualaf. Dalam dia terkial2 untuk mendalami agama Islam, dia bertemu dengan bakal isterinya yang sangat muda. Mampukah perkahwinan mereka ini kekal despite their age gap? Dan mampukah si pemuda ini memimpin perkahwinan ini ke jalan syurga?

ML - Rio Aryan Fukuda / Rio / Pakcik Rio
Seorang mualaf yang berketurunan Jepun. Seorang CEO syarikat ternama di Jepun. Jatuh cinta dengan FL sejak pertama kali bertemu dengan FL. Jenis yang tenang, tak banyak cakap.

“𝑯𝒂𝒏𝒊, 𝒍𝒆𝒕’𝒔 𝒔𝒑𝒆𝒏𝒅 𝒕𝒉𝒆 𝒓𝒆𝒔𝒕 𝒐𝒇 𝒐𝒖𝒓 𝒍𝒊𝒗𝒆𝒔 𝒕𝒐𝒈𝒆𝒕𝒉𝒆𝒓. 𝑰 𝒘𝒂𝒏𝒕 𝒕𝒐 𝒈𝒓𝒐𝒘 𝒐𝒍𝒅 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒚𝒐𝒖. 𝑾𝒊𝒍𝒍 𝒚𝒐𝒖 𝒅𝒐 𝒎𝒆 𝒕𝒉𝒆 𝒊𝒎𝒎𝒆𝒓𝒔𝒆 𝒉𝒐𝒏𝒐𝒓 𝒐𝒇 𝒃𝒆𝒄𝒐𝒎𝒊𝒏𝒈 𝒎𝒚 𝒘𝒊𝒇𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒑𝒂𝒓𝒕𝒏𝒆𝒓, 𝑵𝒐𝒐𝒓 𝑰𝒍𝒉𝒂𝒏𝒊?” 𝑹𝒊𝒐 𝒕𝒐 𝑯𝒂𝒏𝒊.

Aihhh, the proposal nak ajak kahwin pun sweet nak mampus…🌺💖❤️💛🥰😍

FL - Noor Ilhani / Hani / Honey Bunny
Sangat menjaga agama. Tapi, mulut FL, boleh tahan laser jugak. Selalu bertekak dengan ML, especially bila ML meluahkan hasrat berkahwin dengan FL…😂 Suka menolong orang yang susah dan selalu terlibat dengan aktiviti kemanusiaan.

Personally for me, kita memang tak suka kalau age gap between ML & FL lebih daripada 10 tahun. Ntah, just not my cup of tea. Tapi, somehow, kita suka baca buku nie. (Kalau kita kira, age gap between ML & FL dalam buku nie is 19 tahun 😳). Kita suka baca banters di antara ML & FL. The banters memang chef’s kiss…👨🏻‍🍳😘 Probably because of their age gap, so, memang boleh nampak betapa berbezanya personaliti mereka berdua.

Tapi, walaupun berbeza, mereka berdua melengkapi each other. Kita nampak secara luaran, FL yang kuat agama, akan pimpin ML yang mula belajar tentang agama Islam. But no, mereka berdua saling belajar, saling memimpin tangan each other…💖❤️💛

Bila FL kata, nak cari calon isteri, cari kat masjid. Nohhh, memang betul pun jumpa bakal isteri kat masjid…🤣

Perjalanan seorang mualaf bukannya mudah. Kalau takder guidance, memang boleh tersasar jauh. Kita yang membaca kisah perjalanan ML dalam nak mendalami agama Islam, rasa tersentuh. Rasa nak menangis. Rasa sebak sangat. Itu belum lagi masuk scene ML & FL di Gaza…🥹😭 Allah, setiap scenes tue, rasa sangat real. Dengan kita yang membaca nie pun boleh rasa trauma…😭 Good job to author. Memang nampak sangat penulisan kali nie lebih baik. Dah improve banyak sangat since buku ‘𝑭𝒂𝒓𝒊𝒔, 𝑴𝒚 𝑩𝒆𝒔𝒕 𝑭𝒓𝒊𝒆𝒏𝒅’𝒔 𝑩𝒓𝒐𝒕𝒉𝒆𝒓’.

Buku nie, boleh dikategorikan sebagai Islamic romance. Cuma, it’s not too preachy macam novel2 Islamic romance yang ada di luar sana. For me, buku nie balance di antara being a romance book and diselitkan juga nasihat2 untuk mentarbiahkan pembaca.

I love everything about this book. From the plot, the characters and the writing…🌺 Jalan cerita yang simple, tapi masih boleh menyentuh hati. One thing what I’ve learned from this book, bukan permulaan yang penting. Tapi, bagaimana pengakhiran kita itu yang penting. Kita mungkin dilahirkan dalam agama Islam. Solat, puasa serba serbi cukup. Tapi, adakah kita akan tergolong dalam yang akan masuk syurga? 😢🥺

Untuk author, good job untuk buku nie. Semoga author terus diberi ilham untuk menulis karya yang baik2 yer. All the best, author…👍🏻👏🏻
Profile Image for Emily.
142 reviews7 followers
September 14, 2024
My review here will be the same as the softcover too. As what I said through the sc, susah sikit i nak adapt with kisah Rio and Hani. Maybe the first factor is because of the age gap. Second sebab for me Hani character is so hard to accept. Terlalu immature for her age and degil tak bertempat. Dia macam watak yang tak nak menyusahkan orang tapi sebenarnya lagi menyusahkan. But I try to view from author pov, maybe author nak tunjuk manjanya seorang Hani, cuma it just not for me.

On side note, this is the hardcover version. Isinya sama je with the softcover. Apa pun softcover and hardcover punya cover memang cun meletup.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews