Healing buka soal melupakan. Tapi untuk menerima segala yang telah menjadi kenyataan. Sebelum kamu mampu menerima, kamu harus bersederhana. Sederhana itu kesannya besar buat hidupmu. Kamu harus sedar kamu itu manusia tak mampu mewujudkan apa-apa. Kamu harus sederha dalam mencuba, berharap, mencintai, rasa ingin memiliki agar tiada luka-luka yang hadir kerana harapanmu yang menggunung tinggi. Kerana manusia akan sentiasa perkecilkan keperluan untuk sederhana sehingga luka hadir menyapa.
Aku penggemar buku motivasi dan puisi. So far buku ini bagi aku so-so. Ayat yang ada mungkin sesuai untuk golongan remaja kot. Sekadar membaca pada waktu lapang bolehlah.
Buku ni hadiah drpd sahabat saya. Ayat dalam ni menyembuhkan dan ada juga kecewa sebab terkesan dengan kata-kata nasihat. Alhamdulillah overall baik. Seolah-olah nasihat persahabatan, kekeluargaan dan percintaan