Jump to ratings and reviews
Rate this book

Antologi Cerpen: Cinta Pertama

Rate this book
Cinta pertama itu seumpama sebutir bintang suraya di langit. Kadang-kadang ia muncul dan kadang-kadang ia bersembunyi di sebalik awan.

Berkata tentang cinta pertama, hati terasa manis jadinya pabila kasih tersimpul bawa bahagia. Namun benarkah cinta pertama itu, kisahnya pasti menempah jaya?

Ramai pula yang bertanya,
Cinta pertama itu indahnya seperti apa?
Cinta pertama itu untuk siapa?
Cinta pertama itu kekalnya sehingga bila?

Begini jawabnya,
Sungguhkah tuan membeli jerami?
Kalau sungguh mana diannya?
Sungguhkah tuan cintakan kami?
Kalau sungguh mana tandanya?

Antologi Cerpen Adiwarna ini menghimpunkan kisah cinta dari 44 orang penulis. Cerita yang manis dan penulisan jujur ini terpancar baik daripada mereka yang pertama kali menulis mahupun mereka yang sudah sedia ada nama. Ceritanya tentulah pelbagai, tetapi yang menyatukan mereka dalam naskah ini ialah sebuah cerita untuk dikenang. Jadi usah peduli bagaimana mulanya cinta pertama itu, yang penting bagaimana ia dinoktahkan.

Aduhai, dengarlah mereka berbicara tentang kisahnya. Dan benarkah cinta pertama itu hadir sekali seumur hidup, atau ia datang berkali-kali sepanjang hayat? Carilah jawapannya dalam naskah ini ya..

695 pages, Paperback

First published November 1, 2014

18 people are currently reading
141 people want to read

About the author

Noor Suraya

37 books283 followers
Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini.

Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi.

~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
45 (46%)
4 stars
35 (36%)
3 stars
13 (13%)
2 stars
2 (2%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Hajar.
284 reviews
December 21, 2014
Edited 21-12-2014

Habis juga pembacaan. Alhamdulillah.

Puas hati walaupun ambil masa yang agak lama untuk sudahkan pembacaan.

Seperti antologi cerpen terdahulu, antologi cerpen ini juga tidak hanya tertumpu kepada kisah cinta pertama terhadap individu berlainan jantina. Malah pengertian cinta pertama diceritakan dalam perspektif yang lebih meluas.

Secara peribadinya dengan kekangan masa untuk membaca seperti sekarang, saya lebih gemar membaca kisah-kisah pendek sebegini untuk melepaskan tekanan seharian.

Terdapat 44 buah cerpen yang (bagi saya) setiap satunya mempunyai ‘rasa’nya yang tersendiri.

Antara cerpen yang masih melekat dalam pemikiran adalah;

Quadratik Cinta - Ika Madera:
Kerapkali kita dihadapkan dengan kisah skandal pasangan yang sudah berkahwin. Alasan mereka, pasangan mereka tidak seperti yang mereka impikan dan pelbagai lagi alasan untuk meng’halal’kan perbuatan terlarang mereka itu. Namun bagi Maisarah, sungguh pun kenangan cintanya bersama Iqram masih segar di ingatan, keluarga bahagia yang dimilikinya terlalu ‘mahal’ untuk ditukar ganti. :)

Dia, Lelaki Pertama - Wan Malini:
Kisah kekesalan Aina Najiha yang telah mengecewakan seorang bapa gara-gara cinta pertamanya. Lumrah kebanyakan manusia bila dibutakan oleh cinta, terlupa siapa yang perlu diutamakan. Tapi mujurlah masih sempat memohon keampunan si bapa. Cuma mungkin dia tak sedar yang si bapalah lelaki pertama dan yang utama dalam hidupnya. Kisah yang simple tapi sangat mendalam maknanya, terutamanya untuk anak-anak gadis. :)

Monolog Negatif 30 - Shirod Shukri:
Bila Hashira mula memberontak dan meminta sesuatu yang tak sanggup dilakukan olehnya, Budi memberi tempoh ‘bertenang’ selama 30 hari buat mereka berdua. Di samping itu dibekalkan buku catatan untuk Hashira mencatat apa yang dirasainya sepanjang tempoh perpisahan mereka. Sebenarnya tujuan Budi adalah untuk buat Hashira sedar dan bermuhasabah diri tentang tujuan perkahwinan dan apa yang dimahukan dalam perkahwinan mereka. Hasilnya? Kenalah baca. :P

P/s: Kudos untuk jiran taman sebelah.(Haha) Keep it up! Masih sabar menanti novel pertama penulis. :)

Kawan Pena Selamanya - Ain Sabrina:
Cerita yang saya rasa paling comel dalam antologi ini. Hehe. Kisah persahabatan antara Amar dan Safiya yang berjiran semenjak kecil. Uniknya kisah ini disampaikan dalam bentuk balasan surat dan email antara kedua mereka. Persahabatan yang berlanjutan dari zaman kanak-kanak hingga dewasa. Dan yang comelnya sebab dari awal lagi Amar memang dah suka Safiya. Kisah yang cukup manis dan tak terlebih gula. :)

Rasanya cukuplah 4 cerpen. Nak baca selebihnya kenalah dapatkan antologi cerpen ini tau. ;)
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
January 30, 2015
Sebetulnya.. kelelahan dek penangan Kerana Dia Ratu Sehari masih terasa. Penat wooo, naik 'bas' henti-henti. Dah la lambat sampai, karenah 'warganya'... mak aiii! TAPI... bak kata orang tua-tua, jauh berjalan luas pemandangan..... dan bak kata aku, daripada antologi cerpen... bermacam-macam cerita sempadan dan teladan dapat dikaut sepanjang pembacaan.

44 buah cerpen diantologikan. Aku dah siap tanda cerpen yang aku Paling Suka, So-and-so dan Paling Tak Kena di Jiwa.

So, mari kita buat pengiraan:

1. Paling Suka (dilipat di belah atas m/s) = 11
-Awan Merah Jambu
-Bunga Hatiku Seri
-Calon Menantu Pilihan Ummi
-Cinta Akasia Kuning
-Dia KAP
-Erti Sebuah Luka
-Monolog Negatif 30
-Quadratik Cinta
-Sampul Surat Coklat
-Semalam di Manchester
-Semanggi Berdaun Empat

Kenapa? Sama ada, coretan penulis2 ini memang betul2 comel, betul2 segar, atau menumpahkan air mata dan hidungku betul2.


2. Paling Tak Kena Di Jiwa (dilipat di bahagian bawah) = 5
-Cinta Kurma Daging
-Jalan Takdir
-Jejaka Bertopeng Putih
-K-114
-Kapal Terbang Kertas
-Siapa Dia Sebelum Daku

Kenapa? Tiada jawapan tepat.

3. So-and-so (x dilipat) - 44-11-5 = 28
-selebihnya.....


Lantas, aku membayangkan aku sebagai cikgu karangan (syok sendiri) untuk sedetik ini...

Cerpen yang paling menetapi tajuk
= Cinta Akasia Kuning - Aidah Bakri. Penulis dengan jayanya mentakrifkan Cinta Pertama yang suci murni luhur abadi. Daim-Fieyza-Ziera. Aidah Bakri tetap mengekalkan keindahan langgam puitisnya, dan syukurlah lenggok gemalai ayatnya tidak menenggelamkan cerita (merujuk kepada naskahnya yang ke-2). Apakah dia sebenarnya Cinta Pertama? Sila rujuk monolog rasa Daim dan Fiey.


Cerpen Paling Comel
= Dia KAP :)


Cerpen Paling Fresh
= Monolog Negatif 30


Hadiah? Senyum bergaris-garis, sebak berganti-ganti, air mata mencurah-curah....

Oh ya, jika kau perasan, cerpen2 ini hanya dibezakan oleh jarak masa penceritaannya. Sama ada;

i) Berlaku dalam tempoh yang singkat... semalam, sehari, seminggu, namun gelodak rasa pelaku dibongkar sedalam-dalamnya.

ii) Mungkin penceritaan sepanjang hayat.... 6 tahun, 17 tahun malah dari kecil hingga dewasa. Dan ia memang cerita panjang yang dipendekkan/diringkaskan.


Pilihanku? Aku suka sisi pertama. Cara 'zoom in' sebegini lebih menyentuh kerana perincian warna-warna cerita lebih jelas di mata dan di jiwa.
Profile Image for Mai.
312 reviews59 followers
July 8, 2015
Phewww...... akhirnya

Puas hati,dan diakui tak semua kisah yg ada dalam ini mampu dihadam dengan baik.Tapi secara keseluruhan masih sebuah buku yg berbaloi utk dijadikan koleksi peribadi.
Profile Image for Amy Sisjaat.
5 reviews
May 10, 2017
Dah selesai bacaan buat keli ke 4. Tak boleh nak move on lagi. kalau goodreads ni bagi option pilih bintang, amy nak bagi 8 bintang.
Profile Image for SORA.
185 reviews6 followers
May 6, 2023
44 cerita yang bertemakan cinta pertama. Top 5 daripada 44 :

1. Kerana Tuhan Tidak Tidur--Rinzuas.
Cerita cinta pertama yang lain daripada lain. Yang penting, lepas baca rasa tepat tikam ke hati.

2. Cinta, Akhirnya Bahagia--Rnysa.
3. Dia, Lelaki Pertama--Wan Malini.
4. Kapal Terbang Kertas--Syud.
Antara cerita yang menjadi penyebab gigih aku membaca buku yang tebal ini tapi bila dah baca rasa ralat pula. Kenapa tak ada sesiapa nak pulihkan keadaan antara Laila dengan Raif 😮‍💨

Macam mana kita nak minta barang yang orang tu dah ambil, sedangkan orang tu pun tak tahu yang dia dah ambil barang tu daripada kita? 😔

5. Monolog Negatif 30--Shirod Shukri.
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
Read
September 3, 2015
Selain daripada cerpen sendiri iaitu Demimu Suri, Aku Sanggup Mati yang secara peribadi aku sendiri menggemarinya ehem..., ada beberapa cerpen lagi yang terkesan di hati aku:

1. Erti Sebuah Luka : Sebuah cerpen yang membawa wanita supaya bangun... bangun...! Dunia belum kiamat lagi. Harapan masih cerah. Hidup mesti terus.

2. Kerana Tuhan Tidak Tidur : Tuhan tidak tidur dan kerana itulah cerpen ini membawa kita bahawa dalam fiksyen, mangsa rogol masih boleh terbela. Walau bukan berkahwin dengan si perogol itu sendiri. Apa yang aku suka, cerpen ini diceritakan dari sudut pandang kawan si mangsa itu.

3. Kawan Pena Selamanya : Ini contoh sebuah cerpen yang santai tapi manis bagi aku. Dan aku tahu novel Cecilia Ahern yang dibaca oleh si penulis sehingga tercetusnya ilham menulis cerita ini, sebabnya aku sendiri pun ulang baca novel tu 3 kali.

4. Monolog Negatif 30 : Aku suka serba-serbi tentang cerpen ini. Daripada judulnya, ideanya, gaya penceritaannya serta emosinya.


Profile Image for cheryna27.
68 reviews28 followers
January 5, 2015
Aku membaca dalam keadaan yg pelbagai - sihat, sakit, gembira dan suka. Duka sampai berair mata.

Dalam setiap keadaan aku membaca buku ni, aku seperti terubat. Tak dinafikan ada masanya aku harap cinta yg disampaikan itu lebih matang dan berminda, tp kebanyakan masanya aku dipuaskan dengan cerita yg menepati citarasa.

Tak terlalu bercinta nak baca buku ini pun. Cuma ambil masa lebih sikit untuk hadam 44 buah cerpen yang perlu dibezakan antara satu sama lain.

Antara semua cerpen mana satu pilihan hati?
Hmmmm. Aku paling suka Bulan.

Aku dah kurang ingat mana yg aku kurang gemar sebab aku selalunya akan cepat2 go through untuk cerpen berikutnya.

Yang aku cukup suka ialah ketelitian buku ini. Kemas, terperinci dan sangat mendamaikan hati.

Satu pelaburan yg membuatkan aku senyum sepanjang hari.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews68 followers
March 10, 2019
[BOOK 17]

Antologi Cerpen Cinta Pertama.
.

Dalam ni, ada 44 cerpen. Dan majoritinya, best! Bestlah boleh baca kisah cinta pertama orang lain with different perspectives.
.

Jujurnya, ku takdelah minat sangat nak baca cerpen ni. Dan ku yakin, majoriti pembaca novel pun macam aku jugak, kan? Tapi, kadang-kadang, cerpen ni berjaya membantu aku untuk dapatkan mood membaca. Ye lah, bila dah rasa bosan ngan novel yang tebal-tebal tu, boleh release tension kat cerpen. Dan kebetulannya, bila kita baca cerpen yang best, it's a kind of mood booster untuk baca novel pulak.
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
December 1, 2014
Sangat puas hati!

Setiap cerpen berjaya menarik minat saya mengadap dan membaca bait-bait ayatnya satu demi satu tanpa ada niat nak buat jahat - baca ikut dan!
Profile Image for Ika.
Author 14 books54 followers
June 15, 2015
sesuai untuk dijadikan hadiah buat orang yang kita cintai. dalam pelbagai cerita boleh kita pelajari cinta yang bagaimana mahu kita cipta sama2 ;) (jangan pilih yang sedih saja!)
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
July 22, 2015
Sukakan cover & layout antologi cerpen CP ni. Pihak js adiwarna tak pernah mengecewakan dalam hasilkan cover yang buat saya jatuh suka. Apa pun, sangat berbaloi untuk dibeli. :)

Profile Image for Siti.
Author 3 books18 followers
March 5, 2015
Hahahadoi... baru cerpen pertama. Akulah ikan yang sudah makan umpan dan tercangkuk pada mata kail!
Profile Image for santira.
36 reviews3 followers
July 16, 2017
semua cerita dalam buku ini saya ada yang saya suka dan ada yang saya sangat suka
January 28, 2026
Novel Antologi yang sangat tebal, nasib baiklah ringan kerana kertas yang digunakan adalah jenis kertas komik bukannya kertas putih yang selalu.

Sayangnya saya sudah terlepaskan novel antologi yang tebal seperti ini berjudul 'Kerana Dia,Ratu Sehari' terbitan JS Adiwarna, lagipun sudah banyak novel antologi bawah JS juga yang saya tidak dapat membelinya.

Saya baru membaca antologi ini buat kali kedua, setelah membaca beberapa cerpen di dalamnya dan memastikan saya memang pernah membaca novel ini lebih sedekad yang lalu.

Antologi Novel : Cinta Pertama mengandungi 44 buah cerpen dari 44 orang penulis, sayangnya tiada karya dari Hlovate di dalam naskhah ini. Namun begitu, banyak kisah-kisah yang menarik di dalamnya.

Novel ini mengisahkan tentang cinta pertama, ada kisah yang berakhir dengan kebahagiaan. Ada yang berakhir dengan kedukaan, pengkhianatan dan pelbagai perasaan di dalamnya.

Ada 2 buah kisah berbeza secara kebetulan mengenai watak perempuan yang buta bukannya sejak dari lahir, ada kisah cinta pertamanya rupa-rupanya bekas kekasih emaknya yang juga cinta pertama.

Malah ada kisah cinta tidak kesampaian kerana si ayah, berbeza dunia, tersalah faham, fitnah dari ibu sendiri, salah faham dengan tahi lalat, 99 belon merah jambu, sahabat pena, kurma daging, sampul surat coklat, menguruskan badan dan banyak lagi kisah menarik serta seronok dibaca.

Banyak pengajaran yang boleh diambil dari setiap cerpen yang terdapat dalam ini, tidak semua cinta pertama berakhir dengan ikatan perkahwinan. Kadangkala berakhir dengan perpisahan kematian ataupun halangan keluarga, pengkhianatan.

Adakah cinta pertama akan menjadi cinta yang terakhir dalam hidup kamu? Pada pandangan saya, cinta pertama tidaklah penting kepada saya kerana cinta pertama semasa di zaman persekolahan umpama cinta monyet yang tidak serius.

Saya tertanya-tanya juga mengapakah diri saya ketika remaja boleh terjatuh cinta pada masa itu? Adakah kerana wajahnya yang tampan seiras penyanyi Dafi AF?(walaupun sebenarnya wajahnya lebih tampan dari penyanyi itu!!)

Kemungkinan wajahnya yang tampan di mata saya ketika itu membuatkan saya terjatuh cinta di usia 14/15 tahun pada masa itu, nasib baiklah saya cuma bertepuk sebelah tangan kerana dia yang tua setahun dari saya sudah mempunyai kekasih dari sekolah lain.

Selepas berakhirnya zaman persekolahan, saya sudah lama terputus hubungan dengan ramai orang sekeliling jadi tidaklah mengetahui perkembangan terkini sesiapa hatta bekas cinta pertama yang bertepuk sebelah tangan itu.

Mungkin dia sudah berumah tangga dan mempunyai anak berderet-deret agaknya, apapun saya tidak mempedulikan semua itu kerana ianya tidak berkaitan dengan saya.

Kehidupan saya sekarang bahagia biarpun masih selesa membujang lewat ini, cukuplah cinta pertama monyet saya yang bertepuk sebelah tangan kekal dalam ingatan saya sebagai kenang-kenangan manis ketika remaja.

Semuanya kekal dalam ingatan dan saya tidak menyesal dengan cinta pertama kecuali berasa memalukan tatkala mengingatkan kenangan masa itu. Apapun naskhah ini memang berbaloi dimiliki dan tidaklah sia-sia duit membelinya. XD
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for F. Hanim.
176 reviews
July 24, 2016
3.8

Cinta pertama, kisahnya boleh jadi super cliché. Selepas membaca 44 kisah cinta pertama, tahulah kita bahawa rasa cinta itu bisa datang sedari umur setahun jagung lagi. Ada 5 buah cerpen pilihan yang saya suka, dan beberapa penulis baru yang saya dah tanda awal-awal, bakal diulang baca karya mereka.

1. Bila Kembang Angsana Berbisik
- Kisahnya tidak tipikal. Razif, budak nakal jatuh cinta pada Anis yang pandai. Razif tidak jadi luar biasa kaya bila dia dah besar, walaupun masih bersisa cinta pada Anis yang menjadi balu.

2. Dia, Lelaki Pertama
- Oh kasihnya Ayah sentiasa ada ruang istimewa dalam hati saya. Saya menangis hat baca ini!

3. Dia, KAP
4. Monolog Negatif 30
5. Si Mangkuk Tingkat 18
- Yang ini kelakar! Kisah Si Mangkuk bekerja di Tingkat 18 yang giat menganggu Wardiyah, tersenyum-senyum saya baca.
Profile Image for Khadijah Nasir.
40 reviews
December 17, 2014
errmm... not my cup of tea anymore.. tp, Quadratik Cinta by kak Ika Madera adlh menginsafkan!! :(
Displaying 1 - 19 of 19 reviews