Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bila Cinta Dikhianati Keluarga

Rate this book
"Kenapa bersungguh nak kerja? Bukan ke sepatutnya awak sambung belajar?”

"Ada kena mengena dengan awak ke?"

Elina Sofea dahulunya seorang yang sangat bersemangat dan ceria. Namun kini, hidupnya hanya untuk bertahan. Sejak ayahnya dituduh pecah amanah, kehidupan keluarga Elina sekelip mata berubah. Dia yang perlu bekerja untuk menyara keluarga, terpaksa sembunyikan wajah agar tidak dikenali sesiapa.

Pertemuan semula dengan rakan lamanya, Alan, membuka kembali luka lama yang belum sembuh. Lelaki itu mengenalinya sebelum segalanya hancur. Dan kini, setelah nama keluarganya tercemar, dia muncul kembali.

“Dalam hidup ini, orang yang kita sayang boleh hancurkan jiwa kita.”

“Awak tak rasa ke awak terlalu skeptikal?"

Semakin Elina menjauh, semakin Alan cuba mendekat — membawa kenangan, harapan, dan perasaan yang Elina sendiri takut untuk namakan. Namun ketika Elina mula membuka hati, ada rahsia terungkap dan mengujinya sekali lagi.

Saat kepercayaan diduga berkali-kali, adakah kasih mampu memenangkan, atau masa lalu akan kekal merampas segalanya?

378 pages, Paperback

Published January 1, 2026

2 people are currently reading
26 people want to read

About the author

Alia Husna

1 book

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (11%)
4 stars
9 (50%)
3 stars
7 (38%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,195 reviews217 followers
February 8, 2026
Baca karya ini buat F berfikir how deep betrayal can harden a heart. Kerasnya hati Elina bila ayahnya sendiri mengkhianatinya.

Honestly, F pun tak tahu macam mana patut kita respond bila keluarga sendiri yang melukai kita. F cuma mampu memaafkan. Forgive, yes but not forget.

F understand the pain Elina carries. However, F personally struggle to accept how far her resentment goes.

Kisah ini mengisahkan Elina yang terlalu marah dengan perbuatan ayahnya dan dalam masa yang sama marah pada ibunya yang masih mampu memaafkan suaminya.

Ayahnya bukan orang jahat... he was a good man, cuma kabur mata, terleka mengejar kesenangan demi keluarga.

Alan, crush Elina sejak sekolah, muncul bila Elina sedang ditimpa kesusahan.
Tapi Alan sendiri ada kisah silam.

Ibunya seorang single mother yang bekerja keras selepas diberhentikan kerja secara tiba² bila rahsia majikannya mula terbongkar. Tanpa disangka, Elina ialah anak kepada bekas majikan ibunya.

Alan marah. Elina pula angin bila Alan mula menuduh macam². Alan menyalahkan apa yang berlaku pada ibunya ke atas ayah Elina.

F rasa F kena buat more research sebab F susah nak fully accept sikap Elina terhadap ayahnya.

Yes, ayah dia salah. Tapi hatred sampai ke tahap itu buat F tertanya²… lupa ke segala kebaikan ayahnya?

This story reminds me that betrayal within a family cuts deeper than any external wound. Bila kepercayaan datang dari seorang ayah... luka itu bukan sekadar tentang kesalahan tapi tentang rasa selamat yang hilang.
Profile Image for Aira Zira.
153 reviews3 followers
February 6, 2026
Rate : 4.5⭐️

Pertamanya tahniah buat penulis. Saya betul-betul jatuh cinta dengan watak Elina dan Alan. Tenggelam dengan emosi dan perasaan yang berkembang cantik pada jalan ceritanya. Marah bila rasa tertipu, bahagia bila momen manis hadir, kecewa bila dikhianati. Cukup rencah dan rasa.

Niat tidak menghalalkan cara. Elina yang punya segalanya dan bahagia telah tertipu. Darah dagingnya telah mengkhianati dengan cara yang tidak disangka. Cinta yang mekar kian layu. Amarah telah menjadikan Elina seorang yang skeptikal. Terpaksa pikul tanggungjawab dan menyendiri.

Hadirnya Alan telah mengikis aura negatif. Siapa sangka, membawa diri ke tempat orang telah menemukan kembali Elina dan Alan. Setiap yang keluar dari mulut Alan, mesti akan buat saya tersenyum sendiri. Ada je nak mengusik. Tapi, Elina terpaksa pergi. Semakin Alan dekat, dia semakin jauh untuk digapai.

Tak sangka juga saya, dalam kita rasa ringannya cerita tu ada juga konflik dan twistnya. Mereka cuma mangsa yang orang tua cipta. Watak kedua-duanya juga kuat dan matang. Sangat bertanggungjawab walau beban dipikul sama terutamanya Elina. Cuma Elina ni garang sikit.

Terima kasih Rumaa Books sudi berkongsi naskah indah ini dengan saya. Jalan cerita yang lancar dan kemas. Ditambah dengan tulisan yang sedap dibaca. Cinta apa yang dikhianati? Kenalah beli dan baca. Saya pasti ramai akan menyukai kisah ini. Semoga pengajarannya sampai ke hati setiap pembaca.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books263 followers
March 8, 2026
Habis dalam masa sehari je. Ceritanya panjang, rasa macam tonton drama bersiri.

Bab-bab terakhir nampak penulisan penulis sedap betul. Dah start puitis. Memanglah saya nak dia jadi angst, tapi mungkin nanti buku ni jadi berat sangat pulak dah memandangkan konfliknya pun dah berat.

Cerita ni tentang memaafkan. Tahniah penulis! Power ooo debut under RUMAA!
Profile Image for lilysspace_.
13 reviews
February 26, 2026
I at first place tgk tajukk je,I cakap,mesti buku ni sedih..nasib I nangis sikit je tau..hihihihihi..Alkisahnya begini,Elina gadis yang dibesarkan oleh keluarga yang serba serbi cukup dari semua sisi..nak pergi bercuti,ayah dia bawak pergi bercuti..Elina ni anak tunggal..memang ayah dia provide everything for his daughter..memang family bahagialah senang cite..sehinggalah satu hari tu,menghancurkan segalanya..daripada situlah Elina mula tak percaya dengan ayah dia..I pun tak expectlah ayah dia buat gitu..tapi I faham situasi dan keadaan daripada kedua2 belah pihak..

Elina seorang anak yang terkejut dan tak sangka yang selama ni kemewahan yang dia dapat selama ni semunya daripada hasil yang tak berkat..Elina memang tak boleh terima langsung..yang part Elina cakap dekat ayah dia macam tu,I macam..why Elina cakap macam tu..ha mulalah I nangis..I faham betapa hancurnya Elina time tu..dan betapa hancurnya hati seorang ayah..aduhh nak nangislah pulak..ishh..

Dia cam,I faham..but I macam takleh nak sebelah kan sapa2 pun gitu..sebab I pernah je berada dalam situasi Elina..so I faham..lagi2 bila ayah kita,yg kita rapat..perasaan kecewa tu memang sakit..rasa nak mengamuk semualah adaa..daripada pov ayah pulak,dia rasa menyesal bila dia buat macam tu..tapi dia rasa kecewa bila anak dia marah begitu sekali..I pun faham sangat..bila rasa kecewa dengan menyesal tu bergabung memang unexplained lah perasaan tu..

Lepas ayah dia keluar dari rumah..Elinalah yg kena kerja cari duit untuk sara hidup..sebab Elina takkan sesekali guna duit ayah dia lagi..Elina struggle a lot..dengan orang luar kecam2 dia..sedangkan Elina memang tak bersalah..ayah dia yang bersalah..tapi beban kesalahan tu,orang letak semua pada bahu Elina..still ada ye orang yg mentaliti yg bila mak bapak problem,mesti anak pun sama problem..tidak ye..kita ni kalau tak duduk kat kasut orang tu,tak payah acah2 terpaling tahu saiz kasut orang tu gitu..tak ingatlah sapa yg cakap ni..hihihihihi..tapi ada dalam buku ni tau..

Ok habis cerita kisah Elina..ni nak cite pasal Alan pulak..for me,watak Alan ni comellah..tapi adalah tersasar sikit time tu..ishh..rasa nak mengamuk pun time Alan cakap camtu kat Elina tu..ishh..tapi macam yang I cakap..I faham perasaan dua2 belah pihak..situasi diorang berdua ni memang relate dengan tajuk buku ni..

Alan ni dia freelance photographer..tahu pekerjaan pun dah tahu comel..lah tiber..HAHAHAHAHA..dia cam ada je kan cara untuk Alan ni jumpa Elina..hish comellah diorang ni..saya sukalah part yang diorang kat cafe tu..comel sungguhlah..HAHAHAHA..tak tahulah nak cakap apa lagi,yg penting diorang ni comel..nak tahu kena baca lah ek..

Kisah hidup Alan pulak I un cam tak expect gak..rupa2nya disebalik kisah mak Alan diberhentikan kerja tu ada kena mengena dengan Elina..Bila Alan cerita dekat Elina pasal family dia,baru I macam,mesti ada kena mengena ni..last2 betul..tak expect yee..sejak daripada situlah Elina mula menjauhkan diri daripada Alan..

Ok nak jump terus part ending..sebab tak tahu nak cite macam ne..hihihihi..I suka ending dia..akhirnya Elina lepaskan perasaan dendam daripada ayah dia..Elina pilih untuk hidup tenang..Ayah Elina pulak terima balasan yang setimpal dengan apa yang dia lakukan..happy ending for Elina dan Alan..dah part hujung2 tu sweet sungguh diorang ni..maleh aii nak layann..HAHAHAHA..suka cara Alan tenangkan Elina dgn kata2 dia..semoga berbahagia selalu ye pasangan ni..hihihihihi

Overall..I lurve dooh buku ni..lurve jugak kak Alia sebab berjaya tulis buku yang bagi I memang Indah..lagi satu lurve kak Alia sebab kak Alia cikgu math..hihihihi..kita dahlah suka math..ha memang lagi sayanglah..ha ecewahh..

Ha jap..tambah2..dalam banyak2 watak,watak yg bagi I paling sedih is mak Elina..bayangkan suami dia buat macam gitu..lepastu anak dia marah dia..auchh..mesti terluka sangat2..kita bila pasal mak ni takleh lah..sebab kalau kita kecewa dengan ayah ni..mak kitalah paling kecewa..sebab ayah kita ni lah suami dia,cinta hati dia,tempat dia bergantung..orang yang paling dia sayang,paling dia percaya..aaa..nak peluk Puan Azila..semua watak dalam ni tersakiti,tapi I suka diorang yang terus jalani hidup dengan baik..takde meroyan lama2 ke apa ke..like semua pandai kawal perasaan sendiri..ok itu sahaja daripada saya..bye

Buku ni sumpah banyak pengajaran yang boleh diambil. So semua kena beli dan baca yee..byee
Profile Image for SS.
539 reviews6 followers
March 8, 2026
Sinopsis Ringkas 𑁍
Kehidupan mewah mereka sekeluarga datang dari hasil yang tidak sepatutnya. Elina Sofea kecewa dan terkilan selepas mengetahui hal tersebut. Dia mula mencari arahnya sendiri untuk mulakan kehidupan yang baru bersama ibunya.

Namun, bukan semudah yang dia sangkakan. Tohmahan, pandangan sinis dan perspektif orang ramai terhadap keluarganya juga berubah. Pada masa yang sama, dalam fasa memulihkan keadaan. Hadir Alan dalam kehidupan Elina tanpa diduga. Alan itu hadir dalam bentuk apa? Kegembiraan atau kelukaan untuk Elina? Apa yang terjadi seterusnya?

Konflik emosi yang berat dalam storyline yang simple. Siapa sangka. Pembaca juga turut terjerumus dalam cerita Elina & Alan. Terhimpit dalam masalah yang tidak diminta. Nak menyelesaikan juga bukan semudah ABC. Tapi sempat juga Alan masuk line. Alan is so brokoli hijau 🥦

Siapa yang ada di tempat Elina Sofea. Mungkin akan melakukan tindakan yang sama sepertinya. Bukan melarikan diri tetapi ingin mencari ruang untuk memperbaiki kehidupan yang sudah musnah. Struggle mula dari bawah. Tapi Elina berjaya blend in dengan kehidupan baru. Dia pandai bawa diri. Dia tahu apa yang dia cari. Dia buktikan yang dia juga boleh berdiri atas kakinya sendiri tanpa harapkan ayahnya.

Selain Elina. Saya juga turur bersimpati dengan Alan sekeluarga. Ya. Demi nak menegakkan kebenaran. Runtuh satu isi rumah yang selama ini bahagia. Dan disebabkan kejadian itu juga. Mungkin menjadi titik permulaan di mana true colour seseorang itu lebih terserlah jelas. Saya suka dengan emak Alan yang positif. Tidak menyalahkan dan menunding jari terus menerus. Malah memberi nasihat pada anaknya dan tegur tindakan Alan.

Banyak isu yang penulis highlight dalam buku ini. Bagaimana seseorang itu nak face it realiti kehidupan. Dosa silam keluarga yang bukan datang dari diri sendiri, menerima huluran cinta dari seseorang yang datang tanpa diduga, memberitahu kenyataan yang perit untuk diluahkan, start mencari rezeki dari zero dan banyak lagi.

Siapa yang mencari karya yang memerlukan kalian sediakan sekotak tisu sebab menangis dan happy. Ini bukunya. Semua perasaan ada dalam ni.

#rumaabooks #noveliman #cintadikhiantiRUMAA #aliahusna
Profile Image for Diniy Qistina.
198 reviews6 followers
February 8, 2026
Dikhianati oleh ayahnya, berat untuk Elina Sofea untuk terima apatah lagi memaafkan. Namun, implikasi dari kesalahan ayahnya, dia lah yang perlu hadap. Ibunya perlu ibarat menekan-nekan Elina untuk terima dan maafkan sahaja kesalahan ayahnya. Masalahnya kesalahan yang ayah dia buat tu bukan kecil tetapi ianya merupakan satu kesalahan jenayah! Dahlah masyarakat setempat pun asyik menyindir dan memandang hina pada dia. Dah pindah duduk ke negeri lain pun dia masih menerima layanan yang sama dari orang di sana. Ibunya banyak duduk di rumah, sedangkan Elina yang banyak keluar rumah. Nak bercerita tentang hal itu ke ibunya pun dia tak tergamak.

Sejujurnya, kalau saya di tempat Elina pun susah jugak. Tak tahu nak terima, hadam dan bertindak macam mana. Jadi serba tak kena. Keadaan menjadi lebih complicated apabila rakan lamanya, Adlan ada bersangkut paut dengan dosa ayahnya. Elina jadi serba salah. Adakah dia sedang menipu atau sekadar menyembunyikan rahsia agar hubungan mereka tidak retak?
Profile Image for Siti Najihah Hussin.
177 reviews2 followers
February 14, 2026
Berjaya habiskan buku dalam masa 2 jam. Wow! FYI, i memang fast reader tau. Jadi jangan pelik sangat macam mana i boleh reach 39 books dalam 1 bulan setengah.

Ok let’s talk about this book. Frankly speaking, bahasa, tone & flow cerita dalam buku ni for me tak berat. Orang yang nak keluar dari reading slump can read this. I’d say ada slow burn romance dalam buku ni. Alan adalah sebuah watak yang sangat green flag tbh. Imagine, siapa je sanggup tunggu perempuan dia sayang berbelas tahun?

And author masukkan beberapa pengajaran juga dalam buku ni.

Marah itu penat. Sometimes, untuk let go rasa penat tu, kita kena face ‘root problem’ tu. Move on memang makan masa, tapi tenang dia afterwards tu..reward.

Plot twist dia maybe awal sangat sampai. But it’s ok. Bagi banyak peluang for Alan untuk di tazkirah mak dia.

Overall i bagi buku ni 4.5/5

I need more sedih element! Buku ni dah sedih tapi i delusional so i need moreeee!
Profile Image for Syukri.
171 reviews9 followers
March 11, 2026
Seperti mana tajuk buku, seperti itu lah jalan ceritanya. Tiada plot twist, memang kisah cinta antara Elina dan Alan yang dikhianati keluarga tapi bukan cara yang tipikal mereka dikhianati.

Elina dan Alan kenal sejak dari bangku sekolah lagi, selepas sekolah mereka tak berhubung sehingga kembali berjumpa dalam situasi yang tak diduga dan sejak itu, Alan cuba untuk mendekati Elina tapi Elina sekadar menganggap Alan sebagai kenalan dari sekolah.

Tapi apabila Elina mula menerima Alan, dia mengetahui tentang ibu Alan yang dipecat oleh syarikat kerana cuba menegakkan kebenaran dan syarikat tersebut ialah syarikat bapa Elina.

agak kurang gemar cara Elina full cancel ayah dia sendiri sampai ayah dia keluar dari rumah dan terpaksa sorok nak tahu update tentang anak dia sendiri tapi dalam masa yang sama aku faham sebab dia pun hilang kepercayaan kat ayah sendiri.
Profile Image for Izzah Berhan.
91 reviews5 followers
April 6, 2026
3.5 ✨️

Kisah cinta yang membuatkan kaki menendang² angin pada permulaan dan pengakhiran serta diselitkan kegeraman di pertengahan.

Kisah yang mengajar erti kemaafan. Demi hati yang tenang. Apatah lagi melibatkan darah yang sama mengalir dalam diri.

Cumanya, kurang memuaskan perasaan. Bukan tidak baik. Cuma tidak puas.
Profile Image for Ain Hamdan.
9 reviews1 follower
Did Not Finish
April 8, 2026
DNF at pg 56. Penulisan okay. Cuma setiap babak ceritanya rasa tak kena. Entah la.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews