Jump to ratings and reviews
Rate this book

Awas Jangan Jatuh Cinta

Rate this book
Tawaran menjadi jurulatih bidan terjun di Raging Combat Academy (RCA) memang lumayan buat Yasmeen Sira. Tanpa dia sedari, habuan wang ringgit itu datang dengan tuntutan yang besar.

Ketika masuk ke gelanggang sebenar, Riffat Hamri—juara dengan lapan kemenangan berturut-turut—dengan sinis ‘membelasah’ kemampuan Yasmeen sebagai jurulatih gantian.

“RCA tak pernah ambil perempuan.” –Riffat Hamri

“If you're looking for a reason to tear me down, find something else.” –Yasmeen Sira

Mereka cuma ada dua bulan untuk bersiap sedia menghadapi World Boxing Championships di Liverpool.

Kemelut makin rumit apabila Riffat tewas teruk dalam Malaysia Fight League. Parut di hati Riffat sengaja ditoreh pihak lawan yang licik. Reputasi Riffat menjunam, lalu Yasmeen dikecam ramai.

Perlukah Yasmeen mengundurkan diri, akur dengan kegagalannya sebagai jurulatih? Saat Yasmeen hampir putus asa, Riffat membuat satu pengakuan yang mengejutkan.

Awas, jangan jatuh cinta … sebab kali ini, jurulatih pun tak akan mampu selamatkan diri sendiri.

494 pages, Paperback

Published November 1, 2025

2 people are currently reading
12 people want to read

About the author

Leesophielia

4 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (27%)
4 stars
5 (27%)
3 stars
3 (16%)
2 stars
3 (16%)
1 star
2 (11%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,206 reviews219 followers
February 21, 2026
F tak tahu kenapa... tapi F rasa cerita ni macam mendatar for me.

From the very beginning start dah gaduh. Then terus jumpa scene pelik between Siza and Hami. Siza tu memang kurang ajar ekk and Hami pulak budak kecil kot… geram betul baca. Kalau anak F buat perangai macam tu memang dah kena cubit mulut agaknya

Budak² should be adorable.. bukan rude camtu.

Sepanjang baca F rasa macam… just reading words. Tak ada connection, tak ada feeling. That's the worst part actually. Ko rasa kosong.. ko just baca petikan ayat je.

Maybe this one memang tak click dengan F. Sorry dear author, this time cerita you bukan my cup of tea. But that's okay, maybe it resonates with others .
Profile Image for Cik.
217 reviews5 followers
February 14, 2026
Boring gila.Mulut hero agak kurang ajar.Dua minggu i ambil masa nak habiskan buku ni.
Profile Image for jj.
62 reviews1 follower
February 20, 2026
personal rating: 3.8 ⭐️ tapi sebab dia ketengahkan tentang younger child, so 4/5 ⭐️
__
Romcom is romcom-ing 🤏🏼🤏🏼 Walaupun lambat sikit cerita ni nak hook me tapi as the story goes, it becomes better and better. As novel cinta lover, I approved this romance! Banyak bagi blushing, at the same time ada selitkan juga emosi tentang kisah silam.
_
Bab awal cerita saya rasa kurang sikit dengan perwatakan Riffat sebab ego dia, dan dia terlalu suka fikir yang dalam dunia ni hanya dia je yang ada masalah. It’s not, babe. Disebabkan itu, my fav scene is masa dia dengan Yasmeen dekat gelanggang bola keranjang. That’s where he opened up, sangat bermakna bila ada session heart to heart—dekat situlah nampak chara development dia.
_
tbh, saya mengharapkan background story untuk kedua-dua watak dapat dikembangkan lagi especially Yasmeen.
_
Kawan-kawan akademi Riffat sangat function, tak kisah la dalam keadaan apa pun— diorang paling banyak bagi saya gelak. Out of all, saya harap ada lah cerita Hakiem 👉🏼👈🏼
_
Mula-mula pelik juga out of sudden Yasmeen yang zero knowledge in boxing ttbe kena jadi coach? Tak makes sense. Tapi bila baca dan tengok kesungguhan dia untuk bagi yang terbaik, sebab tu la Coach Yazed tak teragak-agak pilih dia. Cepat belajar & pandai mengajar 🙌🏼 Plus point bila dia pandai main dengan kata-kata, sangat bagi kesan dekat anak buah dia especially si Riffat.
_
Overall, i love it! Light reading je, nak hilangkan stress + cringe sikit— boleh la try buku ni! 🙈 ML lagi muda dari FL and he is so matured 🙏🏼 I love jealous Riffat 😋 I think banyak part yang saya akan tendang angin— masa Riffat jealous, nonchalant sangat. So, i think it’s recommended to those yang suka kan romcom yang dipenuhi dengan manisan 🥊💖 Do expect less detailed sports scene, and do expect 70% of this story dekat sports academy 🙏🏼
+
nak tambah sikit lagi, what i love the most about this book? Riffat and his family. I see myself in him, the feeling of being invisible. Susah nak jumpa buku yang ketengahkan younger child sekarang; it’s always elder child. Thank you for representing us 🫶🏼
Profile Image for Cutie_pie28.
492 reviews10 followers
February 15, 2026
Kisah tentang Yasmen yang menjadi Coach gantian di pusat Raging Combat Academy (RCA) untuk juara peninju berturut² selama 8tahun bernama Riffat Hamri..

Rif ni seorang yang ego dan over confident.. bila dengan Yasmeen memang dia pandang rendah + kata² dia menyakit kan hati.. Yasmeen mula buat tak tau jee kata² dan cara Rif tu.. tapi lama² dia terasa jugak laa..

Dorang ada masa 2bulan untuk siap kan diri ke World Boxing Championship di Liverpool.. tapi sebelum tu, Rif kene masuk ke Malaysia Fight League (MFL).. time nie laaa dorang da start saling suka menyukai..

Untuk perlawanan MFL Rif gagal jadi juara.. haa tu laa.. ego lagi kan.. apa yang Yasmeen cakap tak mau dengar.. lagi pun pihak lawan main kasar.. tapi of coz yang kene tempias Yasmeen.. kesian Yasmeen masa nie kene macam².. dengan kata² si budak 3 orang tu lagi.. Panjang, Botak dan Hakiem..

Sekarang da paham kenapa penulis letak Awas Jangan Jatuh Cinta.. bukan hati Coach jee yang jatuh.. hati peninju pun sama jugak..

Ada part yang sy tak berapa suka antara nya tentang Hami.. budak kecik yang suka ‘syadap’ kan orang.. kalo sy dengar anak sy cakap begitu kt orang, memang kene laa..
Siza yg sentiasa rasa dia diva.. yang Daia tu pulak.. ermmmm..

Ni pendapat sy yee.. mungkin pendapat korang yg lain berbeza..
Profile Image for Diniy Qistina.
199 reviews6 followers
February 16, 2026
Saya kurang pasti genre novel ni sesuai ke tak untuk guna rom-com tapi ada banyak humour yang berjaya buat saya gelak dan romantic yang buat saya penat nak sengih ke-single-an. 😌🤌🏼

Cerita ni mengisahkan tentang Yasmeen Sira yang diberi tawaran (macam dipaksa je 🤣) oleh papanya untuk menjadi jurulatih bidan terjun di Raging Combat Academy (RCA) kerana papanya yang kurang sihat dan perlu bercuti untuk tempoh beberapa bulan. Dahlah sepanjang tempoh tu RFA sedang buat persediaan untuk menghantar atlet tinju mereka ke satu perlawanan antarabangsa "World Boxing Championships" di Liverpool, England.

Di RFA ni boleh dikatakan kawasan larangan untuk perempuan. Tak ada angin, tak ada ribut tetiba Coach Yazed digantikan dengan seorang coach perempuan. Tambah pulak yang zero tentang dunia tinju. Mahunya tidak Yasmeen jadi bahan gelak diorang semua. Siapa jelah nak dan boleh percayakan dengan kebolehan Yasmeen untuk latih diorang semua? 🤥

Yang menjadi pembangkang utama semestinya hero Malaya kita iaitu Riffat Hamri. Dahlah dia yang bakal jadi wakil RFA untuk tournament di Liverpool nanti. Semestinya Riffat akan mempersulitkan keadaan yang sedia sulit. Tak pernah ada satu saat Yasmeen tak ada rasa menyirap bila berhadapan dengan Riffat. Kalau bukan dengan kata-kata Riffat yang sangat berbisa mesti dengan perbuatannya yang menjengkelkan atau bak kata Yasmeen, "Awak syaitan keturunan yang mana satu, hah? Awak sengaja nak buat saya macam orang jahat, kan?" 😭🫵

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Riffat kalah teruk dalam satu pertandingan tinju, Malaysia Fight League dan hampir semua orang menyalahkan Yasmeen sebagai punca utama. Masa tu Yasmeen memang dah tahap nak letak jawatan dah dari jadi coach di RFA. Lain yang dirancang, lain pulak yang jadi.

Okay, mula je masuk part Riffat dan Yasmeen buat luahan hati sampai ke hujung, penat ah nak sengih lagi. Nak blushing lagi. Aduh, makin merana jiwa single ku dibuatnya. 🤣😭🤲🏼
Itu belum lagi bila 3 sekawan(bala) Riffat iaitu Panjang, Botak dan Hakiem. Ada diorang bertiga, makin haru-biru keadaan dibuatnya. Ada je akal masing-masing nak mengenakan orang. 😌☝🏼
13 reviews
February 16, 2026
-scene detail contoh macam yasmin sedih & rasa tak worth dia kerja kat RCA tu sedap penulisan dia. tak bosan baca
-this book is 70% love and 30% sport (can be less than that)
-the sudden confession of riffat to yasmin sangatlah tiba2. depan takdak tunjuk pov macam mana dia boleh start suka tup2 confess aku suka kau. memang ada explain lepas dia konfes tapi rasa macam on surface je
-it would be good if the plot is more to sport & tension riffat & rayhan. scene perlawanan pun rasa sekejap je sedangkan ada potential. panjang & botak ada perencah jadi suasana
- rival antara anak murid rayhan & RCA pun tak rasa depth sangat
- and untuk ke poin sebab kenapa riffat jadi cold tu lama jugak ya. dia macam bergaduh dulu dengan yasmin lepastu baru kat tengah tu reveal sebab
- oh buku ni tentang plot habis kejap je. lepastu lebih2 tu scene cintan cintun. skip2 je baca. scene nikah, honeymoon, anak, habeh. filler lah senang cerita
Profile Image for pumpkin .
45 reviews1 follower
February 21, 2026

AJJC mengisahkan tentang Yasmeen yang menjadi bidan terjun sebagai jurulatih tinju untuk menggantikan si ayah. Dapat pulak anak buah yang macam Riffat kepala batu + cold heart person + degil so bila jumpa je mesti jadi anjing dengan kucing. Itula orang kata jangan benci nanti sayang ha kan mendapat! Oh and yeah this book pov 1
- ceh bila dah jatuh cinta ni Riffat punya perangai ya ampun sikit2 terlepas perkataan sayang dari mulut lepas kahwin clingy gila macam tak boleh berpisah langsung dengan
Yasmeen mesti nak melekat! Bak kata Yasmeen 'Riffat ni dah macam gorin dia'
- side characters pun mainkan peranan juga dalam cerita ni Panjang, Botak, Haqiem sikit2 nak mengusik si Riffat dengan Yasmeen + selain mengusik dorang juga buat lawak hambar/dark joke untuk ceriakan lagi suasana
- Overall buku ni okay untuk bacaan santai, stress free tani don't let mv personal opinion stress free tapi don't let my personal opinion affect your reading- for me buku ni macam slow sikit (?) entahla macam mana nak cakap tapi penceritaan detail tapi untuk nak selesaikan tanda tanya tu macam jauhh lagi (?). Maybe the problem is me. Plus ada beberapa scene yang I macam eh why :
'might contain spoiler'
- bila scene strategy dengan Rayhan: instead of tanya Rayhan why not Yasmeen just tanya ayah dia. Or maybe why don't Yasmeen rant her day to her father so that Ayah Yasmeen ajar dan Yasmeen apply atau Ayah Yasmeen the spill perangai anak2 buah dia so maybe Yasmeen boleh bersedia sebagai jurulatih untuk mendidik.
- and adakah sebenarnya orang yang dulu ayah Yasmeen percaya tapi lepastu tak tu ayah si Riffat?
- Si Siza tu kan apasal ek ada masalah apa dia tu cakap macam bimbo2 + tak hormat someone older lepas Yasmeen dengan Riffat kahwin watak dia dah tenggelam (?)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews