Tengku Fahim Hariz dan Nada Nasuha punya sejarah sendiri. Mereka bagai langit dan bumi.
Fahim anak orang berada, pemain bola tampar, kacak dan kegilaan gadis-gadis. Berbeza dengan Nasuha yang berasal daripada keluarga biasa-biasa, gemuk dan selalu jadi mangsa buli.
Nasuha yang sedar diri hanya mampu mengintai Fahim dari jauh. Menyimpan rasa kagum dalam hati sendirian.
Tetapi entah apa yang jadi, tiba-tiba Nasuha jadi tumpuan Fahim. Bukannya suka, malah Nasuha rasa itu bala!
Baru saja mereka berkawan rapat, satu peristiwa yang menimpa Fahim memusnahkan segalanya.
Perubahan Fahim menghenyak diri Nasuha. Apatah lagi, pandangan mata Fahim berubah menjadi benci.
Dan kebencian Fahim semakin menebal bila mereka terpaksa disatukan.
Sepuluh tahun bukan satu waktu yang sekejap. Begitulah usia perkahwinan Tengku Fahim dan Nasuha. Sudah cukup selama itu mereka buat haluan sendiri, Fahim tekad mahu perbetulkan keadaan dan mencari semula isterinya yang membawa diri.
Takdir seakan menyebelahi dirinya kali ini. Dipertemukan dengan versi yang lebih matang.
"Aku suami. Kau isteri. Suami dan isteri kenalah tinggal serumah." - Fahim
"Tak payahlah pura-pura nak jadi suami ke apa. Kalau kau lupa, aku nak ingatkan sebab aku takkan pernah lupa. Awal perkahwinan kita dulu, kau cakap apa pada kawan kau yang nama Haidar tu? Kau cakap nanti bila keadaan dah tenang kau nak ceraikan aku. Takkan la kau nak kahwin dengan Nasuha budak kampung dan gemuk ni, kan?" - Nasuha
Suha ingat sepuluh tahun cukup untuk mengubati luka lama. Rupanya setelah bertemu semula dengan Fahim dan keluarga lelaki itu, luka yang dianggap telah kering masih basah.
Dia nak mulakan hidup baru. Dia mahu melepaskan Fahim pergi daripada hidupnya. Tidak mahu lagi ada sebarang hubungan dengan lelaki itu.
Tapi bagaimana cara untuk Suha melepaskan diri kalau Fahim yang ada di depannya sekarang bukan lagi Fahim yang dulu, acuh tak acuh ketika menjadi suaminya. Sedangkan sekarang Fahim tegas menggunakan kuasa vetonya sebagai suami.
F memang tersengih dari page pertama sampai habis. Fahim & Suha sekolah sama². Suha dari dulu ada crush dekat Fahim.. Fahim ni memang notty, kaki fly keluar asrama. Tak sangka boleh “fly” sampai masuk kawasan rumah parents Suha.
Parents Suha meniaga makanan depan rumah. Bapak Hussein nampak garang tapi actually softie dengan Mak Temah. Sweet sangat tengok dorang. Parents Fahim pun lebih kurang, especially ayah dia yang cepat jealous kalau Fahim senyum² dengan Mak Temah atau ibu sendiri. Jealousy tu memang turun-temurun
Kat sekolah, Fahim protect Suha dalam diam². Suha selalu kena buli sebab badan dia. Geram betul bila orang panggil dia “omok”. Only Fahim allowed to call her that. Nampak sangat dia ada soft spot.
Fahim selalu fly sebab nak datang rumah Suha. Mak Temah masak sedap, plus dia dah jadi rapat giler dengan family tu. Sampai bapak Hussein rasa Fahim macam anak sendiri. Kita yang baca ni pun rasa warm and comforting.
Then tragedy happens. Masa Fahim selamatkan Suha, dia jatuh gaung. Terus terkubur impian dia nak jadi athlete. Heart wrenching jugaklah sebab Tengku Linda, nenek Fahim, terus salahkan Suha. Harsh betul, rasa nak masuk dalam cerita dan peluk Suha kuat².
Lepas tu insiden kena tangkap dalam stor masa Fahim nak selamatkan Suha.. end up they get married. Fahim marah, ego lelaki kan… but deep down he already loves her.
Part paling sakit bila Suha terdengar apa Fahim cakap pasal dia. Suha nak balik rumah mak dia.
10 years later, Suha hilang dari hidup Fahim. Masa reunion dorang jumpa balik and surprise.. kerja satu company pula. Fate memang tak bagi dorang lari jauh.
Fahim nak tebus kesalahan dia. Suha pula jual mahal sebab dia convinced Fahim tak pernah betul² suka dia.
And little Noah… omg comel sangat. F rasa Noah yang rapatkan hubungan dorang balik. Dia jadi bridge antara dua hati yang masih ada rasa tapi ego Suha tinggi.
F suka chemistry Fahim & Suha. Suka tengok dorang “suka tapi malu”. Fahim punya jealous tu buat lagi cute... sebijik macam ayah dia.
Overall, this story buat F ketawa, nangis, geram, then smile balik. A heartwarming read dengan mix of pain and healing. Ending tu rasa puas sebab Suha berjaya bangkit dan yakin dengan diri sendiri. Memang rasa happy habis baca.
Cuma kesian dengan Tengku Linda.. berdamailah. Hope happy ending keturunan Tengku.
Fahim atlet sukan bola tampar.. di sekolah dia suka kacau Suha.. Suha ni chubby.. selalu kene buli.. semua kawan² selalu ejek Suha ni.. tapi Fahim akan marah balik dorang sebab yg bole kacau Suha, hanya dia..
Satu hari Fahim fly dari sekolah.. lari pecut sampai termasuk rumah parents Suha.. dari awal lagi dia tau isi hati Suha.. sebab terbaca diari Suha.. haa lepas tu memang selalu laa Fahim tu fly pergi rumah Suha.. mak pak Suha layan kan aje kumbang sekor nie 😂
Persahabatan dorang ni relax jee.. tapi lgi teruk bila Fahim jatuh gaung sebab nk tolong Suha. . kaki problem, Fahim tk boleh bersukan.. Fahim trus down dan tak pandang pun Suha tu..
Ada yg buat dajal kat Suha dan Fahim bila mereka stuck di bilik stor.. abah Suha jumpa dorang dalam keadaan yg mencuriga kan.. Fahim terjatuh atas Suha sebenar nye.. 😥
Da kahwin, Fahim buat tak endah.. Suha asyik kene hina buat kan dia down sangat.. Anis yg tolong calm kn Suha.. dan satu hari Suha buat keputusan untuk balik duduk dengan mak dia..
Cerita ni lagi best lepas 10thun.. jumpa di reunion sekolah.. tapi Suha dapat lari.. kat tempat kerja, Suha tak dapat lari sebab satu ofis kan.. bermula laaa misi mengorat isteri chubby ku.. hahaha..
Fahim yg sememang nya kaki mengusik, buat kita rasa geram bila memujuk Suha.. dekat sini kita tahu yg Fahim memang suka Suha.. dia tak bole orang lain kacau Suha.. he care n protect Suha from afar..
Tapi lepas kejadian di hutan, Fahim yg masih muda dan selalu salah kan takdir, bertindak kejam terhadap Suha dan family.. dia menyesal sangat bila tahu Suha tinggal kan dia.. siap menangis + cium baju tak tahan tu.. hahaha..
Fahim yg sweet, gentleman yet trouble tu buat kan saya suka dengan dia.. begitu jugak Suha yg adorable.. dia benci tapi dia sayang.. kalo orang tak mau, Suha je yg mau.. 🤪
Comel part Noah duduk dengan dorang.. ‘nak peyuk untie teddy’ 😍
Alhamdulillah dalam hari yang sama I habis baca Fahim in 3 hours..dalam kereta I berjuang baca Fahim..HAHAHAHAHA..baca Fahim ni takdelah sakit hati sangat berbanding baca buku Fateh tu..Fahim ni cam santai2..banyak gelak..tapi ada jugak part sedih
Fahim ni sekolah asrama tau..so faham2 jelah..Fahim ni dah memang nakal,duduk asrama lagilah nakal..ha gitu..HAHAHAHA..mula2 baca un dah tahu yg si Fahim ni memang suka mengusik Suha tu..lawaklah Fahim nii..
Suha pulak comel..suka marah2 Fahim bila Fahim mengusik dia..lagi Suha marah,lagi Fahim suka..Tapi kesian tau hidup Suha ni..memang lah dia Omok..tapi orang2 sekeliling suka judge2 dia..buli dia..kesian tau Suha kena buli tu..I nangis part Suha kena buli dekat tandas tu..semua orang cam tak puas hati sebab Fahim tu rapat dengan Suha..sebab Fahim yg datang dalam hidup Suha,Suha yang kena buli..kesiann Suha..salah ke kalau Fahim tu nak berkawan dgn Suha tu..dah Fahim selesa dgn Suha..biar jelah..hidup tu cubalah jgn nak menyibuk..I pun penyibuk jugak,tapi takde ah sampai nak buli2 bagai..dah tahu,biar jelah..
Fahim ni punya nakal tu sampai fly asrama babe..pastu dah nak kantoi memang dia lari lah..HAHAHAHAHA..part ni lawak sebab dia lari tu sampai pergi masuk rumah orang..dan rumah yg dia masuk tu,rumah mak ayah Suha..aduhlah..lawaklah mu ni Fahimm..Pak Husain dgn Mak Temah sumpah baik gilerr..bagi Fahim tu tumpang rumah diorang..siap bagi Fahim tu makan tau..Fahim un tidur kat situ sebab Pak Husain hantar dia esok pagi..so Fahim ni gi lah mandi..pastu Mak Temah bagi Fahim pinjam baju Suha..HAHAHAHA..Fahim ni..lepastu dia masuklah bilik Suha..ha dah masuk bilik orang takkan tak curious kot..lagi2 bilik orang yg kita kenal..sah2lah Fahim cam nak tgk2 sekeliling,nak sentuh sikit apa yg ada..so si Fahim ni tgh tgk2,tertolak pulak timbunan buku,pastu ada satu buku tu terbuka,pastu dia nampak ada gambar dia..ha memang Fahim amiklah buku tu nak belek2.. Nak tgk apa ada..HAHAHAHAHA..Fahim ni lawaklah..aku takleh ah dgn nii
So Fahim un semakin hari makin suka mengusik Suha dan makin rapat dgn Suha..Fahim memang takleh ah kalau Suha ignore dia..Fahim cam tak tenang hidup bila dia tak kacau Suha tu..lawaklah Fahim..dari apa yg dia buat tu pun,I rasa dia suka si Suha ni..tapi tak tahu lah betul ke tak an..tapi selalunya memang camtu..hehehehe..ha kantoi ah Fahimm..
Ha kan ada scene yg Suha kena buli sebab Fahim rapat ngan dia tu,Fahim balas dendam yee..Fahim dia cam memang tak boleh tgk orang lain buli Suha,buat Suha menangis dia memang takleh..dia sorang je buli Suhaa..Dah nampak macam Suha tu dia punya jee..aduhlah Fahim..tapi baguslah..Fahim betul2 protect Suha..kalau boleh memang tak nak langsung Suha sedih ke,sakit hati walaupun realiti dia Suha sakit hati dgn perangai Fahim yg suka mengusik tu..HAHAHAHA
Macam2lah perangai Fahim ni..nakal sungguh..manja pun manja..Dahlia dgn Farel cam,maleh aihh mama dgn Papa nak layan mu..duduk lah situ..biar berubah sikit..HAHAHAHAH..aura anak no.2 kuat sangat nii Fahimm
Lepastu adalah satu peristiwa ni jadi,yg menyebabkan Fahim ni jatuh gaung..Fahim jatuh sebab nak selamat kan Suha..alhamdulillah Suha selamat,tapi Fahim yg tak selamat..start dari sini macam semunya berubahlah..siapa lagi yg selalu menyibuk,ofkoslah si Tengku Linda..kau sumpahlah ek..cukup kat buku Fateh je..Kat sini tak payah nak adalah..emosi lak aii..Fahim kan dia player volleyball..tapi sebab dia jatuh tu,dia cedera teruk..so impian dia terhenti dekat situu..so Fahim ni cam salahkan Suhalah atas kecederaan yg dia tgh hadapi ni..walaupun hakikatnya Fahim sedar,senanya Suha sumpah tak salah pun..tapi faham je,sebab diorang ni kan muda lagi..perasaan nak capai apa yg kita nak memang tinggi
Kesian gilalah kat Suha yg kena marah teruk giler dgn si Linda tu..dahlah time ni diorang cam nak dekat SPM au..jadinya Suha pun tak dapatlah nak tgk Fahim lama2 bila si Linda ni dah halau dia..oh no Suhaa..Fahim time tu pulak memang takleh nak terima keadaan dia tu..ha memanglah.. Ok kita terus ke scene after SPM..Fahim dgn Suha kena tangkap basah weyhh.astagfirullah..kawan si Fahim yg tak guna tu gi perangkap diorang ni..weyhh kesian giler..dahlah sebelum Fahim gi stor tu,Suha dah nangis sebab dia terkurung dalam stor tu..weyhh kesian gilerr..arghh nak nangiss..pastu si Fahim ni panjat lah kerusi nak minta tolong an..pastu nak turun dari kerusi tu,lah terjatuh atas Suha..pastu dan2 pulak time tu Pak Husain bukak pintu stor tu..Ya Allah..bala2..Pak Husain kena heart attack weyhh..ANDWAEEE
Disebabkan peristiwa tu diorang kahwin..tapi before diorang kahwin tu Pak Husain meninggal weyhh…Ya Allah..okey diorang ni dah kahwin..So Fahim still lagi cam tak leh nak terima Suha tu..dia cam Fahim kesian dengan nasib Suha tapi dia un sakit hati..sebab orang desak dia suruh kahwin dgn Suha..faham tak..dahlah diorang ni muda lagi..Suha un mestilah sakit sebab Fahim layan dia macam tu..
Dia cam ne ek..I stegehess dgn si Fahim ni,tapi dalam masa yg sama faham apa yg dia rasa..Arghh..Fahim takleh tgk Suha borak dgn laki lain..dia cam ego gaklah senanya..tu je bahasa mudah dia..HAHAHAHA..
Tapi ada satu part tu I memang geram gilalah..kesian gilaa kat Suha..Fahim cakap yg dia penat nak bela Suha..serabut dgn Suha..penat nak hadap masalah Suha..auchh..savage..andwaee..sedihh weyhh part ni..Fahim,kalau penat benda bolehh rehat kot..ARGHHHH..tapi kau dah cakap camtu kat Suha..terlajak kata memang takleh undur..memang lagi kau menguatkan sebab yg Suha memang nak sangat balik kampung after tu..Suha tu dahlah kena hina kaw2 dgn si Linda tu..Linda kau sumpah memang tak gunee..dulu Fateh sekarang ni Fahim pulakk..ishhhh..Suha dah tak kuat dah dgn semua ni..dia nak balik nak jumpa mak dia..dan akhirnya Suha pun balikk..dan Fahim tersakiti.. Fahim mintak cuti dekat boss dia,lepastu dia balik rumah,dia dapat tahu yg Suha dah balik kampung dah..Mama dia hantar Suha..Fahim bila dapat tahu tu,dia sedih..I faham..so untuk menutup kesedihan dia tu cam cakap baguslah Suha dah balik..Fahim yee..dia dah start rindu Suha dah time tu
Suha balik rumah mak dia dan pindah tanpa bagitau siapa2..Goodjob Suha..Suha kena sembuhkan luka dulu
After 10 years..umur diorang pun dah 28 tahun..Suha dah jadi lawyer..dah makin cantikk..Suha dipecat ye oleh bos 3C dia..jadinya Suha mohon kerja kat tempat lain..and guess what..Suha dapat kerja dekat Firma Guaman Tetuan Dazrin & Ilyana tu..yg Danz punya firma tu..
Suha jumpa Fahim time reunion sekolah diorang dekat hotel..woo aura time Fahim sebut nama penuh Suha tu..perghhh..Fahim cam wow..inikah bini dia..Fahim mintak berbincang,Suha tak nak sebab Suha teringat yg diorang berkahwin just untuk penuhi permintaan Pak Husain..
Diorang jumpa lagi kat Firma Danz tu..sebab Fahim un kerja kat situ rupanya..
So time ni Suha ni nak gi lunch lah kan..Suha ni ada motorbike au..dia cam Suha ni aura dia perghh gak..dahlah lawyer,naik lah motosikal yg besar..ha dah2..Fahim ni nampak lah bini dia,so dia tanya Lunch? Pastu Suha yg dah pakai helmet tu angguk jelah pastu Suha naik lah motor dia..Fahim ni tanyalah cam Lunch sama? Memang sah2 lagi Suha tak nak..tapi Fahim ni pandai ek..dia pergi naik motor si Suha tu siap peluk lagi matt..kemain ek Fahimm..usaha sungguh2 ni nak pikat hati Suha balik..masalahnya benda jadi lawak bila Fahim ni makin erat peluk si Suha tu..Fahim ni ada fobia naik motor tau..tapi demi nak ikut jugak bini dia ni,dia redah weyhh..sampai nak pitam Fahim naik motor dgn Suha sebab Suha bawak laju gilerr..HAHAHAHAHA..Fahim ya Allah ye..dekah giler I gelak part ni..dah tahu fobia,naik jugak tu..sampai Suha kena panggil ambulans sebab Fahim pengsan..aduhlah Fahimm
Fahim dah tua2 un manja..Fahim ni nakal2 manjahh..aduhlah..lawaklah Fahimm..HAHAHAHAHA..Farel mintak Fahim ni bawak balik Suha kat rumah diorang..ubah keadaan tapi kalau tak boleh lepaskan je biarkan Suha cari kebahagiaan sendiri..so ni misi Fahim bawak Suha balik rumahh..
I suka effort Fahim pujuk Suha..Suha I faham dia insecure..kawan si Suha yg si Wina tu cakap yg dia ni tak layak nak bergandingan dgn Fahim..eh pp..at least Suha tu dah jadi bini Fahim..kau tu dahlah rampas suami orang,pastu perangai tah pape..pastu gi jumpa Tengku Linda tu..ha memang giler..kau fikir Fahim tu nak pandang ke orang macam kau tu..ishh..geram aku..dgn Tengku Linda tu tak habis2 cakap Suha tak sesuai untuk Fahimlah..ha memang mengamuklah Fahim…dengan Farel sekali mengamuk..pastu sakit hati bila orang tak jemput dia..lah,dah kalau datang buat orang sakit hati je..memang idoklah diorang nak jemputnyaa..Tengku Linda you memang dah too muchh kat sini..ARGHHH
Ada part yg dekah giler gelak..part yang Suha kata nak cerai dengan Fahim tu..Fahim sah2lah tak nak..so Fahim ni kata,kalau Suha nak cerai,dia nak tebus talak..Suha kena bayar balik semua duit hantaran,nafkah yg Fahim bagi selama ni..ha terkedu Suha..aduhlah Fahim..boleh pulak Fahim tu kata seronok jugak jadi duda berhias..penatlah dgn Fahim ni..HAHAHAHAHA
Part Fahim dgn Suha jaga Noah tu sumpah comel giler..Tiga2 comell masalahnye..memang gelak jelah I bila baca scene diorang bertiga..comel sangat..Noah nak peluk untie Teddy,Fahim pulak nak peluk Suha ha sudah..Noah mengadu katil sempit bila dah baring bertiga..aduhlah lawaklah masing2..letih nak gelakk..Suha time tu nak lari dah sebab katil sempit bolehlah tido bilik lain..HAHAHAHA..kehadiran Noah mengeratkan lagi hubungan Fahim dgn Suha..suka2..
Akhirnya Suha luah apa yang dia rasa,Fahim pun luah..akhirnya diorang pun berbaikk..dan happyy..yeayy..kitew sukaa..suka sebab hubungan diorang bukan mudah..kahwin di usia yg masih muda..so kite faham journey diorang untuk capai kebahagiaan tu..really enjoy baca kisah couple ni..I lurve itt
Fahim dgn Suha sumpah comel..Fahim dgn perangai suka mengusik Suha tu memang tak pernah habis..kerja pulak kat tempat sama..memang semua sama2lah senang cite..comell..I bakal merindui couple ni..semoga bahagis selalu Fahim dgn Suha..sekian byee..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Okaylah buku ni boleh jadi bacaan santai sebab takde konflik berat mana pun cuma terkejut jugaklah awal betul deme dua ni kawin pun.
Fahim & Suha telah berkawan sejak dari sekolah menengah. Kedua-duanya bersekolah di sekolah berasrama penuh. Tak pasti lah dari tingkatan 1 ke diorang sama kelas tapi yg pasti dalam buku mula dgn diorang tingkatan 5 dan mereka memang sekelas. Fahim yg terkenal dgn aset muka yg tampan sejak lahir dahtu jadi atlet pulak, berganda ganda tahap kemasyhuran fahim. Mula cerita ni fahim ni pun sama je dgn orang lain duk mengejek suha yg berbadan gempal berat cecah sampai 100kg tapi hakikatnya mengejek tu hanya usikan nakal fahim sbb dia suka tgk muka marah Suha. Tapi tak tahulah kalau memang dah suka suha tu sejak suha bersaiz 4xl. Fast forward diorang kawin dan berpisah dalam tempoh 10 tahun dan bertemu kembali sebagai bos & pekerja.
Nak kata sec chance trope ada lah kut cuma grovelling tu macam takde sebab dua dua muda kut masa kawin tu pun. Nak kata fahim salah tapi suha pun ada salahnya jugak. So tak nak defend sesiapa dalam ni.
Tengku Fahim Hariz, kalau baca dari nama pun dah tahu betapa kacak dan kayanya si fahim ni. Dah lah atlet bola tampar tapi sebab satu peristiwa membuatkan fahim terus mengubah cita cita utk menjadi atlet bola tampar. Tapi saya prefer pekerjaan dia tulah dari dia jadi atlet bola tampar 🤣 pastu mmg dari kecik si fahim ni nakal, maklumlah anak kedua kan memang lain dari lain dan fahim ni tak terkecuali dari fitnah anak kedua HAHAHAHAHA *bukan fitnah tapi kenyataan, maap utk semua anak kedua. Tapi tah lah kadang tak dapat nak faham sangat perasaan si fahim ni sbb dia macam tarik tali. Kejap nampak suka suha, kejap tak suka, kejap nampak bertanggungjawab, kejap dia buat tak tahu je dgn suha ni. Kitanya confuse. Nasib baik setelah 10 tahun bertemu kembali wayar fius otak fahim ni dah elok bersambung dengan baik. Dia nak kan hubungan perkahwinan yg normal sampai dia terpaksa guna kuasa veto ataupun noah jadi cupids love 🤣
Nada Nasuha macam yg diceritakan di atas, seorang yg bertubuh gempal. Sejak dia sekolah dia memang sentiasa dipulau, diejek, dihina dan di yg seangkatan dengannya lagi. Kalau dah macam tu penerimaan orang sekeliling suha, mana tak jatuh merudumnya insecure suha tu. Sampai tingkatan 5 lah dia membawa rasa insecure tu. Tapi selepas suha membawa diri jauh dari fahim, suha berubah 360 darjah. Dari seorang yg takkan melawan tapi dia dah berani melawan, dari yg takde keyakinan diri terus jadi seorang yg berkeyakinan dan berdikari. Paling best dia berani lawan bos dia walaupun lepastu terus kena pecat. Suha tetap tenang dan cool tak cepat melatah. Tapi perubahan tu pun berlaku sebab pekerjaan, org sekeliling dan kehilangan orang yg paling dia sayang 😭 ehh lupa perubahan paling ketaranya suha dah kurus walaupun bukan kurus tak cukup makan tapi dah sangat cantik dah kalau kawan sekolah dia tgk sampai tak camlah suha tu.
Overall buku ni best, penulisan cik bawang pun okay je. Fast paced pun iya jugak tapi paling suka bila ada noah comelll tuuuu. Sebab noah ni lah hubungan suami isteri tu makin membaik 😆 tapi kadang kesian gak dgn noah ni 🥹 lepas baca buku ni, rasa mcm nak baca kisah watak dalam buku ni pulak sbb nak tahu cerita lagi lagi pasal abang fahim tu.
Tak boleh tipu, aku tersengeh sorang sorang sepanjang baca. Rasa hati berbunga-bunga. Main lead yang sangat best dan kelakar. Rasa macam watak utama perempuan lakkkk. Dah la nama sama. 🤣
Tapi sedih bila Suha kena dengan Nenda. Fahim pulak macam tu. Abah Suha 😞
Rasa sakit ya...
Btw,
I like cara authors tulis tentang apa yang suha alami sewaktu sekolah. semua rasa macam real and smooth je.. Macam mana semua tu boleh effect ke diri Suha sampai ke besar.
Fahim pula, tbh.. sangat suka dia punya character yang nakal, funny dan suka mengusik... tipikal budak bermasalah.. tapi handsome >.<
And baby Noah. Omey nye awak!
But, I wish ada scene yang lebih panjang waktu dorang jumpa dekat tournament tu. hihi.
Recommend this novel untuk orang yang tak suka heavy konflik.. dan prefer bacaan santai.
btw, tengah usha usha novel cik bawang yang lain.
This entire review has been hidden because of spoilers.
As someone yang masa zaman sekolah pun berbadan besar, kulit gelap amatlah in character dengan Suha ni most of the time rasa macam menyusahkan and bila ada yang datang nak berkawan ke suka ke nak bercinta ke akan menolak dengan asbab never good enough or tak layaknyaaa. Ada scene yang memang nangis teresak sebab Suha ni dah la nenda dia tak suka lepastu Fahim pulak layan nak taknak mestilah rasa macam sedih gila kannn.
Geram dengan Fahim ni suka buat la cara suka takyah nak berego bagai aduii, padan la muka Suha hilang 10 tahun pindah Melaka.
Overall conflict tak berat and santai sehari boleh habis baca time beraya hehehe
This entire review has been hidden because of spoilers.