Jump to ratings and reviews
Rate this book

ROMANTIS

Rate this book
Pram is an Indonesian writer who can't seem to write. Poppy is a beautiful girl who can't seem to care (about Pram). So he distracts himself by spinning a romantic tale of vengeance and karma to the customers at a bourgeois cafe. When Poppy goes to Kuala Lumpur, he decides to follow a few days later, although he has no way of contacting her.

271 pages, Paperback

First published July 1, 2015

14 people are currently reading
134 people want to read

About the author

Nuril Basri

11 books87 followers
Nuril is an Indonesian writer. He writes tragicomedy in form of autofiction, bildungsroman, and offbeat stories. His characters range from being very lonely, to queer and subtly eccentric. His works have been translated into English, French, and Malay.

Nuril was awarded a grant by the National Book Committee of Indonesia to complete a residency in the U.K. in 2017, then received a grant from Robert Bosch Foundation and The Literarisches Colloquium Berlin to conduct research for a novel in Germany. He is also the scholarship recipient to the AIR Litteratur program held by the Vastra Gotaland region to write his novel in Sweden in 2022

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
38 (23%)
4 stars
52 (32%)
3 stars
53 (32%)
2 stars
15 (9%)
1 star
4 (2%)
Displaying 1 - 30 of 41 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
April 6, 2015
Ini karya pertama penulis yang aku baca dan aku suka naskah ini. Mungkin perasaan aku sahaja yang melebih-lebih waktu membaca buku ini. Tapi aku tetap nak bagi 4.0* penuh untuk Romantis ini! hiks!

Ini bukan kisah cinta kahwin paksa atau sewaktu dengannya. Ini kisah kehidupan seorang penulis yang menghabiskan hari-harinya dengan lepak di sebuah kafe. Menghabiskan harinya dengan menceritakan sebuah kisah yang sedang bermain di dalam mindanya kepada pendengar-pendengar setianya (nenek tua, budak kecil yang berlagak sombong, si gadis aneh Ellen dan lelaki macho yang terus berdiam tanpa suara). Ada dua kisah di dalam naskah ini. Kisah Pram (aku) dan kisah si London watak ciptaannya yang sedang bermain di dalam mindanya. Dalam masa yang sama, Pram jatuh cinta dengan Poppy yang berkerja di kafe tersebut. Poppy juga melayannya sehingga rasa cintanya semakin menjalar ke dalam jiwa.

Penceritaan Pram terhenti apabila Poppy berhenti kerja dan hidupnya terasa kosong tidak bermakna selepas pertemuan terakhir mereka yang mana Poppy mengatakan yang mereka tidak sesuai bersama kerana Pram tidak punya apa-apa selain laptop usangnya dan kisah-kisah imaginasinya. Tapi bila malam itu Pram mengeluarkan kata-kata kesat, dia dihuni rasa bersalah kepada Poppy. Oleh sebab itu Pram ingin meminta maaf kepada Poppy sehinggakan dia sanggup untuk menunggu Poppy datang ke kafe itu walau tidur seperti gelendangan dan pengemis selama hampir seminggu di ruang legar bangunan. (Sebenarnya aku agak pelik dengan watak Pram ni. Seolah-olah hidupnya tidak punya apa-apa! Entah sama ada watak Pram ini ada dan pernah wujud di mana-mana...)

Apabila Pram datang ke Kuala Lumpur kerana ingin mencari Poppy, pendengar-pendengar setia ceritanya juga sanggup ikut bersamanya. Ceritanya yang tergendala itu, bersambung semula dan yang gilanya, apabila dia bertemu Poppy di Kuala Lumpur, dia lari dari gadis tersebut. Dia hanya ingin datang ke KL hanya untuk menyatakan yang dia mampu untuk meneruskan hidup tanpa gadis itu lagi. Selepas pulang ke Indonesia, semuanya akan kau ketahui... Kalau nak tahu, cuba bacalah...

Aku suka kata-kata yang penulis lakarkan. Sebagai contoh dia membayangkan restoran mahal itu adalah akuarium emas dan hanya orang-orang kaya yang mampu ke sana. Selain itu, dia mengatakan apabila orang bercinta, memandang kekasihnya sahaja makan pun sudah membuatkan orang yang dilamun cinta itu seronok/gembira.

dan yang paling aku suka, dia membayangkan karyanya dengan ayat ini ---> "Tidak banyak yang membeli karyaku. Novel yang aku tulis bukan sesuatu yang "WAH!" yang memikat banyak orang. Novelku hanya sebuah "wah" yang mini yang mencuba menjerit di sudut rak kedai buku. Tapi jeritannya yang kecil terendam teriakan dengan buku-buku lain yang WAH!"

Jangan risau, naskah ini tiada unsur kedewasaan melampau.

Apa-apa pun cubalah. Mungkin kalian akan seronok membaca naskah ini.

Peace!
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
October 30, 2019
"... if you're lost you can look and you will find me... time after time... time after time..."

Aku tahu, mungkin sudah ada yg muak dgn kata-kata aku yg satu ini, tp tetap aku mahu ulang dan terus ulang ;

Karya-karya Nuril tidak akan pernah mengecewakan aku!

Akhirnya, aku miliki Romantis. Tentang Pram yg kadangnya romantis, tp sebenarnya kesepian di dlm dunianya sendiri. Pram yg selalu bercerita utk pendengar-pendengar setianya di kafe. Pram yg sanggup mengemis selama lima hari demi seorg perempuan yg tidak mencintainya.

"Aku tidur berselimut awan, mahu merasakan kesepiannya pengemis-pengemis ini. Mahu merasakan hidup di jalanan. Di sini sangat dingin. Hujan setiap hari. Hujan di luar sana, juga hujan di dalam sini."

Dan, Pram bersama nenek tua, budak kecil dan seorg lelaki kacak yg bisu terbang ke Kuala Lumpur semata-mata utk mencari perempuan itu, tp bila bertemu hanya patah kata "salah orang" yg keluar dr mulutnya.

Dan membuatkan Pram sedar ;

"Aku orang yang bodoh, dia takkan pernah menyukaiku seperti aku menyukainya. Aku yang aneh, dan dia yang takkan pernah faham."

Aku suka buku ini. Walaupun Pram itu watak yg aneh dan kesunyian, tp aku seolah-olah tenggelam dlm wataknya. Kadang-kadang, aku juga merasakan apa yg Pram rasakan itu.

'Terkadang aku merindukan sesuatu yang tidak ada. Kamu pernah merasa seperti itu tidak? Merindukan sesuatu yang belum pernah kamu jumpa? Kamu berkhayal, kemudian tersenyum dalam lamunan sendiri. Kamu merasa ada percikan kebahagiaan dalam hati, sebuah perasaan yang tidak kamu fahami. Sesuatu yang tidak ada, tapi dapat membuatmu bahagia. Pernah merasa seperti itu tidak?'
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
September 17, 2015
I was expecting a romance story, judging from the title. I guess this one is no ordinary romance story.

The main character is believable but somewhat annoying. I can't help but comparing him with Holden Caulfield from The Catcher in the Rye. There's a lot of things that annoy him, everything just doesn't seem right with him. A simple, funny narration that you can't help but laugh at.

I enjoy the short story told by the character. A twisted romance story.

Overall, a simple and enjoyable read. I like the twist at the end. It's unpredictable and more meaningful.
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
April 22, 2015
Saya beruntung kerana pernah diberi naskah 'mentah' oleh penulis sewaktu beliau baru sahaja selesai menulis ROMANTIS ini. Ketika itu, susunan sekuens plotnya, perkembangan wataknya dan juga jalan ceritanya masih lagi samar-samar dan goyah.

Penulis nampaknya telah membuat begitu banyak penambahbaikan dan telah berjaya mengindahkan lagi karyanya dalam draf akhir yang dijudulkan semula sebagai ROMANTIS. Teknik naratif cerita dalam cerita dalam cerita yang digunakan amat-amat membuai dan membuat kau pantas sahaja menyelak helai demi helai, membaca setiap baris ayat yang tercetak dan sekaligus 'lemas' dalam dunia Pram, Poppy dan watak-watak yang lain.

Gaya bahasanya segar, masih lagi terhidu lenggok Bahasa Indonesia namun hal ini tidaklah mengganggu kerana bahasanya lebih kurang sahaja seperti Bahasa Malaysia. Tak ada beza sangatpun. Penceritaannya juga jelas, cumanya terkadang saya beranggapan ada beberapa bahagian (terutama transisi pra-Kuala Lumpur dan pasca-Kuala Lumpur dalam novel ini) dibaca sedikit 'lost'. Mungkin saya perlu ulangbaca untuk fahami bahagian tersebut.

Apa-apapun, naskah ini jauh berbeza daripada tulisan Nuril Basri yang terdahulu (DOSA), dan kali ini mengintai sisipan kehidupan duniawi realistik yang diaduk dengan fantasi dan pengharapan. Saya suka. Suatu bacaan santai yang molek dibaca ketika sedang bercuti.
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
January 2, 2018
Janganlah menyangka naskhah ini berkisar tentang kisah romantis lelaki dan perempuan walau memang ada kisah cinta sebegitu dipersembahkan dalam novel ini.

Ia sebuah kisah romantis seorang pengarang dengan kehidupan dunia kepengarangannya. Jadi, kalau kau rasa cerita ini ditulis seperti syok sendiri, maka bagi pendapat aku sesuailah kerana dunia penulis fiksyen kadangkala begitulah. Sampai satu masa, mereka akan tetap berpijak di bumi nyata.

Pengakhiran yang syahdu dan mujur aku berjaya meneka 'twist' ceritanya beberapa muka surat sebelum ia terbongkar.

Perenggan akhir novel ini telah merumuskan kenapa ia berjudul 'Romantis'.
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
June 18, 2017
Pram ialah seorang penulis di mana manuskrip keduanya ditolak dengan mentah. Dan Pram tahu walau banyak mana pun dia mengubah manuskrip tersebut, ia tetap akan ditolak.

Jadi Poppy, pelayan kafe, memberi cadangan supaya Pram menulis karya yang baru. Mungkin tercabar kerana merasakan Poppy memandang rendah kepadanya, Pram menerima cabaran itu. Masalahnya, Pram tiada idea dan dia hanya ke kafe itu sebab terpikat dengan Poppy.

Lalu apa yang terjadi? Ya, Pram mula bercerita secara impromptu, idea yang terlintas di fikirannya tentang London dan Summer.

* * *

Dua episod terakhir pembaca akan dihidangkan dengan plot twist. Satu untuk kisah Pram dan satu untuk kisah Summer.

Pram ni genius tapi egonya tinggi melangit. Susah nak suka pada Pram ni. Tapi lama-kelamaan rasa cute pula sebab cinta dalam diamnya terhadap Poppy.

Poppy ni watak paling normal dalam buku ni. Berfikiran rasional. Amat berbeza dengan Pram yang penuh daya imaginasi.

Rugi ke apa yang Poppy lakukan pada Pram? Tak pun pada pendapat saya. Mungkin akan ada yang lebih baik.

Build-up karya ni slow. So ambil masa nak warm up. Dan karya ni bolehlah baca sekali sekala. Kalau hadap hari-hari, mau saya pun lari macam Poppy.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
February 25, 2016
begitu gigih menghabiskan novel ini tanpa lompatan untuk memahami jalan ceritanya.

so far, ending nya memang boleh difahami & merungkaikan semua persoalan yang berselirat seawal pembacaan.

cuma, olahan cerita agak kurang, sehingga adakala terasa agak lelah untuk menghabiskan novel ini.

apa yang boleh dikonklusikan, novel ini adalah pengembaraan Pram dalam mencari sumber inspirasinya dengan mewujudkan pelbagai watak dan dunia imaginasinya sendiri untuk novel terbarunya. sedikit sebanyak, saya merasakan ini adalah luahan hati penulis sendiri.

walaupun dihujungnya ada sedikit twist yang mengujakan tapi masih tidak dapat menyelami sepenuhnya siapa pram itu sendiri, mungkin penulis sengaja mahu membiarkan ia terus bermisteri.

mungkin, selepas membaca DOSA saya mengharapkan penulis menghasilkan kisah sebegitu, kisah masyarakat. mungkin itu menpengaruhi mood pembacaan saya.

apapun, tahniah buat penulis, sesuatu cerita yang segar sebenarnya.
Profile Image for farahxreads.
717 reviews261 followers
March 19, 2019
Pram banyak mengingatkan saya pada Holden Caulfield, watak protagonis di dalam karya J.D Salinger The Catcher in The Rye, seorang ikon anak muda yang jiwanya melawan arus dan penuh dengan angst tentang perkara-perkara di sekelilingnya. Banyak momen yang agak komedik tapi jika kita lihat secara keseluruhannya, hidup Pram dan Holden ini adalah sebenarnya amat depressing dan melelahkan.

Tidak ada banyak benda yang berlaku didalam naskhah ini, ia agak mendatar tapi berjaya diselamatkan dengan cerita yang ditulis olen Pram (iya ada cerita disebalik cerita). Sedikit repetitif tapi tak tahu kenapa, mungkin kerana bahasanya dan snippets of Pram's thoughts yang lucu & sinikal membuatkan saya tidak boleh berhenti membaca buku ini. All in all, it was a good read. Jenis penulisan yang membuat kita berfikir fikir tentang banyak hal. Tak sabar mahu baca karya penulis yang lain.

Rating sebenar: 3.3/5 bintang
Profile Image for An-nisa Pratiwi.
76 reviews1 follower
March 15, 2017
Nuril Basri menurut saya selalu sukses menciptakan karakter kuat dalam novel-novelnya. Misal Pram, kesinisannya sungguh tak tanggung-tanggung. Membuat pembaca kagum mengapa ada manusia seantik itu. Ya, antik tapi terasa nyata.

Ditilik dari segi cerita, Favorite Goodbye jelas bukan kisah romantis, malah lebih mirip kritik kisah cinta miris. Pembaca seolah didorong memasuki kepala tokoh utama, dengan alur yang jarang sekali ada manisnya. That's why... ketidaksesuaian sampul, judul dan isi sangatlah betul.
Tetapi, ada sesuatu yang sangat menolong dan berharga dari novel ini: kekuatan bahasa dan cara menalar cinta dengan logika.
Profile Image for Sarah Yasmin.
86 reviews31 followers
August 15, 2015
Romantis by Nuril Basri mungkin buku yang bersahaja jalan penceritaannya. Berlatar belakangkan negara Indonesia-Malaysia, membuatkan pembacaan menjadi unik. Mengisahkan tentang seorang penulis bernama Pram yang kehilangan idea untuk menulis lalu pada suatu hari dia menemui inspirasi untuk menulis setelah bertemu Poppy, waitress cafe. Kisah cinta mereka tidak berakhir dengan baik kerana Poppy berbeza taraf dengannya. Namun, ending novel ni telah mengubah segala persepsi kita tentang watak Pram itu. Setiap kata-kata atau quote yang ada dalam novel ni aku suka. Tahniah :)
Profile Image for sy.nazurah.
38 reviews6 followers
June 27, 2021
Re-read: 22/6 – 27/6

Kisah cinta “too good…to be true”. Cerita dalam cerita, 2 in 1.

Di dunia ini aku paling tidak suka dengan orang yang sangat tua dan budak kecil. Mereka adalah beban.

Dia sungguh pandai dengan tidak mengatakan ‘murah’. Kerana aku sendiri benci dengan kata itu. ‘Murah’ kesannya buruk dan tidak dapat dipercaya dan cepat rosak. Kau tahukan cheap stuff, siapa yang mahu menggunakan cheap stuff. Itu seperti menghina. Murah. Disgusting.

Aku tahu dia jijik. Aku juga tidak suka tempat seperti ini. Di sini banyak orang miskin yang memandang dengan tatapan seperti anjing buas. Juga banyak para pekerja pejabat yang kedekut, mereka menjimatkan duitnya dengan makan yang murah-murah. Betapa memuakkan mereka itu.

Semua emosi itu memang indah. Itu yang membuat kita hidup. Tapi romantisme itu memuakkan.

Heh 😏

Perwatakan Pram, si penulis buku, yang aneh dan sinis. Aku rasa Pram adalah seorang yang sunyi / kosong dalam dunia yang dia ciptakan sendiri, tapi sedikit puitis orangnya, dan sekarang dia sedang ‘berkelana’ untuk menulis cerita. Watak Pram yang misteri dan pelik norr. Kenapa dia macam tu?

Awan yang berwarna kelabu pekat menggantung di langit dengan malas.

Langit berwarna kelabu pekat. Awan-awan gelap itu sedang menjemput malam.

Kisah Pram dengan Poppy macam gampang je hahaha. Dia tak dapat nak ekspresikan perasaan dia dengan cara yang sepatutnya dia buat. Tapi kenapa Poppy tak pernah tanya dan beritahu hal yang sebenar? All beauty, all fades away 🥀

“Daripada dengan dia, lebih baik denganku,” kata gadis aneh itu tiba-tiba. “Aku suka kamu. Aku suka tiap kata-kata yang kamu tulis. Aku suka watak yang ada dalam bukumu. Aku jatuh cinta dengannya, jadi aku jatuh cinta padamu.”

“Kau ni macam bagus,” kataku sinis.
“Aku tahu. Aku cinta kamu.”
Aku mendengus, kemudian menoleh ke arah lain. “Dicintai kamu itu rasanya pasti seperti dicintai tarantula.”
“Daripada dengan gadis itu. Lebih baik denganku. Aku dapat mencintai kamu apa adanya. Dia cantik, wangi seperti bunga mawar, mewah. Tapi aku ini anggerik, aku unik. Kamu tidak akan bertemu spesies yang seperti aku dua kali dalam hidupmu.”


Pendengar-pendengar setia cerita Summer, Marat dan Elisa dari Pram, iaitu nenek tua, budak kecil 10 tahun (Elmo), lelaki tampan yang pendiam dan gadis aneh (Ellen). Ellen bertemu Pram kali ke-2 dan meminta tandatangan di buku cerita yang dia beli. Sebuah buku berjudul Pink! tulisan Pram. So… dari sinilah Ellen cakap kata-kata tak masuk akal bagi Pram. Sebab Ellen tahu…dan memahami Pram.

The dark side and the hidden story.

“Tidak apa-apa, di dunia ini banyak hal yang tidak kita faham. Tidak apa-apa kalau kita tidak faham. Kehidupan itu bukan teka-teki yang selalu ada jawapannya.” Nenek tua itu tersenyum sambil membelai cucunya.

Jalur ceritanya mendatar je. Kalaupun yang buat aku teruja, ada tapi sikit. Jalan cerita cinta yang tak dapat diteka dan menyedihkan. Apa erti cinta dan apa yang kau mahu dari orang yang mencintaimu? Banyak persoalan yang macam tergantung, tapi sebahagiannya ada jawapannya, walaupun samar-samar. Klu-klu yang penting ada pada wataknya. Ada apa dengan Pram?

I like. Thank you writer.
Profile Image for hans.
1,161 reviews152 followers
April 21, 2015
Saya sebenarnya seperti mengalami "novel-ception" di sepanjang pembacaan ROMANTIS ini. Penceritaan isi imajinasi Pram tentang kisah Summer dan London kepada Poppy (dan beberapa pendengar setianya di kafe) membuatkan saya rasa seperti membaca dua novel sekaligus dalam satu tulang buku.

Aneh sekali. Hmmm mm m...

But anyway, kisah Pram ini sangat menghiburkan dan penuh fantasi. Saya suka bagaimana penulis seringkali menulis dengan tepat tentang situasi-situasi yang menimpa Pram, yang kadang-kadang saya rasa lucu juga.

Watak Pram yang agak menarik-- seorang penulis yang lagaknya macam nampak bagus, ada pendirian sendiri yang setinggi langit, sedikit a fool for love tapi tahap romantiknya tak seberapa (sendiri rasa nak muntah bila tulis surat cinta). Favorite scene waktu Pram berteriak; "Karya sastera seharusnya menyeronokkan! Dulce et utile!" kepada editor novelnya (yang baru me'reject' manuskrip keduanya) di awal bacaan. Boleh bayang muka Pram yang tak puas hati.

Pram telah buat saya ada second thought on a writer. Banyak hal tentang seorang penulis yang diceritakan oleh Pram.

"Kadang aku hanya ingin menceritakan sesuatu, siapa yang akan membacanya bukanlah urusanku. Hati nuraniku selalu terkoyak-koyak seperti itu. Apakah kita harus selalu memikirkan pembaca ketika kita menulis?"

"Penulis itu pekerjaan yang memakan masa. Itu bukan kegiatan sampingan yang dapat dilakukan sambil main-main. Itu pekerjaan yang serius. Menulis itu memenatkan."

"Hati-hati, kepalaku sangat berharga tau. Isinya idea-idea cemerlang."

Saya terhibur dari awal hingga akhir. Mungkin sedikit meleret ceritanya waktu Pram mencari Poppy di Malaysia, tapi penceritaan penulis yang bersahaja selalu saja menutup sisi bosan yang saya rasa.

Dan saya tak sangka yang Pram sebenarnya tidaklah semelarat itu. Juga teman-teman kafe Pram-- that goodbye inspirations part somehow buat saya sedikit sedih juga.

One interesting novel I would say :)
Profile Image for Khairul Umar Hamzah (Kuhaf).
63 reviews29 followers
July 5, 2015
Romantisnya Romantis ini hanya dapat dinikmati di akhir penceritaan dimana keseluruhan cerita diakhiri penulis dengan bersahaja dan sedikit plot twist.

Watak Poppy, seperti namanya dan sifatnya bunga popi, sememangnya menghadirkan rasa khayal dan kecanduan di setiap babak-babak yang disertainya, dan kehilangannya dalam babak yang seterusnya membuatkan pembacaan bagaikan ada lompong kekosongan dan pembaca akan merasakan bagaikan tak sabar untuk menjengah muka surat yang baru dan melihat sekiranya Poppy ada di situ.

Dari segi teknik penulisan, saya kira teknik penceritaan dalam penceritaan yang dilakukan oleh penulis ini sememangnya hadir sebagai suatu bonus kepada pembaca dalam menikmati keseluruhan cerita yang dipersembahkan. Nada keseluruhan cerita pula tampak biasa biasa dan memudahkan pembacaan; tak terlalu suspen, tak terlalu perlahan.

“Tiada orang yang lebih layak untuk menikmati romantika seseorang melainkan dirinya sendiri”.
Profile Image for Shafaza Zara.
167 reviews34 followers
May 18, 2015
Aku bahkan jadi geram dengan Pram sebab dia angkuh walaupun kelihatannya genius. Nuril berjaya mewujudkan Pram sebagai seorang yang buatkan pembaca rasa bengang atas ego yang tinggi.

Novel kedua Nuril yang aku baca. Maaf Nuril, aku lebih gemarkan Dosa walaupun Romantis ini lebih bagus gaya penceritaan dan imaginasinya.
Profile Image for Dion Sagirang.
Author 5 books56 followers
Want to read
March 16, 2016
kover versi Indonesianya bernuansa sendu, tapi isinya nggak seratus persen kayak di kover. sebenarnya baru baca bab-bab awal, dan terus terang ini novel rada nggak biasa dan bikin nagih. review lengkap mungkin setelah ke Rumah Buku.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
November 20, 2015
Membaca buku ini mengambil satu tempoh masa yang agak panjang. Tapi berjaya juga dihabiskan.

Dan aku suka 2 bab terakhirnya. Khayalan penulis tinggi sungguh! Hahahaha!

4 bintang!
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
March 17, 2021
Pram si penulis novel jatuh hati pada Poppy, gadis yang bekerja di sebuah kafe. Pram juga dalam proses menyiapkan buku kedua sambil bercerita tentangnya pada 4 orang pendengar - seorang nenek tua bersama cucunya, Ellen si gadis aneh, dan juga seorang lelaki kacak yang pendiam. Kau akan rasa macam baca dua cerita serentak. Tentang Pram-Poppy, dan juga tentang Summer-London.
Profile Image for Norliyana.
59 reviews35 followers
May 3, 2019
Saya suka, suka, suka humor yang ditampilkan dalam buku ni. Bacaan santai tetapi kadang-kadang ada juga diselitkan quote yang sinis tapi benar, terutamanya daripada watak utama, Pram.

***

"Karya sastera seharusnya menyeronokkan! Dulce et utile!" - Pram

"Kamu menyukai gadis yang cantik ya?" tanyanya.
"Pertanyaan perangkap. Jika aku menjawab iya, dia pasti memandangku sebagai seorang lelaki yang cetek akal, jika kujawab tidak, dia akan fikir aku munafik." - Pram

"Semua lelaki itu mulutnya manis ketika mereka ingin memenangkan sebuah hati. Setelah itu, sikap mereka jadi sama saja." - Poppy

"Orang barat selalu terlihat acuh. Dan orang Asia selalu terlihat kepochi." - Pram

"Yeah, many fish in the sea, but all I want is a turtle." - Pram

***

Quote yang paling terkesan sekali:

"Maybe I should love myself more." - Pram


^ SETUJU 3000 KALI! Pram terlalu obsesi kepada Poppy dan akhirnya berakhir dengan penyesalan. Sisi positif: Pram terlihat lebih matang di akhir cerita.

Jika cinta itu tidak membuatkan kamu matang, usah kamu bersusah untuk bercinta. Love someone when you are willing to learn and grow.

Buku ini seperti cerita di dalam cerita. Seperti melihat diri sendiri dalam mimpi. Props untuk cerita selingan Summer, Marat & Elisa.

Penamat yang menarik bagi saya, unexpected. Tak sangka saya akan suka buku genre sebegini.

Okay, can I be a fan of Nuril Basri now?
Profile Image for Putri Review.
74 reviews13 followers
December 19, 2015
Actual Score : 4,2 from 5 stars

Baca lebih lengkap review novel ini di blog Putri Review : Batas Tipis Kenyataan dalam novel "My Favorite Goodbye" karya Nuril Basri

Bagi yang mau baca, saya ingatkan ini bukan novel roman biasa. Jangan tertipu judul dan desain cover (seperti saya), Nuril Basri tidak sedang menulis roman kontemporer dimana lead female dan lead male sudah pasti berjodoh sejak awal dan endingnya bahagia.

Novel My Favorite Goodbye lebih rumit dari itu. In a good way.

Serius. Untung novel ini ketemunya sama saya. Kebetulan saya lumayan suka sama tema yang gak biasa. Saya suka roman, tapi tema berbeda di antara novel roman menye2 yang bejibun memenuhi toko buku itu rasanya... menyegarkan :D Mungkin bosen kali ya disuguhin love-love melulu.

Soal plot, kisah Pram pada novel My Favorite Goodbye ini mengingatkan saya akan film A Beautiful Mind, Soulmates aka Belahan Jiwa (film Indonesia yang ada Nirina Zubir dan Dian Sastro itu lho), Shutter Island, Identity (John Cusack), dan segudang film2 dengan tema psikologi yang kental. Kalau kalian suka film2 tersebut, novel ini bacaan yang tepat. Novelnya bernuansa depresif, perih, tapi (untuk saya) bikin ketagihan.

Dan saya cukup puas dengan endingnya. Memang sih, jadi membuat saya meragukan semua informasi yang disampaikan dari awal hingga akhir cerita, tapi temanya jadi begitu terasa-seakan saya bukan hanya pembaca, tapi seseorang di dunia Pram yang mendengar gosip tentangnya dan peduli padanya.

Ending tersebut juga melunturkan semua kritik yang tadinya muncul mulai dari chapter pertama, mulai dari karakterisasi, bahasa, dan masih banyak lagi, semua make sense pada akhirnya. Sebenarnya saya sudah menduga2 apa yang terjadi sejak pertengahan cerita, tapi saya tetap membaca dengan khusuk karena ingin membuktikan tebakan saya.

Sudahlah, saya sudah terlalu banyak berkata2, salah2 nanti saya malah spoiler dan merusak keseruan novel My Favorite Goodbye. Pokoknya, pesan dari saya, bagi pembaca2 baru karya Nuril Basri lain yang merasa sedikit ganjil dan aneh sejak chapter2 awal, jangan khawatir, diterusin aja, kalau kalian termasuk penggemar dari film dan tema yang sudah saya sebutkan singgung2 di atas, pada akhirnya semua worth it kok ;)
Profile Image for Wardah.
952 reviews172 followers
October 6, 2017
Saya tertipu sama kover dan judulnya. Harusnya buka goodreads dulu kali ya sebelum baca biar ada persiapan.

Jadi, novel ini bukan novel gagas yang biasa. Nggak ada kisah cinta ala gagas. Nggak ada sesuatu yang gimana ya, bikin bahagia? Well, novel ini rada absurd dan jujur saya nggak suka pada karakter Pram. Dia terlalu getir, sinis, dan itu menjengkelkan. Bisa jadi karena saya sendiri sedang ingin merasa kebahagiaan meski hanya dalam fiksi. Nah, karakter Pram ini sangat nggak cocok dengan mood membaca saya saat ini. Saya butuh kebahagiaan dan Nuril Basri dalam novel ini jelas tidak memberikannya.

Satu-satunya hal yang membuat saya bertahan membaca sampai akhir adalah cerita dalam cerita di novel ini. Cerita itu membuat saya penasaran dan sangat ingin tahu. Saya penasaran kelanjutan Summer dan London, meski sejujurnya cerita mereka rada nggak make sense, tapi tak apalah.

Novel ini sejujurnya menarik. Dia sebuah roman yang nggak biasa. Mungkin kalau saya membacanya tidak dalam mood ini, saya bakal lebih suka.
Profile Image for Rheafara.
16 reviews
April 19, 2015
Pada mulanya aku agak ragu2 untuk membeli naskhah ini, tapi bila aku tengok review yg agak memberangsangkan so I buy it. Aku sebenarnya tak suka disajikan cerita cinta yg typical kerana tajuk buku ni macam ala2 kisah cinta cliche di tv haha.

Then, sangkaan aku meleset, this book is awesome. Aku suka ayat2 author dalam buku ni simple but meaningful. Aku suka storyline Romantis, kira macam ada 2 in 1 stories.

Aku rasa cerita nya tidak membosankan sebab aku menghabiskan naskhah ini dalam masa yg singkat sebab aku membaca sambil membuat pecutan haha sebab too curious dan tak sabar maybe untuk tau pengakhiran cerita ni.
Profile Image for Fey Bahram.
31 reviews2 followers
April 17, 2015
Tak dapat dinafikan, Nuril adalah penulis berbakat. cara dia menggambarkan watak dan perwatakan di dalam buku ini jelas dan menghiburkan. Termasuk pelbagai perumpaan antara sifat manusia dan binatang. Watak utama di dalam Romantis hadir dengan keadaan kusut namun mendambakan cinta dan akhirnya dia adalah orang yang tidak pernah kita sangka. Tahniah Nuril.

p/s: DOSA masih buku terbaik Nuril setakat yang saya baca. Tetapi Romantis satu karya yang menyentuh jiwa.
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews17 followers
April 18, 2015
Bahasanya santai dan rasa nyaman sekali. Ya benar, kalau harus kucari diri sendiri demi sebuah kegembiraan masa hadapan, aku akan lakukan.

Kawan imaginasi berkeliaran di sana sini, demi cetusan cinta dan rasa gembira. Mungkin pemangkin demi mengecap kejayaan.

Cinta tak seharusnya memiliki. Suka tak semestinya mencintai. Tenang tak memungkinkan rasa enak nyaman sekiranya tak sebetul rasa yang seharusnya ada.

Two thumbs up untuk karya ini.
Profile Image for MissMissMiss3X Ariffin.
42 reviews24 followers
March 25, 2015
terkehel juga nk paham haha
I suka cita ni
eh upenye pram tu anak org kaya noo? rugilah hang Poppy ooooiiii
Profile Image for Iem.
15 reviews
July 5, 2015
I really have a slow progress in this but I fucking like it!


If this is what you called as 'mindfuck' genre, I am totally in love with these kind of romance novel.
Profile Image for Dodi Prananda.
Author 18 books41 followers
May 7, 2016
Baru baca Nuril Basri untuk pertama kali, dan naksir banget novel ini. Pengin bisa nulis novel sebagus ini suatu hari nanti. Mari melanjutkan baca novel Nuril yang lain.
41 reviews1 follower
April 27, 2019
Kebanyakan para pembaca buku ini akan merasa tertipu dengan isinya, yang mana tidak sesuai harapannya yang terkesan akan menyajikan kisah romantis dilihat dari penampilan jilid dan judulnya. Namun, bagi mereka yang suka dengan kisah tak biasa dan suka menebak alur cerita, mungkin ini buku yang cocok.

Secara keseluruhan, buku ini menceritakan seorang penulis bernama Pram yang berjuang untuk menyelesaikan naskah buku keduanya. Kisah yang diciptakannya tidak serta merta ia langsung tuliskan ke dalam catatannya, namun ia langsung menceritakannya kepada mereka yang setia mendengarkannya. Diawali dari penolakan naskah dari sang editor, berlanjut dengan munculnya buih-buih cinta pada sosok wanita pelayan cafe, hingga ceritanya selesai dengan cara yang tak biasa.

Sosok Pram disini digambarkan sebagai seorang penulis amatir yang kesepian juga bingung dan serta merta selalu menghadapi kehidupan dengan sinis atau emosional. Sikapnya juga yang mempengaruhi keseluruhan cerita yang dibuatnya, dengan rencana awal membuat cerita romantis, menjadi agak menyimpang terkesan thriller dengan kisah cinta matinya. Namun, bagian yang cukup saya suka dibandingkan yang lain memang cerita yang dibuat Pram ini, bukan dari kisah hidupnya sendiri.

Kutipan:
"Ide mengenai mencintai itu lebih indah, lebih menarik, dibanding dengan kenyataannya, atau ketika menjalankannya." (hal. 157)
"...Di dunia ini banyak hal yang tidak kita mengerti. Tidak apa-apa kalau kita tidak mengerti. Kehidupan itu bukan teka-teki yang selalu ada jawabannya." (hal. 192)
Profile Image for Angela.
172 reviews1 follower
August 22, 2021
Why I'm interested in this book at the first place
Third book picked for #10tahunFixi, with full list via Buku Fixi's IG post:
https://www.instagram.com/p/CLJSYt9hS...

The ebook was provided for free, I read it via Google Books app.

What do I think of this book... now that I've done reading it
What did I just read... 🤣🤣🤣

This book was the written by the same author who wrote SUNYI

Is it another acid trip? Not really, not as wacky as Sunyi, but Romantis is more to drama of a B-grade movie.

Centered around an author, Pram, got pressured with a dateline for his next book. In a pursuit for inspiration, he decided to "fall" in love, and by doing that, he can complete his writing task.

Within Pram's journey for romance, Romantis also contain the story that Pram's working on: (almost) Shakespearean love tragedy-true crime.

Overall, unfortunately, I'm not feelin' Romantis through and through. Neither invested for Pram, nor the story that he's working on.

+

-


Get this
Nada.
Displaying 1 - 30 of 41 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.