Jump to ratings and reviews
Rate this book

Empayar #4

Empayar 4: Hikayat Pemburu Naga

Rate this book
"Rentaka ada di Sundagema. Tiba masanya, engkau harus tuntut Rentaka, senjata pusaka keturunan engkau....”

Setelah merdeka daripada dijajah, Wilayah Kepayangan makmur di bawah kepimpinan Sastra. Sehingga kini, tiada seorang pun tahu hakikat sebenar dirinya yang merupakan putera yang melarikan diri dari istana.

Negerinya aman damai, tetapi jiwa Sastra kacau
- bilau. Dia semakin kerap dibayangi mimpi aneh. Ada suara yang menggesanya mencari Rentaka — senjata rahsia untuk menguasai dunia.

Dek bimbang ia terjatuh ke tangan yang salah, Sastra memulakan penjelajahan. Malangnya, tiada siapa yang tahu tentang Rentaka mahupun Sundagema. Sehinggalah muncul seorang nenek bongkok yang menempelak Sastra dengan amaran keras.

“Ini bukan tempat bagi kau! Barang siapa yang bukan berdarah Sundagema, maka muntahlah darah, putuslah nyawa!”

Sastra muncul di tempat aneh. Kesaktiannya menjadi pudar. Kini, dia harus berdepan dengan makhluk-makhluk yang belum pernah dilihat selama ini. Dalam masa yang sama, perang mula meletus dan nyawa rakyat diancam bahaya dari luar.

Berjayakah Sastra mendapatkan Rentaka, atau nasib rakyat akan jadi galang gantinya jika senjata keramat itu berjaya dimiliki musuh?

754 pages, Paperback

First published May 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Teme Abdullah

18 books3,374 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (73%)
4 stars
11 (22%)
3 stars
2 (4%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for sooa.
73 reviews7 followers
May 20, 2026
4.5/5

tak puasss sebab my expectation is sambungan watak watak dari empayar 3 jugak sebenarnya😔 tapiii plot empayar 4 ni pun menarik jugak sebab dia memang pasal journey sastra merantau ke sundagema nak cari rentaka sebab ending empayar 3 pun pasal misteri getaran pada keris sastra tu sendiri

hopefully next year teme terbitkan empayar 5 pulak sebab banyak benda lagi yang masih tergantung dan tak selesai
Profile Image for Qayiem Razali.
912 reviews87 followers
June 3, 2026
[14|2026]

Empayar 4: Hikayat Pemburu Naga || Teme Abdullah

Syukur habis membaca "kamus" ini. Tebal ye 700+ halaman. Bagi saya adalah disebabkan pemilihan saiz tulisan dan jarak menyebabkan buku ini tebal kemain. Namun, itu sangat bagus bagi memudahkan pembacaan, tidaklah sampai perlu mengecilkan mata andai kata tulisannya rapat rapat dan sekecil semut.

Berbalik kepada buku Empayar 4, tahniah buat Teme Abdullah atas penghasilan karya ini. Bermula daripada halaman pertama sehingga ke noktah terakhir, ceritanya tidak bersimpang-siur dan lancar sahaja, mudah difahami terutama apabila melibatkan buku bersiri seperti ini. Bagi mereka yang menggemarkan elemen fantasi, naskah ini perlu anda miliki. Naga, seladang gergasi, makhluk aneh yang lain membuatkan cerita ini tidak bosan untuk dibaca. Secara keseluruhannya, buku Empayar 4 ini saya kira kesinambungan yang berjaya daripada Teme, baik daripada susunan ayat, alur cerita mahupun lukisan yang terselit dalam buku ini.

Cumanya, saya tolak satu bintang dek kerana kesalahan ejaan dan kesilapan pemilihan koma atau noktah pada susunan ayat. Diharapkan dapat diperbaiki untuk cetakan seterusnya.

Tahniah Teme Abdullah dan Iman!
1 review
May 15, 2026
Jumpa perkataan tamat dalam novel Empayar 4 pada 15/5/26, jam 1.55 pagi, selepas 5 hari tekun membaca. Macam biasa, mula-mula sekali saya cari code dalam isi kandungan dulu 😆 Itulah intipati ringkas perjalanan cerita dalam Empayar 4.


Pada pendapat saya, sesiapa yang belum baca Empayar 1, Empayar 2 atau Empayar 3 pun masih boleh terus baca Empayar 4. Sebab kali ini, penulis membawa kita mengembara bersama Putera Sastra ke wilayah Sundagema atau lebih tepat wilayah jawa, tempat baru, sebuah permulaan cerita yang baru. Kenalan baru, lawan baru (luar biasa). Human vs animals vs human. Walaupun begitu, teras cerita masih kekal berpaksikan semangat cintakan negara dan mempertahankan tanah air.


Yang best tentang Empayar 4 ni, tak ada lagi gelaran nombor2 pelatih macam sebelum ni. Sebaliknya, diperkenalkan nama2 unik yang baru dan menariknya, nama2 itu ada dalam sejarah (boleh search 😉). Banyak juga perkataan klasik dan bahasa istana yang diperkenalkan. Bila saya tenggelam dalam pembacaan, rasa macam saya pun berada sekali dalam zaman tersebut. Naratif cerita pula disampaikan dengan sangat baik.


Kalau siapa yang biasa baca karya Empayar Teme Abdullah, mesti tahu macam mana gaya beliau bila menulis babak aksi, memang tu “makanan” dia 😂 Walaupun ‘lawan’ kali ini lari daripada kebiasaan, sesuatu yang saya sendiri tak jangkakan penulis akan bawakan, beliau tetap berjaya menghidupkan setiap adegan pertarungan dengan begitu jelas dan terperinci, sehingga pembaca boleh berimaginasi sendiri.


Dan plot twist tu mestilah ada, macam biasa! Itu antara keistimewaan novel2 fiksyen Teme, plot twist yang sentiasa ditunggu2. Saya juga kagum dengan cara penulis memperkenalkan tiga watak hero utama dalam cerita kali ini. Setiap seorang ada kekuatan dan karakter tersendiri, tetapi Putera Sastra masih kekal sebagai tunjang dan watak paling menyerlah, tanpa menenggelamkan dua lagi watak utama (walaupun ada konflik dan plot twist tersendiri 👀). Akan tetapi, tombak kekuatan yang berdiri di sebalik 3 watak utama inilah pahlawan yang sebenarnya. Setiap emosi yang dicoretkan baik sedih, gembira, marah, geram atau teruja semuanya sampai dan terasa dekat di hati. Antara babak yang paling sedih bila kehilangan orang paling bermakna.


Walaupun Empayar 4 merupakan novel paling tebal dalam siri ini, ceritanya belum habis di sini. Penamatnya masih lagi tergantung. Pada hemat saya, besar kemungkinan akan ada lagi sambungan Empayar. Novel ini terasa tebal kerana penulis membawa pembaca kepada pengenalan wilayah baru dan menamatkan pengembaraan tersebut dalam novel ini juga. Fokus utama Empayar 4 memang semata2 kepada perjalanan merungkai persoalan: apa itu Rentaka? Mungkin, pada pandangan penulis, kisah ini memang perlu diketengahkan dahulu sebelum keseluruhan cerita Empayar ditutup nanti. Lagipun, Teme sendiri pernah menyebut kemungkinan Empayar akan mempunyai 5 siri. Sampai 5 ja okay? Atau mungkin lebih? 👀


Overall, bagi saya memang best! ⭐⭐⭐⭐⭐ Semoga Empayar 4 diterima baik sebagaimana saya menikmatinya. Moga Allah terus memberikan ilham kepada penulis untuk menghasilkan karya2 yang berkualiti. Hopefully the next book will answer all the lingering questions. All the best, Teme! 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻


Saya sudahi ulasan yang panjang ini dengan serangkap pantun:


Mengemudi kapal di tengah lautan,
Tersentak lamunan daripada khayalan,
Rentaka digapai terjawablah persoalan,
Akhirilah segala yang tergantung menjadi kenyataan.
Profile Image for Kekla.
4 reviews
June 12, 2026
First of all, macam mana Teme boleh terfikir untuk semua humor tuuu!? Hahahahaha Sastra sangat polos ya di sini.

Pengembaraan Sastra dari Wilayah Kepayangan ke Tanah Sundagema yang penuh dengan ujian onak duri. Bertemu dengan Nenek Bongkok yang dengan lirik lagunya Nenek Si Bongkok Tiga yang sedang mencari penggantinya. Agak menyeramkan dengan lirik lagu tersebut. Saya ingatkan Teme nak masukkan sikit unsur mistik, tapi alhamdulillah tiada.

Sepanjang pembacaan, saya nak cakap yang saya sangat kesian dekat Sastra. Sudah la bersendirian, fikir bahawa Nenek Bongkok dengan Nenek kebayan tu bukan manusia tetapi hanya jelmaan. Tapi akhirnya Sastra tahu juga bahawa Nenek Kebayan dan Nenek Bongkok aka Nenda tu adalah susur galur keluarga dia.

Pertemuan semula Nenda dan Senaja sangat comel ya. Dalam tegasnya Senaja, ada sisi lembut dan manja dengan Nenda. Begitu juga sebaliknya.

Cuma saya tetap kesian dekat Sastra sebab terkontang kanting seorang diri. Tapi di akhir cerita, saya faham kenapa Nenek Kebayan dan Nenda mengajar Sastra begitu. Untuk menguatkan lagi tentang pendirian Sastra, supaya Sastra lebih tenang dan tidak tergopoh gapah dalam melakukan keputusan.

Kadang kita kena slow down a bit, seperti di dalam solat. Ada tuma'ninah sebelum ke rukun yang seterusnya. Begitu juga dengan kehidupan.

Tapi saya amaze dengan haiwan yang Nenek Kebayan tunggang tu. Rasa macam wow, hebatnya Nenek Kebayan ni. Agak goosebumps masa scene tu. Cuma scene tu rasa macam kejap sangat, i want moreeeee.

Masa Sastra termasuk dalam lubang tu, tak sangka pula dia jumpa dengan seseorang yang jaaauuuuhhhh lebih lama hidup, datuk dia. Alahh tak ingat pula namanya. Tapi, saya pasti pertemuan yang sekejap tu memberi impak yang besar dalam hidup Sastra.

Agak sedih bila Nenda dan Nenek Kebayan dah tiada 😭 jadi lepasni siapa yang akan ajarkan Sastra? Adakah si datuk yang muncul sekejap di bahagian yang terakhir itu? Sebab saya rasa perjalanan Sastra ni masih jauh.

Jadi harapnya ada sambungan Empayar 5 sebab saya nak tahu macam mana Sastra nak satukan balik Wilayah yang dah berpecah, macam mana dia nak claim balik takhta dia, atau adakah akan ada unsur baru yang perlu dipelajari oleh Sastra? Atau adakah Sastra memberi takhta tersebut dekat Daeng Anding sebab dia rasa Daeng Anding lagi layak. Tapi harapnya Sastra yang akan naik takhta untuk jadi pemimpin Kerajaan Aradhanapura.

Di Sundagema, Sastra belajar tentang getaran. Getaran sahabat yang membuat saya ketawa pecah perut 🤣 "Aku kemari sebagai sahabat. Mari berkumpul..." hmmmm penatlah 🙂 dengan tiba tiba excited dapat tumbuhkan cengkerang hahahaha dapat la sayang tengok sisi lain tentang si Sastra ni. Dalam bijak pandai dia, ada juga sisi polos dia. Its human.

Okey itu saja. Dah banyak sangat dah ni saya rant, dekat blog, dekat sini, dekat thread, dekat twitter 🤣😂

Jadi, saya tunggu Empayar 5 ya Teme! Until then, hope you have a wonderful journey of life ✨🌻 Teruskan menulis, moga Allah kurniakan sebaik baik ilham untuk Teme!

Ni yang saya rant dekat blog, jemput lah singgah 😌 https://jamie-jamilah.blogspot.com/20...
This entire review has been hidden because of spoilers.
7 reviews
May 28, 2026
Buku keempat ni boleh nampak penulisan Teme makin polished sebab penulisannya sangat cantik; bahasa yang lembut melambangkan kelembutan dalam bahasa Melayu tu, penceritaan yang tak terlalu over explained, tetapi membina plot yang sangat cantik. Lepastu unsur pantun yang kerap di dalam beberapa chapter sangat cantik dan tidak terlalu dalam apa yang tersirat jadi saya juga dapat meneka dan enjoy bacaan.

Tentang penceritaan, boleh saya cakap yang ini yang paling best pernah saya baca antara semua buku yang saya pernah baca dari Teme. Kalau saya boleh bagi rating, memang markah penuh haha. Bagaimana Sastra melalui proses mencari diri, identiti, kekuatan dan menyambung legasi keturunannya tu sangat terserlah.

Tentang fizikal buku, saya sangat sangat sangat suka floppy book. Sangat selesa untuk saya letak sahaja atas meja dan baca tanpa perlu tahan2. Cuma bila dibaca dalam keadaan tidur, buku masih berat (dah buku tebal dari kamus dwibahasa, sama tebal kamus Bahasa Arab saya😂). Tapi saya tahu ini yang terbaik dan saya suka fizikal buku ini.

Saya suka juga beberapa lukisan yang dimasukkan didalam buku, sangat membantu imaginasi terhadap situasi yang berlaku dannn sangat cantik sebab Teme yang lukis. Lepas ni boleh masukkan lagi ya ☺️

Sambungan, kelima? Lagi dua tahun maybe? Hehe apa pon macam saya cakap tadi, buku ni ada buku yang saya dengan yakin boleh kata buku yang terbaik pernah Teme hasilkan. Insha Allah saya tunggu hasil karya Teme yang lain pula ya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hamidah Effendi.
545 reviews7 followers
May 20, 2026
**Empayar 4 oleh Teme Abdullah**

Kali ini Sastra membawa kita lebih jauh mengenali dunia Sundagema dan misteri Rentaka. Banyak watak serta haiwan fantasi baru diperkenalkan, ditambah dengan worldbuilding dan sistem pertahanan negara yang sangat menarik. ✨

Dalam buku ini juga, kita dapat lihat perkembangan watak Sastra sebagai bakal pemerintah. Dia bukan childish, cuma sedang mencari jawapan tentang rahsia yang selama ini disembunyikan daripadanya. Tekanan jadi tumpuan semua orang pun terasa juga. 😭

Part aksi dan illustration memang membantu menghidupkan lagi suasana dunia Empayar. Saya bagi 4/5 ⭐ sebab kisah kali ini lebih fokus menjawab persoalan tentang Rentaka berbanding plot besar yang saya nantikan. Jadi… kita tunggu sambungan seterusnya ya. 👀

Dan part akhir tu sedikit mengingatkan saya pada adegan movie How to train your dragon 😅.

Apa pun before ditamatkan ulasan ini :

🎵Nenek-nenek si bongkok tiga
Siang, malam asyik berjaga
Mencari cucu, di mana ada
Nenekku kahwin dengan anak raja

Cucu-cucu tak dapat lari
Nenek tua, banyak sakti
Sekarang nenek nak cari ganti
Siapa kena dia yang jadi🎼

Genre : Pengembaraan, Fantasi, Aksi, Misteri, Persahabatan, Pengkhianatan dan Political.
Profile Image for Shafiqahsamin.
227 reviews4 followers
June 13, 2026
Hampir 4 tahun penantian. Akhirnyaaaaaa 🤧🤧.

Ingatkan bersambung dari Empayar 3. Takde. Ini skip terus. Timeline lompat ke depan depan lagi. Buku ni macam stand alone. Tapi kalau ingat balik, memang semua buku open ending. Jadi aku dah terima dah memang hikayat empayar ni macam ni. Macam tu lah realiti. Mana ada penghujung. Hidup penuh dengan masalah yang never ending. Walaupun kita mati, dunia tetap berjalan. Masalah yang kita tinggalkan takkan diselesaikan secara automatik. Walaupun kita dah dimamah bumi. Orang lain pulak yang kena selesaikan.

Empayar masih lagi salah satu koleksi yang aku paling suka, jadi dengan soft spot itu, haruslah sentiasa 5 bintang.

Cuma susah betul kan orang lama ni. Aku tak paham kenapa dorang kena berteka teki. Member tu tak tau pun korang manusia 😂😂. Lepas tu merentan kata dia tak dengar cakap, degil, baran. Wehhhh. Dia ingat kau jin syaitan yang nak menyesatkan dia kot mesti lah dia baran 😫😫😫. Mental aku. Mestilah dia marah sebab setan² duk kacau dia. Aduuuhhh. Dah lah datang dan pergi tiba-tiba macam tu. Kalau aku pun ingat hantu wehhh. Lawaklah. Bab tengok nenek kebayan makan tu sumpah lawak gila.

Aduh lah. Sedih pulak dah habis. Nak tunggu bertahun pulak gamaknya. Kalau ada.
Profile Image for Nurhuda.
15 reviews
June 11, 2026
Baca Empayar 4 membuatkan sy lupa yg buku ni is the sequel from Empayar series dan perasaannya macam baca buku Teme yang baru (bukan daripada mana2 series).
Penulisan Teme seperti biasa mmg very details for each scene. Tapi, tak membosankan and meleret sangat, baca2 je dah halfway.
Undeniably, MVP of this book is Nenek Kebayan! I’m a fangirl.
Sy perlukan Empayar 5. Sebab banyak sangat persoalan yang tak terjawab. Sy nak tgk apa yang akan jadi kepada Tanah Semenanjung? Sampai bila Sastra akan sembunyikan identiti dia?
14 reviews
June 5, 2026
Yeayy baru je dpt lepas battle harituu. Expect yg dia akan sambung yg empayar 123 sebb banyak lagi cerita yg tak abis kan tapi the storyline bestt. Kat sini dia tunjuk sastra punya another character yg comel gile lagi lagi bila dengan nenek kebayan. Bila dh abis bace sedih giler. Ade banyak benda yg kita expect je dalam buku ni ade banyak character baru dlm ni.
Profile Image for Adm jr.
19 reviews
June 16, 2026
This is one of the best fantasy malay story! Thank you Teme for bringing us into a magnificent world. The characters, the world building, the plot, it’s all a masterpiece!!😭😭 It’s been a great journey, and i look forward to another ‘journey’ from Teme!
1 review
May 18, 2026
100/10 besttt, jalan cerita and plot twist dia tuu memang 100/10.Ada lawak dan sedih juga bila baca, overall memang 👍
1 review
May 23, 2026
Dalam 10 🌟
Saya bagi ∞/10

Keep it up..tak pernah mengecewakan👏🏻👏🏻
Displaying 1 - 13 of 13 reviews