AKU Ainin Sofiya. Aku bahagia meniti kehidupanku bersama suami tercinta, Ahmad Ziyad. Kehidupanku diserikan dengan kehadiran puteri dan putera yang amat aku sayangi. Kebahagiaan yang kukecapi ini tidak terungkap dengan kata-kata.
Apabila Ziyad menyatakan hasrat mahu membawaku berbulan madu, hatiku berbelah bahagi. Berat hatiku ingin meninggalkan putera dan puteriku untuk jangka masa yang lama.
“Sayang, abang memang dah berniat nak bawa sayang pergi honeymoon. Lepas kita kahwin, kita hanya sempat pergi Sabah aje. Tu pun sekejap dan secara sembunyi-sembunyi. Abang rasa bersalah pada sayang kerana tak mampu gembirakan hati sayang.”
Akhirnya, aku akur dengan kehendak Ziyad. Kami memilih Itali sebagai tempat berbulan madu kami. Bahagianya kami menyulam kasih, tetapi kebahagiaan bulan maduku tidak kekal lama. Pertemuan Ziyad dengan Lydia, kekasih lamanya di Venice menjadi punca segalanya. Aku menderita kesedihan bila Ziyad sentiasa melebihkan Lydia daripadaku.
Aku merana dengan sikap Ziyad terhadapku. Aku benci Venice! Aku benci Lydia! Aku benci segalanya tentang percutian bulan maduku! TUHAN, bantulah aku untuk mencari kekuatan yang sudah dirampas pergi ini!
2.5* Selamatlah saya baca novel pertama sebelum drama keluar. Kalau yg pertama kita geram dgn sikap Ziyad yg mementingkan diri sendiri dan perangai Ainin yg seperti biasa diam makan hati selepas tu baru angin, novel kali ini pun tak banyak bezanya. Sikap Ziyad yg lebih mementingkan diri sendiri menyebalkan hati especially bila dia terserempak dgn bekas kekasih lama (Cinta pertama) di Venice.
Ainin dibiarkan terkontang kanting di Venice hingga dia diragut dan tersesat sedangkan Ziyad spent his time pleasing his dying ex girlfriend..Kalaulah dia tunggu sebentar sementara Ainin buat pembayaran instead of rushing out to eat dgn Lydia yg merengek entah apa2, musibah takkan menimpa Ainin. Aini macam halimunan dibuatnya oleh 2 ekor manusia tu..grrr!!!
Ainin cemburu dan makan hati dgn sikap Ziyad tapi dia relakan je perangai Ziyad. Si Lydia ni pun kalau dah tahu sakit buat hal sakit, ni tidak asyik nak berkepit dengan Ziyad je. Alasan she is dying gitu. Ziyad pula tak nak sakitkan hati dan menambahkan sakit Lydia as she can collapse anytime. Meaning kalau berpeluk depan isteri pun boleh buat dak je?? hailah..menyampah giler.
Hello!!! She is not ur wife..dying or not she is not ur problem..kalau atas ehsan pun atau ada remnants of feelings yg tertinggal that shouldnt be the way to please people.Yg saya tak puas hati, selepas Ainin tahu tentang sakit Lydia, senangnya memaafkan. Ainin is not selfish but Ziyad made her feel that way. Bingit.
Honestly, kalau dulu saya boleh bayangkan sendiri rupa watak novel ni dan lebih enjoy membaca tapi semenjak drama keluar my image of them agak terganggu sikit.
"Dia beri peluang kepada Ziyad dan Lydia untuk melepas rindu. Bodohkah dia kerana bersikap pesimis dan mudah mengalah seperti ini?"
Bulan madu yang sepatutnya jadi mimpi indah bertukar menjadi tragedi meranap hati buat Ainin. Ziyad yang beriya memujuk Ainin untuk pergi ke Itali, Ziyad jugalah yang memberi calar pada hati Ainin apabila bertemu bekas kekasih, Lydia di Venice.
Novel kesinambungan daripada kisah Asam Pedas Untuk Dia berjaya membawa pembaca ke babak yang mencabar emosi. Kali ini penulis mengetengahkan kehidupan rumahtangga Ainin dan Ziyad.
Ada beberapa babak yang mencetuskan rasa geram terutama watak Ainin yang banyak memendam perasaan dengan Ziyad. Ziyad pula yang mudah terbit rasa cemburu dengan lelaki-lelaki yang cuba berbahasa basi dengan Ainin. Ziyad memang seorang lelaki yang penyayang tetapi tindakannya itu kerap membuka ruang salah faham.
Ainin seolah kerap berasa rendah diri saat ditanya pekerjaannya hanya sebagai suri rumah. Watak Ainin agak pasif dan saya mengharapkan Ainin lebih tegas dan berpada-pada dalam usaha menjaga hati sekeliling.
P/s: Elakkan baca novel ni pada waktu malam. Nanti korang terliur baca part masak asam pedas daginglah, asam pedas ayam🤤
Sakit hati baca buku ni sampai boleh buat meja terbalik😒😖😣
Aku rasa annoying dengan Ziyad,hello tahu tak ko tu suami orang tak perlu nak daring mak laun pasal orang lain..biarlah orang lain urus dia ko tu bukan suami dia..Bila ada orang cuba tunjuk minat kat wife baru dia terhegeh2..kalau lelaki2 tu tak muncul ko tak tengok lansung bini ko juga...🤨
Si bini ni pun satu solehah sangatlah, geram aku..
Aku cukup baca sekali, orang beremosi jangan baca buku ni..tapi tengah puasa terliur dah beberapa hari asyik terbaca asam pedam, asam pedas dan asam pedas..🫨ini buku kedua sebut asam pedas asam pedas😅
Kesimpulannya, hargailah apa yang ada disekeliling kita walau sekecil or sehalus mana pun..🥰🥰🥰
Saya tahu novel ni kesinambungan untuk novel Asam Pedas untuk Dia. Tak baca novel first lagi, terus baca yg ni. Pinjam buku dekat library.
Sangat tidak suka dengan watak Ziyad & Lydia 😡 Ziyad seorang suami yg ego, kuat cemburu & suka sangat sakitkan hati Ainin. Seorang ayah yg pilih kasih, entahlah betul ke tidak dia sayang Icha tu, anak tiri dia. Nampak dia lebihkan Ari dpd Icha. Hmm. Bila tragedi hitam yg berlaku pada Ainin di Venice, mmg geram sangat dgn Ziyad & Lydia. Errr 😡😡 Kamu tahu yg isteri kamu first time berada di luar negara, boleh pulak kamu tinggalkan dia sorang2 hanya sebab nak please your ex girlfriend. Si Lydia, kamu sakit ke tak bukan alasan untuk kamu boleh berkepit dgn suami orang. Ada part yg Lydia cemburu bila Ziyad risaukan Ainin, ehh sis sedarlah diri kamu tu ex girlfriend sahaja bukannya isteri dia. Dua2 🚩 Tak sukanya diorang 😭
Ainin ni pula kenapa lemah atau baik sangat. Senang betul memaafkan diorang berdua.😞
In my opinion, Ainin deserved better man than ziyad.
Bulan Madu di Venice adalah kisah Ainin dan Ziyad yang ingin bercuti berdua di luar negara setelah beberapa tahun berkahwin. Ia menceritakan dari segi persiapan, reaksi keluarga dan juga kisah suka duka sepanjang percutian.
Terus terang aku geram dengan perangai Ziyad yang cemburu buta. Semua lelaki yang rapat dengan Ainin dia nak cemburukan. Tapi bila part dia dengan perempuan lain, bukan main lagi merenyam.
Konflik dan tragedi yang berlaku dalam tempoh pendek sepanjang percutian, mematangkan Ziyad dan Ainin dalam mengharungi kehidupan berkeluarga.
20 Kesinambungan daripada novel APUD. Kisah kali ini lebih tertumpu pada bulan madu Ziyad dan Ainin di Venice bertepatan dengan tajuk novelnya. Untuk kisah kali ini, bagi saya berada dalam tahap yang biasa sahaja. Maaf buat penulis. Saya lebih menyukai naskhah APUD yang pertama. Apa-apa pun, novel ini masih boleh dihadam kerana lenggok bahasa daripada penulis ini memang tak boleh disangkal.
blh tahan citernya...sakit hati yg lebih kt ziyad, jumpa ex terus buat perangan kat ainin! sian ainin! hurmmm...apa pun citer ni masih blh diterima dan saya berjaya membaca hingga habis!
my rating would be 3.5 Rupanya cerita ni semacam extension kepada Asam Pedas Untuk Dia. Saya suka watak Zarul. Abangnya Ziyad yang cemburu agaknya sebab kurang keyakinan diri, kadangkala menaikkan bengang. Ainin macam biasa, sentiasa beralah, pasrah dan sabar menyimpan kegalauan dan tak puas hati hanya dalam hati. Gaya penulisan yang baik sebenarnya buku ni, cuma tak rasa teruja sangat dengan plot.