1. Yuni, why??? Kenapa pilih buku air mata untuk memulakan kembali musim membaca selepas peak period berlalu pergi?
2. Ada lagi yek jual baju zaman sekarang yang RM10? Okay, maybe bundle. Tapi sekarang, even bundle pun ada yang mahal tau. So cakap orang miskin hanya mampu beli baju RM10 tu dah macam tak sesuai. For me lah.
3. Si bapa hampir nak bankrup tapi still tak beritahu kepada anak tunggal. Si bapa ada sakit jantung, langsung tak inform pada anak. Si bapa nak pergi tunaikan ibadah haji tapi anak last minute baru tahu. Si bapa ada hutang keliling pinggang, si anak tak tahu apa2. It's just....logik ke?
4. Si bapa berpangkat datuk (yuni still mencari2 sebab macam terbaca pangkat si bapa adalah Tan Sri. Tapi mungkin mainan mata), ada tiga kereta (satu untuk anak), tiap2 bulan anak dapat at least RM5,000. Hampir bankrupt. Hutang keliling pinggang tapi bila anak nak langsaikan hutang, katanya hutang hanya RM100,000. WHAT? Hutang keliling pinggang untuk datuk2 kat Malaysia selalunya bukan je juta2? Ini setakat RM100,000...alahai. Dah macam hutang orang di level pertengahan je.
5. Still berkaitan dengan hutan si bapa. syarikat, rumah, kereta dan mungkin harta2 lain. Bila si bapa meninggal, sepatutnya bukan ke jatuh pada si anak tunggal. So masa nak uruskan bayar2 semua tu, macam mana si tukang urus tak babitkan anak? Lainlah kalau anak tu minor lagi. Okay, mungkin ini semua ada kaitan dgn law. Penulis juga merupakan seorang yang mahir tentang law. Tapi ikut akal fikiran yuni yang orang biasa je ni, macam tak logik lah si Sara tak tahu langsung.
6. Thank you, penulis. Kerana tak semestinya yang gaya2 muslimah itu baik semuanya. Yang gaya2 modern tu, sah2 tak cium bau syurga.
7. Nasib baik Nazril itu suami Sara. Kalau ada kaitan dengan Yuni, memang nak kena tendang2. Kamu fikir Sara itu apa? Bola? Bila suka, dimanjakan. Bila benci, dipulaukan. Kata Ustad tapi membuatkan keputusan tanpa ada adilnya. Hanya mendengar sebelah pihak. Asyik menangkan aje ego tidak bertempat itu.
8. Murahnya harga perkahwinan untuk manusia bernama Nazril Nazim bin Sulaiman. Kerana ego, sekejap nak kembali pada Sara. Kerana ego juga, nak kahwin dengan Nurul Huda. Yang menjadi mangsa, perempuan juga.
9. Senangnya salahkan Nurul Huda sebagai punca perpisahan dia dengan Sara. SALAH! Punca perpisahan ada kerana Nazril sendiri. Siapa suruh percaya cakap orang luar? Dah isteri meninggal, baru nak menyesal. Nak buatkan bubur konon. Nasib baik tentang durian. Sedapnya cecah dengan roti.
10. Sara ni sebenarnya belajar course apa? Tak nampak sangatlah. At least macam dalam 7 hari mencintaimu, ada juga nampak heroin tu peguam so nampaklah juga dia cakap tentang law. Ini...sekejap cerita tentang sakit (sebab ada part tu Qistina tengah terangkan sakit Nazril tu, dia ada cakap diaorang ada belajar masa zaman study dulu2). Lepas tu boleh plak belek2 akaun, management syarikat umi Nazril. So mana satu sebenarnya? Yuni ni dah kelam2 dah ni.
11. Kenapa Yuni rasa marah sangat bila dapat tahu rupanya Sara bukan meninggal. Dah 5 bulan baru kantoi. Itu pun lepas Mah dah beritahu pada keluarga Nazril. Alasan dia nak mulakan kehidupan baru, tak dapat yuni terima. Alasan orang mengandung tak boleh stress pun sama juga. Kamu kasihan pada si Sara yang stress. Habis tu keluarga orang gaji yang tak tahu anaknya dah meninggal lima bulan lepas, kamu tak kasihan??? Dah beri kerjasama dengan pihak berkuasa lah. Itulah. Inilah. Patutnya ada buat undang2 untuk menghukum siapa2 yang memberi maklumat palsu seperti ini.