Jump to ratings and reviews
Rate this book

Makmum yang Paling Aku Cinta

Rate this book
Dalam Tahajud Nailufar merintih hiba. Sesungguhnya dia keliru menghadapi lamaran Dato’ Syed Qassim. Seorang lelaki yang telah beristeri lebih daripada seorang. Malah lelaki berumur itu sudi melunaskan hutang keluarganya dengan syarat dia menerima pinangan tersebut.

Nailufar tersepit. Bibirnya berat mengungkap persetujuan tetapi ringan untuk berdoa. Lantas sekudus doa bergema pada sepertiga malam. Memohon Tuhan Yang Esa melorongkan sebatang jalan agar dia mampu berlari ke arah itu.

Kerana manusia bernafsu binatang, satu tragedi berlaku. Mujur tindakan pantas seorang pemuda misteri berjaya menyelamatkannya. Hanya sekejap rasa syukur dirasakan sebelum Nailufar terpalit fitnah lebih dahsyat.

Sekali lagi pemuda misteri itu menyelamatkan keadaan. Melamar demi memayungi maruahnya. Begitu mudah lelaki bernama Syed Amru menyatakan hasrat, apatah lagi menerima dirinya yang banyak kekurangan.

Nailufar panar. Namun dia melihat lamaran itu sebagai jalan keluar. Tepatkah tindakannya berlari ke sisi Syed Amru? Adakah itu jawapan Tuhan dalam tahajudnya? Jika menolak bermakna dia harus mendepani lamaran Dato’ Syed Qassim!

“Voiceless or not, it doesn’t matter. My feelings for you won’t ever change. Please have faith in me, little one.” ~ Kata salah seorang Syed!

591 pages, Paperback

First published December 1, 2016

Loading...
Loading...

About the author

Aii Fariza

7 books44 followers
Mengambil jurusan Bahasa Arab dan Komunikasi di USIM.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
41 (36%)
4 stars
40 (35%)
3 stars
13 (11%)
2 stars
8 (7%)
1 star
10 (8%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,078 reviews379 followers
March 23, 2017
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Best one yet by Aii Fariza!


Watak Nailufar is well-done surprise. Watak dia membuatkan N teringat pada novel Annie's Song, which happens to be one of my all-time favourite novel by one of my all-time favourite writer.

The characters, the plot, the dialogies, semuanya daebak!~


Highly recommended!


Profile Image for Ella.
794 reviews93 followers
February 7, 2017
4.6*
Dah 3 tahun saya tinggalkan novel BI. Even ada cerita terbaru dari author2 yg saya ikut closely, saya hanya membeli dan belum tergerak hati untuk membaca. Bukan kurang hebat dari segi cinta or thriller tapi fahamlah bila kita membaca dlm bahasa sendiri ia lebih terasa dekat di hati. This is an example of another good book which buat saya sukar berpaling dan mengharapkan that novel yg tersimpan kemas dirack tu adalah beberapa yg dapat memberi kepuasan kepada saya.

_______***_______
Demi memenuhi permintaan ibunya Datin Amna, Amru mula menyiasat siapa Nailufar (Lofa) dan cuba menggagalkan rancangan Datuk Qassim..Tanpa sengaja sebelum bertemu sudah jatuh cinta. (the rest seperti yg dikatakan disinopsis).

Kasih, sayang dan cinta Amru terhadap Lofa dizahirkan bukan hanya dgn kata2 tapi juga perbuatan. Saya kagum dgn semangat Amru mempelajari bahasa isyarat demi memahami dan memudahkan komunikasi bersama Lofa. Amru sanggup lakukan apa saja asal Lofa bahagia. Baginya, akad nikah yg dilafaz adalah yg pertama dan yg terakhir. Mereka bahagia tapi ada juga kesedihan buat seketika setelah kemalangan menimpa Amru. Disebabkan tragedy tersebut, Amru mula sedar bahawa dia terlalu banyak kekurangan dan tidak layak berada disamping Lofa. While recuperating from his injury, dia mendalami ilmu agama dan perbetulkan niat not bcos he wants to please Lofa and her family but for himself. Boleh rasa setiap perubahan yg dilakukan oleh Amru.

Masalah satu persatu tercipta. Walaupun gambaran cinta mereka yg dilakarkan author itu utuh dan dizahirkan dengan padat, pembohongan Amru amat mendukacitakan Lofa. Bukan Lofa je yg terasa begitu, sebagai seorang isteri, sesiapa yg berada di tempat Lofa akan rasa derita dalam bahagianya. Ini kerana sikap Amru yg boleh dikategorikan penyayang tapi kurang jujur. Kita akan faham mengapa Amru bertindak begitu..still...Kejujuran walaupun pahit ditelan, itu lebih baik daripada terus dibohongi. Rentetan dari sebuah pembohongan terhadap Lofa dan ibunya akan status sebenar Amru, dan juga kekerasan yg dilakukan terhadap seseorang, hampir sahaja membawa Amru ke tali gantung.

_______***_______
Datin Amna (DA) & Datuk Qassim (DQ), agaknya memang match made in heavenlah. Pelik2 perangai.

Kejengkelan tahap tertinggi untuk these two people.

DA membantah keras rancangan DQ untuk bernikah lagi bukan kerana perempuan tu lebih seksi or cantik..dia tak kisah jika ada yg lebih menggiurkan asalkan ada status eg. a model bukan kekampungan..macam ni pun ada..sebabnya status dan image sebagai Isteri kepada DQ harus di kekalkan..walhal reputasi suaminya dah lama jatuh merundum. To her, reputation and wealth is of utmost important. Dan DA menilai seseorang from external beauty..Grrrr..

Kerana sikap DA nilah yg membawa musibah kepada Amru.

Dan DQ pula, memuaskan nafsu dgn bernikah dgn mereka dan setelah puas, diceraikan. Hunting begin again untuk mengisi kekosongan tempat..Oh Man..this is utterly absurd. Gross!!

Bonus untuk mereka :
Mempunyai anak2 yg mendengar kata dan sentiasa memperbaiki diri. Kata2 DA juga tidak pernah dibangkang walaupun mereka ni boleh dikatakan jahil bab agama tapi mereka cuba untuk tidak mengecewakan permintaan seorang ibu.

Yg menambahkan kegeraman pembaca seperti saya, dimanakah mereka dan apa yg dilakukan oleh mereka ketika Amru ditimpa musibah. Honestly, u will be angered by their reaction and touch by Lofa and Amru's way of communication at certain stages and the support they received from people that are close to them.

_______***_______

Saya tidak nampak banyak kecacatan dari plot cerita selain dari scene tertentu which I turned a blind eye for that, dan tidak dijelaskan bagaimana penerimaan keluarga Kirana tentang status Amru yg sebenar. Mungkin sebab saya terlalu absorbed hingga tak rasa ia begitu penting. Author simply gets better and better in her writing dan saya berharap naskah yg akan dilahirkan seterusnya akan menjadi sehebat atau lebih hebat dari yg ini. Stress author. :-p (Speaking for myself).

Saya jarang recommend a novel to people. Biasanya kalau cerita tu bagus pada pandangan saya, saya setakat mengatakan ia bagus dan begitu juga sebaliknya. Apa yg boleh saya katakan disini, setelah DTMS, ini adalah sebuah lagi naskah dari penulis yg tak rugi untuk dibuat pembacaan berkali2 dan disimpan sebagai koleksi.

Kerana didalamnya bukan sahaja ada ilmu agama yg disampaikan..even if it has been written by other author about that ilmu..this was weaved differently. Selain itu cara Amru dan Lofa berkomunikasi di telephone dan di mahkamah juga menyentuh hati not forgetting their honeymoon moment. Local and oversea. Ia juga mengetengahkan tentang kebisuan Lofa yg bukan hadir semulajadi tapi kerana trauma yg disebabkan oleh kisah silam yg dilalui Lofa dan mungkinkah Lifa akan mula bersuara semula? Akhir sekali, sikap sesetengah orang dari keluarga Amru yg bias dengan kekurangan yg ada dalam diri Lofa.

Bila senang nak pendekkan review ni..macam spoiler overload pulak..heheh..mana sempat baca selamatlah.
Profile Image for Ririn Aziz.
802 reviews108 followers
January 15, 2019
Buku pertama saya dari penulis.

Overall, not disappointing. Gaya penulisan yang baik dan agak lancar. Permulaan yang menarik. Excited jugalah saya baca. My mind was full of positive vibes since this is the first book from author yang saya baca. Jalan cerita pun ada sedikit kelainan dari yang biasa.

And the day came. Bab-bab kemesraan lepas kahwin tu rasanya agak melebih bagi saya. Tau la bercinta selepas nikah, tapi agak-agak juga la kan. Saya tak tau la kat tempat lain, tapi kalau kat tempat saya mesra lebih-lebih ni walaupun antara suami isteri boleh menimbulkan suasana yang awkward dan terus terang, menjengkelkan mata-mata yang melihat. Tak sesuai tau adegan 18sx untuk tayangan umum. Just curb the lovingness masa berdua jer ya.

Elemen thriller yang dimasukkan boleh merancakkan jalan cerita jika diberi lebih ruang dan aksi. Bagi saya ini sekadar pelengkap untuk perjalanan plot saja. Tak berapa bagi impact sangat sebab dah dapat tebak dari awal, kan? Tapi tak sangka juga begitu mudah penulis selesaikan masalah Kirana tu.

So, lepas ni saya tidak perlu teragak untuk mencuba novel-novel lain penulis.
Profile Image for Najwa in her debut era.
172 reviews18 followers
January 1, 2024
I'm craving for a he fell first and he fell harder, and this is it.

One of the book yang sis tak boleh nak letak langsung. Dia macam best apa sangat tak tau sampai sanggup tidur lambat malam tadi dan harini natijahnya sis demam sebab letih dah berlarut dari hari Isnin haritu.

Okay, mari kita bercakap pasal Siti Nailufar. She's really delicate lah, sangat terasa kelembutan dia tu. Betapa cantiknya dia dengan cara Syed Amru describe seorang Nailufar ni. Karakter Nailufar ni sebenarnya Damsel in Distress tapi saya sangat boleh terima watak dia ni. Nailufar ni, macam ada satu perkara yang buat orang sekeliling termasuk saya jatuh kasihan dan nak sayang dia setulusnya. Sifat dia sangatlah bagus bila melibatkan perasaan diri dia sendiri. Dalam kebisuaannya tu, Nailufar defend diri dia dan tak bodoh macam kebanyakan watak Damsel in Distress dalam novel-novel cinta (haha ampun).

Syed Amru, how ya? Nak kata green flag tak juga, dia cam ada satu dua red flag tu tapi entah kau boleh tolerate. Rasa macam nak marah mamat ni tak kesudah tapi tak jadi nak marah sebab dia cam wehh kenapa kau buat macam ni ekk? Kau nak marah tapi kendur balik marah tu sebab Syed Amru ni sangat pandai kawal keadaan, bila ada satu isu cepat je dia flip balik supaya tak terjadinya perang yang boleh musnahkan rumah tangga dia.

Lagi satu, sebab kenapa saya boleh terima Syed Amru ni, dari awal tak pernah bersikap kasar dengan Nailufar. Terus bertindak lembut, bukan macam tipikal lelaki yang kahwin tiba-tiba ni terus bertindak kasar dan tak layan isteri dengan baik. Pastu tinggalkan isteri terping-pinga tak tahu punca kenapa nak marah-marah.

And brother ni, dia punya tahap miang tu takleh bawak bincang lah. Sangat sesuai dengan Nailufar yang malu-malu tu. Terasa dominannya Syed Amru.

Tapi one thing yang saya suka bila mereka berdua ni, sangat mudah berkomunikasi. Brother and sister, this is how setiap pasangan patut berkomunikasi. Pendam tak kesudah tak membawa kemana lah.

Tapi kejujuran jua yang akan menang di hujung jalan, bila jujur, hilang terus masalah dalam jiwa kan?

Bahasa Inggeris dalam buku ini ada kesalahan grammar dan ketidaksesuain penggunaan vocabulary dalam dialog antara Syed Amru dan isterinya. Buatkan saya membebel-bebel betulkan ayat dalam buku ni 🤣

Sangat suka cara penulis, rungkai satu persatu konflik dalam cerita ni, dengan ada elemen thriller (walaupun dah boleh agak dari awal) tapi tetap terasa menariknya cerita antara Syed Amru dengan Siti Nailufar. Ada sikit adengan yang saya rasa meleret tapi masih boleh diterima sebab saya tak skim ya.

Kalau tak skim tu, maknanya menariklah cerita tu.

Really recommended untuk pembaca yang rasa nak kembali ke zaman novel buat keputusan nak kahwin dalam masa dua minggu je aka kahwin tiba-tiba haha.

4.0 ⭐

Akad tadi yang pertama dan terkahir selama abang hidup.
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
March 28, 2018
re-read sebab sekarang ada adaptasi novel ni kat hyptv.excited sebab this is one of my favourites novel.Nasib baikla hero n heroinnya menepati cita rasa. Lagi best kalau ditayangkan di slot akasia. confirm hari2 i tunggu 😁

Rasanya novel ni paling saya suka dari aii fariza. Suka semua watak dalam novel ni. Nailofar dan Syed Amru yang saling melengkapi. Plot cerita yang seimbang dan bagi saya tak meleret sangat. Yang penting saya boleh baca banyak kali tanpa bosan so kira layak untuk dijadikan koleksi 😁

Highly recommended. Bukan kisah cinta semata-mata 👍
Profile Image for Pips.
221 reviews30 followers
April 1, 2017
Boleh la.
Profile Image for Penchinta Novel.
78 reviews
May 5, 2019
Done makmum yang paling aku cinta. Pending since 2017.😅

Mulanya niat syed amru untuk menghalang niat ayahnya untuk berkahwin dengan gadis kampung yang bernama lofa. Tapi takdir tentukan yang sebaliknya. Dia ditakdirkan menyelamatkan lofa yang nyaris dicabul di kebun milik ayah lofa. Pandang pertama dan mula jatuh hati. Kerana lofa itu istimewa.

Tanpa pengetahuan keluarga amru mereka disatukan. Untuk mengecap bahagia itu tak mudah. Amru terpaksa berbohong dengan lofa untuk mengelakkan dari pengetahuan keluarganya sendiri.

Tapi rahsia tak boleh ditutup. Rahsia amru terbongkar bila dia terlibat dalam satu konspirasi jahat. Yang mana telah memisahkan dia dan lofa.

Adakah bahagia akan mereka kecapi. Dapatkah keluarga amru menerima kekurangan lofa? semunya terjawab dalam novel ni.

Tahniah penulis. Novel ni penuh dengan pengajaran. Ada di selit makna surah dari dalam al quran. Macam mana seorang yang jahil agama akhirnya kembali ke jalan yang benar.
Profile Image for Izzati Aisyah.
265 reviews40 followers
May 21, 2019
Tak tahu kenapa bila baca novel ni, betul-betul terasa kesedihan Nailufar & penyakit yang dihadapinya itu. Kerana trauma dengan apa yang berlaku terhadap ibunya dahulu, dia pilih untuk tidak bersuara. Nasiblah jumpa Syed Amru jadi penyelamat kepada Lofa dan terima kekurangan Lofa seadanya. Gigihnya dia memahami bahasa isyarat Lofa dan pujuk Lofa untuk sambung rawatan untuk memulihkan kebisuan Lofa.

Kehadiran Lofa dalam hidup Amru juga membuatkan Amru berusaha untuk berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik. Kawan baik Amru, Mustafa jugak banyak bagi nasihat untuk dia berubah. Pokoknya, Mus selalu ada di saat Amru dalam kesusahan. Itulah yang sepatutnya kawan baik lakukan.

Dalam MYPAC juga banyak terdapat hadis dan kata2 nasihat yang menarik untuk direnungkan. Bukan kisah cintan-cintun yang biasa2. Kisah pengorbanan seorang suami dalam melindungi seorang isteri yang paling dia cinta dan kesetiaan + ketabahan seorang isteri dalam mengharungi dugaan hidup berumah-tangga. Dahlah tak dapat restu keluarga Amru, datang pula dugaan orang ketiga dalam rumah tangga. Nasib baik sekejap saja. Tapi impaknya besar jugak. Time Amru & Lofa berpisah sementara tu memang sedih. Mengalir gak air mataku 😭

Overall, novel ni cukup rencah. Ni novel adaptasi juga. Lakonan Nazrief Nazri & Bella Daly. Tengok jugak versi drama. Bella berjaya bawak watak Lofa dgn baik. Boleh rasa kesedihan dia sama dlm novel.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
May 2, 2019
[BOOK 49]

Makmum Yang Paling Aku Cinta by Aii Fariza.
.

Best!
.

Ni antara novel yang aku suka walaupun setelah diadaptasi. Biasanya, ku tak baca dah novel yang diadaptasi. Sebab duk terbayang-bayang pelakonnya. hahaha. oh ya, ni ialah buku pertama penulis yang kubaca. Dan ku suka gaya penulisannya.
.

Kisahnya, Nailufar, seorang gadis bisu, dilamar oleh Dato Syed Qassim, seorang lelaki yang sudah pun mempunyai 3 isteri. Dan anak Syed Qassim, Syed Amru cuba untuk menggagalkan rancangan ayahnya. Kononnya, Amru cuma nak beri tawaran duit. Tapi, bila pertama kali melihat gambar Lofa, hatinya tertawan. Dan kerana satu kejadian, Amru menawarkan dirinya sebagai suami Lofa.
.

Kisah dorang ni memang sweet sangat. Dan bagi aku, keseluruhan cerita ni memang manis je. Tapi, penulis pandai seimbangkan dengan konflik. Kalau ikutkan, banyak je konflik dalam ni, Amru accident la, keluarga Amru tak sukakan Lofa la dan juga kes pembunuhan Kirana.
.

Dan part dorang honeymoon kat Switzerland tu memang sweet sangat. hahaha. Serius. Buatku rasa nak pergi sana.
.

Ku suka chemistry antara Amru dan Lofa. Boleh rasa betapa mereka saling mencintai. Ni ialah antara buku yang sweet overdose, tapi ku sangat suka. Sebab buku ni pun terselit pengisian yang banyak, tapi terkesan di hati.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
February 19, 2017
AWESOME!!! dari novel pertama smpai novel terkini memang tak pernah mengecewakan.. teruskan berkarya cik penulis.. dan sentiasa menanti akan karya seterusnya... :)
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
May 25, 2017
2.8*
Permulaan yang menarik tapi selepas tu, mula la meleret-leret. Bertambah meleret semasa percutian mereka di luar negeri tu yang buatkan aku sedikit bosan.

Lagi satu, banyak betul dialog BI antara Amru dan Lofa yang buatkan aku terfikir, Lofa ni faham ke apa yang Amru tu cakap? Dialog panjang-panjang pulak tu. Rasa macam, ehhh...! Okay, abaikan je la.

Banyak betul perkataan yang aku tak faham maksudnya dan perkataan yang diulang berkali-kali. Kemab. Cemidu. Gulp. Kemab dan cemidu tu apa? Masa membaca, aku tak rajin nak pergi google perkataan ni. Makanya, apabila sampai kepada perkataan ini, aku main baca je tanpa jiwa.

Rasanya jika dibuang perkataan yang berulang tadi, takde la tebal sangat novel ni. Tak penting kot sampai nak kena ulang banyak kali.

p/s: Dah habis baca, barulah aku cari maksud perkataan cemidu tu di PRPM. Kan senang jika tulis je malu-malu atau pemalu. Hmm..
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
February 7, 2017
Kerana mahu membantu mamanya menggagalkan rancangan daddynya untuk menambah bilangan isteri, Syed Amru (Amru) terjebak dengan soal hati & perasaan. Dia jatuh hati demi melihat seraut wajah calon isteri dambaan si daddy, Siti Nailufar (Lofa). Dan kerana salah faham & fitnah yg berlaku ketika Amru cuba mengenali Lofa, Amru nekad untuk terus  menikahi Lofa biarpun sedar yg Lofa sebenarnya kurang upaya. 

Perbezaan status & darjat menyukarkan jalan Amru.  Akhirnya pernikahan berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Amru.... dan hakikat pernikahan rahsia ini juga tidak diketahui oleh keluarga Lofa.

Hakikatnya Amru tidak rintik seperti daddynya yg borek. Berkahwin biarlah sekali seumur hidupnya. Kekosongan jiwanya terisi dengan adanya Lofa sebagai pendamping. Hikmahnya, melalui perkahwinan tersebut, dia kembali menyembah kiblatnya, setelah sekian lama hidup dalam kelekaan dunia. Berganda damai yg dirasa. Lantas seluruh rasa kasih dicurahkan kepada sang isteri tanpa peduli apapun kekurangan yg Lofa miliki. Itulah kekasih awal & akhir. Kekurangan itu bukan kehendak Lofa yg azali tetapi terjadi kerana menyimpan suatu kisah duka yg misteri... kisah yg meletakkannya sukar menyisihkan mimpi daripada realiti.

Kerana dendam kesumat, Amru diburu seteru. Sedang dia mengecapi bahagia berumahtangga, onar datang melanda. Setelah cubaan membunuhnya gagal, Amru diperangkap pula dengan satu kes jenayah berat. Demi membebaskan diri daripada tuduhan, kebenaran akan status Lofa pula  tersingkap.

Once started read cerita ni, susah nak stop. Rasa tak sabar nak tau kesudahan. Antara good book.. saya beri 4.5 bintang.
Profile Image for Farah Mohd Noor.
31 reviews64 followers
May 21, 2018
Macam mana boleh tergerak nak baca novel ni ? Sebab dalam ada drama (Lakonan Bella Dally pelakon pelakon lain saya tak ingat) adaptasi dari novel ni, ada lagi 9 episodes and I couldn't wait to get to know the ending of this story so I bought it

Kepada yg meminati cerita Ayat Ayat Cinta, Makmum yg Paling Aku Cinta ni maybe ada a lil bit resemblance dengan cerita tu

Overall buku ni bagus, ada diselitkan peringatan dan juga ilmu psychiatry, bagi sesiapa yg nak tahu, watak heroin; Siti Nailufar ni actually ada traumatic mutism dimana dia pernah ada episod hitam yg membuatkan dia bertindak utk membisukan diri tanpa dia sedari.

Syed Amru banyak memainkan peranan sebagai suami untuk bantu memulihkan Nailufar
56 reviews2 followers
June 27, 2017
Kisah seorang Datin yang tak ingin dimadukan dengan gadis kampung, lalu menyuruh anak lelakinya utk batalkan niat si suami.
Tanpa pengetahuan si ibu, si anak menikah dengan gadis kampung itu.
Rumah tangga mana yang aman selalu? Si suami telah difitnah hingga boleh diseret ke tali gantung. Namun begitu, si suami masih terfikir untuk menyembunyikan identiti si isteri supaya dia hidup dengan aman.

Cerita boleh dikatakan 70% manissss, saya suka! Si suami yang sentiasa mendahulukan keperluan si isteri. Menjaga maruah isteri. One of my favourite book!
This entire review has been hidden because of spoilers.
286 reviews52 followers
July 31, 2023
awesome...terbaik.....jatuh cinta dgn cara amru dan nailufar menyatakan kasih syg dan cinta ant mereka.....sungguh pun nailufar bisu, tp itu bkn lah penghalang utk mereka mengecapi kebahagiaan....malah komunikasi ant mereka sgt baik.....mereka saling melengkapi ant satu sama lain....tiada apa yang mampu memisahkan mereka....sentiasa bersama di saat susah dan senang....
Profile Image for CikNana.
148 reviews6 followers
September 19, 2021
SYED AMRU, NUR NAILUFAR, DATO' SYED QASSIM, DATIN AMNA, EN HAMDAN, HJ SUFIAN, NAFISAH, MUSTAFA, YUNA, SYED AMZAR, SYARIFAH ADRINA, SYARIFAH ADZAR, SYARIFAH AMINA, SYAZLINA, DATO' QAZIM, MEGAT, AZIM, NABIL, PN SARA, PN KIAH, KIRANA, HAZIQ, HANIF

Siti Nailufar atau nama panggilannya Lofa tidak mampu lagi bersuara sejak 10 tahun lepas. Peristiwa yang meragut nyawa ibunya , Hazlina di depan matanya. Lofa tinggal bersama dengan ayahnya, Hamdan dan adik beradiknya, Nafisah, Haziq dan Hanif si kembar.

Atas desakkan mamanya, Syed Amru mengupah Megat untuk menyiasat gadis bernama Nailufar. Gadis yang menggugat ketenangan Datin Amna. Daddy Amru ingin melamarnya menjadi isteri. Setelah memperoleh maklumat, Amru tergerak untuk terlibat sendiri. Maka, Amru menginap di kampung Nailufar di Lubok Merbau. Dengan bantuan Hj Sufian, dia mendekati keluarga En Hamdan. Peristiwa cubaan Nabil meragut maruah Lofa telah memberi peluang Amru untuk melamar Lofa menjadi isterinya.

Datin Amna berhajat berbesan dengan kerabat diraja, maka dia berusaha menyatukan Amru dengan anak Tengku Karim dan Tengku Kursiah, Kirana. Pada hari ulangtahun kelahiran Datin Amna, Amru ditunangkan tanpa rela. Amzar dan Amina telah mengetahui bahawa abang long mereka telah mempunyai isteri. Kepulangan pasangan itu dari bumi Switzerland telah mengundang kemarahan Kirana. Kenyataan rakannya yang menyaksikan Amru bersama dengan seorang wanita di KLIA. Karina terjah pejabat Amru dan mereka bertengkar. Empat hari berlalu, Karina ditemui mati di dalam apartmentnya oleh PAnya. Amru ditahan reman sebagai OKT 'Orang Kena Tuduh'. Pisau pembuka surat menjadi bukti kerana terdapat cap jari Amru.

Kesaksian yang diberikan oleh Lofa telah menjadi alibi kepada Amru. Amru dibebaskan dengan ikat jamin Syed Qazim sementera menunggu perbicaraan seterusnya. Setelah berhari-hari, Amru bersama dengan Megat dan Azim mencari pembunuh sebenar, akhirnya Jalani berjaya diberkas. Dengan bantuan Zubir, Amru dibebaskan daripada pertuduhan membunuh supermodel, Tengku Kirana Binti Tan Sri Tengku Karim.

Janji Amru kepada pasangan kembar, Haziq dan Hanif ke The Lost World of Tambun di Ipoh, Perak dipatri. Amru mengikut kehendak si kembar untuk menonton wayang. Amru dan Lofa tonton movie thriller manakala ahli keluarga yang lain tonton movie Crayon Sinchan. Ada babak di dalam movie yang telah membawa Lofa kembali kepada kejadian yang menimpa ibu dan dirinya. Lofa menjerit perkataan 'ibu' dan rebah di sisi Amru. Di hospital, selepas tersedar, Lofa bersuara menyebut nama adik-adiknya. Mereka sekeluarga terkedu kerana Lofa kembali bersuara.

Seronok baca novel ini 👍🏼😉
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
106 reviews10 followers
November 9, 2020
3.5 🍕🍕🍕 (sebab emoji phone ni takde staar 😂)

kisah hero yg upah spy utk cari tahu about heroin sebab ayahnya nak kahwin dgn heroin. end up dia yg hook with the girl and hero terkedu bila tahu condition heroin. but hero dah jatuh cinta teruk dgn this girl, he insist nak kawin sorok.

bermula la episod hero heroin, then ada kisah dendam jugak dalam cerita ni. tapi part culprit ni memang unexpected.

best jugak novel ni. sebab ada part unexpected tu, buatkan kita curious. but idk why feel and chemistry between hero-heroin tu taktau la kenapa tak sampai 😅 nak kata sebab condition heroin macam tak ngam jugak, elok je penulis describe each scene bagai. part chemistry ni je lah yg buatkan tak boleh nak bagi 4🍕 hehe
Profile Image for Nurul.
80 reviews3 followers
February 15, 2021
Cerita yang bagus, lain dr yg lain. Mengisahkan Syed Amru yg berkahwin dgn Nailofar disebabkan cinta pandang pertamanya dgn hanya melihat sekeping gambar. Pada mulanya Syed Amru hanya mahu menggagalkan rancangan daddynya yg berhajat memperisterikan Nailofar. Daddynya memang sudah banyak isteri. Nailofar pula mempunyai masalah tidak boleh bersuara sejak 10 tahun kerana trauma selepas menyaksikan pembunuhan yg kejam oleh perompak ke atas ibunya. Syed Amru mempelajari bahasa isyarat untuk lebih memahami dan memudahkan komunikasi antara mereka.
129 reviews3 followers
October 6, 2021
bestttt gila! watak utama sangat istimewa. Mempunyai jalan cerita yang baik dan banyak pengajaran yang kita boleh kutip. Saya baca buku ni di merata rata tempat. selagi tak habis tak senang duduk saya. nasib baik saya baca guna ebook jadi tak perlu bawak buku berat berat. Saya purchase ebook di website esentral. banyak gila ebook kat situ.

kalau anda semua ada yang macam saya, nak baca dimana mana sahaja, nah saya kasi link untuk mudahkan kerja anda semua.

https://www.e-sentral.com/book/info/2...
Profile Image for Miss Echa.
599 reviews13 followers
January 8, 2019
Penasaran stlh nnton dramanya....
Pengen baca gimana interaksi Lofa dengan Amru... dan saya suka.... gak nyesallah belinya ya.... salah satu buku dan drama terbaik yg saya baca dan tonton tahun ini...
Profile Image for Rinna MY.
114 reviews12 followers
January 22, 2017
Best.. suka ngan cara Amru take care kan Lofa.. iye lah cinta itu buta.. kan menerima segala kekurangan Lofa.. dan x nak Lofa susah hati..
Profile Image for Zubaidah Mat.
3 reviews2 followers
April 1, 2017
sangat best,jalan cerita yang sangat teliti dan tersusun d samping ilmu2 agama yg diselitkan di dalam novel ini
Displaying 1 - 26 of 26 reviews