Jump to ratings and reviews
Rate this book

Interlok

Rate this book
Interlok memenangi hadiah penghargaan Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka tahun 1967. Novel ini merakamkan intisari sejarah negara khususnya Tanah Melayu ketika mencapai kemerdekaan. Tema utama novel ini ialah intergrasi kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang diwakili oleh tiga keluarga yang berusaha menjalani hidup bersama sebagai rakyat negara yang merdeka dan berdaulat.

424 pages, Paperback

First published January 1, 1971

21 people are currently reading
410 people want to read

About the author

Abdullah Hussain

74 books46 followers
'National Laureate, Dato' Abdullah bin Hussain, was born on 25 March 1920 at Sungai Limau Dalam, Yan Kedah. In 1926, he received his early education at the Malay School until he passed his standard five in 1931 and continued his education at the St. Michael School, Alor Setar, Kedah from 1935 till 1933. Later in 1935, he continued his studies at the Anglo Chinese School, Alor Setar, Kedah until he passed his standard VII. During the Japanese occupation in the year 1943, he had a chance to study at the Syonan Koa Kunrenzo (Training School for Top Ranking Officers) in Singapore for three months. Career * Assistant Store-keeper, at a tin mine in Pahang (1939) * Served in the Publication Department, Sahabat newspaper, Penang (1939) * Assistant Editor, Saudara newspaper (1940) * A clerk and dobhi at an army camp in Sungai Petani, Kedah until the invasion of the Japanese army * A journalist of Merdeka newspaper, Berita Indonesia and Majalah Merdeka, Singapore (1951) * Editor of Majalah Bintang, Majalah Filem and Semenanjung newspaper * Assistant editor, the Franklin Book Programme and Oxford University Press (1965-1968) * An editor, Angkatan Baru magazine (1965-1968) * A research officer, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), (1968-1978) * Head of Language and Literature Unit, Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabah branch (1978-1979) * Creatve Writer, Centre for Humanities Study, Universiti Sains Malaysia (1979-1981) * Head, Department of Literary Development and Progress, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Brunei Darussalam (1982) * Senior Literary Officer, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei * Guest Writer, Dewan Bahasa dan Pustaka His first literary work was a humorous story that was published in Tanah Melayu magazine around 1939. Later he kept on producing literary works such as in short stories, novels, biographies / an autobiography, translationa and literary essays. To date, he had produced 25 novels, three volumes of short stories, nine translations, an autobiography and six biographies. Besides using the pen-name Zamroed, he was also known as Roslani Shikin, A.A. Adiwijaya, A.H., Andijaya, Asly, Bintang Kecil, Iskandar Muda and Suryakanta. Through his writing literary works, he managed to portray the positive values of the society and worked hard in building his identity as a writer. He was a veteran literary figure who was committed and diligent in developing his creative talents. Now coming nearer to 74 years of age, his spirit of perseverance in the literary world is still blossoming. To honour his contributions and services, he was conferred the S.E.A Write Award at Bangkok in 1981 (first winner of the Sayembara Novel Nasional prize - a tribute to Pak Sako), First Prize for the National Novel competition organised by Utusan Malaysia and Public Bank for the year 1992/94 for his novel entitled Iman, the Pingat Jasa Hukom Ngon Adat Lembaga Adat Kebudayaan Aceh in 1995, the National Laureate Award in 1996 and the Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) in 1996 which carries title Dato

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
99 (36%)
4 stars
105 (38%)
3 stars
53 (19%)
2 stars
11 (4%)
1 star
5 (1%)
Displaying 1 - 30 of 55 reviews
Profile Image for Aini Akmalia.
100 reviews70 followers
March 7, 2015
Interlok. Entah kenapa judul buku ini terasa begitu dekat dengan jiwa saya tatkala mata saya tertancap pada namanya dalam senarai buku Ganding Baca di group Goodreads Malaysia. Lihat pada nama penulisnya, tidak salah lagi, inilah buku yang pernah saya pelajari dalam sukatan KOMSAS ketika di bangku sekolah dahulu. Biarpun novel ini punyai 1001 kontroversi sepanjang percetakannya untuk dijadikan satu daripada sukatan KOMSAS di sekolah, namun begitu saya bersyukur apabila menjadi salah seorang daripada pelajar-pelajar yang mempelajari, mengkaji, mem'bedah' dan menghayati buku ini.

Ringkas saja nama buku ini. Santai saja jalan ceritanya. Tetapi sungguh mendalam nilai murni yang tersimpan di dalamnya. Buku ini merungkai kisah Seman, Cing Huat dan Maniam, tiga pemuda yang berbeza bangsa tetapi membesar di tanah yang sama. Pada awal pembacaan, saya membacanya sekadar 'angin lalu', sehingga kadang-kadang tidak mengerti kenapa novel ini terlalu provokatif di dada-dada akhbar. Sehinggalah saya mempelajarinya di bilik darjah, saya mula memahami sedikit demi sedikit. Mula memahami sensitiviti masyarakat India. Mula memahami pemikiran masyarakat yang pelbagai ini. Sebagai contoh, masyarakat India tersinggung dengan penggunaan perkataan 'paria' yang terdapat di dalam buku ini, mungkin kerana sepanjang saya membesar perkataan tersebut sangat terbiasa pada pendengaran saya, lebih-lebih lagi saya tiada kenalan berbangsa India pada waktu itu, jadi saya menganggap masyarakat India sekadar memperbesarkan hal-hal yang kecil.

Lain pula halnya di atas helaian peperiksaan, saya selalu mengelak untuk memilih novel ini, entah apa silapnya saya selalu sukar untuk score markah penuh pada bahagian KOMSAS jika saya memilih Interlok. Pemahaman sudah ada, syarahan guru di dalam kelas sudah bagus. Oh ya, guru Bahasa Melayu saya juga seorang yang patriotik dan bersemangat, berkobar-kobar semangat kami mendengar beliau membentangkan buku ini di dalam kelas. :)

Biarpun novel ini dikatakan tidak begitu lantang dalam kritikannya, saya percaya bahawa penulis Dato' SN Abdullah Hussain telah menimbang tara banyak perkara ketika menulis buku ini. Bukan mudah untuk menulis sebuah buku yang menggambarkan realiti masyarakat yang pelbagai di Malaysia. Banyak sensitiviti yang perlu dijaga.

Apabila kita bergaul dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, kita akan sedari betapa pentingnya satu pendidikan yang memberi kesedaran dan membuka kefahaman tentangnya. Di mana secara tidak langsung saya sedikit kecewa apabila novel ini dimansuhkan dalam sukatan KOMSAS sebaik sahaja saya meninggalkan sekolah menengah.
Profile Image for Fuad Syazwan Ramli.
52 reviews5 followers
May 27, 2015
Menarik! Sungguh mengecewakan bila memikirkan suasana negatif yang menyelubungi novel ini kebelakangan ini. Hanya kerana perkataan 'pariah', maka buku setebal 418 muka ini dibakar dan penulisnya menitis air mata kekecewaan. Saya percaya dan yakin semua yang menentang novel ini, tidak pernah membacanya. Hanya mendengar cakap-cakap orang saja. Jika mereka sudah membaca, sudah tentu mereka dapat melihat bagaimana Sasterawan Negara Abdullah Hussain menjalinkan tiga bangsa utama di Semenanjung menjadi satu.

Saya sangat kagum dengan muka surat terakhir novel ini. Penulis telah menggunakan 'kaki kayu' sebagai perlambangan kepada asas pada negara kita. Lihat saja, walau Ching Huat punya wang, tapi Lazim dan Raman tetap ingin membantu. Maka berdirilah Yew Seng, dengan kaki kayu yang dibiayai oleh orang Melayu, orang India, dan juga orang Cina. Menunjukkan bahawa tegaknya negara kita Malaysia, adalah kerana adanya kerjasama antara kaum-kaum di negara kita.

Wallahua'lam.
Profile Image for Marni Arshad.
77 reviews1 follower
November 8, 2024
Novel SN Abdullah Hussain ini menceritakan tentang perjalanan kehidupan tiga keluarga berlainan kaum - keluarga Seman, keluarga Cing Huat dan keluarga Maniam - yang menjalani kehidupan pada zaman penjajahan berbagai kuasa sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Pelbagai cabaran yang mereka tempuhi seperti kematian ahli keluarga, kehilangan ahli keluarga, perpisahan demi mencari rezeki, penindasan kaum dan pergolakan politik pada zaman itu. Namun mereka tetap kuat demi mempertahankan kehidupan mereka. Di dalam novel ini juga penulis menjelaskan sejarah awal kedatangan kaum Cina dan India ke Tanah Melayu.

Ia sangat membuka mata apabila penulis mengetengahkan isu ekonomi, perpaduan kaum dan pendidikan ketika itu. Sebagai contoh, pendidikan sangat penting dalam kehidupan masyarakat namun belum wujud kesedaran dan kefahaman yang jitu dalam kalangan masyarakat waktu itu.

Walaupun novel ini pernah menjadi kontroversi beberapa tahun lepas, namun saya menerima mesej yang penulis ingin sampaikan dengan hati terbuka. Saya dapat merasai kasih sayang dan perpaduan kaum yang cuba ditonjolkan melalui watak-watak di dalam buku ini.
Profile Image for Leyla Shuri.
Author 9 books24 followers
April 7, 2011
Petikan dari Interlok karya SN Abdullah Hussain.

* Huan Na: Orang Hutan

Hlm 195: Cing Huat tidak berapa suka anak-anaknya itu bergaul dengan anak-anak Huan Na. Dia takut kemalasan mereka itu menular kepada anaknya.

Hlm 198: "Gua lihat lu banyak berkawan dengan anak-anak Huan Na itu," kata tauke Cing Huat pada anaknya, Yew Seng.

"...Lu mahu ikut macam Huan Na. Malas, tak tahu cari duit. Gua tak mahu lu jadi macam mereka."

Hlm 202: "...dia berasa lega juga kalau Yew Seng duduk-duduk di rumah membaca buku daripada berkawan dengan anak-anak Huan Na, dengan anak-anak malas itu..."

Tiga kali buku ini menonjolkan orang hutan (Huan Na) dari golongan orang-orang malas.

Huan Na adalah panggilan Cina pendatang kepada kumpulan yang berbahasa Melayu.

Orang Melayu seharusnya rasa lebih sensitif dari bangsa Cina atau Hindu setelah membaca buku ini. Perhatikan betapa kasarnya anggapan orang Cina terhadap bangsa Melayu sehingga terbukti jelas dalam 3 halaman.

Hlm 216: ...hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayali dan Telugu pun berasal dari satu rumpun bahasa Dravida. Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul ialah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak takut mengotori sesiapa kalau bersentuhan dan mereka bebas lepas bergau.

Kata saya terdapat beberapa isu sensitif (contoh di atas) berkaitan bangsa dalam buku ini. Sebagai novel untuk dibaca oleh khalayak ramai, buku ini amat digalakkan. Walau bagaimanapun, ia terlalu sensitif untuk dijadikan buku teks KOMSAS.

Menengadah membilang layas, menangkup membilang lantai.Take the consequence!

Pertanyaan: Bolehkah dikatakan buku ini tepat dengan promosi imejan 1Malaysia?

******

Profile Image for Sera Salleh.
5 reviews
March 27, 2011
Saya tertarik untuk membaca novel ini walaupun negeri tempat saya belajar tidak mengkaji novel ini dalam KOMSAS. Kontroversi yang 'menghantui' novel ini membuatkan saya berusaha untuk mendapatkannya lalu membaca dan menilai sendiri buku ini. Setelah membaca selama sehari, rasanya tiada perkara yang terlalu sensitif yang diterapkan oleh penulis. Hanya kerana perkataan 'pariah' iaitu sistem kasta di negara India dan sebenarnya ditetapkan oleh agama Hindu itu sendiri, novel ini menjadi bahan untuk memprovokasi orang lain bagi membangkitkan amarah pihak tertentu. Saya yakin hanya beberapa orang yang membaca novel ini lalu menyebarkan itu dan ini, pihak yang hanya mendengar pula terus menghukum membabi buta. Ada baiknya jika anda sendiri membaca novel ini. Membaca dengan mata yang adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Menilai dengan akal fikiran yang mengambil kira semua aspek.Adalah tidak adil bagi kita menghukum penulis, memaksanya untuk menukar jalan cerita dan membakar novel tersebut.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,552 reviews41 followers
March 7, 2020
Begitu rupanya. Melayu, China, India, bukan semuanya jahat, bukan semuanya baik. Melayu pemalas, tak mahu berniaga, hanya suka membeli. Melayu baik hati, tak fikir negatif masuknya orang asing, kerana Melayu hidup senang hati, ada tanah dan sawah luas. Watak orang Cina dalam cerita ni asal Tung San, naik tongkang merentas lautan bersama baoanya, umur belum baligh lagi, mencari cara untuk kaya. Rajin dan semangat kental tak kisah jadi kuli jadi hamba asalkan dapat duit. Yang dapat ruang buka kedai berniaga, keluar sifat taik hidung masin, tipu timbang, buat perjanjian cekik darah berat sebelah. Nanti dah mewah hantar duit balik negara dan hidup di negara asal sebagai hartawan. Tapi ramai pula yang tak jadi balik negara. Tapinya, jauh di sudut hati, masih mahukan kebahagiaan dalam hidup berkeluarga. Mahu ada anak yang berilmu, yang boleh menyumbang kepada hidup bermakna. Kan tu fitrah manusia, tak kira bangsa dan agama, asal keturunan? Orang India, pun ada yang jahat macam Suppiah. Ada juga yang baik macam Maniam. Pokok nya apa?
Profile Image for Lyla Ibrahim.
194 reviews6 followers
January 18, 2011
speechless. The most beautiful realistic story I've ever read. If only everyone can really understand what Abdullah Hussain wants to deliver in his novel...
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews346 followers
August 8, 2025
Interlok karya SN Abdullah Hussain adalah sebuah historical fiction yang sarat dengan makna sosial dan politik. Boleh dikatakan ia antara teks paling kontroversial dalam sejarah kesusasteraan Melayu moden di kalangan yang sezaman dengannya. Diterbitkan pada tahun 1971 dan ditulis sempena Peraduan Mengarang 10 Tahun Merdeka, novel ini mengangkat tema perpaduan kaum melalui naratif 3 watak utama: Seman (Melayu), Chin Huat (Cina), dan Maniam (India), yang hidup dalam latar zaman penjajahan British, pendudukan Jepun, dan era darurat sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.
 
Seman, anak muda dari sebuah kampung di Pulau Pinang terpaksa berpindah setelah tanah peninggalan ayahnya dirampas. Dia digambarkan sebagai seorang yang gagah dan rajin, namun tidak berpendidikan.
 
Chin Huat pula, imigran dari tanah besar China ke Tanah Melayu bersama bapanya untuk mencari rezeki. Dia menempuh pelbagai kepahitan hidup sehingga berjaya menjadi seorang peniaga yang kaya.
 
Maniam adalah seorang buruh ladang yang datang dari India untuk mencari kehidupan yang lebih baik, namun terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya di kampung halaman akibat fitnah.
 
Ketiga - tiga watak ni menghadapi pelbagai cabaran dan pahit getir kehidupan di bawah pemerintahan British, dan kisah mereka saling berkaitan (interlock) pada penghujung novel. Aku suka bahagian yang menonjolkan bagaimana kehidupan mereka terjalin dan bagaimana mereka, sebagai generasi kedua, berusaha membentuk 1Malaya. (Eh?)
 
Mengenai kontroversi novel ni - ia sebenarnya berakar-umbi dari beberapa pihak, terutamanya komuniti bangsa India, mendakwa bahawa novel ini mengandungi perenggan yang menyinggung perasaan dan memutarbelitkan fakta sejarah mengenai sistem kasta dan asal usul kaum India. Perkara ini akhirnya menyebabkan novel ini ditarik balik daripada menjadi teks Komsas wajib bagi pelajar Tingkatan 5.
 
Dari segi struktur naratif, SN Abdullah Hussain menggunakan pendekatan realisme sosial, dengan penceritaan yang linear dan berfokus kepada pertembungan budaya, kelas, dan sejarah. Beliau memanfaatkan gaya bahasa yang jelas dan deskriptif, dengan dialog yang mencerminkan latar sosio-budaya watak - watak dalam novel ini. Gaya penulisan beliau tidak bersifat eksperimental, cukup kuat untuk menyampaikan mesej yang kompleks tentang identiti nasional, pengorbanan, dan ketegangan antara kaum waktu tu. Tajuk novel ini sendiri, yang berasal dari perkataan Inggeris - interlock, menjadi simbol kepada keterikatan nasib 3 kaum utama dalam membentuk sebuah negara merdeka.
 
Aku suka novel yang merakam realiti sejarah yang tak disaring - terutama sistem kasta dalam masyarakat India, konflik antara China dan Jepun, serta perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union. Apatah lagi kalau ia juga mengangkat nilai falsafah hidup, ilmu, dan pengorbanan, menjadikan ia fiksyen sejarah yang memberi refleksi terhadap pembentukan jiwa bangsa.
 
Ironinya, kekuatan ini juga menjadi punca kepada kritikan tajam dan kontroversi yang melanda novel ini. Apabila dijadikan teks wajib KOMSAS Tingkatan 5 pada tahun 2011, novel ini menerima bantahan hebat daripada masyarakat India kerana penggambaran sistem kasta, penggunaan istilah “pariah”, dan beberapa gambaran yang dianggap stereotaip dan menghina. Kritikan ini bukan sahaja datang dari MIC dan HINDRAF, tetapi juga dari masyarakat Cina yang mempersoalkan penggambaran kaum mereka sebagai “pendatang tamak dan penipu.”
 
Dari sudut kritikan sastera, aku rasa SN Abdullah terlalu berani dalam penggambaran watak minoriti, sehingga menimbulkan persoalan tentang niat pengarang — adakah beliau ingin merakamkan realiti sosial secara objektif, atau secara tidak sedar telah mengukuhkan stereotaip yang merugikan semangat perpaduan? Watak-watak seperti Maniam dan Chin Huat kadangkala digambarkan secara satu dimensi, tanpa perkembangan psikologi yang mendalam. Ini menjadikan naratif terasa berat sebelah dan kurang empati terhadap pengalaman kaum bukan Melayu.
 
Tambahan pula, walaupun novel ini cuba mengangkat semangat kebangsaan, ia gagal memberikan ruang yang seimbang kepada suara kaum minoriti dalam membentuk naratif kemerdekaan. Watak Melayu seperti Seman dan Lazim digambarkan sebagai pemimpin dan penyelamat, manakala watak bukan Melayu sering kali menjadi latar kepada konflik atau antagonis. Dalam konteks Malaysia moden yang mengangkat semangat inklusif dan 1Malaysia (eh lagi?), pendekatan ini boleh dianggap sebagai usang dan tidak progresif.
 
That aside, Interlok masih sebuah karya penting dalam sejarah sastera Melayu, kerana menjadi contoh bagaimana sastera boleh menjadi medan pertembungan ideologi dan sensitiviti budaya. Ia wajar dibaca dengan kritikal, bukan sekadar sebagai teks sejarah, tetapi sebagai cerminan kepada cabaran membina naratif kebangsaan yang benar-benar inklusif dan adil. SN Abdullah Hussain telah menghasilkan sebuah karya yang berani, tetapi keberanian itu juga menuntut tanggungjawab intelektual dan sensitiviti budaya yang lebih halus.

4 / 5 stars
Profile Image for Faizah Roslaini.
123 reviews24 followers
January 28, 2011
dua bintang sebab saya mengharapkan provokasi dan kritikan sosial yang lebih tajam dan celupar, macam The White Tiger. Satu perkataan pada satu perenggan tersebut tak wajar langsung dibesar-besarkan. Bodoh sungguhlah orang yang ikut berkompang bagai tapi bila ditanya sudah baca habis atau belum, dia tidak mahu jawab. Almaklumlah kita ini zaman tunjuk pandai, tunjuk bagus, zaman sibuk nak cari penyokong dan peminat. Ah, benci saya!

Saya faham niat penulis untuk menulis apa yang dirasakan betul. Saya juga faham dengan perangai anak anak sekolah yang kuat menyakat memang sampai tidak ada hormat langsung. Tapi saya juga rasa perkataan Pariah adalah sesuatu yang diterima pakai seluruh dunia. Kalau tidak tolonglah dispute dalam wiki atau tukarlah pada perkataan yang lebih sesuai kalau mahu. Adi Dravida, barangkali? Budak budak nak buat mengejek pun tak pandai nak sebut.

Kalau mahu ditarik balik tolonglah gantikan dengan yang boleh memberi mesej yang serupa. Yang ada sejarah. Yang ada warna warni pelbagai bangsa. Jangan pong pang pong pang tapi membaca buku dalam Bahasa Melayu pun tidak pernah . Jangan jadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan cuma atas kertas, atas akta.
Profile Image for Johnny B. Rempit.
123 reviews34 followers
February 21, 2011
Baru saja habis membaca novel kontroversi ini. Sebenarnya, saya tak faham apa yang nak di heboh-heboh kan sangat. Kalau nak di ikut kan, lebih banyak lagi ayat-ayat yang boleh di anggap sebagai merendahkan martabat orang Melayu sendiri. Ayat-ayat seperti 'orang Melayu malas dan tak patut di contohi'. Sememangnya, kalau dipetik ayat itu tanpa mengambil kira konteks, boleh mengakibatkan salah faham. Penulis seolah-olah sengaja memberi gambaran stereotipikal mengenai setiap kaum yang dipaparkan.

Tetapi sekiranya ia habis dibaca secara keseluruhan, apa yang cuba hendak disampaikan adalah sesuatu yag patut dilihat secara positif. Beliau ingin meyampaikan yang walaupun terdapat perbezaan di antara kita, di penghujugnya, kita semua manusia yang tak jauh berbeza dari segi cita-cita, harapan untuk masa depan etc. Nilai-nilai sejagat yang di ingin di kecapi bersama-sama akhirnya akan menyatukan dan bukan nya memisahkan.
Profile Image for Fadillah.
830 reviews52 followers
August 13, 2020
This is genuinely a good book (solid plot and strong writing).

Don't get me wrong, i do get why people are riled up about the caste system mentioned in the book. The generalization and the stereotypes of these 3 races (Malay, Chinese & Indian) portrayed by seman's family, Cing Huat's family, Maniam's family in this book is pretty straight forward. If you take it out of context, it did become racist. If you read it together -- you get why it was written that way.
The only regret i had is i read it in English and not in Bahasa Melayu. I wish i would have read it sooner to understand why this book is so controversial at that time it was made as compulsory literature material by the education ministry.
What i didn't like about this book:
I think some of the information about Indian culture and tradition written in the book is incorrect. I might have to refer to my friends to get some clarification.
Profile Image for Muhd Firdaus Irfan.
3 reviews2 followers
February 7, 2025
Pengkaryaan dengan jalan cerita yang sangat menarik, dengan sedikit plot twist; bahasa yang sederhana tetapi indah; dan simbolisme yang dibawa sebagai alat mengangkat nilai dan sejarah.

Sejujurnya, kontroversi yang menyelubungi karya ini adalah salah satu bentuk ketidakadilan kepada SN. Kalau yang dipermasalah kan pun, itu adalah sejarah. Dan sejarah amat tidak sewajarnya disembunyikan. Malah sepatutnya diambil pengajaran. Dan pengajaran dalam karya ini bukan sekadar berkisar pada satu ras sahaja, tetapi kepada semua sekali. Sejujurnya orang Melayu juga turut diberi kritik² dalam novel ini - jadi sepatutnya, mereka pun turut bising, kalau itulah premisnya. (?)
Tetapi itulah peranan kita terhadap sejarah. Ambil pengajaran.

Untuk menyulam masyarakat pelbagai budaya tidaklah mudah apatah lagi dilatari dengan kepayahan hidup sebelum merdeka. Karya ini mengangkat aspek tersebut. Setiap bangsa ada peranan masing-masing.

Mudah-mudahan boleh diangkat semula menjadi teks di sekolah kerana nilai yang dibawa perihal perpaduan masyarakat majmuk dibawa dengan baik sekali.
Profile Image for Ilynn Virgobiru.
52 reviews
December 12, 2019
Tentang 3 kaum yg ada di Malaya...kaum melayu yg empunya tanah, kaum cina
dan India yg asalnya dari negara sana.. asal kenapa adanya sekolah cina dan tamil. Bagi aku, tak salah ada perkataan paria kerana ada menjelaskan ada pelbagai kasta yg datang ke Malaya dan bagaimana kasta paria tidak disisih sesama kasta lain di Malaya seperti yang berlaku di India sendiri.
Di waktu kini, di mana sentimen perkauman di zaman media sosial ini kuat, perlu lah kita menghayati novel ini. Fokus pada mesej yang nak disampaikan.
Profile Image for Azmi.
71 reviews3 followers
June 18, 2017
Saya baca versi hardcover sebelum kontroversi tu. Rasanya ada 457 muka surat sebab masa nak pulangkan buku ni saya berlagak dengan cik pembantu perpustakaan tu "457 muka surat dalam masa 3 hari". Buku ni best tapi takde la menyentuh perasaan sangat pun. Tapi tak bermaksud naskah ni biasa2 je. Ia luar biasa tapi tak sama tinggi dengan err katakan Lepaskan Kembali Aku Ke Laut. Tapi apa pun, kemungkinan untuk anda dikecewakan oleh buku ni ialah 0%
9 reviews
June 28, 2023
Penyusunan kata yang jelas dan indah, tidak melerey-leret jika ingin dinbandingkan dengan buku satera yang lain.Isu yang digunakan agak berani tetapi tisaklah dikira sebagai menyentuh sensitiviti, kalau nak diikutkan sudah memang realiti begitu iye dok.Suka-suka-suka
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
July 19, 2017
Abdullah pandai bercerita. Menurut Prof Lutfi Abas, kebanyakan tulisannya bergaya new jounalisme. Interlok adalah perakam hubungan antara kaum dan naskah penting pasca kemerdekaan.
Profile Image for Jessleong.
37 reviews
June 19, 2020
Some spelling mistakes which impede the full joy of reading but the experience shared by the characters in the book is definitely insightful.
Profile Image for Aradweb Aradweb Adil.
76 reviews1 follower
January 20, 2011
Ya, ini novel fiksen sejarah yang berkisar dari tahun 1910 (Buku 3, Keluarga Maniam) berkenaan penguasaan orang Ingeris, penghijrahan orang Cina dan India ke Tanah Malaya.

Secara keseluruhan novel ini mengisahkan perjalanan kehidupan tiga generasi dari 3 bangsa utama di Tanah Malaya ketika itu. Setiap bangsa punyai tanggapan yang berbeza sesama sendiri baik dari segi kehidupan seharian mahupun kebudayaan masing-masing. Walaupun dipisahkan penceritaan 3 bangsa ini mengikut buku pada awalnya (kesemuanya 3 buku, dimulai dengan kisah Keluarga Seman, Keluarga Ching Huat (Cina Panjang) dan Keluarga Maniam) tetapi penglibatan watak-watak dari ketiga bangsa ini sudah dimunculkan kepada setiap 3 buku itu pada situasi tertentu dan bergabung di dalam buku ke-empat iaitu INTERLOK.

Faktanya ketika itu menurut pandangan orang Cina, Melayu itu pemalas, tidak pandai berniaga dan hanya tahu membeli sahaja, tidak beradab, keras kepala,bodoh dan proksi yang mudah dipergunakan. Orang India menganggap orang Melayu itu lemah, tiada kebudayaan sehingga meniru kebudayaan mereka. Itu semua adalah tanggapan yang diimaginasikan oleh pengarang dan mungkin juga dari pengalaman beliau sendiri.

Sememangnya sejarah itu punya sisi baik & buruk. Kadang-kadang ia boleh sahaja membuatkan seseorang itu ingin melupakan catatan yang boleh melukakan hati lebih lebih lagi apabila ia mengenai asal-usul bangsanya sendiri Yang mana boleh dipertikaikan akan kesahihannya. Manakan tidak apabila bangsanya itu cuba digambarkan sebagai bangsa yang tidak ada kelas malah perkataan itu juga diletakkan kepada seekor anjing Buku Empat - Interlok). Bayangkan bagaimana penerimaan fakta tersebut kepada mereka-mereka yang belum merdeka pemikirannya?. Sedangkan yang dewasa ini pun masih menebal akan kepercayaan mereka kepada fakta itu lebih-lebih lagi apabila berada di dalam keadaan marah inikan pula kepada mereka yang baru hendak melangkahkan kaki ke alam dewasa.

Sebenarnya bukan sahaja bangsa itu yang cuba digambarkan kurang enak menurut pandangan orang pada ketika itu, kedua bangsa yang lain itupun menerima tempiasnya. Namun adakah itu menjadi faktor penghalang untuk melupakan terus akan pengakhiran yang mengembirakan buat seluruh bangsa yang terlibat di dalam novel ini?.

Ralat:-

Rasanya terdapat kekeliruan plot di dalam novel ini iaitu dalam buku empat mengenai Yew Hock yang terperanjat kerana kedai bapanya Cing Huat dirompak dan apabila mendengar berita yang adiknya Poh Eng hilang setelah pulang dari menghantar ibu dan adiknya yang bongsu ke rumah datuknya sedangkan dia sememangnya ada pada ketika kejadian rompakan dan kehilangan adiknya Poh Eng itu.

Novel Interlok ini mudah untuk difahami kerana setiap plot atau jalan ceritanya sudah boleh diagak lebih-lebih lagi apabila sudah membaca Nanyang The Lure of the Southern Ocean to Lands of Opportunity & Danger yang ditulis oleh Khoo Kheng Hor yang punyai lebih kurang sama perjalanan ceritanya cuma yang ini melibatkan bangsa Cina, Melayu dan Inggeris dan maaf bangsa yang itu tidak dijadikan watak utama.
Profile Image for Aziz.
Author 5 books27 followers
December 17, 2015
Terus terang, saya baca novel ini selepas kontroversi yang melanda. Agak susah saya nak kata apa-apa jika belum baca apa sebenarnya yang menyebabkan kemarahan kaum india malaysia terhadap novel ini.

Pun begitu, saya membaca naskah asal dan bukan naskah edisi pelajar.

Saya kira novel ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Walaupun bukanlah karya terhebat SN Abdullah Hussin yang lebih menonjol dengan Imam, namun tidak juga sebuah novel propaganda murahan.

Watak-watak yang ditonjolkan ada dimensi-dimensi tersendiri, yang jika dibaca dengan hati yang terbuka, dapat pula menjadi cermin kepada generasi hari ini.

Watak-watak dalam novel ini ialah watak-watak yang dibentuk & terbentuk oleh persekitaran masyarakat kala itu, oleh perubahan sosio-ekonomi dan politik dunia ketika itu. Kita diberikan watak-watak manusia kecil, yang tidak punya upaya untuk mengubah apapun kecuali berusaha untuk mengubah nasib sendiri. Ada dikalangan watak-wataknya yang berjaya dalam percubaan itu dan ada pula yang gagal.

Sepanjang pembacaan saya, tidak kelihatan sebarang bias malah lebih-lebih lagi apa yang dikatakan rasis. Walaupun ada disebut beberapa perkataan yang dikatakan sensitif seperti paria, melayu 'huan na (orang hutan) dan sebagainya namun saya kira karya ini harus dilihat sebagai sebuah teks sastera dan bukannya karya akademik. Karya sastera harus dilihat dalam dimensi yang lebih holistik.

Novel ini wajar dikaji sebagai sebuah novel pasca-kolonial yang cuba menyusun semula gambaran dunia era kolonial dan pasca kolonial. Nyata sekali novel ini adalah novel yang bernada anti penjajahan (perhatikan bagaimana ditunjukkan kekejaman 'orang putih' terhadap anak jajahannya, bukan saja secara fizikal malah lebih dalam lagi secara psikologi. Paling menarik ialah bagaimana caranya pengurus kebun menjustifikasikan tindakannya menembak Maniam).

Walaupun ada sedikit sebanyak kelemahan dari struktur penceritaan dan pada sesetengah tempat plot dibina tanpa diberi penjelasan yang meyakinkan, namun harus diakui, novel ini ditulis oleh seorang pengarang yang berjiwa besar yang mahu melihat sebuah kehidupan yang aman harmoni oleh pelbagai bangsa di dalam sebuah negara.
Profile Image for Bookworm Amir.
199 reviews100 followers
March 6, 2012
What a beautiful (drama) (and extremely sad) story.

It ends and begins at around the same situations - but not really. The book touches on a lot of things - economically, politically, about life.

Its funnny how it all Inter-locks with each other. Despite their reaces, they are all together still. One affects teh other. And the other, and the other. Its a big hhuge network of, people, despite their races.

A Malaysian Malaysia is what is proposed and touched for - but not specifically explaiend how. Something like 1 Malaysia )and the trinity).

It feels like an epic, like The Pillars of the Earth. It goes from one generation to the next and to the one after that. A multi-generational story. It begins during the time of the British when they were here, up till the day of Merdeka (Independence).

Now there has been some controversy for the word 'Pariah' in it. ARE YOU KIDDING ME? The book touches on A LOT of subjects. I believe that is not one point where it has to be removed from the ministry's entire curriculum.

To be honest, I understood a lot more about my country's history. And I understood a heck of a lot more about the races involved. The Malay, the Indian, the Chinese, Japanese and British as well in short cameos.

It confirms what I knew before - and actually puts it into a better perspective and context.
Profile Image for Wafa.
98 reviews21 followers
February 11, 2013
Tahun 2012, kerajaan mengambil keputusan untuk menggantikan novel Interlok dengan Konserto Terakhir yang pernah digunakan untuk pembelajaran komsas bagi subjek SPM. Alasan yang dikemukakan adalah novel ini menghina kaum India, penggunaan "paria" dalam novel ini telah menyinggung perasaan kaum tersebut yang menduduk di tanah bumi Malaysia.

Suatu hari, semasa saya menyelongkor perpustakaan sekolah saya. Saya terjumpa novel Interlok (edisi asal) dan mengambil keputusan untuk membacanya.

Kalau kaum India mengamuk sakan kerana penggunaan panggilan kasta paling rendah dalam sistem mereka, saya berpendapat sama saja jika kaum melayu turut mengamuk pabila dalam karya Abdullah Hussain yang mana, beliau merupakan seorang Melayu membahasakan sendiri kaum Melayu sebagai Huan Na.

Saya rasa geram atas apa yang ditulis. Huan Na ? Orang Utan ? Melayu ? huan na langsung tiada dalam sistem kasta melayu (jika wujud, sistem kasta melayu) maka amarah kaum Melayu juga patut turut bangkit jika henda dibandingkan dengan amarah kaum India yang membantah penggunaan perkataan paria dalam karya ini.

Walau apapun, novel Interlok edisi asal sememangnya patut dibaca oleh semua rakyat Malaysia sebelum membuta-tuli memberi idea pendapat tentang perkara ini.
18 reviews7 followers
February 10, 2014
Interlok is excellent for an in-depth understanding of race/ethnic relations in Malaysia (obviously not for everyone…)
This is a classic, historical fiction, and was banned in Malaysia several years ago.
- spans several generations
- Four chapters, each tells the story of a character and his family/community
Chapters 1-3 each dedicated to one of Malaysia's three dominant ethnic groups:
1. Malay (aprox 51-65% of Malaysians…touchy subject, depends on who's counting…and who's allowed to vote) (ethnic Malay- to be "Malay," according to the Constitution, you must 1)speak the Malay language; 2) generally follow Malay culture…a bit ambiguous…; 3) be Muslim. That's the catch.
2. Chinese (aprox 25% of Malaysians)
3. Indian (aprox 14% of Malaysians)
CH 4: the stories come together in an epic clash of civilizations.

Well worth the read if you have any interest in Southeast Asia. Provides some insight into the interplay of religion, ethnicity, regional economics and political forces over the past 100 years.
Profile Image for Qurra L..
23 reviews13 followers
July 16, 2013
Saya mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan buku ini supaya saya dapat mesej yang ingin disampaikan. Apa yang saya dapat setelah membaca buku ini, saya mendapat tahu bagaimana orang Cina dan orang India datang ke Tanah Melayu dan bagaimana kehidupan mereka pada awalnya di sini. Interlok membuka minda saya untuk menerima semua kaum di Malaysia yang ada pada hari ini. Semestinya tidak dapat dinafikan saya membaca buku ini kerana buku ini menjadi sebab berlakunya kontroversi apabila buku ini ditarik balik daripada dijadikan bacaan kompenen sastera tingkatan 5.
Benar, buku ini mungkin boleh menimbulkan sensitiviti kaum-kaum lain tetapi bagi saya, ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran dan kesedaran.

Saya sangat suka cara penulis membuatkan pembaca menjelajahi hidup setiap kaum, dari kaum Melayu, Cina dan India dan sehinggalah interlok berlaku.


Yang baik jadikanlah teladan, yang buruk jadikan sempadan.
Profile Image for Amy Thea.
54 reviews
December 31, 2014
Lepas isu buku ni, aku mencari-cari jugak. Online bookstore pun takde apatah lagi kedai buku. Akhirnya, kekaseh aku yang budiman telah menemukan buku ni di Perpustakaan Awam Johor dan pinjam guna kad adik dia. Sweet kan dia?

Aku seronok baca buku ni. entah kenapa. 3 bab yang awal cukup sempurna dia adun untuk menerangkan isi bagi sesebuah kaum. sempurna.

bab interlok, memaparkan cukup sempurna tentang fungsi setiap mereka wpun berlainan kaum tetapi bersatu cari & rai kemerdekaan.

buku ni walaubagaimanapun terpalit dengan kontroversi. aku taktau kena atau tidak memohon maaf. perkataan yang sepatah itu mengisarkan tentang keadaan & letak duduk yg digambarkan pada tahun penceritaan tersebut. cukup kat situ, bukan sekarang.

bacalah keseluruhannya. gambaran kedudukan sesuatu bangsa tu tak dibezakan lagi dalam bab interlok. bacalah, dan fahamkan.

nora bagi 4.5 bintang!
Profile Image for Laili.
69 reviews20 followers
March 10, 2011
saya langsung membeli buku ini sejak awal kontroversi timbul, bukan untuk mencari punca perdebatan semata-mata, tetapi untuk menghayati karya seorang sasterawan negara yang saya hormati.

gaya penulisan Abdullah Hussain bagi saya sangat baik, tapi sayang novel ini lebih popular kerana sesuatu yang negatif.

sayang seribu kali sayang.

bagi yang sedang membaca, bacalah buku ini dengan hati yang tenang dan hargailah sastera yang indah ini. hayati ayatnya satu persatu. jangan baca buku ini kerana kontroversi yang melanda dan sibuk mencari puncanya sahaja.

semoga anda semua seronok membacanya, seperti saya. :DD

PS: saya pelik ada orang boleh tertidur baca buku ini selepas 2-3 muka surat, tak cukup menarikkah? Hmmm... :?
Profile Image for Fatimah Wahidah.
119 reviews41 followers
July 2, 2012
saya membaca novel ini semasa di Tingkatan 2.dan saya meminjamnya sebanyak 4 kali di perpustakaan sekolah saya.dan saya mula jatuh cinta dengan karya-karya SN Abdullah Husain ini..terutama dalam bab akhir sewaktu ketiga-tiga bangsa Melayu,Cina dan India ingin meraikan kemerdekaan negara..dan teknik jalinan cerita yang berasingan kemudian dipertemukan watak-watak utama sangat menarik..sedih dengan kontroversi yang melanda novel ini..baca dulu baru nilai!novel ini memberi gambaran jelas tentang keadaan masyarakat Tanah Melayu di ambang kemerdekaan.rasanya tak ada lagi novel yang mampu menggambarkan secara jelas keadaan tersebut seperti dibuat oleh SN.
1 review
March 10, 2012
Novel yang sangat terbaik dari segi jalan cerita dan teknik olahan penulis.aku baca buku ni 7 tahun lepas masa aku form 5.aku try baca buku ni bermula dari minat aku kat novel Konserto Terakhir karya penulis yg sama; Seniman Negara Abdullah Hussain.aku cari semua novel karya beliau termasuk lagi 1 novel yg sangat bagus; Masuk Ke Dalam Cahaya...Tahun lepas bila keluar isu pasal buku Interlok ni,aku dengan bangganya mempertahankan apa yg tak betul kat luar 2 depan kawan2 aku.bangga sekejap masa 2 sebab novel Interlok dah popular kat hati aku sebelum popular kat mulut2 jahat kat luar 2..

Displaying 1 - 30 of 55 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.