Jump to ratings and reviews
Rate this book

Suamiku Dajjal #1

Suamiku Dajjal

Rate this book
Sebuah novel yang mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama Safia, yang terlalu inginkan pasangannya seorang ustaz. Hal ini kerana dia terlalu banyak tengok drama-drama dan baca lambakan novel jiwang yang mengisahkan tentang cinta lalu dia pun keawang-awangan untuk ada jalan cerita yang sama.

Tetapi, takdir tetap takdir dan ianya tetap akan hadir. Ditakdirkan dia bernikah dengan seorang lelaki yang berkopiah dan tidak pernah lepas kopiah selama dia kenal dengan lelaki itu 2 bulan lepas. Dia expect perfection daripada lelaki itu.

Rupa-rupanya; si kopiah itu ada masa silam yang sangat teruk sehinggakan bila Safia tahu tentangnya, dia kata; “KAU DAJJAL! KAU JANGAN HADIR DALAM HIDUP AKU LAGI!”

Adam; dia tahu dia Adam yang ada banyak jahiliah. Kerana apa yang Safia baru terima daripada whatsapp yang entah daripada siapa itu hanyalah 1 per 100000 dosa & jahiliah yang dia pernah buat. Isterinya terus marah dan mahu lari dari rumah.

Adam tenang, tidak mahu emosi. Adam teruskan bacaan Quran. Dia sedang membaca surah Furqan dengan tartil. Kebetulan, Adam singgah bacaan di muka surat terakhir surah itu. Dalam surah Furqan, ada 3 dosa yang ditekankan pada muka surat terakhir; dosa syirik, membunuh & berzina.

Beberapa air matanya jatuh setitis demi setitis atas lembaran Quran yang mulia itu. Berdegup kencang jantungnya seiring dengan denyutan penyesalan & taubatnya.

Bila dia tengah lihat isteri yang baru dinikahinya itu sungguh-sungguh mahu tinggalkannya, packing barang mahu keluar rumah, makin dia teresak-esak menangis kerana isterinya tidak tahu lagi 3 serangkai dosa yang telah dia lakukan dahulu. Kalau baru tahu dosa yang bagi dia kecik dan simple itu pun respond sebegini, kalau tahu yang lain entah macam mana.

Tetapi dia tahu, dia sudah cuba berhijrah tinggal jahiliah tetapi tidak boleh dengan sekali taubat terus jadi malaikat. Dan lagi sakit bila orang masih judge dirinya yang dulu. Apatah lagi yang judge & tak percaya dia itu isterinya yang dia cinta.

Paperback

First published January 1, 2017

45 people are currently reading
563 people want to read

About the author

Aiman Banna

23 books92 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
89 (43%)
4 stars
52 (25%)
3 stars
36 (17%)
2 stars
20 (9%)
1 star
9 (4%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews44 followers
September 11, 2017
ada jugaklah satu dua ayat dlm novel ni kasi hati aku ni sentap, haha. well... satu bhn bacaan yg bgus sebenarnya sbb ada pengajaran dlm citer ni.

ingat nk bg 5* laa tp x jd. sbb? sbb aku x suka dgn watak Safia dlm citer ni. walaupun Adam menganggap isterinya itu solehah, bg aku pula... Safia tu langsung x solehah.

Safia ni fikir diri dia tu sempurna sgt agaknya sampaikan langsung x boleh terima kekrgan pasangan. tahu aje kisah jahiliah suami dia, laju aje mulut dia gelarkan suami dia 'Dajjal'. seriously? sgt krg ajar.

dah tu, boleh pulak dia duk menggedik fikir Encik Kopiah tu akn jd her future husband bila Adam dah ceraikan dia. taasub sgt dgn Encik Kopiah tu sampai x sabar2 nk cerai. giler ke ape?

aku x peduli laa siapa Encik Kopiah tu sekarang. sbb kalau diikutkan dlm citer ni, memang x slh dia menggedik dgn Encik Kopiah tu (ko baca sendiri buku ni, then ko akn tahu kenapa aku ckp x slh). tp ANDAI KATA Encik Kopiah tu bkn 'dia' tp org lain? ko rasa? pandai2lah ko judge sendiri Safia tu jenis pompuan apa. bg aku, dia teruk.

"Tetapi awak jangan lupa, yang awak pun tak sempurna, Anis Safia. Kadang-kadang kita terlalu ingin mencari yang sempurna, tetapi kita lupa diri kita sendiri pun tak sempurna. Kawan-kawan saya tanya, awak ni hafizah ke? Bila awak habis hafalan 30 juzuk? Berapa banyak kitab fiqh dan hadis yang awak dah belajar? Awak belajar kat pondok mana? Mereka expect isteri saya perfect sebegitu..." - Adam

haa bila kena sound begitu baru diri tu sedar khilaf sendiri. sebenarnya aku menghrpkan endingnya tidak begitu, aku hrp sebaliknya yg terjd. ya, agak kejam aku, kan? haha.
Profile Image for Izis.
52 reviews
September 7, 2018
Nak bagi rating 2 ni pon aku mcm terfikir antara 1 or 2 bintang. Aku beli buku ni sbb katenye best seller and org kate buku ni best..

Tapi bagi aku buku ni agak mengecewakan..Mungkin sbb ini kali pertama penulis buku novel. Sebelum ni penulis byk menulis buku mengenai fact. Bagi aku nk tulis novel fiction ni lg mencabar sbb bukan saje memerlukan research fact yg betul tp kene menekankan isu imagination dan psychological.

Ok sekarang aku review ape yg menarik dulu.. buku ni byk juga memasukkn ayat2 al quran dan tarbiyah sentap yang mmg buat aku sentap la...

Yang tak menarik mengenai buku ni ialah penulis cube membuat cerita dr sudut pandangan hero and heroin tapi gagal. Banyak pengulangan dialog dan cerita yg buat aku skip je..Aku penah bace buku style mcm ni tanpa perlu mengulang semula dialog2 yg before..

Watak heroin ni buat ak tertanya2 dia ni umur berapa sbb dr pembacaan mcm budak da habis belajar tp duduk menganggur je...family kaya kot. tp kematangan pemikiran mcm umur budak belasan tahun. mmg rasa nk tampar je...Perempuan ni takde la alim pon biasa2 je bace quran pon lame tinggal asyik dgn novel dan drama je...hidup dgn angan2 nk kahwin ustaz...please la...

tapi bagi aku xpela sbb tu hak masing2kan...tapi masalahnye perempuan ni nampak sgt kematangan level budak sekolah bile die dpt tau kisam silam suami die. yela aku boleh terima bile die terus halau suami dia after dpt tau...tp after few days da cooldown bukan sepatutnye kau bole berfikir secara logical and cube dgr explanation suami ko..ni bukan couple2 yg ko bole clash cmtu je...and dgn selambanya ko bole nk cerai tp berfikir panjang. Dan sepanjang duduk berjauhan tu xlame pon ko bole nak menggatal dgn lelaki lain (En Kopiah) and terpikir da kahwin lain...Cerai pon tak lagi...Aku rase penulis patut menunjukkn sedikit kematangan heroin ni la...

lagi satu, peranan ibu bapa tak ditekankn oleh penulis. Kematangan ibu bapa tak diserlahkn dalam novel ni...Dah tau anak terencat pikiran budak sekolah, ko sebagai ibu bapa kene selidik cerita sebenar dan cuba menyatukan mereka, Ni biarkan je anak tu cmtu dan setuju pulak anak tu mengorat lelaki lain walaupon masih menjadi isteri. Kalo bukan sbb suami ko tu En Kopiah dan dia yg contact bapak Safia tu kononnye nk melamar la, smp kesudah mak bapak Safia tak tau jalan cerita...Come on la, padanla Safia tu fikiran mcm budak sekolah bila ibu bapa pon xnampak kematangan sbg orang tua.

Ok banyak lagi nk cerita tp malas...sbb terlalu geram bace buku ni...Satu penyesalan membeli buku ni.
Profile Image for Hasdhatul  Nor Aliah.
15 reviews
July 4, 2018
Aku beli buku ni first sebab yes aku tengok review orang lain cakap yang buku ni best. So, I thought that why not I try to read it even aku tak berapa suka dengan penulis dia.

Bagi aku, penulisan dia okay lah cuma aku tak berapa berkenan dengan pengulangan demi pengulangan dalam buku ni. Aku rasa macam its quite boring. So yeahh.. Aku memang baca lompat-lompat. Dan orang kata buku ni sweet lagi dari drama korea. Sejujurnya aku taktau part mana yang sweetnya tu. Maybe sebab aku tak menghayati betul-betul cerita dia, so aku rasa buku ni tak sweet langsung. Dari segi pengisian, yes ada certain part yang sentap dan headshot ! Tapi bagi aku okay je.

Kalau korang tercari-cari buku ni, boleh mesej aku sebab aku nak let go this book ! Ambil jela, takpayah bayar ! If interested, do pm me okay !

*p/s : kalau nak baca buku ni, baca jela. Jangan ikutkan sangat review orang. After baca, kau evaluate sendiri !
Profile Image for waceed.
111 reviews
November 3, 2018
Penulisan fiksyen pertama bagi penulis — terdapat banyak lagi kekurangan dalam penulisan si penulis — pengulangan situasi sesuatu watak dalam buku ini yang membuatkan para pembaca berasa cepat bosan — mungkin boleh straight to the point saja dalam buku yang seterusnya — buku ini masih lagi terdapat cerita-cerita yang cliche dan cepat bosan — penulis seakan-akan memberi ‘fake hope’ sebab kami, para pembaca mendambakan penulisan fiksyen si penulis memberi impak yang ‘wow’ apabila dibaca — overall, kisahnya kurang menarik 📝

Sekian,
💕
1 review
June 4, 2017
Novel cinta menarik dan lagi sweet dari drama korea.. Bukan nak memuji lelebih.. tapi memang kenyataan.. saya sendiri dengan rela hati setuju yang novel ni lagi sweet dari drama korea..
Profile Image for ilafahmy.
114 reviews19 followers
March 22, 2018
Tiada manusia yang sempurna. Setiap manusia ada kisah silamnya...tidak penting cara kita bermula yang lebih penting ialah pengakhiran kita sebuah pengakhiran yang baik...
Profile Image for Nor Azzah.
Author 9 books109 followers
August 29, 2019
Baca dengan kaedah bacaan pantas.
Mencari sebab musabab kenapa sampai digelar suaminya Dajjal.

Buku yang bagus. Cuma nak sebut tajuknya serba salah. Bimbang jadi doa.

Singkirkan sangka menyangka, dapatkan penjelasan.
10 reviews3 followers
December 16, 2019
First and last baca buku ni masa tahun 2017. Almaklumlah, kawan bagi pinjam sekejap.

Cerita ini dilihat dan digarap dari perspektif yang berbeza. Walau baca baru sekali, terbayang- bayang scene demi scene, seakan sudah menjadi cebisan ingatan.

Safia, seorang gadis yang suka baca novel. Kalu alur cerita tu, dia mesti nak yang bagai lori tumpah gula. Tak cukup lagi Suri Rumah Ustaz Adam (lupa nama), dibelinya beberapa buku di pesta buku. Ya. Encik Kopiah menjadi igauan. Buku terbaru, Rejuvenasi Hati dibelek penuh senyuman. Dan pada masa itulah, pertemuan dua insan membuah cerita baharu.

Cerita ini boleh diakui agak 'sweet'. Penulis pun ada ulas, dia nak tarik remaja kepada agama dengan cara terkini dan mudah. Tajuk macam kisah cinta semata, tapi diselitkannya isu dakwah. Saya salute.

Banyak saya dapati daripada buku ni, termasuklah:

1) Pintu taubat sentiasa terbuka. Bertaubatlah selagi nyawa dikandung badan. Walau melakukan perbuatan sama berulang kali, taubat sajalah. Cuma satu, jangan jadikan taubat sebagai persinggahan untuk membuat dosa terus dan terus. Berazam umtuk tidak melakukan dosa sama dan menyesallah akan perbuatan yang dilakukan.

2) Jagalah ikhtilat. Walau menerusi apa- apa platform seperti media sosial, perhubungan antara lawan jantina masih perlu dijaga. Bukan suka- suka mesej tanpa purpose yang munasabah.

3) Maafkanlah. Ia lebih baik daripada berdendam lalu meruntuhkan silaturahim yang terjalin. Kadang kita fikir sesebuah hubungan tidak dapat diselamatkan lagi namun tidak sama sekali. Dengan satu kata maaf, ia sudah mampu untuk membangkitkan semula jalinan yang terputus. Allah pun sayang akan golongan pemaaf.

4) Kita sebagai manusia yang budiman perlulah menghormati ibu bapa. Sayangi mereka dan kenang jasa mereka. Dengan cara itu, mereka tidak akan kecewa atau berkecil hati sama anak- anak. Allah hanya meredhai mereka yang berlaku baik pada ibu bapa.

Banyak lagi sebenarnya tapi setakat ini sajalah saya kongsikan. Sekian.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,572 reviews41 followers
June 29, 2017
Novel cinta berlandaskan cinta pada yang haq. Pengajarannya banyak dan releven dengan kehidupan muda mudi zaman ini. Seorang hafiz juga boleh tergelincir imannya dek bisikan syaitan tang memang amat arif dengan kerjanya. Syaiyan adalah opportunist paling handal. Iman anak Adam dicanainya atas dasar cinta; kepada ibu, kepada perempuan / lelaki ajnabi, kepada duit. Yang baca buku ni pasti ramai yang berkata dalam hati, "akupun pernah dalam keadaan macam tu. Aku pun pernah fikir macam tu. Aku pun sering tewas kerana nafsu dan buta hati".

Namun, buku ini juga menunjukkan bahawa vinta disandarkan kepada ihsan Allah akan menang akhirnya. Berserah diri kepada takdir dengan redha akan dapat bantuan Allah dalam bentuk pelbagai, dalam dose yang paling kecil pun. Allah saja yang Mengetahui apa yang terbaik.
27 reviews
October 5, 2025
Awal bacaan macam boleh terima..

Safia obses dgn pak ustaz (encik kopiah) n diimaginekan dia ni baik n kawin lepas dengar random guy bg tazkirah kat masjid..ehhh..secepat itu? Nampak agak gedik disitu.. tak dapat en.kopiah, dpt ala² pun ok..tp takpe, kita teruskan pembacaan..

Mood nk terus baca turun mendadak lepas Safia n so called suami dajjal ni hadap konflik..ehhh, cmtu je ke? Halau suami keluar, takde usaha nak baiki hubungan (tny semula ke, siasat latar belakang ke ape, takde yeee)

Terus tutup buku bila Safia menggedik dgn En.Kopiah.. siap berangan nak kawin sedangkan dia masih isteri orang.. da layan lelaki lain, tetiba baru nk sedar diri dia isteri org, masih bersuami.. siap mintak parents dia yg setelkan masalah dia.. ohmaiiii.. turn off trus..

Ada bahagian berulang, so decide tuk skip² baca..hmmm..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hanis Amanina.
11 reviews2 followers
January 7, 2018
The starting part of the book is quite slow for me but the plot becomes far more interesting at the moment the wife called the husband, Dajjal. That's the climax I can say. The rough plot is a bit 'expectable' but it has good values inside.

- ask before you judge
- everybody has his own past, the one he really wants to forget and hide
- do we want to accept people with his/her pasts?
- if yes, how far it can be?
- will we do forbidden stuffs if we are in rough situation and seems like there's no ways out?

and so many other things to think about while reading this novel :)

Profile Image for Perrahin Nur.
45 reviews
July 6, 2025
First book from this author,hmm myb quz author lelaki so its amazing to read a novel from a perspective of a man

But sadly pengulangan yg kinda weird quz I thought akan ade twist on jln cerita but nahh turn out just another pov

Jln cerita so-so je, i expect more of Dajjalness but Dajjal would be so triggered kot disama kn ape yg Adam buat tuu to be call suami Dajjal hahahah
Just my honest opinion..and not interested in reading the prequel

Ending still novel-ly when i thought I wouldn’t quz the intro mcm menjnjikn something else but after all this is also a novel hence the ending
13 reviews1 follower
October 31, 2017
overall syok jg buku ni..bkn typical malay novel yg sgt2 la cliche. mmg sweet je cerita ni. ada jg beberapa bhgn yg membuatkan ak tersenyum n ketawa..
Profile Image for A'in.
14 reviews
August 28, 2025
Menarik untuk dibaca tapi terlalu banyak POV. Untuk permulaan agak susah untuk faham jalan cerita dia. 80% cerita berkisar tentang cinta. Jalan cerita agak klise.
Profile Image for Batrisyia M.
25 reviews
September 14, 2021
I read this a few years ago and I remember the ending made my eyes bawl as there are just so many elements that touched my heart and overall a great read!
Banyak menceritakan tentang kesabaran dalam menghadapi ujian yang Allah SWT berikan kepada kitani, dan jua percaya bahawa semuanya akan berakhir dengan baik di jalan Allah SWT.
Displaying 1 - 20 of 20 reviews