Sejujurnya, aku memang dah lama tidak mengikuti novel-novel keluaran KaryaSeni tapi sebaik terpandangkan cover Utusan Cinta Buat Adam dan baca sinopsis di belakang, aku rasa novel ini menarik untuk diterokai.
Novel Utusan Cinta Buat Adam ini ditulis oleh Myra Ameera. Secara ringkasnya, novel ini bertemakan keluarga dan percintaan. Naskhah ini berkisarkan tentang seorang perempuan yang berusia 30 tahun, sibuk mengejar cita-cita sehingga menjadi seorang doktor pakar, dan dalam masa yang sama, menginginkan sebuah perhubungan dan bertemu dengan jodoh 'kaki masjid' yang kebiasaannya, lelaki soleh. At this point aku ada bad impression. Bukan lah nak kata lelaki kaki masjid ini tak wujud, tapi... dalam dunia sekarang, stok-stok ini mungkin 1 dalam 100 mungkin?aku cuma nak ingatkan bahawa lelaki masjid juga berpotensi untuk berubah menjadi tidak baik.
Naskhah ini juga mengetengahkan keberanian Aireen untuk melamar lelaki yang dia rasa soleh dan bersesuaian dengan ciri-ciri idaman dia dengan menggunakan orang tengah. Aku tak dek objection, sebab sesiapa saja berhak menetapkan ciri ciri idaman baik lelaki dan perempuan. So, bertepatan sebagaimana firman Allah :
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." (An-Nur : 26)
Sebenarnya aku kagum dengan cara perincian penulis ini dalam menyelitkan sirah berkenaan perkahwinan nabi Muhammad S.A.W dan juga Saidatina Khadijah. Dan aku suka dengan watak Fazrin, kawan baik Aireen bila dia membidas dan mengingatkan Aireen tentang apa yang diimpikan dengan perubahan zaman.
"Jangan samakan kehidupan kita sekarang dengan kehidupan di zaman Rasulullah, Una. Jangan kau cuba untuk undurkan masa semata-mata menegakkan apa yang kau impikan. Manusia zaman sekarang banyak yang tersasar. Kita juga kadang kala terlalai."
Dari segi karakter beberapa watak dalam naskhah ini, aku rasa okay, acceptable. Dalam cerita ini, penulis ketengahkan konflik yang memang wujud dalam masyarakat kita. Pertama, konflik dalaman Aireen dalam membuat keputusan untuk melamar seorang lelaki. Dalam masyarakat kita, aku rasa perempuan melamar lelaki ini, benda yang masih belum boleh diterima secara terbuka dan meluas walaupun zaman dah maju, keterbukaan pemikiran juga meluas tapi bila berkaitan perkara-perkara sebegini, masih ada golongan yang belum boleh menerima.
Kedua, Aireen bukan sebagai cucu menantu pilihan. Struggle bagi seorang iIreen untuk menambat hati tok wan, Adam.
Sebelum konflik campur tangan manusia dengan menggunakan gangguan jin dan syaitan, penulis ada selitkan satu konflik utama yang buatkan hubungan Aireen dan Adam, mengalami satu perubahan drastik dan bagi aku penulis cuba jelaskan dengan cara mudah. Berkenaan gangguan jin dan syaitan, aku tiada masalah dengan konflik ini walaupun nampak cliche, tapi itu adalah realiti dalam masyarakat kita. Aku percaya hal sebegini wujud.
Keseluruhannya, naskhah ini sangat menarik kerana hampir kesemua konflik ini diolah dengan sangat kemas. perjalanan cerita yang tak draggy, fokus, dari bab ke bab ada kesinambungan, penyampaian mesejnya jelas dan ada sesuatu yang manis yang mengejutkan pembaca.
Cumanya, kalau diberi peluang untuk aku mengubah sedikit cerita di dalam naskhah ini, aku akan mengubah situasi berkaitan Liyana. Aku akan akhirkan perhubungan Liyana dan Aireen dengan hubungan persahabatan. Atleast, aku terfikirkan satu hubungan yang lebih baik.
Apa apa pun, ini sekadar revie, yang dibuat dari pandangan aku sendiri, selebihnya kalau nak tahu lebih, dapatkan UCBA segera. <3