Cik Isteri, Office Mate-nya & Encik Suami
Begitulah kesimpulan kisah untuk buku ini.
Sempoi tu memang sempoi, acap kali jugaklah aku duk sengih-senyum-gelak dengan dialog sempoi selamba watak-watak dalam ni.
Tapi dari segi jalan cerita dan konflik tu, hmmmmm.
Konflik macam takde konflik sangat pun. Sekadar duk pusing-pusing pasal plan jahat Cik Aida tu jerlah yg selalu gagal tu.
"Perempuan ni memang sial betullah!" — Cik Aida
"Karang tak pasal Cik Aida pula yang dapat sial. Tak dapat jadi ketua bahagian pun dikira sial juga, kan?" — Annisa
(Tak guna Annisa. Dasar mulut lepas betul. Tergelak aku masa ni.🤣🤣)
Dari segi jalan cerita, macam ayat first kat atas sekali tu. Banyak scene sembang-sembang, gosip-gosip antara Safia dengan member-member tempat kerja. Dah tu topik sembang pun duk pusing-pusing tang tu juga. Tak habis-habis pasal Encik Hud.
Yg buatkan buku ni jadi best sebab gaya olahan penulis yg sempoi, santai dan selamba tu lah. Memang lawak dan stress-free laa buku ni. Baca dalam dua hari pun dah boleh habis (ikutkan dalam satu hari saja pun sempat tapi aku banyak berhenti buat benda lain😌).
Dari segi watak, jujurnya watak Safia ni aku tak berkenan sangat. Emo sangat minah ni. Cepat naik marah. Pastu mulalah meroyan salahkan Hud selalu. Haha, sian Hud. Nasib laa dia tu Hud sayang, maka bersabar sajalah Hud mampu. Tapi kadang-kadang bertempik jugaklah Hud dibuatnya.🤣
Paling best sebenarnya watak Hud itu sendirilah. Gilalah Safia, memang bodoh betul dia tak hargai permata depan mata dulu sampai sanggup minta cerai. Dalam perkahwinan kedua mereka, Hud tu memang baik sangat-sangat. Paling aku kagum babak-babak masa Safia mengandung dan selepas Safia beranak. Hud jaga sungguh-sungguh Safia dengan tangan dia sendiri. Mandikan Safia, masakkan untuk Safia, semua dia buatkan tanpa berkira. Langsung dia tak merungut. Hmmm Hud ni antara contoh hero/suami yg betul-betul terbaik dalam membuktikan kasih sayangnya pada isteri. Bukan tahu nak menggatal saja, tapi effort dia jaga isteri tu memang ada.
Buku CIDES ni ada nilai pengajarannya tersendiri. Contoh paling jelas kisah perkahwinan pertama Hud-Safia yg gagal. Sebabnya? Tiada komunikasi yg baik antara mereka. Masing-masing pilih pendam rasa dalam hati. Sudahnya hubungan suami-isteri makin ke laut. Yg isteri perangai suka menengking-nengking, yg suami perangai rela tadah telinga saja tanpa jawab apa-apa. Tapi pada pandangan aku, memang banyak salah Safia laa. Sejenis perempuan emosional. Kalau tak, takdelah dia yg minta cerai, tinggalkan Hud.
Overall, best laa. Boleh layan. Kisah yg terlalu light conflict. Kalau nak naikkan mood yg hambar, boleh layan buku ni untuk naikkan semula mood tu jadi ceria.
"Ni apa?" — Safia
"Itu ikan tiga rasa." — Hud
'Tapi kenapa aku nampak macam ikan sepuluh rasa?'
"Yang ni?" — Safia
"Itu daging black pepper." — Hud
'Kenapa aku nampak macam daging ala-ala rentung?'
"Yang ni?" — Safia
"Yang itu sup sayur." — Hud
'Sup sayur? Tapi kenapa nampak macam sayur masak berenang saja?'