"Macam mana kalau saya terjatuh cinta kat dia?" ungkap Iman, serius.
Ketawa Zarith berderai, terbahak-bahak sehingga mengeluarkan air mata.
"Knowing you, I know akak takkan fall in love dengan orang macam Aleph. Kalau tak, ramai dah adik-adik kat Cairo dulu tu jadi kekasih akak," ketawa mereka pecah lagi. Menenggelamkan suasana bingit di kantin itu.
Iman tahu, Zarith hanya bergurau. Tapi, ada sisi kehidupan Iman yang berjaya disorok daripada Zarith.
Sisi gelap yang tak pernah dia kongsikan dengan sesiapa pun.
Muharikah or her real name is Nur Aisyah Zainordin is a medical physician pursuing her speciality in endocrinology. Her passions in writing poem and novels. Her books include non-fiction motivational books and medical fictions.
She graduated from University of Dundee and did her master in medicine in UiTM.
She was also founder of publishing house in Malaysia, Iman Publication and Iman Shoppe Bookstore.
Her works appears in radio IKIM and had won Anugerah Buku Negara 2019.
Saya akan cerita apa yang tak bagus pasal buku ni dulu. Pertama, buku ni sepatutnya jauuhhh lebih nipis. Publisher kelihatan cuba menipu pembaca dengan memberikan buku yang tebal seolah-olah isinya banyak tetapi jumlah perkataannya tidak terlalu banyak. Saya anggarkan dalam 30=40 ribu patah perkataan sahaja. So, memaksa buku ini menjadi tebal saya kira tidak lain hanyalah untuk memberikan pulangan yang lebih kepada penerbit. Itu saja. (Buku tebal-lebih mahal). Kedua, saya tidak mengharapkan penceritaan yang terlalu kompleks dan penuh saspen. Tetapi cerita yang diberikan penulis terlalu simple dan memaksa. Bahkan kalau dipotong scene-scene hospital yang terlalu teknikal, buku ini akan menjadi lebih nipis lagi. Ketiga, endingnya terlalu tergesa-gesa. Tiada emosi yang dapat dirasai. Sekali lagi, terlalu memaksa.
Ok, saya akan cerita yang bagus pula. Buku ini walaupun ada kekurangan-kekurangan yang ketara, saya rasa apa yang cuba disampaikan oleh penulis, sampai kepada pembaca: sebuah novel dakwah yang tackle isu LGBT. Saya suka pendekatan tidak menghukum oleh penulis, bahkan watak utama penulis sendiri pun seorang yang meminati jantina sejenis. Dan berbanding novel LGBT lain yang saya baca, novel ini (syukurlah) memberi jalan keluar daripada kemelut psikologi jantina ini. Iaitulah, penulis mengulang-ulang ayat yang mengatakan orientasi seksual songsang adalah ujian dari Allah dan sebagaimana ia datang dari Allah, penyelesaiannya juga hendaklah kembali kepada Allah. Susah? Memang susah. Sebab itu penulis berkali-kali menulis: the struggle is real. Untuk itu, saya beri buku ini 3 bintang. Teruskan usaha dakwah anda, wahai sang penulis.
Oh this book right here... is such a brave attempt to write.
It discusses about LGBTQ+ which is considered a hot topic these days.
I can say these people (characters involved) who work in the healthcare line... are really something. Does this happen in real life too? Does this occur widely? Well, can't say there's none for sure. There's always at least one in a bunch.
I just have issues (as usual) with the English grammatical errors. Editors, do your freaking job properly. And oh, this should've had lesser pages. Luckily I read this from elib, or else having a physical copy would've been a waste of money.
Buku yang mempunyai kupasan dan penyelesaian bagi masalah LGBT.. Buku yang boleh dibaca semua golongan.. Bahasa yang digunakan tidak ada yang keterlaluan.. Penceritaan yang disampaikan pun mudah difahami.. Penulis juga berjaya menekankan bahawa apa yang dilalui oleh golongan itu bukanlah sesuatu yang mudah.. Mereka jadi sebegitu juga bersebab, pendekatan dan sokongan untuk mengubah mereka sepatutnya diberi bukan menghukum mereka.. Penerangan mengenai pesakit HiV pun ada diselitkan.. Memang satu buku yang lain dari biasa..
RM30. Bullshit! Ketebalan misleading angkara saiz aksara, langkau baris serta halaman-halaman kosong. Rasa tertipu di situ.
Perlukah pakaian serta penampilan setiap satu watak dihurai terperinci? Ada kalanya sampai seperenggan penuh. Maklumat langsung tak berguna. Ditokok pula dengan jargon-jargon medik rambang yang dicampak sana sini. Pabila disebut, maka perlulah pula dihurai panjang lebar makna istilah. At the end of it all, tiada sumbangan pun kepada cerita. Merely filler.
Setiap kali ada adegan kecemasan di wad (banyak juga elemen ini), meleret-leret adegan yang menyusul. Penuh emosi dan dramatik. But who the hell bloody cares about those random characters. I am aware that the author happens to be a medical doctor. But this is ridiculous.
Is it just me or did anyone else got the impression that the whole story took place in a parallel universe where everyone is queer? Rata-rata watak berkecenderungan songsang digambarkan jelita dan segak. Oh, kecuali molester (of course). Molester satu-satunya watak hodoh. Gempal, kulit gelap dan perut boroi.
Bicara terbuka hal LGBT suatu yang agak berani. Kinda surprise Iman Publication buat buku macam ni. Sebab gelora nafsu serta aksi-aksi ghairah turut dihurai. Bila diselit hadis dan petikan al-Quran, OK kot…
Stigma novel yang mengangkat isu medikal dan juga LGBTQ dengan baik sekali. Saya tidak akan mendapat perihal medikal yang dinarasikan dengan begitu baik sekali oleh penulisnya daripada novel-novel Melayu yang lain. Kerana itulah kita memerlukan mereka yang berlatarbelakangkan bidang tertentu untuk menulis tentang pekerjaan mereka dengan baik sekali. Mereka lebih mengetahui. Sedikit sebanyak pembacaan yang saya dapati daripada buku ini membuka mata saya dan membuatkan saya melihat dunia ini dengan cara yang berbeza. Kita boleh berubah sekiranya kita sendiri memilih untuk berubah. Saya beri 4.85/5 bintang untuk novel ini.
Stop baca buku ni untuk waktu yang panjang, sebelum sambung semula pembacaan hari ni, dan habiskan bacaan hari ni. Satu sebab ialah, sebab takut dengan ke mana perjalanan buku ni, atau apa yang watak Iman tu telah hadapi. Tapi semua tu tak ada pun, overthinking saya je yang entah apa-apa.
Saya suka dengan bagaimana cara penyampaian tentang isu yang penuh stigma macam LGBTQ dan HIV oleh penulis, sangat informatif dan senang untuk difahami. Kurang konflik dan sangat realistik.
Hanya yang mengalami sahaja yang mengetahui bagaimana susah hendak melawan antara menurut kemahuan diri dan kepatuhan kepada ajaran Tuhan. Sebagai manusia, kita jangan terlalu cepat menghukum manusia-manusia yang struggle ni. Jika tidak dapat membantu, diam dan mendoakan itu lebih baik.
..
Tak dapat beri 5 ⭐ sebab ada beberapa dialog dan situasi yang agak kaku. Pada aku sebuah karya yang jujur dan terbuka dengan situasi sekarang yang mungkin ramai tidak ambil tahu kerana topik yang diketengahkan agak taboo.
Gelinya masa Dr. Aleph (perempuan) goda Dr. Iman (perempuan). Terkeluar "euwww" saya. . Suka novel ni. Saya percaya Muharikah tulis berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang doktor. Kesian pula saya dekat kisah Auntie berbangsa India yang terkena HIV melalui suaminya. Bila tak layan, suaminya akan pukul. Jadi isteri terpaksa layan. Suami pula degil dan bodoh tak nak makan ubat.
Buat pertama kali saya beli buku selepas dicadangkan oleh kawan saya tanpa membaca sebarang sinopsis atau ulasan daripada google/kawan. Entah kenapa hati saya terus tergerak untuk membeli novel karya daripada penulis yang tidak pernah saya dengar sebelum ini. Buku ini berkisarkan tentang kehidupan seorang Doktor yang mempunyai sejarah silam meminati kaum sejenis ( lesbian ). The struggle is real, kalimah yang acapkali diulang dalam novel ini menggambarkan doktor tersebut berjuang untuk melawan nafsu beliau daripada terjebak semula dengan kisah silam dan pada masa yang sama turut menasihati pesakit - pesakit beliau yang menghidap penyakit hubungan kelamin akibat melakukan hubungan sejenis. Susah, tak mudah, sukar. Itulah yang cuba dizahirkan oleh penulis bahawa perkara yang selama ini kita ingatkan mudah untuk dikawal, dinasihati atau berubah, sebenarnya tidak mudah sama sekali, hanya mereka yang mengalaminya sahaja faham dengan situasi tersebut.
Pengalaman pembaca sendiri mengendalikan kes - kes penyakit di hospital turut mengajar pembaca mengenali dan menyelami dengan lebih mendalam kehidupan seseorang yang kerap melakukan hubungan sejenis. Penyakit - penyakit pelik yang terjadi daripada melakukan hubungan sejenis ini merupakan balasan Allah tanpa kita sedari untuk menunjukkan murkanya Allah terhadap mereka LGBTQ, tetapi masih ramai lagi yang tidak sedar dosa yang mereka lakukan. Namun, bukanlah kita untuk menghukum mereka sebaliknya tariklah mereka keluar daripada kancah dosa dengan menjauhkan mereka daripada menggauli kawan yang mempunyai minat yang sama dan bawalah mereka mendekatkan diri dengan Allah dengan melakukan amal ibadah, mahupun anda seorang doktor, peniaga dan orang biasa.
What Is Kaposi’s Sarcoma?
Kaposi’s sarcoma (KS) is a form of cancer in which tumors with tiny blood vessels grow below the surface of your skin and in your mouth, nose, eyes, and anus. It can spread to your lungs, liver, stomach, intestines, and lymph nodes, the glands that help your body fight infection.
Kaposi’s Sarcoma Symptoms You could have a number of symptoms, depending on which parts of your body are affected by the disease.
Skin
The most visible signs of KS are lesions on your skin: flat, painless spots that are red or purple on light skin and bluish, brownish, or black on dark skin. Unlike bruises, they don't change color when you press on them. They aren't itchy, and they don't drain. They're not dangerous.
New spots may show up each week. For some people, these lesions change slowly. They may grow into raised bumps or merge together
There are four types:
Epidemic or AIDS-associated. This is the most common kind in the U.S. It affects people who have HIV. It’s known as an AIDS-defining illness because it’s on the CDC’s list of conditions that mean someone’s HIV infection has become AIDS. Classic . This type affects older men of Mediterranean, Middle Eastern, or Eastern European descent. Endemic. Children and young people from Africa get this kind of KS. Immunosuppressive. This kind affects people who have had organ transplants and take drugs that slow down their immune system.
Pertama sekali buku ini terlalu pendek, tulisannya terlalu besar dan ayatnya pendek2 juga, rasa macam mengah bila membaca. But hey, that's just my preference. Saya rasa semua watak boleh dikembangkan lagi dan backstory/kisah silam gelap dua watak utama itu boleh didetailkan lagi. Bagi saya ceritanya tidak mempunyai konflik/climax yang kelas, jadi pembacaannya terasa mendatar. Saya rasa saya lebih gemar jika bahasa melayu dan bahasa inggeris tidak dicampur begitu banyak, kerana terasa terlalu rojak. Tapi saya faham, gaya sebegini rasa begitu hampir kepada realiti dan mudah difahami, especially jika target audience buku ini adalah golongan muda. Saya dari background perubatan, jadi saya faham sangat semua technical terms yg digunakan dalam cerita tentang pesakit di hospital. Tapi saya bayangkan, orang awam mesti struggle nak faham semua term yg digunakan. Walaupun sesetengah term ada footnote utk definisi, tapi bagi saya tidak mencukupi. Rasa macam gaya bahasanya eksklusif utk orang2 perubatan sahaja.
Tapi, walaupun banyak kekurangan, buku ini turut mengangkat tema lgbt yg saya rasa tidak begitu 'preachy', 'judgy' atau condescending. Setiap orang yang kita kenali ada rahsia, ada kisah silam yang pahit yg tidak mahu dibuka. Setiap orang ada dosa atau aib yang kita tidak tahu. Orang biasa, orang berjaya, hatta orang yg nampak islami, org dakwah etc, ada struggle masing2. Struggle dalam bentuk sexual orientation. Attraction yang berlawanan dgn 'fitrah'. Penulis menegaskan beberapa kali bahawa attraction itu tidak salah, tp respond kita terhadap attraction itu yg salah. Namun, setiap orang masih punya peluang utk memperbaiki diri dan cuba utk berubah. Semuanya bergantung kepada diri. Mesej dalam buku ini juga jelas untuk orang lain yg mengenali atau berhadapan dgn golongan lgbt. Kita harus menyantuni mereka dengan hormat, tidak terlalu judgmental, sehingga mereka akan jadi lebih jauh dari kita. Ingatlah, siapa kita untuk menghukum.
P/s: ending dia sangat tidak realistik. But it's okay, I'll read the sequel, giving it a second chance huhu.
Aku rasa, penulis sangat berani membawa novel bertemakan - LGBTQ / pesakit HIV - dalam novel yg aku boleh kira Islamik lah sebab masih terdapat isi dakwah di dalamnya .
Aku tak minat sangat novel. Tapi aku baca novel ni sebab aku minat penulis dari jauh. Tapi apapun, novel ni sangat bagus.
Novel ini mengajar kita, sehebat manapun seseorang itu pada masa sekarang , ada individu yg terlalu struggle untuk keluar dari sisi gelap yg menghantui mereka . Aku yakin,apa yg diceritakan dalam novel, banyak yg berlaku dalam realiti. Dan aku yakin, orang seperti Iman dan Faris wujud di alam nyata. Sebaik mana pun terlihat dia, selabuh mana pun tudung yg dia pakai, struggle dalaman dia, tak ada yg tahu . Ya, tak ada yg tahu. Sebab itu aib diri . Baca novel ni buat aku terbayang wajah-wajah yg di depan kita seperti tak ada masalah, tp hanya Allah sahaja yg tahu struggle mereka. Punya kisah gelap yg terlalu pahit untuk ditelan, punya keluarga yg bermacam ragam, sampaikan aku sendiri rasa, betapa sesetengah dari kita sangat lah "take for granted" dengan tarbiyah yg kita ada . Terima kasih Muharikah untuk novel yg membuka mata ini. Dan terima kasih pemilik buku kerana izinkan meminjam . Semoga muharikah terus menerus menjadi Doktor yg merawat fizikal dan hati manusia dengan penulisan . #NovelStigma
Sebuah perjalanan yang dilalui oleh Iman Syahirah dalam menangani keinginan songsangnya. Kisah silam beliau ketika sekitar umur belasan tahun membuatkan beliau tidak mempunyai keinginan dan minat pada lelaki. Faris pula mengalami withdrawal symptom yang teruk sehingga tidak dapat fokus dalam urusan kerja harian beliau tatkala mengetahui 'pasangan'nya kerap meniduri lelaki lain.
Adakah Iman Syahirah dan Faris berjaya kembali pulang ke jalan yang diredai Allah dan lebih diberkati dalam lumrah berpasangan? Jawapannya ada di dalam novel ini. _____________________________________________________
Pembawaan topik yang agak berat untuk diketengahkan oleh penulis berkaitan hubungan sejenis dan penyakit berjangkit HIV. Tambahan pula komuniti LGBTQ+ ini sudah diiktiraf oleh beberapa organisasi dunia. Menjadikan kita sebagai seorang Muslim untuk mencegah penyakit tersebut dan membawa mereka ini kembali ke fitrah manusia yang asal itu semakin sukar.
Saya tertarik dengan penulisan dalam novel fiksyen ini berkaitan cara untuk mendidik dan menyedarkan golongan LGBTQ+. Penyampaian penulis tidak berbaur kecaman dan merendahkan mereka, tetapi ia lebih kepada sebuah pujukan dan teguran untuk mereka kembali ke jalan yang lebih diberkati Allah.
Pembinaan plot berkaitan kisah silam trauma Iman itu agak kurang 'rencahnya'. Mungkin dengan menambahkan beberapa bab lagi berkaitan kisah tersebut, dapat lagi pembaca faham mengapa Iman cenderung untuk melakukan hubungan songsang tersebut.
Akhir kalam, saya sangat syorkan untuk anda baca novel fiksyen ini!
Kisah sisi LGBTQ dari pandangan mata dan hati mereka. Jujur cakap,dunia semakin menakutkan bila melihat kewujudan mereka bercambah secara terang-terangan. Jujurnya dulu aku tak pernah kisah tapi selepas diri sendiri terkenal dengan lelaki yg aku sangkakan alim tetapi mengalami asexual atau most probably gay,aku jadi tersentak. Lelaki yg diajar agama dr kecil,sekolah agama,solatnya cukup,siap umrah berkali-kali tetapi diduga dengan sexual orientation yg ni,aku jadi tersentak.Allah,dunia sangat menakutkan. Bila baca yg ni,ya aku blh agak sebab dia jadi begitu. Moga Allah berikan hidayah dan bantu dia utk berubah.Amin !
Dan aku turut sedih buat natasya.Dia tidak bersalah ! Moga lelaki yg diduga begini,tidak main cuba-cuba utk menutup aib sendiri.pastikan diri benar-benar insaf dan berubah,sebelum mengambil keputusan utk berkahwin.Anda sangat kejam kalau menganggap perkahwinan sebagai lesen utk anda menutup kelemahan anda.
Sangat suka. ❤️ Sangat jatuh hati dengan cara yg tidak judgmental. Malah memberi solusi. Cara dakwah sebegini yg menjadikan pendakwah mudah diterima oleh mad'u (yg didakwah). Byk yg saya nak tulis tapi waktu terhad. InshaAllah kalau ada masa saya akan share ulasan saya di instagram: norsajidahzulkafli.
Setiap manusia ade sisi gelapnya sendiri. Benar tulisan penulis yang menyatakan hidup yang bergelomang dalam maksiat tidak akan kekal. Mgkin mnjadi syurga dunia namun bersedialah untuk dihukum di akhirat. Semoga aku juga diberikan hidayah untuk menjadi hambanya yang beriman.
Bought this book based on the synopsis about doctors that deal with HIV patients. I must say, this is a worthwhile book. A book that tells you about the struggles of LGBT. I often have discussions on how can LGBT change themselves. I feel them and I know to change seems impossible. This book answers it in such an open-minded way. I hope that this book reaches the LGBT audience, especially those who wants to change. This is the book for you.
Selesai saya membaca buku ini, terus dengan segera saya mencapai iPad dan Keyboard Logitech wireless saya untuk menulis resensi dan sedikit ulasan terhadap buku ini. Bukan apa, sudah banyak buku yang sudah selesai dibaca, tetapi kerap kali tidak sempat untuk menulis review seusai tamat membacanya. Kadang kala kerana writer’s block, kadang malas dan waktu yang lainnya memang tidak sempat untuk saya capai papan kekunci untuk menukilkan apa yang ada di fikiran. Kali ini, biar pun ada tugasan lain yang perlu disiapkan segera, saya prioritizekan untuk menulis agar apa sahaja yang sudah terbuku di jiwa dan terpendam di fikiran, tidak hilang begitu sahaja.
Baik. Biarpun saya sedikit ketinggalan, saya rasa tidak terlambat untuk membuat sedikit ulasan setakat mana yang mampu. Ini adalah novel pertama Dr. Aisyah (atau nama penanya, Muharikah) yang saya baca dari penulisan-penulisannya selain dari buku ‘Lagenda Budak Usrah’ dan artikel-artikel beliau yang boleh dijumpai di internet khususnya melalui blog beliau, muharikah.wordpress.com. Jujur saya katakan bahawa persembahan cerita yang terkandung di dalam buku ini telah ditulis oleh penulis dengan sangat baik dan engaging. Saya secara peribadi masih bertatih-tatih di dalam dunia pembacaan fiksyen ini, dan penulisan dari Muharikah ini telah berjaya membuatkan saya ‘terperangkap’ di dalam penceritaannya. Jarang sekali, saya dapat mengambil masa yang singkat untuk menghabiskan sebuah karya fiksyen dari kulit ke kulit lalu berakhir dengan renungan dan monolog yang mendalam. Mungkin kerana, jumlah perkataannya memang sedikit atas faktor editorial seperti saiz aksara dan langkau baris yang besar. Ada beberapa kritikan pembaca yang saya sempat baca berkait dengan hal ini di Goodreads. Menurut saya, selagi mana kandungannya sesuatu karya itu bagus serta susunan editorialnya tidak ‘menderhakai’ mata, maka tiada masalah bagi saya.
Novel dengan ketebalan lebih kurang 350 muka surat ini menyentuh tema yang berkait dengan kisah hidup beberapa watak yang mengalami ketertarikan seksual atau sexual attraction sesama jenis. Saya memilih untuk tidak menggunakan terma LGBTQ kerana isu berkait dengan Gender Identity atau Transgenderism tidak diketengahkan oleh penulis. Biarpun secara umumnya, temanya lebih kurang sama, tetapi saya lebih cenderung untuk berhati-hati di dalam menggunakan istilah-istilah ini untuk mengelak generalisasi dan salah faham dalam kalangan kita.
Beberapa bulan lalu, saya sempat membaca sebuah antologi penulisan dengan tema yang lebih kurang sama yang berjudul ‘Kisah Orang Kita : Penulisan LGBT oleh LGBT’ Ia hanya boleh diperolehi secara digital memandangkan topiknya yang sudah pasti, kontroversial, amat aneh sekali jika tidak diharamkan dan disita Kementerian Dalam Negeri (KDN). Saya sarankan (dengan saranan yang biasa-biasa sahaja) anda untuk membacanya, kerana ia membawa naratif langsung dari golongan Queer ini dalam konteks tanah air kita yang mungkin sedikit sebanyak dapat membuka mata kita di dalam memahami lebih lanjut permasalahan mereka. Memahami, tidak semestinya menerima. Saya pernah menulis ulasan terhadap ‘buku’ tersebut dan boleh dibaca dari laman sesawang Kalam Kehidupan.
Seperti yang telah saya sebutkan di atas, saya bukanlah penggemar dan pembaca tegar fiksyen. Jadi saya kira saya tidaklah layak untuk mengulas lanjut berkait dengan aspek-aspek penceritaan yang lain berkenaan novel ini seperti pembinaan watak, penyusunan plot dsb. Saya mengalakkan anda untuk membaca review rakan-rakan pembaca fiksyen lain yang saya yakin punya autoriti dan mutu ulasan yang jauh lebih baik.
Apa yang boleh saya katakan, penulis telah berhasil mengenengahkan central ideanya berkait dengan isu kekeliruan orientasi seksual ini dengan amat baik di dalam masa yang sama dapat mendidik para pembaca dengan beberapa terma dan proses medikal tertentu. Saya yakin dari perspektif penulis yang merupakan seorang ahli dalam bidang perubatan, tidak mudah baginya untuk menjelaskan istilah-istilah ‘jargon’ yang teknikal ini dengan gaya bahasa sebuah novel yang santai.
Saya aware dan sangat mengagumi usaha penulis yang turut juga membangkitkan elemen-elemen dakwah dengan pendekatan bertimbang-rasa yang diadunkan dengan isu tabu ini tanpa menggunakan ayat-ayat ‘sentap’ dan prejudis. Tidak mustahil, novel ‘Stigma’ berpeluang (dan mungkin telah pun) menjadi pintu keluar kepada mereka yang diuji dengan kekeliruan ketertarikan seksual dan kecenderungan romantik ini. Perlu saya tekankan bahawa ‘Nota Akhir’ penulis di penghujung novel ini adalah rumusan yang sangat crucial untuk direnungi dan ditekuni oleh para pembaca; biarpun anda seorang “straight” mahupun yang sebaliknya. Kata penulis,
“You are not alone in this struggle. And if you are not struggling, help someone who is… The struggle is real, but you can only change if you begin now.”
Muharikah
Tidak sabar untuk mencari peluang untuk memburu dan membaca sekuel kepada novel ‘Stigma’ ini.
Dalam buku ini, mungkin orang akan persoalkan harga dan font yang digunakan. Tetapi apa yang saya pandang is kreativiti dan masalah yang telah dikupaskan dalam hal hal yang sensitif. Dalam cerita ini jelas bukan hanya kita perlu stigma dalam satu masalah yang bergelumang dengan umat manusia.
Ye ada unsur dakwah. Cuma dalam cerita ini jelas menyatakan watak utama pun ada sejarahnya tersendiri. Jadi dalam cerita ini, bukan semua watak yang sempurna. Semua ada masalah masalah tertentu 🔥🔥. Tahniah Penulis 🔥🔥🔥
A book on LGBTQ. Highly recommended especially to those who wants to know & understand more about LGBTQ and the struggle of an individual with same-sex sexual orientation. Simple but very well-delivered 🤗
The novel storyline is a bit technical, banyak medical jargon used(with explanations). Personally I’m fine with it because coming from healthcare background it is very informative.
I like the way of the author creating awareness regarding taboo issues example lgbtq, hiv-aids, sexual issues which is actually very close to us today.
Otherwise I really enjoy the plot although the ending is a bit abruptly, but I’m fine with it and the author did a great job in focusing on the main issue and messages behind.
Dua kali saya pinjam buku ini daripada e-library @pnm_rasmi . Pertama tak sempat habiskan, tapi hati meronta-ronta ingin tahu apa yang nak disampaikan oleh penulis tentang topik besar yang diutarakan - LGBTQ. Pinjaman kali kedua, ada masalah nak loading tapi syukur akhirnya dapat habiskan bacaan.
Sungguh membuka mata bila membaca isu yang dibawakan oleh penulis dalam novel ini. Saya sedar yang kefahaman saya tentang isu LGBTQ sangat cetek sebelum ini. Saya suka monolog Iman dan Faris bagi memahami konflik dalam diri mereka dan their struggle to fight within.
Buku ini juga 'update' diri saya tentang treatment terkini untuk pesakit HIV, withdrawal syndrome dan jangan berputus asa. Catatan untuk istilah perubatan turut disediakan, sangat membantu pembaca seperti saya.
Saya juga sangat menghargai Nota Akhir oleh penulis di hujung bacaan, sangat bermanfaat sebagai action plan untuk mereka yang mengalami konflik diri ini atau sebagai orang sekeliling termasuklah saya sebagai ibu yang sedang membesarkan anak-anak. Tahniah buat penulis Dr @Muharikah seorang doktor yang juga menulis, memang salute habis.
‘Hidup mengikuti ajaran Allah adalah kehidupan yang lestari bahagianya. You have got to believe that.’
Stigma oleh Kakak Dr muharikah terbitan imanpublication 😉
First novel beliau. Cubaan pertama keluar dari kebiasaan karya-karya beliau sebelum ini.
Sangat sesuai dibaca dalam situasi Malaysia hari ini. Buku ini mengangkat tema LGBT melalui watak utama yang bernama Dr Iman.
Dr Iman (perempuan) memilih untuk berkhidmat di wad yang pesakitnya meghidapi penyakit seperti HIV dan seumpama dengannya. Tekad merawat pesakitnya bukan hanya pada fizikal tetapi cara fikir dan sikap.
Melalui novel ini, gaya hidup golongan Gay dan Lesbian tampak lebih jelas bagi saya. Sebelum ini hanya dengar-dengar, tapi bila baca, real lah benda ni. Beberapa kali tekejut dan kata seriuslah Kak Aisyah tulis benda ni. Haha (Again, masalah orang visual). .
Cover novel ni pun dah menjelaskan maksud stigma. Hee. Deep gitu. Isu kecelaruan gender hari ini perlu dipandang dari pelbagai aspek. Novel ini membawa kita merasakan 'the struggle is real' untuk mereka-mereka ini kembali ke jalan fitrah. Bukan tak tahu, tapi perlunya pemahaman dan sokongan tanpa henti dari kita-kita. Semakin mereka diperkecil, semakin susah untuk mereka berubah.
Bawalah hati yang penuh cinta, dengar dan fahamilah. Setiap kita pendosa yang mengharap ampunannya. Sebagaimana kita selalu berharap diberi peluang kedua, ketiga dan seterusnya, sebegitu juga orang-orang sekitar kita. 😉 Yuk ubah stigma. Selamat membaca!
Sesuai dengan namanya. novel ini lebih kepada menceritakan tentang, bagaimana masyarakat awam perlu mengubah stigma mereka kepada golongan LGBTQ.
Ia mengisahkan bagaimana seorang doktor muda bukan sahaja cuba merawat penyakit fizikal pesakitnya tetapi juga turut ingin membantu merawat penyakit jiwa dan perasaan yang terpesong.
Dengan memahami cerita-cerita mereka, kita akan dapat melihat sisi-sisi kesedihan mereka yang terpenjara oleh perasaan dan keinginan yang terpesong, dapat juga melihat sisi-sisi gigih mereka dalam melawan keinginan songsang.
Pendek kata, ini UJIAN besar buat diri mereka. Ya, UJIAN. Andai kata ujian sebegini Allah hadirkan dalam diri kita, agaknya mampukah kita sendiri menghadapinya? Semudah petik jarikah kita boleh berubah?
Isu LGBTQ yang di ketengahkan dalam novel ini sangat lah berjaya menarik minat saya untuk membaca, kerana LGBTQ ini adalah merupakan isu semasa dan masalah umat yang sangat tenat pada hari ini.
Ia berjaya membawa mesej dalam membuka minda masyarakat untuk MEMBANTU golongan LGBTQ untuk melakukan perubahan dalam diri mereka, bukannya menghukum dan berpaling dari mereka.
Tanggungjawab kita dalam meraikan mereka adalah bukan dengan mengiktiraf tetapi dengan membantu mereka keluar dari perasaan dan keinginan songsang ini.