SURI, FALAH, HAIKAL, INTAN, YASMIN, ERMA, FIRDAUS, PN FARIDAH, UST YUSOF, HJH HALILAH, HJ IDRIS, CIKGU MISRAH, HJ HUD, UDA SENAH, JULI, SYUIB, NAJWA, HISHAM, MUNAH
Sudah 7 tahun usia perkahwinan antara Suri dan Haikal. Suri adalah seorang guru manakala Haikal bekerja sebagai Auditor. Di kalangan rakan sekerja Suri dan saudara mara Suri, kesemuanya asyik bertanya bila mereka berdua akan menimang cahaya mata. Setiap kali 'kawan baik' Suri lambat keluar, Suri akan melakukan ujian. Namun kecewa yang kerap kali diterimanya. Haikal sudah lali dengan perangai Suri. Bagi Haikal tunggu sahaja, belum ada rezeki. Tapi bagi Suri, dia akan usaha sebaiknya. Cadangan mak mertuanya, Pn Faridah sudah diusulkan kepada Haikal. Tapi Haikal tidak setuju untuk mendapatkan anak melalui kaedah IVF. Dia rasa ego lelakinya tercabar.
Setelah tamat Master, Intan memohon pekerjaan sebagai pensyarah di salah sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Intan berjaya. Dikhabarkan kepada Suri. Tanpa fikir panjang, Suri mempelawa Intan tinggal di rumahnya. Pada awalnya, Intan menolak ajakan itu tapi setelah didesak, akhirnya Intan setuju. Hjh Halilah dan Pn Faridah tidak setuju. Persetujuan daripada Haikal membuatkan Suri berasa bahagia. Punyalah dia teman jika Haikal outstation. Kehadiran Luqman dalam hubungan Suri dan Haikal telah mewujudkan rasa tidak senang kepada Haikal. Terasa dirinya disisihkan oleh Suri. Luqman anak kepada abangnya, Hisham. Hisham bersama-sama dengan isterinya dan dua lagi anaknya mati kemalangan. Cuma Luqman yang terselamat walaupun tercampak keluar dari kereta.
Intan berasa cemburu dengan layanan yang dicurahakan oleh Haikal terhadap kakaknya. Tiap-tiap hari dia disajikan dengan kemesraan mereka berdua. Terdetik di dalam hati Intan untuk memiliki lelaki seperti Haikal. Hari demi hari dia tidak dapat menolak dan menyingkirkan perasaan sayangnya pada Haikal. Sanggup dia mengambil tugas Suri melayan Haikal di meja makan dan urusan lain berkaitan Haikal. Suri lebih mementingkan Luqman. Dia kepenatan menguruskan Luqman dan urusan rumah, membuatkan Haikal berasa sunyi. Intan memulakan misi menawan hati Haikal yang sunyi dek tidak dilayan oleh Suri. Tanpa sedar, Haikal mula jatuh cinta dengan Intan. Intan seronok kerana cinta dan sayangnya berbalas.
Hampir setahun hubungan mereka dirahsiakan, akhirnya ditangkap berkhalwat. Suri sanggup melepaskan Haikal demi Intan. Dia memfailkan cerai. Setelah seminggu bercerai, Suri disahkan mengandung 7minggu. Suri memohon penukaran ke Rompin. Di sana dia berkenalan dengan anak pengetua, Falah. Lelaki berusia 31 tahun yang memiliki bengkel kereta sendiri. Falah yang pada asalnya tunangan kepada Yasmin anak Hj Hud. Hj Hud yang melamar Falah. Pertunangan mereka yang hampir setahun diputuskan oleh Yasmin.
Falah meluahkan rasa hatinya pada Suri yang ketika ini sedang hamil 5 bulan. Pertemuan tanpa sengaja di antara Haikal dan kawannya Rafiq ketika di Universiti Malaya membawa Haikal bertemu dengan Suri. Haikal ingin memujuk Suri. Dia ingin rujuk semula setelah mendapat tahu bahawa Suri sedang hamilkan anaknya. Anak yang ditunggu-tunggu sejak 7 tahun. Suri menolak permintaan Haikal. Intan pula yang datang bertemu dengan Suri di sekolah. Mengugut supaya Suri tidak kembali kepada Haikal. Tidak lama setelah itu, Suri didatangi oleh Haikal bersama-sama dengan bekas ibu mertuanya, Pn Faridah. Memujuknya untuk menerima Haikal demi anak dalam kandungannya. Suri dengan tegas menjelaskan bahawa dia tidak akan bersatu semula dengan Haikal. Pada hari yang sama, Suri pengsan dan anak yang akan menjengah dunia sebulan kemudian meninggal di dalam kandungannya kerana lemas. Tekanan darah Suri tinggi menyebabkan anaknya tidak dapat diselamatkan.
Majlis Haikal dan Intan diuruskan sendiri oleh Intan. Acara akad nikah akan berlangsung dalam masa 3 minggu setelah Suri melahirkan anaknya. Suri berpantang di kampungnya. Namun belum habis pantang, dia meminta izin untuk pulang ke Rompin. Hampir 6 bulan usia perkahwinan Intan dan Haikal tapi masih belum ada tanda² yang Intan akan beranak. Pedas kata Pn Faridah terhadap Intan dan anaknya, Haikal. Setelah berkahwin terserlah sikap garang Intan. Intan yang suka melawan cakap Pn Faridah. Haikal reda kerana ini pilihannya. Intan bersikap defensive kerana semua orang menyalahkan dirinya penyebab rumah tangga kakaknya hancur. Ditambah dengan layan Pn Faridah dan sikap kakak sulungnya, Erma membuatkan Intan tidak mampu diam sahaja.
Sedih Haikal bila mereka berdua dapat tahu bahawa yang Suri telah berkahwin. Ralat hatinya bila melihat anak saudaranya, Luqman lebih rapat dan selesa bersama Falah berbanding diriya. Kejadian Intan dimasukkan ke hospital kerana fibroid telah menyatukan kembali hubungan Suri dan Intan. Haikal melihat Suri semakin berseri kerana sedang mengandungkan anak Falah. Haikal sudah reda yang dia kini memegang status adik ipar kepada Suri. Haikal melepaskan egonya dan bersetuju untuk mendapatkan khidmat rawatan moden dalam usaha dirinya dan Intan untuk memiliki anak sendiri.
Jalan cerita yang penuh dengan pengajaran.