Jump to ratings and reviews
Rate this book

Marry Me, Senorita

Rate this book
“Marry me, señorita.” - Isa Alejandro.

Tak habis-habis lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehingga gadis itu kusut dan serabut dibuatnya! Takkanlah nak terima lamaran lelaki yang baru dikenalinya tak sampai seminggu itu? Sudahlah lepas laku. Pengetahuan agama lelaki itu pulak boleh dikatakan zero!

Atuk dan nenda pun susah nak percaya yang cucu mereka mahu memilih gadis Muslimah seperti Sofiy sebagai bakal isteri.

“Lain pulak taste dia kali ni, abang….” - Engku Zaharah.

“Boleh percaya ke cucu bertuah awak tu nak kahwin dengan gadis begini?” - Engku Aziz.

Isa Alejandro hadir saat Sofiy Leia tidak mempunyai siapa-siapa dan berada dalam bahaya.

“Tak ke awak rasa pernikahan ini tak akan diberkati? Satu masa nanti awak akan tinggalkan saya, kan? Sebab awak tak cintakan saya. Perkahwinan sepatutnya menjadi satu ibadah. Kita harus ikhlas bernikah kerana Allah.” - Sofiy Leia.

“Berkat? Well, terus terang aku tak arif tentang itu. What I know, we’ll make a good pair and this is a win-win situation. Kau tolong aku dan aku tolong kau.” - Isa Alejandro.

Terpaksa atau rela? Itu bukan soalnya. Persoalannya sekarang, dapatkah perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhirnya? Sudahlah mereka berasal dari dunia yang yang terlalu jauh berbeza. Si perempuan Sepanyol celup, Rosa Arabella a.k.a Rosmina Sukardi pun turut sama menagih cinta Isa Alejandro. Belum lagi bercakap tentang mama dan papa Isa Alejandro yang sukakan pelakon ‘sendu’ tu.

Dalam kekusutan, ada gelora cinta yang semakin membahang. Namun, bahagianya cuma sementara. Badai yang melanda memisahkan dua jiwa yang sedang asyik dilamun asmara.

Namun, benarkah apa yang telah ditakdirkan untuk kita, akan tetap menjadi milik kita akhirnya?

“Now pandang sini dan bagitau abang yang Sofiy tak cintakan abang.” - Isa Alejandro.

“Benarlah garis waktu tak akan mampu menghapuskan rasa itu.” - Sofiy Leia.

Masihkah ada harapan untuk cinta mereka mekar semula?

715 pages, Paperback

Published April 1, 2019

130 people are currently reading
1041 people want to read

About the author

Suri Ryana

9 books387 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
143 (45%)
4 stars
90 (28%)
3 stars
47 (15%)
2 stars
17 (5%)
1 star
14 (4%)
Displaying 1 - 30 of 45 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,062 reviews380 followers
November 12, 2019
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

Sedikit mengecewakan.

Pada N, jika nak dibandingkan dengan novel-novel Suri Ryana yang sebelum ini, novel kali ini agak amateurish; baik dair segi watak mahupun jalan cerita. Ia hanya cerita yang biasa-biasa sahaja that I would expect from a newbie writer, bukannya dari seorang penulis yang telah berada agak lama dalam bidang ini.

I don't like any of the characters. But, the fact that Isa is a tennis player is somewhat interesting sebab N antara peminat sukan tennis. But the thrill stops there. Baik Isa mahu pun Sufiy, tidak mempunyai karakter yang menarik. Sebaliknya, kedua-duanya agak tidak matang dan apabila masuk bab bercinta...aduhaiiii... gelinya semacam. N setuju dengan pendapat seorang review di sini yang menyatakan terlalu banyak part 'I love you so much' that to me, it borderlines on being memualkan. N mengambil masa yang agak lama untuk habiskan novel ini sebab after beberapa bab, N dah rasa boring.

Admittedly, tidak semua novel Suri Ryana kena dengan selera N. But this has got to be the worst one yet.

Profile Image for Jannahniknur.
18 reviews6 followers
April 20, 2019
Kisah Isa Alejandro, si pemain tenis & Sofiy, gadis kampung yg dihalau oleh ibu saudaranya sendiri dan hampir diperangkap shbt baiknya sendiri. Mujur Isa bertindak sbgai penyelamat. Sejujurnya, sy paling suka karya penulis kali ini kerana ianya sedikit ‘berisi’. Mungkin juga kerana heronya yg kurang ego berbanding novel Suri sblum ini.

Didikan agama yg hampir tiada langsung dari org tuanya menyebabkan Isa tersasar dari landasan agama. Sangat tersentap bila tiba scene di mana ayah Isa menuangkan wain di hadapan anak & menantunya sendiri. Sedangkan Isa ketika itu sedang berusaha keras utk berubah. Mujur ada isteri yg sentiasa membimbing & memberi nasihat.

Semuanya smooth sehingga watak langau datang mengganggu rumahtangga Isa & Sofiy. It was like, eh macam tu je? Semua berlaku tiba2. Sofiy & Isa seperti sudah menemui jalan mati. Tiada pilihan. Adakah mereka perlu berkorban?

Overall, ianya bacaan yg ringan & santai. Walaupun tebal, ianya tidak meleret-leret dan tidak membosankan.
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
May 22, 2019
Ok done. To me cerita ni very straight to the point. Tak berat kepala otak hang nak fikir. Pasal rumah tangga Sofiy yang diuji akibat Sofiy jugak. (Tu la sape suruh taknak amik tahu. Tapi kalau Sofiy amik tahu, bapak nipis lah novel ni. Hehe).

**Level kemanisan tu tinggi jugak sampai aku terpaksa baca imbas lalu sebab manes sgt lah. (Kalau hang suka manes2, hang kena baca lah).
Profile Image for Wan rohani harun.
180 reviews6 followers
September 13, 2019
What can I say about this book? It was way way way too long.

It took 6 years to end the story in the book! I picked this book because I was influenced by the word senorita with me a big fan of shawn...

I regretted ever starting this book. Note to self: don’t ever watch the adaptation of this book should it ever been televised or filmed! Not even for remy ishak or mira filzah
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
June 12, 2019
MMS merupakan edisi terkini SR sempena PBKL 2019. Kali ni Suri bawak kita berjalan2 ke Spain pula. Cerita bermula bila pertemuan Sofiy Liea degan Isa Alejandro. Lelaki asing, wajah good looking apa kejadah dia buat di pekan kecil tu.. Haa.. Yg ni kena baca... Hujung cerita baru tahu.. Apa yg dia buat kat situ.

Agak dramatik bila Isa kenal siapa itu Tina. Agak cliche.. Tapi x mustahil dengan life style Isa yg macam tu dia boleh kenal Tina. Siapa Tina ni... Alahhh.. X kan nak lena cerita kot. Oklah Tina ni kawan baik si Sofiy. Kawan baik merangkap kawan sekampung, BFF, postmen, partner in crime... Ape lagi? Tapi disebabkan seorang lelaki.. Dia berdendam dengan Sofiy.

ML rasa.... Ini lah permulaan cerita ini sebenarnya. Mcm mana Sofiy bergelut bila kepercayaan diranap. Isa selaku penyelamat. Walaupun pd asalnya hanya sekadar mengambil kesempatan.. Tp ML yakin.. Takdir yg tertulis(dah nama pun novelkan) Isa dan Sofiy punya sebab utk ditemukan.. Chewahhhhh.. Hebat betol ayat ML.

Cerita ok.. Berjalan dengan baik. Namun... Sedikit meleret. ML tertanya juga.. Bilalah cerita ni nak habis... Bkn sebab bosan ya anak2. Ceritanya lebih dari separuh novel.. Conflict nya tak ada. Dan ML sedikit kecewa bila SR seperti tergesa sgt nak habiskan novel ini.. Sebab apa?.. Sebab.... 3 tahun kemudian... Dan... Lahai... Canggitu pulak jadinya....

Kalau menurut Sofiy.. Isa telah berkhawin dengan minah sepanyol celop tu.. Tapi x kan dia x nak tahu apa2 pasal pernikahan mereka... Ok.. X penting... Tapi... Lama jugak ya kawen.. Sampai setahun.. Hai Isa.. Puasa ke setahun tu... X percayalah ai...

Full Review

https://limauasam.blogspot.com/2019/0...
Profile Image for Izzati Aisyah.
265 reviews40 followers
June 12, 2019
Untuk novel Suri Ryana kali ni bagi aku takde part meleret dan membosankan. Penceritaan yang lancar dan buat aku tak sabar nak tahu ending. 😂 Tapi mengelat jugak belek ending lepas tu baca semula tempat yang terhenti tu (jarang aku buat perangai langkau ending terus ni) 😁

Selain daripada part sweet lovey-dovey, banyak info mengenai Islam di bumi Sepanyol yang diceritakan dalam MMS dan boleh recall balik belajar sejarah time sek dulu. Dan lagi satu part Isa Alejandro yang berusaha untuk berubah setelah lama terpesong daripada landasan agama. Susah jugak nak istiqamah pada mulanya tapi dia berjaya juga berubah. Aku fikir dia akan hanyut semula lepas dia terpaksa berpisah, tapi dalam masa 3 tahun tu dia manfaatkan sebaiknya. Tak suka betul watak langau si Rosa tu tapi nasiblah perwatakan annoying dia tu penulis tak ketengahkan kaw2. Sebab bila aku baca, dalam hati cakap 'eh gini je dia buat kat Isa & Sofiy.' Jahat tu memang jahat tapi sekejap je. Tapi kesian jugak dekat Sofiy, silap faham dia makan tahun jugak sebelum dia balik ke Malaysia tu 😥

Overall, bagi aku cerita ni santai dan penulis semakin matang dalam mengolah jalan cerita MMS ni. Bukan naskhah yang kosong. Ada ilmu yang boleh dikutip. Goodluck for your next novel Suri Ryana 😉
Profile Image for CrystalGrey.
145 reviews15 followers
April 12, 2019
So sweet
penulisan semakin matang dan berinformasi..
love Isa.. klau dah jodoh x kan kemana.
Rindu itu sgt menyakitkan
Profile Image for Susi Majid.
58 reviews24 followers
April 18, 2019
Jln cerita yg santai & sedikit sebanyak input ttg agama n sejarah islam
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
April 20, 2019
Tiba2 rasa kali ni tak umpphh like usual..
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews68 followers
July 10, 2019
[BOOK 111]

Marry Me, Senorita by Suri Ryana.
.

Rasanya, semua buku daripada SR memang manis leting. Same goes to this book.
.

Kisahnya, Sofiy Leia dihalau keluar daripada rumah mak longnya selepas kematian pak long. Parents Sofiy dah lama meninggal dunia. So, dalam proses melarikan diri tu la, dia terjumpa ngan Mr Sepanyol aka Isa Alejandro ni.
.

Pastu sekali lagi Isa selamatkan Sofiy daripada angkara Tina. Sebenarnya, 2 kali. So, sejak itu, Sofiy bersetuju untuk berkahwin dengan Isa. Kiranya win-win situation la. Isa selamatkan Sofiy, Sofiy pulak bantu Isa meraih semula kepercayaan atuk dan nenda Isa.
.

Tapi macam biasa, langau tu mesti ada. Si minah Sepanyol celup aka Rosa Arabella aka ex girlfriend Isa. Lagipun Rosa ni mendapat sokongan penuh parents Isa yang sememangnya jauh terpesong daripada ajaran Islam.
.

Yang aku suka dalam buku ni ialah bila SR selitkan ilmu tentang sejarah Islam di Andalusia.
.

Dan bagi aku, buku ni memang sweet. So kalau sukakan cerita yang manis, bolehlah baca.
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
April 11, 2022
Sweettt sgt…. Sweet yg blh buat diabetis la… pertemuan antara wanita kampung dgn superstar,atlet kebangsaan lg… suddently situation yg bertimpa2 jadi kat heroin mmbuatkan hero ni always jadi penyelamat die… smp la 1 situasi hero ask heroin to marry him sbb die tau atok and nenek die suka dgn prempuan melayu teakhir mcm heroin ni… dsbbkan no option left,she accept wlaupon xtau smp bila la hubungan diorg ni..

Hero ni jnis dah mmg biasa budaya barat so he try to change..mula2 kahwin die ingtkan blh angap heroin ni as roomate je tp die dah fall kat heroin ni..heroin ni mmg jnis blush je everytime kene usik.. when they finally together as husband and wife..byk la dugaan yg dtg… si rose tu mmg kejam la..she make isa to make a choice and end up heroin buatkan pilihan utknya…

Very nice reading…love the ending.. sbb akhirnye semua bahagia…
Profile Image for Liya71.
111 reviews15 followers
October 12, 2019
ps:review ni tiada kena mengena dengan cerita dalam novel, cuma cetusan rasa acik je.

Tajuk nya saja dah membuatkan acik rasa macam pelik benar, dah la acik ni belum minat lagi dengan cerita sepanyol, sebab tu la kali ni acik lambat sikit nak review buku Sury, sorry yeh sury. Walaubagaimanapun, jangan terpedaya dengan ayat di atas. Acik cuba juga pujuk hati acik untuk membelinya dekat kedai buku favourite acik iaitu POPULAR AEON Cheras Selatan, dah la dia bagi 20% diskaun masa tu, pula top chart. Hati terus makin cair....

Lepas baca dua tiga muka surat, terus acik tenggelam dan tak dapat keluar lagi dari buku ni, sampai ke catatan terakhir muka surat, dan senyum simpul, acik dengan hati yang puas, siap sharing dengan anak acik yang baru 14 tahun tu, dia dok ngata kat acik, ape lah baca buku sepanyol tu, mesti tak best, eh acik terus tempelak dia, ha baca la dua muka surat depan ni dulu, tengok macam mana...... tetiba dia baca dua tiga muka surat, terus dia rembat, dia kata buku ni dia punya, kalau umi nak baca sampai abis, pegi beli satu lagi.... arghhhhhh.... so, nak tak nak, demi sury, acik beli 2 buku yang sama huhuhuhu...
Profile Image for Rinna MY.
114 reviews12 followers
July 24, 2019
Seronok baca kisah Isa dan Sofiy.. Sweet leting couple nie.. Citer yg x berat.. iols suka x memberatkan kepala.. Baca susah nak letak.. Syg sungguh Isa ngan Sofiy.. Ada unsur agama dan diceritakan juga sejarah Islam di Sepanyol..
Hahaha x boleh belah minah sepanyol celup tu.. Rosmina Sukardi jadi Rosa Arabella ahakss..
Profile Image for Alieya Husna.
28 reviews2 followers
March 27, 2021

Tbh, I bought the book because I wanna read some cheesy things I guess ?

Saya tak suka cari penulis resolve the conflict dengan menyebabkan penceraian berlaku . Saya juga tak berapa gemar sebab kehilangan adik Isa ..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fatimah Manaf.
91 reviews6 followers
October 30, 2020
Kali ini #SuriRyana memaparkan 2 watak yang berbeza status dan latar belakang. Heronya atlet tennis kacukan Sepanyol manakala Heroinnya, gadis muda yatim piatu yang tiada arah tuju. Mereka bertemu tanpa sengaja. Kemudiannya Hero muncul di saat Heroin hampir dijerumuskan ke kancah dunia noda oleh sahabat baik, teman sepermainan Heroin. Atas dasar win win situation, Heroin sudi mengahwini Hero demi keselamatannya manakala Hero ingin mengambil hati Datuknya bagi membuktikan bahawa dia telah berubah dari kehidupannya yang bohemian.

Perkembangan ceritanya simple, aku suka cara hubungan mereka berkembang(tak terlalu over the top macam novelnya sebelum ini). Tapi macam biasa, setiap karyanya mesti ada dialog dan scene-scene over romantik yang buatkan aku nak pitam,but aku rasa #novelromantik memang mesti 'lebih', luar biasa dan membuai perasaan pembaca lah kan? Jadi, kiranya penulis berjayalah memenuhi kriteria genrenya.

Paparan persoalan dalam novel ni jelas sekitar perhubungan sesama keluarga, Suami isteri dan orang yang bukan mahram kita.Pada aku, kali ini Suri Ryana lebih memfokuskan kepada nilai Islam dalam amalan kehidupan manusia. Bagaimana sifat, sikap dan amalan seorang Islam akan lebih cantik apabila seseorang itu mempunyai sifat yang jujur, tidak gopoh, berfikir dengan rasional dan sanggup berkorban. Misalnya Heroin sanggup mengorbankan kebahagiaan dirinya demi mengenangkan kasih ibu Hero dan family mereka terhadap adik Hero. Tak semua orang cukup kuat, beriman dan adil untuk bersikap begitu.

Aku juga suka dengan paparan watak Heroinnya yang mempunyai development positif terhadap imej wanita Islam dan moden. Bermula dengan gadis Kampung biasa kemudiannya menjadi karier women. Jelas sekali kepentingan ilmu dan pendidikan dalam mengangkat martabat seorang wanita dalam masyarakat(sebelum ini dipandang rendah dan dianggap menumpang kesenangan Hero!) Cara Heroin membawa diri juga mencadangkan imej dan pembawaan diri seorang wanita yang ideal, walaupun mempunyai kerjaya, tidak semestinya wanita bebas bergaul tanpa batas. Hal ini yang sering diremehkan wanita kini hingga membawa kepada berlakunya skandal, kecurangan, penceraian Dan sebagainya.

Walaupun mereka berpisah, ternyata jodoh itu adalah ketentuan Tuhan. Mereka kembali bersatu dengan Hero dalam keadaan yang lebih baik dan menghampiri 'sempurna' untuk Heroin. Hero telah memperbaiki dirinya, mendalami agama dan berusaha menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim yang baik. Penghijrahan ke arah positif melibatkan Kedua-dua watak ini mengembalikan persoalan Islam yang sangat jelas dalam karya ini. Segala yang berlaku atas ketentuan Tuhan, Tuhan berkuasa membalikkan baik dan buruk manusia. Taubat, iman dan kekufuran itu mampu pergi dan datang di hati manusia bila-bila saja sekiranya telah ditakdirkan Tuhan itulah ujian buat seseorang itu.
Disarankan baca😉#fatimahmanaf#timahbacaapa #kakibaca #kakibuku #ulatbuku #malaysiamembaca
Profile Image for Ri Readers.
30 reviews19 followers
October 10, 2020
Marry me Senorita
Novel yg pada awalnya sda menarik minat dngn prtemuan Sofiy leia dan Isa Alejandro

Yg buat trtrik bila Isa ni tnya Sofiy mazhab aap dia guna ambil whuduk guna air hujan.. 😂,
Air hujan tu air mutlak! Isa Isa.. Nama hero dan heroin mmng unik. Ku suka.
Prkhwinn mmng sdikit trpksa tpi cara mereka layari bahtera yg mula serasi tdk mngmbil masa trllu Lama.
3 bulan mereka brsama tpi tahap kesweetan tu mcm mkan brthun pula. Haha, mngkin kerana trlmpau sweet.Puas hati.
Tapi best lah.
Dan konflik nya tak trlalu meleret krna disingkatkan. Ada juga rasa sakit hati kjap.
Sekejap sahaja.
Ujian datng dan bnyk mngjar Isa untk mnjdi seorng hamba dan pmmpin pada keluarganya dngn lbih baik.

Yg bgusnya heroin nya ni. Walau dia ni baik kelkuan nya. Dia tdk judge org yg serba kekurngn tntng agama. Dan tdk juga menegur random. Dia guna cara bertolak ansur. Bgi buku pada suaminya tu aku suka. Nmpk dia mnjga hati dan maruah suami.
Tahniah pnulis hasilkan karya ni. You do the best.
Dan yg buat ku suka dngn naskhah ni,ada sejarah Islam sikit tntng Kota Al Andalusia. Negara Sepanyol sbnrnya. Hihi. Best lah. Tmbh juga pengetahuan. Siap ada nama my crush yaitu.... Tariq bin Ziyad! Beliau yg brjyaa menaklukkan kota Andalusia.

Terima kasih pnulis krna hasilkan karya bgini.

Raya dia pun dh baca... Haha, lwklah Rosa masa part akhir. 😂😂😂Rosa Rosa.
Bezt
Profile Image for Naskylark.
66 reviews5 followers
September 23, 2019
Ambik masa yg agak lama utk habiskan. Bukan sbb tak best, tapi mungkin sbb takde konflik sangat, jadi kurang rasa ingin tahu dan cepat2 nak habiskan.

Bagi sy novel ni agak panjang tp konfliknya kurang. Dan banyak jugak ayat yg sy skip baca sbb too much luahan perasaan yg jiwang2. Maaf part tu tak kena dgn jiwa sy. Rasa mcm byk sgt ayat "i love u so much" dlm novel ni. Jadi kurang pulak manisnya bila terlalu kerap diucapkan.

Tp sy suka je watak2 nya. Isa Alejandro and Sufiy. Cuma terpisah sampai 3 tahun hanya sbb salah faham mcm tu rasa errrr...boleh je Isa jumpa terus Sufiy cerita apa dah jadi. Bukannya dia taktau Sufiy kat mana. Kalau Sufiy taknak jumpa dia pun, macam2 cara dia boleh guna utk sampaikan apa dah jadi. Kan dah rugi 3 tahun. Haiyaaa..
24 reviews1 follower
May 9, 2019
tahun lepas beli novel penulis. tapi disebabkan kemalasanku, ku tidak habis baca. cepat bosan sedikit. lepas tu takut nak baca novel ni tau. takut kecewa. Naklah jual sebelum baca. kawan sarankan baca dulu sebelum jual. kita pun baca.

pergh!!! hat ni memang bestlah!! hahahahahaha. santai sahaja ceritanya. terus tak jadi jual. 😂😂



3 reviews
April 15, 2019
Setuju dgn review lain d GR. Penulisan smakin matang.
Antara karya yg sy rasa trkesan kat hati.
Isu kurang didikan agama ini bkn bnda baru, tp ini antara kesan bila anak2 terabai .
Ada diselit nasihat dr segi agama mhupun nasihat kehidupan. Sy suka. Semoga karya akan dtg berisi mcm MMS.
1 review
April 19, 2019
terbaik. bila dah baca macam payah nak berhenti 😂 . bukan kisah cinta je..terselit juga kisah keluarga, kawan-kawan, sejarah islam di Sepanyol dan banyak lagi. kalau nak tahu lebih lagi kena baca novel sampai habis ya. Yang penting cerita tak meleret-leret tapi penuh dengan isi.

kak suri 👍👍👍💛
1 review
April 4, 2019
Buku yang awak tulis memang best saya pernah jumpa dengan awak masa dekat pwtc hari tu..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Siti.
1 review
April 23, 2019
mudah untuk dibaca selepas penat seharian bekerja. banyak sorotan sejarah silam diceritakan, banyak nilai-nilai murni diterapkan. semoga terus berjaya untuk novel seterusnya
Profile Image for Qamarina.
41 reviews5 followers
July 7, 2019
awal2 cerita plot nye best.. tapi bila dh kt tengah2.. dh terlalu romantic sgt n jadikn cerita agak mendatar.. tpi aapa2 pun cerita suri ryana tk pernah mengecewakan..
Displaying 1 - 30 of 45 reviews