[BOOK 8]
Checkmate by Rehan Makhtar.
.
Suka!
.
"Macam mana sakit sekalipun, macam mana terluka sekalipun, Ris kena ada dengan abang. Abang takkan lepaskan Ris pergi walaupun waktu itu Ris benci dan menderita kerana abang. Hingga hembusan terakhir nafasmu, Arissara".
.
hahahaha...aku rasa tarikan utama aku nak baca novel ni ialah watak Han yang gila, protective, dominant, obsessive, eh tak tahu la nak describe macam mana. Nasib baik ni watak hero dalam novel. Kalau watak realiti, ada juga dah kena report polis sebab psycho.
.
Ni ialah antara novel wishlist aku yang memang aku suka la. Tapi tak semua suka kot novel ni. haha. sebab watak heronya yang kurang sabar, degil, kalau dia nak, dia akan make sure dia dapat, sama ada cara baik atau jahat. Dan watak heroinnya yang baik terlampau.
.
Han yang setia, dikecewakan oleh Nash yang memilih untuk bersama Harith, sepupu ataupun juga keluarga angkat Han.
.
Dan Han yang terlalu cintakan Nash, memilih untuk menyakiti Nash dengan cara mendekati adiknya iaitu Arissara.
.
Arissara yang comel, polos, dan ikhlas membahagiakan orang lain, akhirnya jatuh cinta pada Han. Weh, kalau aku pun, aku akan jatuh cinta pada Han. Han yang sentiasa ada bila Ris dalam ketakutan. Han yang expressive. Han yang protective. Dan logik juga untuk Han akhirnya jatuh cinta pada Ris tanpa dia sedar. Ris yang terima kisah silam Han tanpa sebarang persoalan. Ris yang tak pernah kisah sama ada rambut Han panjang atau pendek. Ris yang memberikan rasa tenang buat Han.
.
"Suatu hari nanti, andai abang lukakan Ris, abang tak harap Ris maafkan abang. Tapi jangan pergi".
.
Dan kerana dendam Han terhadap Nash dan Harith, Ris yang menjadi mangsanya. Ris yang bubbly, happy go lucky mula menjadi murung. Dan kerana sayangnya pada Han dan Nash, Ris rela meletakkan semua kesalahan di bahunya, sehinggakan ibu bapanya sendiri meminggirkannya.
.
"Dia hanyalah seorang Arissara. Tak akan dapat menjadi Anashuha"
.
Aku suka plot bila Nash sendiri yang minta Han betulkan keadaan. Sebab Nash sedar, yang Han cintakan bukan dia, tapi Ris. Bagaimanakah Han cuba memujuk Ris?
.
Macam yang aku cakap tadi, aku suka karakter Han yang degil ni. Sangat berlawanan dengan kawannya Nel (hero dalam Sugar). Nel tu punyalah lembut, mengalah kepada takdir setelah berusaha. Han ni pulak jenis, takkan mengalah, dia akan make sure dia dapat apa yang dia nak. Dia punya level gila tu siap panjat bilik Ris, siap paksa Ris kahwin dengan dia kat Siam. hahaha.
.
Satu lagi aku suka, maybe sebab perbezaan umur dorang. 10 tahun. Macam comel je.
.
oh ya, aku rasa point penting dalam novel ni ialah, sebagai ibu bapa, jangan lebihkan seorang anak berbanding yang lain. Dan itulah yang Dian rasa. Itu juga yang Han rasa, yang menjadikan dia seperti sekarang.