[eBOOK 85]
Aku Kan Ada by Akyelrahim.
.
"Yah, lepas ni jangan simpan sorang-sorang tau, aku kan ada."
.
"Lid, terima kasih. Sebab selalu ada."
.
Ada orang cakap, buku ni ialah a comfort book. Betullah kot. Sebabnya, dari awal buku, sampai ke hujung, bukan mata je yang berair, tapi hati pun kebasahan.
.
Ni cerita tentang Khalid Al Walid dan Siti Sabariah.
.
Mereka berdua ni kawan sejak lahir. Bak kata mereka, BFF sejak 3 keturunan, dari zaman tok nenek, mak dorang dan mereka berdua.
.
Tabahnya seorang Yah bila ayahnya sendiri tidak pedulikan dia dan adiknya, Cah sejak ayahnya kahwin lain. Cah, budak sekolah menengah, budak lembam, dihalau keluar dari rumah ayahnya, tinggal seorang diri di rumah pusaka sebab Yah di universiti, kerja petik cili waktu hujung minggu, dapatlah RM10 untuk beli telur dan beras. Dan ayah tu jugak la yang selalu curi stok makanan dalam rumah mereka untuk dibawa pulang ke rumah isterinya. Dan Yah jugalah yang pulang ke rumah untuk melihat adiknya terlantar sakit, dan maknya yang sudah sejuk kebiruan, meninggal dunia.
.
Lid, seorang anak muda yang nakal, tapi rajin berusaha. Waktu kecil, selalu duk gaduh dengan Yah sebab dia dengki apabila mak abahnya selalu kasi baju, mainannya kepada Yah. Ye la, anak tunggal, mana biasa berkongsi. Bila dah besar, dia la yang selalu ada dengan Yah. Dan Lid ni selalu mengusik Yah. Memang rasa nak lempang je bila dia duk puji diri sendiri handsome dan budiman. Bila Yah tak setuju, mulalah dia cakap yang, Yah bukan jauhari. Sebab tu, tak kenal manikam. hahaha
.
Sehinggalah satu hari, Lid confess yang dia suka Yah. Tapi Yah tak setuju dengan alasan Lid tak faham dia. Tapi bak kata Lid, dia takkan berundur.
.
"Sorry, sebab aku langsung tak alert dengan apa yang kau rasa".
"Sorry, sebab tak tahu kau pun reti sakit. Aku ingat kau okay, sebab kau tak pernah tunjuk kau penat."
"Sorry, sebab langsung tak pernah terfikir kau cuma ada mak abah aku ganti arwah mak kau."
"Sorry, sebab selalu selfish."
.
"Yah, dengar. Aku cakap sekali je, tak ada ulang. Kalau kau takut satu hari nanti aku dah tak sayang kau. Kalau kau takut satu hari nanti kau dah tak boleh tumpang kasih dekat mak abah aku. Kalau satu hari nanti kau takut kita dah tak boleh berkawan macam sekarang. Kalau kau takut satu hari nanti kau hilang satu lagi keluarga. Aku janji Yah, aku janji semua tu takkan terjadi. Aku akan sentiasa ada untuk kau. Mak abah aku akan sentiasa jadi orang tua kau."
.
"First love anak perempuan tu, ayah. Aku tahu kau ada fantasi ni. Kalau kau tak pernah rasa macam mana. Aku janji, untuk jadi first love kau, untuk jadi first love anak kita kalau Allah izinkan. Kahwin dengan aku. Biar aku jaga kau."
.
Dan akhirnya, mereka kahwin. hahah..nak baca ayat sweet lepas kahwin, memang takde la sebab dua ketul ni jenis sengal. Mula la, Lid duk cakap yang Yah tidur buas, Yah pulak cakap, Lid berdengkur kuat. haha
.
Buku ni, sesuai untuk semua golongan sebenarnya. watak utama dalam awal 20-an, selalu usik mengusik dengan lawak bodoh dorang, tapi surprisingly, aku terhibur dan tak rasa cringe.
.
Tapi, cerita best sebab dalam bodoh-bodoh aku gelak pun, aku boleh nangis sebab Lid pun nangis mengenang kesusahan Yah. Cerita ni membuka mata aku tentang seorang perempuan perlu memilih suami yang tepat untuk dijadikan ayah kepada anak-anak. Dan ibu bapa yang bagus la, yang mencorak kehidupan anak, sebagus Lid ni. Aku suka Lid yang sentiasa sembunyikan kebaikan dia. Semua benda baik yang dia buat, dia cakap, mak yang suruh, mak yang belikan, semua mak. Sampaikan mak dia terpinga-pinga bila orang asyik duk ucap terima kasih je.
.
Watak biadap seperti Murad tu, memang sentiasa wujud. Tapi watak baik, lagi ramai. Oh ya, cerita ni sepenuhnya di kampung. Dorang dating pun, di kawasan paya. haha
.
Good job, dear writer! Tahniah untuk buku baru jugak.