Jump to ratings and reviews
Rate this book

Isteri Bersyarat

Rate this book
Bunga Cinta Airis, seorang pemilik nama yang sangat cantik dan indah tapi tidak secantik orangnya. Bunga memiliki tubuh badan yang gempal dan selalu menjadi usikan teman-teman. Dia tidak kisah, bahkan dirinya berbangga mempunyai nama yang unik.
Dilahirkan dalam sebuah keluarga besar dan merupakan satu-satunya anak perempuan menyebabkan Bunga sering dimanjakan. Kematian ibunya ketika dilahirkan membuat Bunga hanya mendapat kasih sayang daripada abang-abang dan juga ayahnya.
"Kau dah lupalah tu kan ayah dah tetapkan syarat kalau kau tak kahwin kita orang semua ni tak boleh kahwin tau tak!" Abang Long
"Doakanlah banyak-banyak Bunga cepat dapat jodoh” - Bunga
Pertemuan buat pertama kali antara Bunga dengan Tengku Darwish memutikkan rasa cinta pandang pertama. Perasaan cinta yang hadir cuba dilenyapkan tatkala menyedari lelaki tersebut memegang status suami kepada seorang wanita lain.
"Ten...Tengku!" - Bunga
"Tak sangka kecilnya dunia ni sebab kita boleh berjumpa semula. Nice to meet you Cinta". – Tengku Darwish
Tanpa diduga, Bunga telah ditawarkan akan sesuatu perkara oleh Tengku Haleena yang langsung tidak pernah disangka dengan satu tujuan dan matlamat. Semuanya gara-gara Tengku Haleena yang melihat Bunga sebagai seseorang yang layak atas perkara tersebut.
"Syaratnya mudah. Pertama kau kena kahwin dengan Tengku Darwish. Kedua kau tak boleh jatuh cinta dengan dia. Ketiga kau kena lahirkan zuriat dia. Keempat selepas anak tu lahir kau kena serahkan pada aku dan Tengku Darwish. Akhir sekali kau kena bersedia untuk diceraikan". -Tengku Haleena.
"Terima kasih Tengku dan rasanya saya tak boleh nak ikut syarat-syarat yang Tengku bagi tu. Rasanya ada baik Tengku cari perempuan lain untuk ikut syarat-syarat Tengku tu". Bunga
Perancangan yang diatur Tengku Haleena tidak semudah yang dijangka dan perlu berdepan dengan cabaran bila ada orang lain juga turut ingin mencapai tujuan yang sama.
"I nak you hapuskan perempuan tu dari muka bumi ni. I tak nak dia muncul dalam hidup Darwish semula". Lelaki misteri
Berjayakah Tengku Darwish mencapai matlamatnya? Siapa pula yang berdendam dengannya? Adakah Bunga menyanggupi tawaran tersebut? Benarkah rasa cinta boleh diatur?
Ini kisah yang penuh misteri dan motif serta dendam. Kisah yang penuh dengan kejutan dan aksi! Juga, kisah ini punyai rasa yang bervariasi. Nak tahu? Bacalah. Semuanya bakal akan terjawab nanti.

Paperback

Published July 1, 2020

2 people are currently reading
10 people want to read

About the author

Farra Farisha

14 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (50%)
4 stars
1 (25%)
3 stars
1 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Eyd1410.
839 reviews22 followers
April 24, 2022
Kerana 'Isteri Bersyarat' mereka disatukan. Kerana 'Isteri Bersyarat' rasa kasih dan cinta seorang Bunga terus mengalir. Dan kerana 'Isteri Bersyarat' juga cinta Tengku Darwish mula hadir pada Bunga walaupun pada awal ikatan itu nampak kejam tapi ada kebahagiaan di akhirnya.

First time saya baca tulisan dari Farra Farisya. Beli secara random utk mendapatkan free shipping dari shopee. Tapi tak sangka, ianya sangat berbaloi utk dibaca dan dimiliki. Highly recommended👍

IB mengisahkan tentang Bunga Cinta Airis yg berbadan agak comel namun punya kecantikkannya yg tersendiri. Dengan tubuh badan sebegitu, dia sering dibuli oleh abang2nya walau abang2nya sangat kasihkan Bunga sehingga mereka mengawal ketat pergerakan adiknya itu. Ermm part menjaga dan bertanggungjawab tu saya dah suka. Tapi part membuli dan king control tu sgt lah annoying abg2 si Bunga ni. Memang 6 jahanam sangat!!!

Kerana cinta yg tersalah alamat, Bunga menerima  permintaan Tengku Harleena utk mengahwini suaminya sendiri iaitu Tengku Darwish. Kerana desakan kewangan jugalah yg menjadi sebab Bunga terpaksa akur dgn perkahwinan tersebut walau terpaksa patuh dgn syarat2 yg tak masuk akal.

Maka bermulalah segala cerita pahit maung seorang Bunga yg terpaksa merahsiakan perkahwinannya, dihina, dibuang oleh suami sendiri dan juga keluarga sehinggalah dia diculik dan diberi bantuan keselamatan oleh Tengku Ziyad. Hidup Bunga disamping Darwish tidaklah sekejam mana. Mereka bahagia. Sangat bahagia. Cuma kerana fitnah dan hasad dengki orang terdekat, mereka terpisah dgn kejamnya.

Rentetan dari situlah bermulanya pelbagai peristiwa berdarah. Kerana dendam, adik beradik berbunuhan walau adik itu bukan target utama pembunuhan. Sangat kasihan dgn nasib Bunga. Tapi tabik spring pada Bunga. Walau nmpk senang dibuli tetapi dia tetap boleh survive dari kecelakaan yg menghurungi hidup Bunga dan anak2nya.

Dipenghujungnya Bunga tetap dapat mengecap bahagia. Cuma sedih bila kenangkan nasib Tengku Ziyad😭. Sangat2 beruntung Bunga yg mendapatkan cinta dari Ziyad dan juga Darwish. Dua2 ada kelebihan sendiri. Tapi kalau diberi pilihan, saya mahu masuk team Ziyad💪 walaupun nasib Ziyad ditakdirkan sebegitu.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
October 19, 2023
First time saya baca novel Farra Farisha. Permulaan cerita dah buat saya teruja dan saya suka dengan jalan cerita yang mengenali sebahagian makna hidup dan kasih sayang serta pengorbanan.
Bunga Cinta Airis sanggup kahwin di sempadan dengan Tengku Darwish Iskandar tanpa pengetahuan keluarga demi duit RM100 ribu untuk rawatan ayah Bunga yang sedang sakit.
Menjadi madu pada Tengku Haleena membawa banyak masalah pada Bunga padahal Haleena yang pilih Bunga untuk jadi isteri kedua Darwish.
Belum pun kahwin lama, Bunga diceraikan Darwish dengan talak tiga selepas Haleena menabur fitnah. Keluarga tercinta pun pulaukan Bunga kerana mereka malu Bunga mengandungkan anak luar nikah.
Nasib baik ada Tengku Ziyyad yang menjaga kebajikan Bunga. Selepas bersalin, Ziyyad melamar Bunga.
Saya suka dengan plot twist dua watak antagonis, Zafrul dan Haleena. Abang-abang Bunga yang digelar enam jahanam juga mencuit hati saya.
Keseluruhan jalan cerita dan isi cerita yang bertemakan kekeluargaan ini agak menarik. Ada sesetengah bahagian meleret-leret dan kisahnya ada yang berulang-ulang tapi masih lagi okey.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews