“Am nak perkahwinan ni tetap berlangsung. Mia akan ganti Nisrina jadi pengantin perempuan.” – SYED AMSYAR
Tiada pilihan lain. MIA RAIHANAH terpaksa mengikut arahan orang tuanya demi menutup malu. Adiknya, NISRINA, menghilang entah ke mana sedangkan lagi dua minggu lagi bakal diijabkabulkan dengan SYED AMSYAR.
Bermulalah kehidupan rumah tangga bidan terjun antara MIA dan juga SYED AMSYAR. Awal-awal lagi dia diberi amaran oleh sang suami agar tidak bermimpi indah. Jika mencintai jangan mengharapkan balasan. MIA akur dengan arahan SYED AMSYAR. Sedar siapa dirinya di sisi lelaki itu. Bagaimana mungkin dia tidak mencintai suaminya sendiri pabila cinta itu hadir sebelum mereka diijabkabulkan.
“Aku dah balik. Kau boleh berhambus dari hidup dia.” NISRINA.
Sangka MIA, dengan kemunculan NISRINA, dia akan diceraikan. Namun SYED AMSYAR enggan menjatuhkan talak. Dia tahu yang perkahwinan mereka hanyalah alat lelaki itu untuk membalas dendam terhadap adiknya.
MIA dituduh pentingkan diri sendiri oleh kedua-dua orang tuanya kerana keengganan SYED AMSYAR menceraikannya. Puas dia merayu lelaki itu agar diceraikan namun suaminya tetap tidak mahu menjatuhkan talak.
“Saya tahu Tuan Syed bencikan saya. Tapi, tolong jangan hukum saya atas kesalahan orang lain. Saya kahwin dengan Tuan Syed sebab nak mama dengan papa saya sayang saya. Tapi akhirnya saya dituduh anak derhaka, pentingkan diri sendiri kerana merampas kebahagiaan adik saya. Saya rayu Tuan Syed, tolong ceraikan saya.” – MIA RAIHANAH
SYED AMSYAR tetap enggan menjatuhkan talak. Apakah benar tiada cinta di hati lelaki itu buat isterinya? Adakah benar dia enggan menceraikan isterinya hanya kerana dendam? Bagaimana pengakhiran hubungan mereka bertiga?
akak ada pesan dengan seorang yang tanya akak, buku penulis mana yang nak dibaca kalau nak belajar menulis? maksud dia, yang boleh dijadikan contoh. yang cara penyampaian santai tapi cukup segala rempah ratus. akak cadangkan puan penulis ini.
siapa yang biasa dengan karya puan penulis ini pasti tahu cara, lenggok olahan juga penyampaian yang pada zahir baca macam biasa aje tapi, kalau ditekuni, sungguh banyak info dan ilmu yang disampaikan.
tajuk si fueras mia - if you were mine. memanglah bahasa lain. walaupun bagi akak yang lebih cenderung memilih penggunaan bahasa melayu, tapi tak salah mana pun, sebab penulis memilih dialog yang menjadi penguat kisah ini. plot dan babak yang dibina bagi akak, menggunakan ayat ini sebagai asas.
mia, si kakak yang ditidakkan hak oleh ibu bapa sendiri berbanding dengan nisrina yang apa saja pun boleh. hinggakan nisrina lari sewaktu hampir dengan tarikh perkahwinan pun, papa dia buat tak tahu. boleh selamba suruh dia jadi galang ganti.
bagi syed amsyar, mia harus menanggung salah si adik. awalnya macam tu la. tapi makin lama kenal mia, amsyar tertanya kenapa nisrina banyak menipu perihal kakak kandung sendiri? tambah mentuanya pun serupa.
lebih pada kisah ibu bapa bagi akak sebenarnya. corak yang mereka lakar pada kain putih si anak dari lahir, yang kemudian terus hingga dewasa. itu yang awak tanam, itulah yang awak tuai.
cuma memang gerak juga sebab dalam bijak pandai si mia ni, dia boleh 'membenarkan' kezaliman ibu sendiri. haa... kena bacala kalau nak tahu apa dia.
amsyar ni bijak. walaupun ada sedikit menjengkelkan perangai dia. tapi sifat dia yang tidak melulu pada pendengaran dan penglihatan. itu yang bagus. bukan jenis main terima apa cakap orang, fitnah, mengadu domba. selidik sendiri dan kemudian tak melulu buat keputusan.
bagus kan?
keseluruhan sebuah kisah yang memang best.
impian suami isteri? pasti kekal hingga jannah, kan?
Bacaan santai. 1 malam dah boleh habis. Cerita klise, kahwin dengan lelaki yang tak cinta dia, lepas tu jadi cinta. Biasa la tu. Tapi cerita masih menarik.
Best sangat novel ni. Kena dengan citarasa saya. Permulaan cerita saja dah buat saya teruja dan tak sabar nak tahu kisah selanjutnya. Bertahun menyulam cinta tapi dua minggu sebelum majlis kahwin, Nisrina menghilangkan diri. Syed Amsyar, tunang Nisrina tidak fikir panjang untuk teruskan perkahwinan demi kepentingan dirinya sendiri dan juga demi maruah keluarga. Mia Raihanah dipaksa menggantikan tempat adiknya kalau tidak mahu dianggap anak derhaka oleh Encik Kamal dan Puan Fadilah, mama dan papanya. Amsyar dan Mia tidak seperti pasangan pengantin yang berkahwin atas dasar cinta. Bagaimanapun, Amsyar tidak abaikan Mia walaupun Amsyar masih marahkan Nisrina kerana malukan Amsyar sekeluarga. Beberapa bulan kemudian, Nisrina muncul kembali dan desak Mia untuk minta cerai kerana Nisrina masih sayangkan Am dan nak kahwin dengan Am. Nisrina tergamak cuba bunuh Mia dan tabur fitnah ke atas kakaknya asalkan tujuannya tercapai. Encik Kamal dan Puan Fadilah seperti biasa akan selalu menangkan Nisrina. Saya suka dengan plot twist kehidupan sebenar Mia bila semua orang kata Mia perempuan kampung yang tak punya sijil SPM. Saya suka dengan Puan Sri Khaleeda dan Sharifah Aryana. Mereka adalah stok mak mentua dan kakak ipar baik-baik. Tidak lupa juga adegan lucu Liam yang mencuit hati termasuk bila Liam digelar jantan bengkok oleh Amsyar. Garapan dan olahan penulis kali ini dengan penggunaan bahasa yang mudah faham buat keseluruhan jalan cerita dan isi ceritanya sangat menarik. Tidak ada isu yang tergantung sepi. Terima kasih penulis untuk naskhah yang cukup rencahnya. Saya sangat recommend novel ini buat pembaca semua.
Best juga baca. Light read juga imo. Habis in 1 sitting. Cumanya:
1. Tak faham kenapa Amsyar senyap 2 tahun lepas isu N tu nak bunuh diri. Go explain yourself ASAP la. Tak faham kenapa still prioritize si N banding Mia. Faham je dia nak tolong N, but still explain and prioritize your wife
2. Confused juga apa yg dorong the parents utk mula syg Mia after that incident. Even incident bunuh diri pun diorg still prioritize si N?? Then, tiba2 rindu n terlebih prihatin??
Tapi best sbb at least Amsyar layan n jaga juga Mia lepas kahwin. Mkn masa sikit, but tak seteruk novel kahwin paksa yg lain. Tak mcm typical kahwin paksa yg mmg buat perangai; maki2, keluar juga dgn girl lain, gantung x bertali or tk bg nafkah langsung. 👍🏻