Jump to ratings and reviews
Rate this book

PLATFORM

Rate this book
Bagi Alfi, platform stesen tren hanyalah sebuah persinggahan sementara sebelum meneruskan perjalanan. Namun tiada siapa yang menyangka, ruang Platform 4 di sebuah stesen bawah tanah di tengah-tengah bandaraya itu menyimpan sebuah rahsia gelap yang tidak ramai orang tahu.
Perjalanannya hari itu telah memaksa Alfi kembali berhadapan dengan persoalan dan kenyaatan hidup yang cuba dia nafikan sejak berlakunya sebuah tragedi yang telah mengorbankan rakan-rakan baiknya beberapa bulan yang lalu. Mampukah Alfi membuat pilihan yang tepat, dan apa kaitan Platform 4 itu dengan pilihan yang akan dibuatnya?

300 pages, Paperback

Published June 3, 2022

14 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (25%)
4 stars
5 (15%)
3 stars
9 (28%)
2 stars
7 (21%)
1 star
3 (9%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for hans.
1,158 reviews152 followers
June 21, 2022
Misteri platform di Stesen Sentral yang selalu jadi tumpuan sebahagian manusia untuk bunuh diri dan Alfi terperangkap di sini sewaktu mencari sahabat baiknya, Gerard yang sedang diburu beberapa lelaki yang tak dikenali kerana hutang. Cuma ada dua cara untuk Alfi keluar; dengan token The Property of Paradox yang cuma muncul pada waktunya, atau nyawa yang melayang dihempas tren yang menuju ke platform.

Ada beberapa hal yang aku tak berapa gemar pada buku ini walaupun aku suka dengan tema misteri dalam latar realis dan magisnya. Idea dan misteri PLATFORM sudah bagus namun penulisan, eksposisi naratif dan perkembangan wataknya kurang kemas dan perinci bagi aku. Efisiensi plotnya lemah dan serabut-- antara masalah percintaan Alfi-Leeya, Gerard dengan konflik keluarganya, insiden kemalangan yang ragut nyawa Fariez dan Ean, Thomas dan Shelly yang misterius, hubungkait kisah Marzuki dan Fit, Lily yang juga terperangkap, tentang Melissa dan Dylan, juga Jimmy(?). Terlalu banyak subplot yang diisi untuk panjangkan cerita dengan watak yang datang dan pergi, perbualan yang tak perlu dan janggal terutama selitan Bahasa Inggeris yang tiba-tiba, juga babak-babak yang distruktur pendek dan sering bertukar.

Prolognya dengan dua watak yang cuma muncul semula di tengah cerita, babak imbas semula juga diselang-seli dengan garis masa dalam bab dengan angka roman yang menurun agak mengganggu penceritaan semasa. Walaupun aku suka sisipan isu psikologi berkaitan trauma dan kebimbangan bawah sedar pada watak Alfi, namun perwatakannya agak 'kekok' dan bila dia macam hilang arah di platform, aku pun sama hilang arah dengan kisah Alfi dan alur tuju plot. Eksplorasi dan garapan emosi Alfi juga minimal jadi kesan trauma atau perasaan bimbangnya tak menyerlah sangat pada aku.

Sisi surealnya aku suka dan tiga bab akhirnya agak sentimental dan kemas narasinya berbanding bab-bab terdahulu. Walaupun masih tersisa misteri pada epilog, pengakhirannya menjawab segala persoalan terutama pada watak Alfi dan Lily. 2.5 bintang!

Tahniah untuk PLATFORM terpilih antara pemenang untuk Sayembara FIXI Musim 3!
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
July 2, 2022
Baca buku ini seumpama makan karipap berintikan angin. Kosong. Kecewa. Kenapa.

Dan ulasan ini mungkin berintikan spoiler.

Dalam 25 halaman pertama, tiada apa yang menarik berlaku. 25 halaman yang seterusnya, tiada apa yang menarik berlaku juga. Bagaimanapun, 25 halaman yang berikutnya, masih tiada apa yang menarik berlaku. Dah lebih 100 halaman pun masih lagi hambar ceritanya. Kekurangan teras cerita yang boleh menjadi platform untuk kembali setelah subplot-subplot lain selesai barangkali menyebabkan susunan plot di dalam buku ini kelihatan cacamarba, campur aduk dan cincai boncai. Sisipan babak imbas kembali juga tidak begitu membantu untuk menambah apa-apa kepada cerita.

Terlalu banyak berbasa-basi dan dialog remeh dimuatkan bagaikan menjadi topang untuk membantu membawa ke plot seterusnya. Tetapi setiap plot yang dikemukakan adalah terlalu lemah dan mudah dilupakan. Kekurangan pembinaan suasana cerita yang boleh membangkitkan perasaan juga merupakan satu lagi kelemahan buku ini. Watak utama yang terperangkap di platform misteri tidak ketara terpapar rasa cemas, berdebar atau begitu terdesak mahu melepaskan diri. Sebaliknya kelihatan amat tenang dan bersahaja saja sambil-sambil menunggu plot-plot datang kepadanya. Sebagai contoh, pendedahan mengenai kemalangan yang membunuh kawan-kawannya. Seperti kisah penyiasatan di atas kerusi malas; daripada si penyiasat ke sana ke sini mencari klu, sebaliknya klu dan jawapan yang datang menghadap si penyiasat. Cubaan penjelasan mengenai platform misteri di akhir cerita juga diceritakan dengan lemah dan lapuk. Cubalah teka pilihan klise manakah yang dipilih di dalam buku ini:

A) Mimpi
D) Khayalan
C) Makhluk asing
D) Eskperimen sains

Watak-watak di dalam buku ini juga tiada satu pun yang meninggalkan kesan. Tiada perhatian yang diberikan untuk membina watak yang kukuh. Lebih-lebih lagi apabila agak terlalu banyak watak yang keluar dan masuk, kekurangan perwatakan yang ketara tidak begitu membantu membezakan kesemua watak, selain daripada membuatkan watak-wataknya nampak mendatar dan tidak hidup.

Barangkali kisah di dalam buku ini mengandungi kisah tersirat yang membawa makna lebih mendalam yang perlu dihadam dengan lebih diteliti untuk difahami. Barangkali kisah di dalam buku ini merupakan satu alegori mengenai kesedihan dan bagaimana untuk meneruskan kehidupan. Dan barangkali sekiranya berfikiran begini jadi tidak akan menangis dan meraung sebab rasa kecewa beli buku ini.
Profile Image for Jessica.
353 reviews45 followers
January 16, 2023


By being one of the winners of Sayembara Fixi plus a great synopsis, I am expecting this to be at least a 4 star read. I started off this book feeling it was okay, then I went to GR to update my reading progress and was shocked at the average rating of 3 star and the top reviews for this book are of 2 star and 1 star. This is very rare for a FIXI title tbh. But I was still optimistic till I reached about 100 pages. That's more than 30% into the story.

When I finished it, my head was completely blank. *sigh* The message and the premise is pretty good I'd say. It's about making decisions and moving on with our life. It's about grieving and putting the past behind us. The premise with the mysterious loop where the main character can't go out of the train station and keeps ending up on the same platform is very promising. But the execution is sad, in my opinion.

I don't have any issues with the timeline that goes back and forth or even the many characters that some of them don't even have any significance. They're there for a moment just because, ya know. My main concern is that this book doesn't have a strong world building or reasoning. How does this mysterious platform work or the reason why its build is very vague and weak. You want me to believe someone from the future built it to test out on decision making? Hmm... However, the token system is okay. At least that's clear.

Also, the main character's reason for why he's stuck at the platform is all over the place. We know the one reason but so many other more important events have happened in Alfi's life that could serve as the main reason, so why pick the lousiest one?

The ending almost got me emotional but again it could be the author's first book. I'm not quite sure but it could definitely use a lot of work to make it better.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
September 20, 2023
Niat awal nak mencari mana Platform 4 tu berada bila baca sinopsis dibatalkan bila aku dah dipertengahan bacaan. Cerita bergerak secara dua hala - semakin kehadapan, dan semakin jauh kebelakang. Aku suka dengan idea penulis tentang paradoks masa/tempat ni, tapi mungkin cara olahannya agak tidak jelas, menimbulkan banyak tanda tanya. Mungkin watak perlu dikembangkan dengan lebih baik baru aku boleh rasa apa yang Alfi rasa. Ada beberapa watak yang bagi aku tidak perlu muncul pun.
Profile Image for Adrnn.
10 reviews
December 26, 2024
Part paling awal daripada buku ni still ok. But masuk part tengah2 tu, sebenarnya ada je scene yang saya rasa, tak payah letak pun sebab dia berulang2. Pastu cara dia nak ulang part yg sama, dia pergi ceritakan hampir dengan detail yg sama. Dia macam, berulang-ulang. Faham tak? Saya pun macam takda semangat nak sambung, tapi bila baca lama2 baru cerita dia jadi interesting semula. Saya rasa, penulis buku ni ada potential untuk tulis buku yg bertemakan psychological thriller. Cuma dia tk ambil peluang untuk menyerlahkan potensi dia. 3.5/10.
Profile Image for NikZah.
19 reviews
May 23, 2025
Tentang Stesen Sentral yang mempunyai misteri yang tersendiri.

Dalam beberapa bab ada dialog dan penerangan yang lewah dan tak perlu terlalu dipanjangkan.

Susunan plot juga "melompat-lompat" antara flashback dan realiti tapi masih dapat difahami.

5 reviews
June 11, 2022
Pening. Byk sgt watak dan tkde characterization. Nmpk mcm terlalu gelojoh utk perkenal watak baru. Storyline pula sgt bland. Tapi nice effort. Harap next book will be better.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,523 reviews1 follower
March 27, 2023
Bacaan yang menarik walaupun plot penceritaan bertukar-tukar antara masa kini dan imbas kembali.. Namun jalan ceritanya boleh difahami.. Ada satu perkara yang sedikit mengelirukan tapi masih okay..
Profile Image for Vampire Farm.
1 review
May 10, 2023
Idea, konsep dah okay… tapi mula2 baca tak faham. Saya suka part last2 je. Tu pon rasanya macam banyak plots hole. Giving stars for the effort.
Profile Image for 4rt35p4c3.
26 reviews1 follower
August 20, 2023
cerita berunsurkan kehidupan macam ni bukan makanan aku jadi rating rendah mungkin bagi orang lain cerita macam ni seronok. cerita buku ni senang faham sebab relatable. tapi ceritanya banyak side story yang bagi aku kalau kau tak baca pun, kau faham cerita dia. bagi aku, cerita ini drag.tapi aku suka dengan mesej yang disampaikan dalam buku ni.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.