Jump to ratings and reviews
Rate this book

Terasing

Rate this book
11 tahun terpisah dengan sahabatnya yang bernama Zaman, Saifullah bermimpi akan janji mereka berdua sebelum berpisah. Janji yang tidak pernah dilupakannya, dan saban hari diingati. Namun mimpi itu datang berkali-kali seakan menyatakan bahawa dia belum menunaikan amanahnya. Satu hari, Zaman kembali secara tiba-tiba. Saifullah amat gembira.

Tetapi, bukan hanya kebahagiaan sahaja yang ada di dalam dunia ini.

Tanpa disangka-sangka satu percubaan membunuh telah dilakukan ke atas Saifullah. Hal ini mengheret dirinya ke kancah jenayah kongsi gelap. Hairan kerana merasakan diri Saifullah tiada kaitan, Amiri, abang ipar Saifullah bergerak melakukan siasatan.

Rupa-rupanya, keterasingan dalam kehidupan seorang insan, mengheret manusia-manusia yang berhubungan dengannya ke arah kegelapan. Ukhwah, cinta, kasih sayang, prinsip, matlamat, segalanya teruji dengan keterasingan ini. Bagaimana Saifullah melaluinya?

313 pages

First published January 1, 2009

9 people are currently reading
225 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books858 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
136 (48%)
4 stars
82 (29%)
3 stars
48 (17%)
2 stars
14 (4%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 33 reviews
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews31 followers
March 17, 2013
Novel thriller Islamik ini memberi satu penekanan yang berbeza kepada pembaca...Kenapa??? Novel ini boleh di katakan sarat dengan hubungan kisah suami isteri & kekeluargaan yang berlandaskan Islam...terdapat beberapa petikan hadis juga di muatkan dalam novel ini buat panduan pembaca...Malahan hubungan persaudaraan yg di tonjolkan penulis terhadap watak2 ciptaan beliau menggamit sedikit memori aku tatkala bersama2 rakan di sekolah dulu...Apakah nasib rakan2 aku sekarang ini???Hmmm...

Novel yg mengisahkan Saifullah yg terputus hubungan dgn sahabat baiknya Zaman, kini muncul kembali dengan imej yang berbeza...Janji yang terpatri 15 tahun dulu, sedikit sebanyak mengganggu emosi Saifullah...sehingga ia membawa Saifullah kepada satu kes jenayah yg melibatkan puak Yakuza...Siapa sangka keterasingan sesorang itu boleh mengubah manusia menjadi berbeza daripada fitrah manusia...

Tatkala membaca novel ini, penulis berjaya menyentuh sedikit jiwa aku...walau apa pun yang berlaku, kita berbalik kepada Pencipta...perlu kebergantungan kepada tuhan terhadap setiap perkara yang di lakukan...

Cuma sedikit ralat padaku, Bab terakhir mengenai kisah permulaan perkahwinan Atikah & Saifullah seperti tiada kena mengena dengan tajuk novel Terasing, patutnya di ganti dengan kisah Zaman tatkala dia menyepikan diri selama 3 tahun, mungkin lebih menarik lg...
Profile Image for Ummu Auni.
663 reviews
January 23, 2013
Seujujurnya saya mengharapkan karya ini sebaik VT, namun hasrat saya tidak kecapaian. Hilal menulis novel ini, barangkali ingin menerokai genre baru. Garapan cerita seperti cerita yang biasa ditulis Ramlee Awang Murshid. Namun cerita ini tidak begitu kemas. Banyak kemusykilan yang timbul seperti, mustahil rumah Saifullah dibersihkan hanya semalamam (kebiasaannya polis mengambil masa berhari-hari untuk mengumpul bukti, terutamanya dengan pembunuhan yang berlaku di rumahnya). Begitu juga motif Zaman yang berubah, cukup tidak kukuh dan bukanlah faktor utama Zaman berubah. Penulis seolah-olah terburu-buru ingin menghabiskan penceritaan, maka semua plot dimampatkan tanpa berkembang dengan baik.

Bagi saya juga, babak terkahir, hikayat cinta, tidak seharusnya ada, kerana ianya seolah-olah menjadi pengakhiran yang tidak begitu mengujakan. Faham, penulis ingin menunjukkan model keluarga yang dipenuhi tarbiyyah Islam, tetapi saya kira bab terakhir itu tidak perlu. Cukuplah pengakhiran cerita pada pertemuan mereka di MATRI

Rating; 2.5/5
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,545 reviews41 followers
February 13, 2020
Ini bukan buku pertama HA bagi saya. Telah baca VT, VT2, Sinergi, Hero dan kesemuanya sirinya, Hikayat Satria Sejati 1 dan 2,... Memang saya senang dengan karya HA. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan perkara yang baik mahupun yang menyeksa, merupakan ujian Allah terhadap Iman dan taqwa hambanya. Ukhwah yang terjalin di kalangan bekas pemimpin MATRI itu, dipanjangkan hingga telah dewasa dan berkeluarga. Saya suka tentang Saifullah and his 3 boys, Tengku Saif and his kids, Amiri (terutama Amiri), Zaman, Solehah dan Wardah. Okay, yang namanya tiada sebaris itu, buat saya kurang dapat menghayati kisah ini dengan berlapang dada. Entah mengapa, rasa macam semacam.

Thrill juga waktu Saifullah hampir terbunuh. Adakah Dia seperti relax mengorbankan diri demi rasa bersalah menyebabkan sahabat nya rasa terasing lalu terjerumus ke kancah jenayah?

Satu lagi, saya rasa agak janggal baca adengan dua orang lelaki bergurau cucuk-mencucuk pinggang, memicit hidung, bersayang-sayang... Iya lah, gurau senda saja tu, saya saja yang terlebih emo kot. Adengan Khairul dengan Saifullah semasa di hotel tinggal itu, kenapa dia tampar dan tampar? Tampar? Kenapa bukan tumbuk?
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
July 8, 2010
Novel ini mengangkat nilai ukhwah dalam persahabatan. Novel ini juga berunsurkan thriller yang diselitkan dengan unsur Islam dan dakwah. Tenang sedikit membacanya kerana kebanyakan novel thriller melayu yang dibaca kurang memasukkan unsur Islam didalamnya.

Penulis mungkin mencuba menulis dalam genre yang baru. Agak romantis dalam beberapa bab. Berbeza dengan novel VTnya sebelum ini :)
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
October 6, 2013
Jangan asingkan diri daripada kawan yang soleh supaya tidak terasing daripada hidayah Allah.

Itu mesej yang cuba disampaikan dalam naskah ini melalui cerita persahabatan antara Saifullah dan Zaman. Mereka bersahabat semenjak zaman persekolahan tetapi terputus hubungan disebabkan suatu perkara yang menjadi teka teki kepada Saifullah. Semuanya terjawab apabila Zaman tiba-tiba muncul selepas 11 tahun tidak berhubung.
6 reviews2 followers
October 22, 2009
Novel ni agak menarik. Tidak membosankan tetapi saya masih menanti karya yang lebih baik dari Hilal Asyraf.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
December 26, 2023
Terasing, novel sambungan dari Relasi. Jika Relasi mempamerkan apakah erti sahabat, Terasing pula menunjukkan bagaimana fungsi seorang sahabat sekiranya mereka tersasar dari jalan yang lurus.

Kali ini, penceritaannya agak banyak aksi. Apa yang buat saya kagum, setiap pertempuran yang penulis tuliskan itu sangat mudah dibayangkan. Agak jarang nak jumpa novel aksi berunsurkan islamik. Saya suka dengan cara pembawakan watak di setiap pertempuran. Mereka sentiasa mengingatkan bahawa Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan, hanya manusia sahaja yang sering menzalimi dirinya sendiri.

Bahagian konflik agak tersentuh hati. Walaupun tahu apakah tindakan Zaman terhadap Saifullah, tapi tetap menyentuh hati saya. Cuma sedikit "spoil" apabila ada banyak kesalahan ejaan. Ada dalam 10+ kesalahan ejaan. Saya harap penulis dapat perbetulkan ejaannya. Dan bab terakhir agak janggal bagi saya. Mungkin sebab saya ingin tahu apakah yang berlaku terhadap Zaman selama bertahun-tahun dia menghilang. Tertunggu-tunggu juga jawapannya, tapi saya rasa hampa kerana penulis tak ceritakan kehidupan Zaman sepanjang dia menghilangkan diri. Sedih kejap. Hahaha.

Ayat paling menyentuh perasaan dalam novel ni:
"Jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu."
Tersentuh sebab ditakdirkan saya ada sebutkan kata-kata itu hari ini sebelum baca novel ni. Fuh..

Eh tapi kelakar pula bila Zaman beri gelaran "Saifullah Kecil" & "Saifullah Besar" sebab ada dua watak nama yang sama. Hahaha! Dalam bertempur pun dipanggilnya Saifullah Besar. Kelakar gila baca 😂
Profile Image for Ai Ar.
19 reviews5 followers
January 22, 2018
Tajuk: Terasing
Penulis: Hilal Asyraf

Positif:
Menyentuh jiwa. Terkesan. Kisah kasih sayang antara keluarga. Kisah yang mengangkat nilai ukhwah dlm persahabatan. Yang boleh dicontohi oleh pembaca. Kasih syg yg boleh dijadikan panduan buat kita. Thriller islamik yang sememangnya disajikan dengan gaya tersendiri. Ringkas tapi padat. Byk ilmu.

Komen:
Watak yang 'terlalu' sempurna. Watak2 sampingan yang 'terlalu' baik. Permulaan bab yang dirasakan tiada kena mengena dengan keseluruhan cerita.
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
February 4, 2012
some review about TERASING:

Zaman,Saifullah 'besar',saifullah kecil,Amiri merupakan empat orang sahabat satu sekolah di MATRA berlainan umur.Mereka terlalu rapat dan yang mengasingkan mereka apabila masing2 melanjutkan pelajaran ke preingkat yang lebih tinggi.Saif pernah berjanji akan mengotakan 2 janji yang dibuat oleh dia dan zaman sebelum mereka berpisah melanjutkan pelajaran iaitu:"Pertama,ingati aku dalam doamu,Kedua,kalau aku jatuh,hulurkanlah tanganmu kepadaku.Bila aku bengkok,kau luruskanlah aku".Namun,kerana janji inilah yang memulakan persengketaan antar mereka berdua dimana zaman telah berubah selepas 11 tahun mereka berpisah dan merasakan dirinya terasing kerana janji tersebut.Setreusnya boleh dibaca daripada novel TERASING.

WATAK DAN PERWATAKAN TERASING:

Saifullah:watak utama yang diberi amanah untuk mengotakan janjinya terhadap zaman.seorang yang romantis,bertanggungjawab,mahir dalam persilatan tempur,menjadi pengurus di sebuah institut perguruan,memilik isteri solehah dan 3 orang anak,tabah,dan sangat bekerja keras demi keluarga tercinta.

Senior/Tengku Saifullah tengku Muhammad:Senior yang dipanggil Saifullah,abang ipar nya,sangat tenang dalam menghadapi apa2 ujian,mengasaskan kopleks tuju penyayang,mempunyai isteri dan seorang anak,berpewatakan bijak dalam menangani masalah dan sering membimbing saif dan adiknya kearah kebaikan.Turut merupakan sahabat rapat Saif.

Zaman:watak utama yang mengemukakan janjinya kepada sahabat karibnya,saif.Namun setelah melanjutkan pelajaran ke Maghribi dan mendapat tahu sahabatnya berkahwin dengan orang yang dicintainya,sikapnya terus berubah dan merasakan dirinya terasing daripada mereka semua sejurusnyaa terjebak dengan kancah bahaya.

tengku Amiri tengku Muhammad:Seorang pegawai tinggi di SEG,kumpulan perisikan dibawah polis,tegas,dikatakn penghukum negara,namun dihati tetap memiliki kasih terhadap orang yang rapat dengannya.Abang kepada Senior dan atikah.

Tengku Atikah tengku Muhammad:Isteri saif yang soleha,seorang peguam syariah,tabah,lemah lembut,bertanggungjawab serta merupakan matahari dan bunga bagi saif.

Shuraish,Waqas,faizan:anak lelaki saif dan atikah.Menikut jejak langkah bapanya dengan mempelajari ilmu pertempuran daripada bapanya.dididik bertanggungjawab,rajin,patuh kepada ibu bapa.

Kak Wardah:Isteri Senior yang bertanggungjawab,lemah lembut,kuat pegangan agama.

Solehah:ISteri Amiri yang turut lemah lembut,baik hati dan bertanggungjawab.

Tengku Muhammad:Bapa kepada senior,amiri dan atikah.merupakan antara 10 orang jutawandi malaysia,mengasaskan kompleks tuju penyayang.

Khairul Anwar:Berdendam dengan Saif yang dahulunya merendahkan martabatnya dan melaporkan kejahatan yang dilakukan di MATRA kepada pihak sekolah.Menjadi ketua kepada kumpulan herodonama di bawah pimpinan Yakuza Runkyen.Menghasut Zaman kekancah bahaya.

BEBERAPA PERKARA YANG MENYENTUH DAN MEMBERI KESAN KEPADA PEMBACA:

"Sebab itulah walaupun syurga penuh dengan kenikmatan,Nabi Adam tetap kesunyian,hawa juga yang menemaninya"(pg 24)

"Kiat tidak boleh membenci mereka.Kita tidak boleh asingkan mereka.Kerana benci menutup kasih daripada hati.Kita perlu sayang,dan berasa kasihan dengan mereka.Mereka diuji sedemikian rupa,dan kita pula tidak Alah uji sedemikian rupa.Justeru jadi tanggungjawab kita memberikan apa yang mereka tidak dapat itu."

"kita penyeru bukan penghukum.Kita ibarat doktor yang mengubati,bukannya tukang pancung hukuman mati."

"Jangan asingkan mereka datipda kehidupan kita.Orang yang terasing akan mudah rassa kecewa,dan sukar untuk diubati jiwanya"(pg 36)

Always remember,outlandish

"harapnya,aku dapat terus letakkan harta ni di tangan sahaja.tak melekat di hati"(pg 82)

"Dan tidak sesekali Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mberibadah(kepadaKu)-
Ad-Dhariyat 51:56

"Jangan enta jadi monyet.Sewaktu di atas poko ada 3 jenis angin datang.Angin topan,angin bahurok,angin puting beliung.tidak jatuh malah makin kencang pegangannya.Tapi bila angin sepoi bahasa datang,mengurut ubun-ubun,merehatkan tidak semena-mena pegangannya longgar dan akhirnya jatuh."(pg 146-147)

"kita hanya tahu sesuatu itu berharga apabila ia ditarik pergi daripada kita.Seperti nikmat sihat.kata orang nikmat sihat itu adalah ibarat mahkota yang dipakai atas kepala manusia yang sihat.Namun hanya boleh dilihat oleh orang yang sakit sahaja.(pg 190)

"manusia yang benar2 kembali kepada Allah,dengan manusia yang jauh daripadaNya memang berbeza.Walaupun dia sebenarnya manusia yang sama"(pg 285)
Profile Image for khalifah.
33 reviews18 followers
Read
May 27, 2011
ada mesej tersendiri. tapi saya rasa tulisan hilal dalam ni agak cliche' dan saya tak suka sangat. tapi story-line ok lah..
Profile Image for Siti Latifah.
2 reviews1 follower
June 6, 2011
Buku yang menyentuh hati.. mengisahkan tentang pentingnya ukhuwah sesama saudara..
Profile Image for Aina Nadia.
16 reviews2 followers
September 19, 2020
Spent my morning finishing reading it for the second time. Allahu the feels. Just couldnt describe the feelings reading each of the words, messages, reminders of remembering Allah swt. Everytime i feel like praising Him, i pray may Allah give reward to the author for making me feel this way. I am sure i am not the only one experiencing that when I read this book.

The book is very well constructed covering every parts of our life. From baitul muslim, ummah, relationship w Allah swt, masya Allah. What a short but filled with great messages book.

Learning about ukhuwah in this book definitely give me a total different view now. It seems like i want to read this book again and jot down all of my favourite quotes.

Semoga Allah tetapkan hati kita semua dalam keimanan dan dipermudahkan segala urusan. In my personal self-development now, i think i need to varies my dua. Not that common dua that i always asked to Him, but be more specific to what i have to ask to him. Be detail and tell him everything even to a small and petty matter. Letakkan kebergantungan yang tinggi kepadaNya dan mintalah, luahkan lah isi hati kepadaNya.

Dia lah yang Maha Mengetahui isi hati kita.
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
October 15, 2018
"Janji pada aku dua perkara".

"Pertama, ingati aku dalam setiap doamu".

"Kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku. Bila aku bengkok, kau luruskanlah aku".

. . "Jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu".

Ayat ayat dia menusuk kalbu. Kasih sayang antara sahabat, dalam keluarga sangat terasa bila baca cerita ni. Pencarianku berbaloi!! Karya yang banyak pengisian. Best!!!! Puas hati.. Dah tak tau nak komen macam mana, sebab aku memang suka karya karya Hilal Asyraf.. Settle..
Profile Image for Elle Houri.
79 reviews1 follower
June 17, 2023
Novel ini agak simple berbanding novel lain karya HA. Mungkin kerana ini adalah antara karya awal HA jadi ceritanya masih tidak segempak novel-novel HA yang lain. Tapi mesej yang ingin disampaikan itu bagus dan kena pada tempatnya. Untuk bacaan santai dan rilex bagi aku ini sudah cukup.
Kisah persahabatan dan rumah tangga yang harmoni. Tidak terlalu berlebih-lebihkan dalam mengekspresskan kasih sayang dan cinta tapi masih memenuhi batas-batas. Banyak pengajaran yang terselit di sebalik kisah mereka.
Profile Image for Ahmad Irfan syakir.
28 reviews
October 26, 2019
Anakku, muhasabahlah dirimu. Perempuan baik untuk lelaki yang baik. Jika kau inginkan perempuan yang baik, maka perbaikilah dirimu. ALLAH jugalah yang memberikan kamu apa yang kamu pinta. Maka jadikanlah cintamu kepada ALLAH sebagai pokok yang membuahkan cinta-cinta lain. InsyaALLAH, kamu tidak akan kecewa bila silap, dan kamu akan rasa teramat bahagia bila betul” Dr Mehmed Towalbeh.
Profile Image for Ema.
1,111 reviews
March 17, 2017
Aku mengharapkan cerita cinta yang matang. Plot lemah. Dialog lemah. Dua kali aku tertido
Profile Image for Naufal Shah.
16 reviews14 followers
May 31, 2022
novel yang menarik berkenaan ukhuwah, tarbiah dan keluarga.
Profile Image for sy.nazurah.
38 reviews6 followers
December 11, 2018
Kesibukan harian kita bukan alasan untuk kita berada dalam dunia kita sendiri. You know, priority comes first, tapi jangan biarkan perkara tu buat kita jauhkan diri dari orang yg penting dan perlukan perhatian dalam hidup kita.

Overall, novel ni best. Seni pertahankan diri, persahabatan, iman, keluarga, tuhan, janji, kepentingan, dan kesal antara setting yg aku dapat tangkap dalam sepanjang penceritaan novel ni.
Profile Image for Farhana.
5 reviews
October 5, 2021
“Janji pada aku dua perkara”
“Pertama, ingati aku dalam setiap doamu”
“Kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku. Bila aku bengkok, luruskanlah aku”
“Jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu”

Siapa sangka, janji manis yang kita cemburui antara dua sahabat ini telah menimbulkan persengkataan yang tidak terjangkau dek akal.

Seorang sahabat yang merasakan dirinya terasing kerana takdir yang ditetapkan oleh Allah sedangkan dalam tidak sedar, dialah yang mengasingkan diri sendiri kerana kekecewaan yang mencengkam hati.

Gempak, ada babak babak pertarungan antara kumpulan kongsi gelap Homurodama dan SEG.

Antara pengajaran penting yang berjaya menyentuh hati saya ;

1. Walau seberat gunung pun ujian yang menimpa, Saiful masih mengingati bahawa ujian itu diberi ke atasnya oleh Allah Yang Maha Esa untuk menguatkan imannya. Sedikit pun Saiful tidak menyalahkan Tuhan dan orang lain atas ujian tersebut.
2. Walaupun sahabatnya sudah menyimpang jauh bahkan cuba membunuh bidadari kesayangan dan anak anaknya, Saiful tidak berputus asa untuk menarik sahabatnya kembali kerana itulah janji yang pernah dibibit pada sahabatnya itu.
3. Watak Saiful memaparkan seorang suami romantik yang sangat mencintai isterinya. Saiful bermuhasabah bahawa dalil tentang lelaki sebagai pemimpin tidak sesekali melambangkan kedudukan wanita yang lebih rendah. Sebaliknya, Saiful memandang ayat itu sebagai tanggungjawab kerana yang membezakan insan di hadapan Allah hanyalah amalan dan taqwa.
4. Meskipun Saiful amat gusar, ditambah pula dengan nalurinya sebagai seorang ketua keluarga yang ingin melindungi isteri dan anaknya, beliau tersentak dengan kata kata Amiri bahawa dalam keadaan yang genting itu, beliau perlu mengetepikan emosi dan yakin dengan orang yang lebih pakar dalam sesuatu bidang kerana keputusan perlu dilakukan secara menyeluruh untuk kesejahteraan semua.

Saya suka penulisan Hilal Asyraf, penuh dengan pengajaran dan terserlah kebijaksanaannya. Novel ini merupakan novel lama yang diterbitkan pada tahun 2009. Saya menumpang rasa bangga melihat karya Hilal Asyraf yang semakin laris pada hari ini. Ada rezeki, InshaaAllah nak beli yang lain pula.
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
July 3, 2015
#1: Ingati aku dalam setiap doamu.
#2: Kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku.Bila aku bengkok, luruskanlah aku.
#3: Jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu.
Bahagian paling menyentuh hati dalam novel ini. Gaya penceritaan Hilal Asyraf memang mudah dibaca terutama apabila melibatkan hubungan kasih sayang. Seolah semua manusia punya hati sebersih itu. Mungkin penulis terlalu ingin menerapkan nilai kepada pembaca. Kalaulah di dunia ini masih punya sahabat seperti Saifullah, kepada siapakah ingin pembaca tujukan ayat di atas?
Profile Image for Wan Faizuddin.
30 reviews4 followers
July 31, 2013
Novel pertama daripada saudara Hilal yang saya baca. Novel ini lebih menjurus kepada audiens pembaca dalam kalangan remaja. Agak berlawanan dengan citarasa saya yang lebih cenderung kepada pembacaan dewasa yang menceritakan situasi realiti kehidupan. Mungkin percubaan pertama Hilal dalam menulis novel thriller namun penggunaan bahasa yang seakan-akan masih terikat dengan suasana sekolah. Langkah kecil sebelum berlari menjadi penulis yang lebih hebat akan datang, In-Sya Allah.
Profile Image for ashyikin ahmad.
7 reviews2 followers
April 19, 2011
Idea penulis buku ni best, menarik dan lain dari yang lain tapi ceritanya tak cukup rasanya.. time tu saya beli dua buah buku, satu buku ni dan satu lagi buku sinergi. Bila habis baca buku ni agak tidak puas hati la.. tapi nasib baik saya baca buku ni dulu lepas tu baru baca sinergi, MasyaAllah novel sinergi tu best gile. As i said sinergi is the best book ever!! Kredit kepada penulis.
Profile Image for Afiq Fadhli.
22 reviews1 follower
September 11, 2011
Novel pertama karya Hilal Asyraf yang saya baca. Pertama kali membaca novel ni, saya terpegun, sebab saya tak sangka penulis boleh menulis cerita saspens sebab biasanya saya membaca artikel motivasi yang beliau tulis di langitilahi.com.

Novel ini juga ada unsur romantik, sebab watak utama dalam novel ini telah berkahwin dan bercinta selepas itu.
Profile Image for Ariffah.
5 reviews
October 20, 2009
plot n jln cerita yg sgt best! tahniah.. slalunya, cerita mcm pnjenayah ni org xmsukkn unsur2 islam, tp buku ni lain dr yg lain ..
1 review
Read
April 5, 2010
erti pershbtan tu terserlah dlm nvl ni..
ad isi dan penghytan yg bergna untuk pmbca
5 reviews
June 8, 2010
memg menginsafkan...
bacalah wahai sahabatku....
1 review
October 27, 2010
salam...for me it is a good to read in leisure or for teenagers.however,there is a lot of improvement have to be done in future.i believe Hilal has improved a lot in his other collections.
Displaying 1 - 30 of 33 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.