'National Laureate, Dato' Abdullah bin Hussain, was born on 25 March 1920 at Sungai Limau Dalam, Yan Kedah. In 1926, he received his early education at the Malay School until he passed his standard five in 1931 and continued his education at the St. Michael School, Alor Setar, Kedah from 1935 till 1933. Later in 1935, he continued his studies at the Anglo Chinese School, Alor Setar, Kedah until he passed his standard VII. During the Japanese occupation in the year 1943, he had a chance to study at the Syonan Koa Kunrenzo (Training School for Top Ranking Officers) in Singapore for three months. Career * Assistant Store-keeper, at a tin mine in Pahang (1939) * Served in the Publication Department, Sahabat newspaper, Penang (1939) * Assistant Editor, Saudara newspaper (1940) * A clerk and dobhi at an army camp in Sungai Petani, Kedah until the invasion of the Japanese army * A journalist of Merdeka newspaper, Berita Indonesia and Majalah Merdeka, Singapore (1951) * Editor of Majalah Bintang, Majalah Filem and Semenanjung newspaper * Assistant editor, the Franklin Book Programme and Oxford University Press (1965-1968) * An editor, Angkatan Baru magazine (1965-1968) * A research officer, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), (1968-1978) * Head of Language and Literature Unit, Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabah branch (1978-1979) * Creatve Writer, Centre for Humanities Study, Universiti Sains Malaysia (1979-1981) * Head, Department of Literary Development and Progress, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Brunei Darussalam (1982) * Senior Literary Officer, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei * Guest Writer, Dewan Bahasa dan Pustaka His first literary work was a humorous story that was published in Tanah Melayu magazine around 1939. Later he kept on producing literary works such as in short stories, novels, biographies / an autobiography, translationa and literary essays. To date, he had produced 25 novels, three volumes of short stories, nine translations, an autobiography and six biographies. Besides using the pen-name Zamroed, he was also known as Roslani Shikin, A.A. Adiwijaya, A.H., Andijaya, Asly, Bintang Kecil, Iskandar Muda and Suryakanta. Through his writing literary works, he managed to portray the positive values of the society and worked hard in building his identity as a writer. He was a veteran literary figure who was committed and diligent in developing his creative talents. Now coming nearer to 74 years of age, his spirit of perseverance in the literary world is still blossoming. To honour his contributions and services, he was conferred the S.E.A Write Award at Bangkok in 1981 (first winner of the Sayembara Novel Nasional prize - a tribute to Pak Sako), First Prize for the National Novel competition organised by Utusan Malaysia and Public Bank for the year 1992/94 for his novel entitled Iman, the Pingat Jasa Hukom Ngon Adat Lembaga Adat Kebudayaan Aceh in 1995, the National Laureate Award in 1996 and the Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) in 1996 which carries title Dato
Perbincangan yang sangat luar biasa tentang Islam dan aplikasi oleh SN Abdullah Hussain. Mesti dibaca oleh semua orang yang mengakui dirinya Islam. Inilah kehebatan pengarang yang menulis bukan kerana mahu menang sayembara. Dia menulis dengan sepenuh jiwa dan raga (selama lebih 3 tahun) dan dia benar-benar mahu bukunya dibaca umum. Inilah novel yang wajar mewakili istilah 'sastera islam tulen' (jika benar ada istilah demikian).
Dari Jiwa Rasa ... menghimpun cetusan rasa, tulus dari jiwa. Jiwa hidup dengan deria rasa. Dari Jiwa Rasa. Selasa, Mac 22, 2005
Imam - SN Abdullah Hussain
IMAM Abdullah Hussain Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Kuala Lumpur 1995 705 muka surat
Novel ini telah memenangi anugerah hadiah pertama ‘Hadiah Novel Nasional’ Utusan Melayu pada 1992/94. Ianya adalah buah tangan Dato Abdullah Hussain yang juga telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara pada tahun 1996. Ternyata novel ini berada di kelasnya tersendiri, dan antara novel terbaik yang pernah saya baca.
Apabila novel ini diterbitkan pada tahun 1995, saya agak skeptikal bila melihat tajuk novel ini. Ternyata, saya telah membuat telahan yang silap bila menyangka buku ini hanyalah novel propaganda murahan yang sering melakarkan wajah buruk pada tokoh agama. Di tahun 90-an tokoh agama sering diberi wajah buruk di dalam media. Lihat sahaja drama-drama di TV, watak Imam sering digambarkan sebagai seorang yang ekstrem, kurang ajar, pelampau, pembawa ajaran sesat, talam dua muka, gila seks, baik di luar busuk hati di dalam dan sebagainya. Jarang benar watak Imam ditonjolkan dengan selayaknya. Hanya akhir-akhir ini watak orang agama diberi gambaran baik seperti watak yang dilakonkan oleh M Rajoli dalam drama Ustaz Sufi yang baru disiarkan di TV3.
Pemaparan sebegini menyebabkan saya tawar hati membeli novel Imam ini. Namun, hati saya terpaut untuk membaca buku ini bila membaca komen positif dari ramai penulis muda tanah air. Ramai penulis tanah air yang menjadikan buku ini sebagai sumber rujukan ataupun tanda aras untuk menulis novel berlandaskan dakwah dan Islam.
Novel Imam mengisahkan tentang perjuangan seorang imam yang ingin membawa pembaharuan di kampungnya sendiri. Namun ia mendapat tentangan dari sebahagian penduduk kampung yang seagama dan sebangsa malah dari saudara-maranya sendiri. Imam Hj Mihad didakwa membawa ajaran baru yang agak asing bagi kampung itu sehingga mendapat perhatian pihak Majlis Agama. Saya paling meminati bahagian di mana Imam Hj Mihad dipanggil untuk disoal jawab oleh pegawai dari Pejabat agama. Rasa bagaikan membaca sebuah buku ilmiah bila membaca perbahasan antara kedua belah pihak. Ternyata, penulis telah membuat rujukan yang banyak dan sangat teliti bila menyampaikan hujah-hujah dari sumber-sumber yang sahih. Sesiapa yang tidak tahu mengenai perbezaan di antara Kaum Tua dan kaum Muda akan mendapat gambaran yang jelas tentang perkara yang sering menjadi perbahasan kedua pihak.
Saya rasa kagum kepada penulis novel ini. Terasa bagai membaca tulisan seorang ulama. Bertambah kagum saya bila membaca biodata SN Abdullah Hussain, yang tidak pernah mendapat latihan formal dalam bidang agama malah mempunyai pengalaman bekerja yang pelbagai termasuk sebagai kerani, pengarang akhbar dan majalah hiburan. Melihat senarai buku dan kitab yang dirujuk di bahagian bibliografi menambahkan rasa hormat saya kepada penulis.
Kalaulah Haji Mihad hidup di zaman ini, sudah tentu beliau akan digelar sebagai golongan fundamentalis yang membawa fahaman Wahabi. Begitulah asam garam menjadi pendakwah, sering diberi label yang berbagai, walaupun orang yang memberi label itu sendiri tidak faham makna sebenar label-label tersebut.
Memang sukar untuk diterima akal jika ada orang yang hidupnya semata-mata mahu berdakwah dan membawa perubahan semata-mata. Mustahil ada orang yang berbuat sesuatu tanpa ada matlamat mencari keuntungan material dan kesenangan dunia. Lalu kita sering memandang serong kepada tokoh agama yang ikhlas mahu menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Perspektif nilai kita juga sudah berubah. Kalau dulu Tok Imam dan Pak Lebai Kampung menjadi orang yang sangat dihormati dan dipandang tinggi. Namun kini, mereka dipandang sebelah mata dan bagai tidak menambah kepada yang ada.
Semoga kisah tragis di akhir Novel ini tidak akan berlaku dalam masyarakat kita.
Novel bertajuk Imam ini padat berisi dengan kupasan mengenai kehidupan seorang Imam dan saudara-saudara seislamnya, yang menyokong beliau dan yang menentang; depan-depan dan ada juga yang baling batu sembunyi tangan. Imam Hj Mihad orangnya berilmu, tidak kedekut ilmu, periang, baik hati, berpandangan jauh, tidak suka berprasangka buruk, tidak gemar ikut-ikutan perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Bagi Kak Yaz, pembawaan Imam Hj Mihad ini betul begitu kuat magnetnya. Membayangkan setiap kata dan langkah Hj Mihad, membaca beberapa kali tohmahan dan sokongan mereka yang ditemuduga oleh pegawai majlis berkenaan Hj Mihad, amat mengujakan. Seronok benar sang pegawai menukilkan hasil siatasatannya dalam laporan tebal, sangat sedap dibaca siap dengan suara hatinya sewaktu menemuduga atau sewaktu menaip, boleh jadi novel. Datuk Yang diPertua majlis pun beberapa kali menggaru kepala. Bab Interview ini paling menarik, banyak maklumat penting, dan antara bahagian yang ada unsur kelakar dalam buku Imam.
Bahagian yang paling penting, paling berisi, paling terkandung banyak ilmu, kemungkinan pokok kepada yang ingin disampaikan melalui watak Tuan Imam, kini Kak Yaz sedar, adalah Bab Inquisisi, waktu Hj Mihad ditemuduga di pejabat majlis. Mulanya Kak Yaz sedikit meluat dengan ketiga-tiga orang penemuduga kerana seperti tidak berlaku adil kepada Hj Mihad, melemparkan tuduhan dan provokasi supaya Hj Mihad menyebut sesuatu yang boleh dijadikan sandaran pemecatan. Namun, sesi 4 sesi itu rupanya lebih banyak memberi food for thoughts kepada barisan penemuduga pula. Hj Mihad telus dengan jawapannya, tetap dengan pendiriannya, siap dengan hujah-hujahnya. Jika kita baca dengan teliti, truly amazing.
Kak Yaz ingat lagi antara komen Hj Mihad kepada Mohidin, yang menuduh dan yang berprasangka itu orang yang bekerja dengan majlis, jadi jika salahpun, orang itu, bukan instiusinya. Selepas membaca Inkuisisi, Kak Yaz semakin menghargai buku Imam ini. Rasa malu. Terlalu banyak lagi yang belum tahu. Malahan, Kak Yaz letak mental note, mesti baca pula buku-buku yang dapat menerangkan perihal Imam berempat, perihal para mazhab dan yang berkaitan dengannya. Untuk faham, mungkin lama lagi, atau tidak sampai melainkan selepas Kak mengikuti perguruan khusus. Tetapi, rasa segan sungguh kalau tidak tingkatkan pengetahuan dalam bahagian ini.
Watak-watak yang seperti Hj Shamsuri ramai di kalangan kita; tinggi belajar dan ada ilmu agama tetapi sifat negatif seperti iri, cemburu, sombong, dan lekas marah, sebati dalam diri dan kerap melangkaui imannya. Orang sebegini yang kerap menyebabkan kejatuhan sesebuah komuniti Islam? Sejak dari bab mukaddimah, penulis telah menggambarkan bahawa sesuatu yang buruk telah terjadi pada Haji Mihad. Dalam bab kedua yang bertajuk Imam, pembaca dibawa ke masa lalu. Haji Mihad sedang menyampaikan khutbah Jumaat. Dia menekankan perihal janji'; betapa Allah murka kepada orang yang berjanji kemudian mendustainya. Dia menceritakan natijah dari kisah di zaman Sahabat mengenai orang yang ikhlas dengan kata-katanya dan berpegang pada janji. "Saya (hakim yang telah menjatuhkan hukuman pancung kepada seorang Sahabat akibat menjamin seorang Arab Badwi yang dituduh membunuh) juga tidak berani mengambil tanggungjawab menghukum mati seorang hamba Allah yang berpegang kepada janjinya, yang tidak mahu mengorbankan orang lain kerana mahu melepaskan tengkuknya sendiri", mukasurat 14-16. Kisah hidup Hj Mahdi nampaknya akan mengembang dengan konflik. Apa yang cuba disampaikan oleh Haji Mihad melalui isi khutbah Jumaatnya? Suaranya jelas menggambarkan ketegasan seorang imam yang memikul tanggungjawab makmum, namun nadanya sayu. Kepada siapa sebenarnya kisah para Sahabat itu ditujukan?
Ada lagi nukilan rasa Kak Yaz selepas membaca buku Imam kali kedua. Juga resensi dari beberapa novel lain yang telah Kak Yaz baca dan dirasakan memberi kesan besar pada kehidupan Kak Yaz. Semuanya Kak Yaz coretkan dalam ebook Ibu, Jom Membaca Bersama Kak Yaz... yang InsyaAllah akan diterbitkan tidak lama lagi.
Sebulan akhirnya selesai membaca buku yang tebal ni. Yang tak selesainya adalah banyak perkara-perkara yang perlu diteliti semula, dikaji dan ditanya. Banyak yang dipelajari dan banyak yang perlukan rujukan lebih lanjut. Ini satu buku yang amat bagus. Al-Fatihah...
Alhamdulillah berkesempatan juga membaca karya legenda daripada penulis Abdullah Hussain yang telah diterbitkan semula oleh penerbitan Nuha berselari dengan tayangan filemnya pada tahun ini.
Saya rasa tidak perlu saya kupaskan lebih lagi mengenai novel ini kerana isinya terlalu padat. Kita disuapkan dengan pelbagai informasi mengenai agama Islam di setiap helaian. Ya, saya kira di setiap helaian naskhah ini ada saja pengetahuan baharu mengenai Islam yang membuatkan saya sedar, kita ini ilmunya terlalu cetek.
Bertunjangkan watak Imam Mihad, kita banyak belajar bagaimana Islam itu mudah, namun kerana masyarakat kita terlalu takut untuk menerima pembaharuan menyebabkan kita ini terlihat mundur. Watak watak sampingan di sekitar kehidupan Imam Mihad juga memberi nilai ilmu yang berguna kepada pembaca. Serasa penulis mengarang dengan penuh tertib tanpa melebihkan watak utama. Kesemua watak diberikan fokus yang sama rata.
Saya percaya novel seperti ini pembacanya agak kurang, namun ambillah peluang untuk membaca novel Imam ini. Terlalu banyak input berguna sebagai seorang Islam yang boleh dijadikan panduan hidup.
Apa yang berlaku kepada Haji Mihad dalam membawa perubahan adalah kisah yang sudah selalu berlaku dalam dunia hari ini. Seringkali mereka yang ingin membawa perubahan, akan menerima tentangan hebat dari mereka yang kononnya bertanggungjawab untuk menjaga apa yang sudah sedia ada, memelihara status quo dari diganggu-gugat.
Apabila sesuatu pendapat itu diinstitusikan, maka berlakulah masalah apabila ada yang berhajat untuk memikirkan kembali kewajarannya seiring dengan perubahan masa dan keadaan. Dan sudah tentu ia bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila ia melibatkan perkara agama. Sesuatu yang pada asalnya hanya pendapat peribadi, yang kemudian diangkat menjadi suara ramai, dihias pula dengan agama, sudah tentu akan dianggap sebagai binaan kekal, ayat-ayat muluk yang dipahat kemas pada batu, tidak boleh diubah lagi. Sedangkan realitinya, sesuatu itu haruslah diikat dengan keadaan setempat, dan haruslah sedia untuk diubah apabila keadaan sudah berubah. Gagal untuk menyedari hakikat ini akan membawa kepada kehancuran dan kebusukan, sebagaimana air yang tersekat, tidak dapat mengalir akhirnya hanya menjadi kolam busuk sahaja.
Babak paling menarik sudah tentunya dialog di antara Haji Mihad dan ahli majlis. Teguran Haji Mihad mengenai raja, mengenai mazhab, mengenai kasta ahli majlis, merupakan teguran juga kepada kita semua. Seorang ahli agama tidak seharusnya menganggap dirinya lebih atas berbanding orang lain. Dia seharusnya sedar bahawa dia hanyalah hamba, dan seharusnya dia merasa insaf tentang letak duduk dirinya. Bukan mengangkat diri di atas orang lain, dengan mendakwa diri sebagai wakil Tuhan. Apabila orang sudah takut untuk berdampingan dengan orang agama, apakah lagi yang tinggal? Orang akan cuba mencari agamanya sendiri, tanpa mengharapkan lagi manusia separa-tuhan yang mabuk di atas singgahsana sendiri. Maka timbullah pula amarah dari golongan ahli agama ini apabila orang sudah mula mempersoalkan pendapat mereka yang tidak seiring dengan zaman. Dan timbullah pula label melabel dalam kalangan masyarakat.
Novel ini sememangnya membawa mesej penting kepada kita semua, khususnya dalam menguruskan agama dan institusinya. Jangan kita mengangkat seseorang menjadi tuhan, walaupun pada mulut kita menafikan. Sesuatu yang menarik, ketikamana novel Interlok menimbulkan kontroversi, ada persatuan Melayu yang mengurniakan anugerah ketokohan kepada SN Abdullah Hussain. Saya tertanya, adakah mereka ini sudah membaca novel ini yang penuh dengan tempelakan terhadap mereka?
Semoga kita mendapat manfaat yang besar dari penulisan novel ini.
Excellent! Hebat. Novel yang secara langsung menerangkan ciri2 Imam yang sepatutnya. Ia telah dibawa ke khalayak sebelum program Imam Muda dimulakan lagi.
Buku yang diterbitkan pada 1995 ini menawarkan pengalaman pembacaan yang cukup mengenyangkan mengenai makna dan pengalaman beragama menurut Islam. Intipati penting yang ingin disampaikan oleh penulis cukup akrab dengan lubuk hati pembaca kerana penulis membancuh wacana sastera Islam, hiburan, projek penterjemahan, pentadbiran, ekonomi, salaf-khalaf dan inti hakiki ibadah dengan gaya bahasa dan jalan cerita yang cukup membekas.
Buku ini merupakan karya ketiga beliau yang sempat kutelaah selepas karya Interlok – yang dibaca kerana ‘kontroversinya’ – dan Konserto Terakhir dan ternyata adikarya ini dikarang dengan ilmu yang padat dan cukup masak. Wacana Islam yang ‘daqiq’ disulam dengan plot yang mudah dan jalan cerita yang bersahaja, telah mengangkat karya ini ke takah yang lebih tinggi berbanding lambakan karya klasik tanah air yang lain sehingga diangkat ke layar perak pada hari ini.
Usai membaca buku ini, sudah tentu pembaca yang baru menelaah karya Abdullah Hussain akan menyangka beliau merupakan graduan Timur Tengah dek kerana intinya yang sangat sebati dengan lunas-lunas al-Quran, hadis, fiqh, sirah dan kisah-kisah para Sahabat selain penggunaan istilah-istilah khusus dalam ‘ulūm syar‘iyyah seperti ‘qafiyah, intiqal dan talfiq.
Seawal pembacaan lagi, Abdullah Hussain telah menguak makna hakiki setiap rukun Islam apabila beliau memulakan dengan perbahasan dua kalimah syahadah, erti solat sebagai tiang agama, puasa, zakat dan haji. Kata penulis, “Kita datang ke masjid mahu beribadat, mahu bermunajat dengan Allah maka kenapa pula kita mahu meninggalkan rumah-Nya dalam keadaan terburu-buru kalau kita tidak ada urusan yang mustahak?”
Plot cerita mula bercambah dengan wacana ibadah yang lain apabila Haji Mihad mula disiasat mengenai pembaharuan-pembaharuan yang cuba dilakukan oleh beliau selaku Imam masjid dan watak protagonis dalam novel ini. Apabila penulis menjernihkan semula makna ketika berwudhu’, kata penulis,
“Sebelum menghadapi Allah Yang Maha Agung anggota-anggota ini mesti bersih. Anggota-anggota yang selalu terdedah. Muka kita yang pertama kita tunjukkan kepada orang, kita bersihkan. Tangan yang selalu kita gunakan untuk pegang bermacam-macam benda yang kotor atau yang najis kita bersihkan. Mesti dicuci. Kemudian mulut. Mulut kita selalu berbau kerana makan dan minum atau kerana tidak makan, kerana selalu bercakap biasanya sedikit yang baik, banyak yang tidak baik. Cuci dan berkumur-kumur. Pada waktu itu juga sunat dimasukkan air ke dalam lubang hidung. Bersihkan dari segala habuk dan segala bau yang kita cium melaluinya. Kemudian, lengan kita ini, yang selalu terbuka sampai ke siku. Kepala. Kerana kebanyakan orang tidak menutup kepalanya. Jangan kita fikirkan tentang orang Arab yang pakai serban saja. Ada orang yang tidak pernah tutup kepalanya seperti orang sekarang, bagaimana? Orang dari benua lain. Sebab agama Islam ini agama untuk semua manusia, biarpun dia tinggal di Kutub Utara atau di Kutub Selatan, semuanya diambil kira. Kemudian telinga. Kemudian kaki. Nah, cantik bukan?”
Inti ini sangat mirip dengan hadis yang dibahaskan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab al-Azkār yang pernah kubaca lapan tahun lalu.
Mengorak kepada pertumbuhan plot, penulis turut melabrak makna mencari harta dan melaburkan kebajikan menurut lensa Islam. Kata penulis, “Mencari harta itu bukan satu kesalahan. Tetapi yang menjadi soalnya ialah bagaimana cara kita mencarinya, bagaimana pula kita menggunakan harta itu? Sekarang ini kita tengok ada hartawan di negeri-negeri Barat dengan harta mereka membina universiti, membina hospital, membuat yayasan penyelidikan tentang penyakit. Tetapi kalau kita macam ini saja, kais pagi makan pagi kais petang makan petang, apa yang kita boleh buat? Nampaknya orang kafir itu pula yang lebih banyak buat kebajikan daripada kita. Sedangkan dunia ini ialah tempat kita mencari bekalan untuk akhirat, jadi bekal yang macam mana yang kita boleh bawa?”
Kupasan yang paling menggiurkan sudah tentulah mengenai wacana penulisan, sastera dan penterjemahan dalam dunia Islam kerana di sinilah pembaca dapat melihat keluasan ufuk pembacaan penulis melalui nama-nama tokoh, kitab dan peristiwa sejarah yang dinukilkan dalam teks-teks kesusasteraan. Kata penulis,
“Kita di sini terlalu miskin dengan bahan-bahan sastera yang ditulis oleh penulis-penulis Islam yang agung untuk diambil jadi bandingan. Kita hanya mendengarnya saja tetapi tidak pernah membaca karya-karya Ibn Miskawaih misalnya. Tunggu sebentar! (Dia bangun menuju meja tulisnya dan membelek-belek sebuah fail. Lalu mencapai sehelai kertas dan setelah duduk dia membaca.) Ibn Rusyd, Al-Ma‘ari, Ibn Sina, Al-Farabi, Amir Asy-Syu‘ara Ahmad Syauqi, Al-Imam Al-Busyairi malah Imam Syafi‘i sendiri seorang penyair yang terkenal tetapi saya tidak pernah membaca hasil karyanya. Ada tidak ada pun terjemahan dalam bahasa Inggeris karya-karya Muhammad Iqbal, Omar Khayyam dan Ibn Khaldun. Karya Ibn Thufail Hay Bin Yaqzan saya cuma dapat melihat hasil kajiannya yang dibuat oleh Lenn Evan Goodman saja, padahal novel ini lebih awal daripada Robinson Crusoe. Sekarang inilah saja, baru ada karya-karya besar Islam yang dapat kita baca hasil terjemahan orang Indonesia. Mengapa hanya orang Indonesia saja, yang ada inisiatif untuk menterjemahkannya? Mengapa tidak orang kita? (Saya tidak menjawab dan setelah diam sejurus dia menyambung.) Banyak orang kita yang menuntut di Mesir dan di Iraq, saya tak fikir mereka itu menuntut ilmu agama saja siang malam sampai tak sempat membaca karya-karya sastera di negara itu? Banyak juga yang mengambil jurusan bahasa dan sastera Arab tak kan yang mengambil jurusan sastera itu tak baca buku-buku sastera? Hairannya kebanyakan mereka yang mengambil jurusan bahasa dan sastera itu balik ke mari jadi orang agama. Begitu juga yang pergi menuntut di India, di Pakistan dan di Parsi. Mereka mahir bahasa Urdu dan bahasa Parsi, dengan apa mereka memahirkan bahasa itu kalau bukan dengan membaca sasteranya? Tak kan tak tertarik untuk menterjemahkan ke dalam bahasa kita? Itulah malangnya bangsa kita ini.”
Setelah berbahas panjang mengenai idea-idea akar yang ingin dilontarkan, penulis mula berganjak kepada peleraian cerita tanpa mengabaikan penyelitan mesej-mesej penting secara bersahaja pada satu pertiga akhir novel.
Dengan kajian mendalam dan kepelbagai rujukan dari Ibn Khaldun, Imam al-Shafi‘i, Imam al-Ghazali, Syeikh Muhammad Ghazali, Taha Husain, Muhammad Husain Haykal dan Muhammad Asad hinggalah percikan-percikan Socrates, Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, al-Banna, al-Maududi dan Ibn Taimiyyah, novel ini sangatlah bersifat kalis zaman dan wajar ditelaah ramai kerana keakrabannya dengan denyut nadi dan sosiobudaya masyarakat tanah air yang begitu takutkan perubahan.
Semacam mendengar kuliah agama yang panjang dan tiada hujung. Begitulah yang saya dapat rasa ketika menekuni bacaan novel Imam ini.
Haji Mihad selaku Imam di Masjid Haji Salleh mendapat tentangan sebahagian daripada oleh orang kampungnya disebabkan pembaharuan yang dibawanya seolah-olah melanggar tradisi (fahaman lama) yang dipegang sejak dahulu. Ini boleh dikatakan pertembungan pemikiran Kaum Muda dan Kaum Tua.
Sarat dengan perdebatan dengan hujah yang dibawa oleh Imam Haji Mihad dengan orang kampung sehinggalah beliau disoal siasat oleh pihak autoriti Majlis Ugama misalnya soal mazhab, fahaman wahabi, polemik sastera Islamik, perbahasan tentang solat, zakat, haji dan sebagainya.
Kekurangan utama bagi saya dalam novel ini adalah pada bab ketiga. Soal siasat yang dijalankan oleh Majlis Ugama bersama orang kampung terhadap Haji Mihad terlalu meleret sehinggakan bab itu sahaja sudah memakan masa 1/3 daripada novel ini. Keduanya slang pelat yang digunakan oleh Sufi Lau yang banyak mengganggu bacaan. Walaupun kita tahu kebanyakan bangsa Cina pelat bila berbahasa Melayu, namun tidak perlu untuk diletakkan 'sebiji pelat' tersebut di dalam penulisan.
Selepas hampir 3 bulan membaca IMAM, akhirnya saya sampai juga ke halaman terakhir. Membaca IMAM ibarat membaca sebuah buku panduan agama Islam. Buku ini sangat bagus!
Biarpun hanya menggunakan latar tempat yang kecil tapi isi dalamnya luas dengan menyentuh bab agama, permuafakatan dan integriti dalam melaksanakan kuasa.
Tamak dalam membina pengaruh telah menjadikan Masjid Haji Salih sebagai 'mangsa'. Begitu juga dengan ketakutan dalam menerima perubahan membuatkan penduduk Kampung Anggerik Desa hidup dalam kecelakaan. _____________________ Pertembungan Haji Syamsuri dan Haji Mihad bagi saya telah membuka pelbagai pintu cerita disebalik pengurusan tadbir masjid. Malah, dapat memahami kepimpinan imam dan peranan sebenar masjid kepada masyarakat setempat.
Mengah nafas saya bila cuba menggauli perdebatan Haji Mihad dan pihak Majlis. Terutamanya mengenai isu akidah dan mazhab memang terasa ngilunya. Bab Interviu dan Inquisisi pula cara bijak penulis beri contoh gaya penulisan sastera Islamik yang lebih segar. Berani, benar dan bersahaja bila membaca.
Ada ketika beberapa babak dalam Interviu dirasakan seperti pengulangan. Namun setelah difikir semula ia satu gaya imbas semula yang menarik. Mengajak saya nilai secara baik identiti Haji Mihad dan Haji Syamsuri. _____________________ Tak sangka juga saya dapat habiskan karya Islamik begini. Kalau dahulu sering mengelak kerana tidak boleh memahami isi dalam. Ternyata kewibawaan Abdullah Hussain, Sasterawan Negara ke-8 ini dapat dirasai melalui novel Imam dan watak Haji Mihad.
Saya tak tipu ia memang bacaan yang penat seperti berjalan jauh. Tapi 𝘫𝘢𝘶𝘩 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯𝘢𝘯, 𝘭𝘶𝘢𝘴 𝘱𝘦𝘮𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯.
Sebuah novel yang sentiasa hidup dalam sanubari saya.
Momentum: 3.5/5. Tidak terlalu beban minda untuk meneruskan bacaan walaupun setiap bab agak panjang. Saya ambil masa 2 minggu untuk habiskan 700ms. 700/14=50ms setiap hari. Tingkat Bahasa: Sastera sederhana. Sesuai untuk pembaca matang. Ulasan: Buku ini saya kira boleh dijadikan rujukan agama bagi sesiapa yang ingin mengenali Islam dengan cara yang sebenar, sesuai dengan suasana budaya negara kita yakni nusantara, terutama dalam aspek akhlak. Tak salah juga untuk saya syorkan buku ini dijadikan sub-rujukan (tambahan kepada kitab2 yang sebenar hasil karangan imam2 muktabar) bagi imam2 yang bakal mengetuai masjid/surau. Tapi kene rajin membaca la kalau nak cakna. Ibarat kitab agama yang dinovelkan, tapi tiada candu2 mengkhayalkan seumpama cinta hanyut entah kemana dan seumpama. Ulang Baca: Ya. Berkemungkinan melebihi 2x terutama di bahagian Haji Mihad disiasat oleh pegawai agama. Difilemkan: Sangat perlu untuk mendidik rakyat terutama golongan pendidik. Tak semua rajin baca, tambahan tebal buku ni 700ms. Filem adalah jalan terbaik, tambah lagi dengan pelakon otai yang mampu menarik golongan dewasa untuk menonton. Dijangka mengundang kontroversi dikalangan ‘bijak pandai’ agama, ustaz2 segera dan seumpama. Tapi Kebenaran tidak mengenal redha manusia, Kebenaran hanya mengenal redha Allah. Disclaimer: Saya hanya membuat ulasan berdasarkan ilmu saya yang masih sempit dan terbatas. Lebih kepada pandangan peribadi dan bukan untuk umum. Background pendidikan bukan dalam bidang sastera, jadi sesuatu bacaan yang terlalu berat sasteranya sehingga terlalu payah untuk difahami akan saya nilai sekadarnya, tepat menurut hati dan akal saya. Setiap pandangan saya yang menampakkan sisi negatif atau kelemahan terhadap sesuatu tidak melambangkan lalu menjejaskan kredibiliti sebenar penulis ataupun yang berkaitan dengannya.
Idea paling besar rasanya dalam buku ini ialah memperbaharui pemahaman beragama itu sendiri. Sepatutnya buku ini dijadikan modul teks wajib pembacaan untuk semua penguatkuasa agama di negara ini!
Alhamdulillah habis dibaca selepas kali ketiga renew buku. Sekarang saya faham kenapa novel ini termasuk dalam senarai 100 novel bahasa melayu wajib dibaca. Buku ini diterbit pada 1995 namun isu-isunya masih relevan kini.
Berkisar seorang imam, Haji Mihad, seorang survivor konfrontasi 1969 dan merantau mencari ilmu di Indonesia, kembali ke kampungnya dan dilantik menjadi imam Masjid Haji Salih. Hj Mihad membawa banyak perubahan yang baik kepada masjid dan kampung itu. Namun segelintir pihak tidak puas hati dan mempunyai agenda menjatuhkan imam.
Bab pertama diakhiri dengan persoalan besar membuatkan saya terus membaca novel 705 mukasurat ini. Bibliografi dan nota kaki rujukan bagi setiap bab turut disertakan. Novel ini juga menyebut beberapa karya lain seperti Ihya Ulumuddin dan The Mukadimah (dah simpan dalam wishlist)
Saya kira Bab Inquisisi adalah bab yang berat bila soal mazhab yang dipegang oleh Hj Mihad dipersoal. Penemuduga terang-terang mahu mencari salah Hj Mihad sehingga sesi inquisisi berlarutan.
Geram saya dengan Hj Syamsuri, watak antagonis tetapi semua orang dalam kampung describe beliau sebagai baik. Itulah pengajarannya barangkali, jangan berprasangka buruk terhadap seseorang.
Kalau ada rezeki, nak juga memiliki karya hebat ini di rak buku sendiri.
"Agama Islam bukan agama orang Melayu saja, ini agama universal."
Imam, sebuah novel bergenre realisme, mengisahkan dugaan Haji Mihad sebagai imam Masjid Haji Salih setelah kembali ke kampung halamannya. Kepulangannya yang tidak disangka kerana dipercayai telah mati selama ini kini mendapat tentangan oleh segelintir orang kuat kampung itu kerana ikhtiarnya untuk membawa arus kemodenan dalam mengimarahkan masjid yang sudah lama menyepi. Tetapi tanpa Haji Mihad sedar ada konspirasi yang cuba untuk menjatuhkannya.
Novel ini bermula dengan waktu semasa di mana jemaah Masjid Haji Salih dikejutkan dengan khabar ada sesuatu terjadi kepada Haji Mihad dan penulis terus membawa pembaca ke waktu lampau di mana awal kemunculan semula Haji Mihad di kampungnya. Walaupun tempo penceritaannya dirasakan begitu perlahan, namun penulis berjaya memukau pembaca untuk teruskan pembacaan dengan gaya penulisan yang santai dan puitis. Ditambah pula isu tabu yang disentuh seperti konflik antara fahaman Mazhab Ahli Sunah Wal Jamaah dan Mazhab Wahabi serta isu berkaitan Raja Melayu yang semestinya dapat menarik perhatian dan membuka mata pembaca. Kehebatan penulis mengulas isu berat dalam novel ini dengan penuh teliti menunjukkan bahawa banyak kajian yang dilakukan dengan 12 halaman nota hujung untuk rujukan pembaca. Novel ini bukan sahaja menyentuh perihal konflik berkaitan agama malah juga menyentuh perihal konflik sosial sekitar hubungan kekeluargaan dan hubungan masyarakat yang menambah lagi rencam dalam novel ini. Selain daripada masalah editorial seperti kesalahan ejaan yang banyak, ada bab yang terasa lewah di mana berlaku pengulangan babak yang telah disampaikan melalui sudut pandang watak sampingan sebelum ini yang diceritakan semula pada bab seterusnya tetapi pada sudut pandang watak utama pula yang boleh dianggap kekurangan dalam novel ini. Namun begitu, disebabkan gaya penulisan yang mantap, hal demikian bukanlah perkara yang dapat mencacatkan novel ini. Antara perihal yang disentuh ialah ketulusan dalam memikul tanggungjawab dan kedengkian yang boleh membawa bahana.
Secara keseluruhannya, novel ini merupakan karya yang wajib dibaca oleh semua terutamanya mereka yang beragama Islam. Novel ini memberikan perspektif baru terhadap apa itu Islam dan bagaimana penganutnya harus mengamalkannya kerana Islam itu agama yang mudah tetapi penganutnya yang merumitkan agama sucin ini. Novel ini secara tidak langsung menjadi medium kritikan terhadap agama, sosial dan politik yang tidak akan lapuk ditelan zaman. Terima kasih atas usaha menerbitkan semula karya agung ini untuk generasi baru memilikinya.
Ketika baca buku ini, saya kerap kali berfikir ‘patutlah buku-buku sasterawan negara ni malar segar’. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ianya kerana isu yang dibincangkan dalam buku ini masih relevan sehingga kini. Isu-isu agama yang dinyatakan dan diperdebatkan dalam buku ini masih lagi diperdebatkan masyarakat kini. Alangkah bagusnya kalau ramai orang membaca buku ini. Sungguh mengagumkan bahawa SN Abdullah Hussain mampu menulis buku sebegini pada tahun 90-an.
Buku ini mengisahkan tentang Haji Mihad yang merupakan Imam di Masjid Haji Salih yang banyak membawa perubahan tatkala masyarakat pada ketika itu masih lagi tidak gemar akan perubahan terutamanya dalam bidang agama. Perubahan-perubahan yang dibawa banyak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat setempat namun turut mengundang amarah sesetengah pihak yang merasakan diri mereka tergugat, yang akhirnya mendorong kepada berlakunya malapetaka. Saya berpandangan bahawa setiap orang yang mahu jadi pemimpin perlu membaca karya agung ini dalam usaha untuk menjadi pemimpin yg baik.
Saya sangat tertarik dengan bentuk penulisan dan penceritaan dalam bab Interviu dan Inquisisi kerana ianya ‘straight-forward’ dan mengujakan. Perdebatan dan perbincangan dalam bab Inquisisi diibaratkan penulis menjawab segala persoalan agama yg timbul dari pembaca. Banyak input yang diperoleh menerusi buku ini. Walaupun buku ini tebal dan dikatakan ada pengulangan, namun ia tetap menarik perhatian saya untuk terus membacanya. Buku ini wajar dibaca oleh semua orang !!
all time favorite.been visiting public library since then... ages ago.
Rasminya memiliki Imam secara fizikal tanggal 2011. Naskhah setebal 705 halaman itu telah berkali-kali saya khatam. sungguh saya terpesona dengan segala yang dihidangkan penulis.
khutbahnya. sosok peribadi Imam Haji Mihad. Islah dan pembaharuan yang kembali disemarakkan. Masyarakat yang mudah menerima perubahan. Anak muda yang cenderung kepada fitrah dan berani menghadapi kehidupan. birokrasi dalam politik. sengketa dalam kehidupan. paling unik sistem waqaf yang dijadikan latar. bacaan yang memberi banyak hikmah dan iktibar
Seingat saya, naskah ini pernah saya baca sewaktu zaman persekolahan dan tidak saya ingat sama ada bacaan novel ini dapat saya selesaikan atau tidak.
Watak Haji Mihad sangat dekat dihati sepanjang pembacaan novel ini. Konsep ketuhanan, aqidah dan akhlak yg diketengahkan oleh penulis dalam novel ini sangat dekat dengan isu-isu masyarakat pada masa ini.
Ketokohan watak Haji Mihad selaku Imam wajar dicontohi oleh para pemimpin terutamanya.
Benarlah - “tahu hukum agama saja tetapi tidak beriman tiada gunanya dan kerana itu Allah melebihkan azab ke atas orang yang tahu hukum berbanding yang tidak tahu.”
Kerana ego, tamak, cemburu dan hasad dengki pelbagai boleh terjadi, termasuk membunuh. Inilah yang terjadi dalam masyarakat kita sekarang. Pada mereka orang lain tiada hak untuk menikmati kehidupan jauh lebih baik dan bagus dari mereka. Menjatuhkan bangsa sendiri demi maruah diri. Yang boleh kita pelajari dari novel ini jika kita ikhlas dalam melakukan kerja dan bersungguh-sungguh Allah akan sentiasa membantu dan memberikan rahmat serta rezeki tanpa disedari. Sikap sabar kunci terbaik.
I couldn’t remember when actually I read this book. But I read it fast in the same year I read Shit by Shahnon Ahmad so it must be in the year 1999.
This is a really heavy book in term of the topic, the content & the language. A very sad, heart-breaking story. I couldn’t bring myself to dislike it. It fit perfectly with the country’s geo-politic at the time. Gives you some adrenalin rush but well control and beautifully written. Thumbs up.
walaupun agak terlewat utk mengenali beliau dan novel ini tapi saya juga ingin membuat satu konklusi tentang novel ini. Sebuah novel yang agak berat kontennya, tp penyampaian yang sangat mengesankan.. Imam Mihad wajib dicontohi dan keikhlasan beliau ingin membawa pembaharuan walaupun mendapat tentangan daripada orang kampung. Pengakhiran cerita ini sangat menyayat hati namun apa yg berlaku telah diadili dengan sepatutnya.. 5 bintang untuk novel ni 😉
Buku tentang ulamak dan umarak yang terbaik yang pernah saya baca. Imam bukanlah hanya hadir sebagai seseorang yang mengimami solat jemaah di masjid. Ia lebih dari itu. Dan buku ini menjelaskan peranan imam dalam Islam. Peranan yang sewajarnya dipikul oleg seseorang.