Jump to ratings and reviews
Rate this book

Candal

Rate this book
Bukan mudah menjejakkan kaki ke sebuah Institut Pengajian Tinggi Terpencil. Pastinya, Daeng dan Emilia sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada tempat itu.

Penduduk sekitar mengatakan tempat itu disumpah semenjak berlakunya pembunuhan seorang pelajar perempuan dua tahun sebelumnya. Kematian demi kematian. Pembunuhan demi pembunuhan yang serupa berulang.

Abang Daeng, Dahri, pelajar tahun akhir di IPT berhasrat membongkar rahsia di sebalik sumpahan itu sebagai projek tahun akhirnya. Dahri dan kekasihnya, Sara mengajak Daeng membantu mereka. Mereka memulakan kajian bersama beberapa orang lagi pelajar baru bidang ekologi, Emila, Zaria, Fatin, Dayang dan Rabihah. Namun tanpa mereka sedari, ada bahaya yang mengintai mereka. Ada nyawa yang bakal melayang.

Ada kisah di sebalik seorang insan bernama Candal.

209 pages, Paperback

First published January 1, 2010

3 people are currently reading
28 people want to read

About the author

Siti Jasmina Ibrahim

19 books9 followers
Dilahirkan pada 3 April 1976 di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Saya lahir di rumah. Asal keturunan ibu dan ayah dari negeri yang kaya dengan Adat Perpatih. Saya adalah anak sulung pasangan Tuan Hj.Ibrahim Hj Ismail dengan Puan Hjh.Siti Shabedah Hj Nasir. Saya mempunyai dua orang adik.

Menjadi anak sulung, telah mendidik saya menjadikan disiplin sebagai kemestian di dalam hidup.

Jika mengikut bintang orang Greek, saya di dalam keluarga Aries, jika mengikut tahun Cina, saya dalam tahun naga. Jika ikut saya, itu semua tidak penting. Yang penting adalah keyakinan diri datang dari kekuatan hati yang berisi dengan iman di dada dan ilmu pengetahuan yang luas.

Saya suka pada jiwa yang optimistik. Ketawa dan senyum di wajah dan senyum di hati akan mengubat banyak penyakit jiwa dan fikizal. Saya suka membaca dan makan (walaupun berdiet dan jaga kesihatan, tapi makan tetap makan… yang berpatutan).

Kalau sukan yang saya minat menonton, ialah tennis dan bola sepak. Macam lelakikan? Bila dah kahwin ni, suami saya pun suka dua sukan ini, jadinya ada geng hendak menonton. Kalau saya sendiri hendak bersukan, saya pilih badminton, bowling, bola jaring dan bola tampar.

Saya mengenali dunia persekolahan bermula di usia 6 tahun apabila ayah mendaftarkan saya di sebuah rumah banglo setingkat di Taman Keramat yang diberi nama Sekolah Tadika Manja. Di rumah banglo setingkat itulah saya mengenali dunia baru. Dunia berkawan, berguru dan berilmu. Saya suka belajar. Bukan hendak
membangga diri, tetapi keluarga saya turut akui dan mereka bercerita bahawa saya memang suka belajar, sehinggakan saya demam panas yang teruk pun, saya menangis hendak pergi ke sekolah.

Kemudian saya meneruskan pengajian di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat (1) selama 6 tahun. Bermula tahun 1983 sehingga 1988. Sekolah itu di hadapan rumah saja. Kalau waktu rehat, saya dan kawan-kawan seronok sebab nantinya wan (nenek dalam panggilan orang Negeri Sembilan) akan menghulurkan makanan yang sedap-sedap dari pagar sekolah. Jimat duit belanja.

Saya telah membuktikan minat belajar saya itu apabila ranking keputusan peperiksaan selalunya mesti 5 terbaik. Semasa darjah 1, 3 dan 5, saya dapat nombor satu dan terbaik dalam matapelajaran Bahasa Malaysia. Selalunya hadiah yang ayah dan atuk beri ialah koleksi buku ilmiah dan buku cerita yang bersesuaian dengan usia saya. Waktu itu tak ada play station atau game video lagi, jadi bukulah hiburan dan teman saya. Mujur tak ada semua itu dulu, kalau tidak tentu saya tidak minta membaca.

Sewaktu itu saya masih tidak terfikir akan menjadi seorang penulis profesional. Saya selalu berangan hendak menjadi peguam. Dulu saya sangka jadi peguam senang, sebab perlu bercakap saja. Waktu sekolah rendah juga, sayalah Penolong Ketua Darjah dari darjah 1 hingga 6. Saya pengawas, pustakawan dan aktif di dalam Tunas Puteri sehingga wakil peringkat Daerah Gombak. Saya aplikasikan kemahiran bercakap, maklumlah nak jadi peguam.

Setelah mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR, saya meneruskan menimba ilmu di Sekolah Menengah Taman Keramat. Sebelah sekolah rendah. Setelah mendapat keputusan SRP yang agak baik juga, saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Asrama Penuh Mara Education Foundation College di Bangi. (ia MRSM yang diswastakan). Di sana saya belajar bersama dengan ramai anak-anak tokoh sastera terkenal tanah air, anak-anak menteri dan kerabat diraja di ketika itu. Satu cabaran juga kerana saya perlu bersaingan dengan pemikiran, budaya hidup dan kualiti akademik yang diharapkan oleh kolej. Alhamdulillah di sana saya banyak belajar bukan saja di dalam kuliah, tetapi juga di dalam hidup. Di sana saya mula berminat dalam penulisan apabila karangan saya selalu menjadi pilihan cikgu BM untuk dipamerkan dan dipilih sebagai karangan yang baik, tetapi cita-cita saya untuk menjadi peguam masih menebal walupun saya tahu, bukan sekadar bercakap saja baru boleh menjadi peguam. Saya mengambil jurusan Sains Tulen semasa SPM.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (24%)
4 stars
8 (32%)
3 stars
7 (28%)
2 stars
4 (16%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
September 3, 2010
Membaca novel pendek ini sedikit mencabar. Laras bahasa yang digunakan mungkin agak sukar untuk aku hadamkan. Memerlukan ketelitian namun tidak pun mematahkan semangat aku untuk meneruskan pembacaannya.

Sebuah cerita thriller yang begitu mengesankan. Plot-plotnya kemas dan isinya padat. Membuatkan aku terus terpaku dan tak mahu berpaling daripadanya. Membawa kita mengintai kehidupan Kampung Pualam yang dihantui dengan sumpahan si Candal. Penduduk mengatakan tempat itu disumpah semenjak berlakunya pembunuhan seorang pelajar perempuan dua tahun sebelumnya. Kematian demi kematian. Pembunuhan demi pembunuhan yang serupa berulang.

Daeng dan Emilia pernah merasakan ‘sesuatu’. Dilanda permainan emosi yang maha hebat di awal-awal sesi pendaftaran mereka di institusi tidak jauh daripada kampung tersebut. Namun akal menyangkal. Mungkin itu semua adalah ilusi semata-mata. Baik Daeng mahupun Emilia menyepikan diri. Endah tak endah dengan kejadian itu.

Abang Daeng, Dahri, pelajar tahun akhir berhasrat menjadikan sumpahan itu sebagai projek tahun akhirnya. Niatnya ingin membongkar rahsia di sebalik pembunuhan kejam Julia, mangsa yang dibunuh secara kejam oleh Candal. Dahri dan kekasihnya; Sara mengajak Daeng membantu mereka.

Pada mulanya Daeng enggan. Namun desakan abangnya itu tidak mampu dielak. Daeng meminta bantuan teman sekuliahnya. Emilia, Zaria, Fatin, Dayang dan Rabihah teman sekelas dalam bidang ekologi dipelawa. Dahri sebagai ketua kumpulan begitu bersemangat. Dia memang mahu menyelesaikan kes yang tergantung sejak dua tahun yang lalu.

Namun kematian Fatin ketika sesi itu menggemparkan semua. Cara pembunuhan Fatin memang saling tak tumpah dengan Julia. Insiden itu membuatkan ahli-ahli kumpulan mula merasa bimbang. Ada sejarah lama yang disembunyikan oleh orang kampung tersebut. Rabihah meminta projek itu dihentikan. Amaran daripada pakciknya masih kuat di ingatan. Dahri menolak. Semangatnya begitu berkobar-kobar untuk mencari petunjuknya.

Umpama sumpahan yang mengekori mereka semua, Dayang pula yang ditemui mati. Diikuti dengan pembunuhan Sara di depan mata Dahri. Kini nyawa masing-masing terasa di hujung tanduk. Siapa sebenarnya pembunuh bersiri itu? Dan siapa pula Candal? Mari susuri sumpahan Kampung Pualam yang penuh dengan tanda tanya. Mungkin saja anda dapat menyelami permainan misteri yang dititip oleh si Candal.
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews33 followers
December 27, 2012
Mengisahkan Emilia yang melanjutkan pengajian ke salah 1 kampus cawangan IPTA Malaysia...di mana kampus tersebut pernah berlakunya tragedi pembunuhan yg melibatkan sakah seorang pelajar di situ...Julia...

Plot penceritaan agak ringkas...di mana Emilia & rakan2 sebiliknya...Dayang...Fatin & Rabihah...& Daeng mengalami kejadian2 pelik semasa minggu orientasi...

Candal nie merupakan gelaran orang kampung terhadap seorang budak yg istimewa...di sbbkn keistimewaan ini lah dia di kurung & di layan seperti haiwan oleh orang kampung...aku akui pada setiap bab penulis seperti merepek/membebel sehinggalah bila 4,5 bab yg terakhir baru aku perasan...bahawa diawal setiap bab...penulis ada menceritakan serba sedikit psl Candal ni..cuma penceritaannya kekadang buat kita terganggu dgn jalan cerita yg panjang...

apa2 pn...kejadian yg menimpa Julia...di alami juga oleh kwn2 Emilia...hingga Emilia & Daeng cuba membongkar siapa dalang di sebalik semua yg berlaku terhadap Candal..sehingga dia seperti mesin pembunuh...klu ikut kamus dewan...Candal bermaksud buruk, hina & jahat...tp penulis menyatakan..."Candal ada dalam kesempurnaan manusia...rupa baik, sifat terluah nampak baik ttp hitam hatinya"..renung2kn & selamat berama
Profile Image for Nurul Lina  Mohd Nor.
Author 2 books1 follower
December 19, 2013
It's hard for me to make my way through the first few pages. Candal is too repetitive in its introduction, making the reading quite boring. The theme is my interest, but still Candal can't get it way through my heart since the writing seems immature; maybe the novel is meant for young readers. The diegetic structure is so predictable, leading me with no thrill-experience while reading it. Jasminah has also left the injected surrealism and mystical issue suspended and unanswered. Making the paradigm so loose, but fortunate enough to be tightened up by the author's rhetoric's skill. Anyway, I do support this novel, and Siti Jasminah due to her effort in providing more assortments of colours in Malaysian's literature.
Profile Image for Miyuke.
197 reviews2 followers
February 27, 2022
Candal menurut Kamus Dewan membawa maksud buruk, hina dan jahat. Pada awal bacaan sudah sedikit terganggu dengan latar yang agak berserabut dan berlebih-lebihan di mana semuanya perlu dihadam untuk meneruskan pembacaan. Ayat yang digunakan juga terlalu melewah.

Plot novel ini agak mudah namun penggunaan struktur ayat hyperbola yang digunakan oleh penulis menyukarkan pembaca untuk terus menikmati penceritaan.
230 reviews4 followers
December 16, 2012
Sebuah cerita misteri yang menggerunkan. Siapakah yang telah membunuh gadis-gadis di sekitar kampung itu? Membunuh dengan cara yang amat mengerikan. Penulis berjaya menghidupkan suasana yang menyeramkan melalui penulisannya di samping memancing pembaca untuk terus membaca sehingga ke muka surat terakhir.
60 reviews4 followers
May 25, 2011
candal ni hantu jin ke manusia yang jadi hantu
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.