Jump to ratings and reviews
Rate this book

Laskar Cinta

Rate this book
Rimba sempadan Thai-Myanmar mungkin seindah Kashmir, ibarat syurga yang tersembunyi, 'kaw thoo lei'. Namun, syurga ini tidak pernah damai. Sengketa telah sekian lama menodai keamanannya. Kaum Karen terpaksa menjadi pelarian di bumi sendiri dan mereka sentiasa mendambakan kembali tanah air mereka.

Nadine, seorang gadis Malaysia yang patah hati kerana putus tunang telah membawa diri ke sempadan Thai-Myanmar dan menjadi sukarelawan di sebuah kem pelarian kaum Karen. Dia mengharapkan dapat menemui ketenangan, namun yang terzahir indah khabar dari rupa. Kerana pertelagahan dan dendam, Nadine menjadi mangsa culik kumpulan pengedar dadah.

Kim, seorang remaja kaum Karen yang tidak percayakan perang dapat menyelesaikan masalah. Dia berhasrat membantu kaumnya dengan cara lain, dan bercita-cita berhijrah ke Amerika melalui program penempatan semula pelarian. Namun, apabila permohonannya gagal, dia memberontak. Kim akhirnya menyertai rakan-rakannya menyertai kumpulan pejuang gerila.

Setelah seorang rakan mereka dibunuh dengan kejam di hadapan mata, akhirnya mereka sedar identiti sebenar pejuang gerila yang Kim dan rakan-rakannya sertai.

Bagai serigala berbulu kambing, atas nama perjuangan mereka mengangkat senjat

218 pages, Paperback

First published January 1, 2010

8 people are currently reading
14 people want to read

About the author

Isma Ae Mohamad

12 books24 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (9%)
4 stars
14 (42%)
3 stars
15 (45%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for azie.
17 reviews3 followers
October 14, 2010
Hampir setiap helaian muka surat novel ini saya selak dengan penuh debaran ingin tahu apa bakal terjadi seterusnya. Segalanya sukar ditebak. Sempadan Myanmar-Thailand rupa-rupanya sarat dengan pergolakan antara etnik Karen, pejuang pemisah, pasukan militia dan askar. Juga, remaja yang mengalami pergolakan perasaan sama ada turut menjadi gerila yang konon-kononya berjuang menuntut hak mereka.

Ia membuat saya terfikir adakah mereka ini mangsa keadaan atau mereka yang memangsakan diri sendiri kerana keadaan itu mereka juga yang cipta? Sungguh, tidaklah sesuatu itu berlaku dengan sia-sia melainkan ada pengajaran yang boleh diambil kalau bukan bagi mereka sendiri, tapi pada kita yang membacanya.. Jangan ikut perasaan-itu yang selalu dipesan.

Sudah sampai masanya kita memandang serius dan mencari penyelesaian isu kemanusiaan yang berlaku di rantau ini-walaupun tidak boleh campur tangan urusan dalam ngara ASEAN, tapi melakukannya atas dasar kemanusiaan masih bolehkan?

Tahniah saudara Isma, atas terbitnya novel sulung anda. Terima kasih kerana membuka mata saya dan pembaca lain tentunya dalam melihat sisi lain kehidupan manusia di dunia ini, dan betapa bersyukurnya kami atas nikmat yang Allah berikan kerana menjadi seorang yang diiktiraf warganegara tanpa perlu jadi pelarian.

P/s: Kepada Isma, menyesal pula saya tak menghasut kamu letakkan nama saya sebagai salah satu watak dalam novel yang best ni, patutnya saya terus-terusan ‘melobi’ ketika masih dalam draf lagi..ubah Nadine tu jadi nama saya hahaha =D. Takpelah..next time la ya hehe. Teruskan berkarya!
Profile Image for Erniefaizal.
23 reviews
March 31, 2013
Pagi saya Myanmar itu ialah Aung San Suu Kyi, Junta Tentera dan pelarian Rohingya. Namun novel ini membuka mata saya pada sesuatu yang tidak pernah saya tahu - antara konflik yang tertua di dunia.
Profile Image for Ummu Auni.
664 reviews
November 27, 2010
Sejujurnya saya tidak pernah mengikuti program Ganding Baca yang dianjurkan Goodreads Malaysia, namun apabila ada sahabat GR MY yang menghasilkan karya dengan sebuah syarikat penerbitan, saya kira saya harus mencubanya. Tambahan lagi dengan bersungguhnya Isma menghadiahkan novel tulisannya sendiri kepada saya, terima kasih Isma!

Tahniah penulis kerana berani mengetengahkan isu yang selalu dipandang lekeh. Untuk saya yang cetek ilmu itu, banyak pengetahuan yang dapat saya kutip dari novel ini. Untuk etnik Karen yang sungguh saya tidak pernah ketahui, tentang perjuangan mereka. Ralit saya membacanya. Saya baru menyudahkan pembacaan novel Dari Beirut ke Jerusalem. Saya kira kisah etnik Karen dengan penduduk Palestin lebih kurang sama, menjadi pelarian di tanah air sendiri. Dan menelusuri sejarah Karen, saya kira ianya setua sejarah Palestin.

Sedikit sebanyak saya menggali ilmu dari novel ini. Betapa banyak negara yang tulus menerima pelarian Karen tetapi bagaimana dengan Malaysia? Hati saya sedikit tercarik dan merasakan negara saya selalu mendabik dada ingin segah negara maju, tetapi kadang kala terpejam mata dengan penderitaan mereka yang berhampiran. Apabila membaca tentang etnik Rohingya di akhir penceritaan, saya teringat sebuah rumah anak yatin/orang susah yang didirikan di Selayang, di mana mereka tidak dapat bekerja/belajar kerana mencari perlindungan di Malaysia, dan status orang yang mencari pelindungan, terhad langsung tidak boleh bekerja atau menuntut ilmu sebagaimana orang lain. Dan mereka sering dilupakan dan terkadang muncul di dada akhbar apabila kita berbondong-bondong memberikan derma ketika bulan Ramadhan, namun kemudian dilupakan.

Saya sedih kerana etnik Karen bercita-cita untuk memperbaik hidup mereka tetapi mereka perlu berhijrah ke negara luar. Berbeza dengan kita yang sentiasa alpa dengan nikmat yang ada.

Plot cerita digubal agar berjaya menarik perhatian pembaca, cuma saya terkadang terasa keliru, adakah begitu banyak gerila Karen di dalam hutan? Maknanya sudah wujud pelbagai puak sehingga tidak mungkin wujud bersatunya etnik Karen?

Malahan terkadang perlu menyelak helaian yang perlu dibaca untuk menghubung kait dengan apa yang terjadi sebelumnya. Walaupun novel ini dikategorikan sebagai Roman Militari, tidak sebegitu banyak adegan pertempuran yang diceritakan secara terperinci sehingga mampu memualkan pembaca dengan adegan ganas. Masih ada sedikit tempat yang boleh diperbaiki, seperti kisah Nadine (mungkin boleh diselusuri lebih mendalam), tambah-tambah lagi, bapanya pula seorang tycoon. Tajuk Laskar Cinta mungkin diletakkan untuk menarik pembaca dari golongan Hawa, malahan kulit hadapan agak feminis, hehe

Perjuangan Karen ibarat perjuangan Palestin. Saya sendiri tidak dapat meneka apakah penghujungnya. Banyak lagi yang saya perlu selami.

Untuk buah tangan Isma ini, saya beri 3.5 bintang. Bukan bermakna tidak perlu dimiliki, saya kira buah tangan ini berbaloi untuk dimiliki.
Profile Image for Fariza.
212 reviews54 followers
October 18, 2010
Laskar Cinta mengungkap kisah kehidupan pelarian kaum Karen yang tinggal di Kem Mae La. Ianya dimulakan dengan kedatangan seorang sukarelawan baru dari Malaysia, Nadine yang dijemput oleh rakan karibnya yang juga seorang sukarelawan yang telah beberapa lama berkhidmat di kem tersebut. Kemudian novel ini berkembang dengan pengenalan kepada watak-watak baru yang kemudian membawa pembaca kepada realiti kehidupan kanak-kanak di Mae La dan harapan mereka.

Pembaca kemudian seolah dibawa untuk terus membaca kerana plot novel ini berubah dengan cepat apabila Nadine ditangkap kemudian terdapat kumpulan anak-anak Karen masuk ke dalam hutan menganggotai kumpulan gerila. Boleh dikatakan penulis nyata cuba menyelit sedikit kiasan berbaur sindiran terhadap media Malaysia dan menjadikan suspen terhadap kehilangan Nadine pudar dengan teknik penulisan penulis yang mempunyai unsur humor.

Pengakhiran novel ini menjawab persoalan pembaca terhadap prinsip penulis dengan Epilog wawancara yang menarik. Beliau mengaku sebagai orang luar mungkin terdapat pemerhatian beliau yang kurang tepat mengenai etnik Karen malah menganggap ianya adalah ketakutan beliau terhadap penerimaan karya beliau. Antara yang terkesan di hati saya adalah jawapan penulis terhadap soalan wartawan mengenai kepercayaan penulis terhadap demokrasi. Penulis sekadar menjawab, "Tidak sepenuhnya". Menarik! Saya seolah ingin menyelongkar pemikiran penulis Thailand ini.

http://farizahrin.blogspot.com/2010/1...
Profile Image for Bsplayer.
39 reviews3 followers
December 13, 2010
Laskar Cinta, penuh dengan plot-plot dramatik, saspen dan kadang-kala terselit satira buat kita pembaca di Malaysia. Watak-wataknya pula saling berdokongan atas kapasiti persabahatan, setia kawan dan semangat patriotik. Kisah cinta dan sayang tumpah melata hingga ke penghabisan ceritanya. Namun begitu, iktibar yang dibawakan pengarangnya dapat membangunkan kita untuk membuka mata dengan lebih luas. Seperti saya yang baru sedar kewujudan kaum Karen di negara Myanmar, yang ditindas dan Isma menegaskan tunjang ilmu adalah rimbun kehormatan dan nilai harga diri sebagaimana saya tertarik pada dialog antara Kim dan Ibu Mary.

"Hari itu dia pulang dengan kekecewaan. Dia mengadu kepada Ibu Mary. "Ibu, murah sangatkah budak seperti saya ini?"
"Tidak sayang".
"Kalau begitu, bagaimana saya dapat jadi berharga seperti Ibu?".
"Dengan Ilmu".

http://budakkilang.wordpress.com/2010...
Profile Image for Dayat.
93 reviews3 followers
October 30, 2010
Sedikit selsema, hari ini saya memberi MC kepada diri sendiri dari ke kuliah Maghrib. Laskar Cinta memilih saya untuk dibaca.

Karen yang saya kenal adalah teacher Karen, cikgu tadika saya yang tinggi lampai mempunyai anak gadis yang tercomel bernama Megi- pojaan warga tadika.

Laskar Cinta memaklumkan saya dengan Karen yang merupakan bangsa dan negeri serta konfliknya. Secara bersahaja, penulis membawa pembaca kepada isu dan pergolakan yang dihadapi oleh rantau kita, politik dan kemanusiaan.

Saya tak tahu sebuah novel gerila boleh jadi menghiburkan tetapi itulah kesnya dalam Laskar Cinta. Mungkin ia mengingatkan salah satu khayal waktu kecil saya iaitu angan menjadi Rambo yang gagah perkasa raja tempur hutan belantara.

Laskar Cinta saya baca tanpa henti. Atau mungkin komen Nadine guru bahasa Inggeris: "Engaging. I read it in one seating."




Profile Image for Haryati Abd. Halim.
239 reviews15 followers
November 15, 2010
Kisah Nadine yang menginfaqkan masa dan tenaga di Kem sempadan Thai- Myamnar yang di kenali sebagai Mae La setelah putus tunang atas ajakan Roxana. "Taman" ini digambarkan berbau busuk, dipenuhi selut dan lumpur apatah lagi ketika itu musim hujan melanda.

Saya sangat tersentuh dengan dialog antara Nadine dan May, bila ditanya tentang cita-citanya. Beliau bercita-cita menjadi pejuang kemerdekaan, bukan pelakon atau penyanyi sepertimana cita-cita remaja Malaysia. Ahh! Betul seperti apa yang ditulis pengarang, di Malaysia semuanya mencukupi. Nikmat keamanan yang tak pernah kita persoalkan. Nikmat kemerdekaan yang serba mengasyikkan.

Juga impian dan harapan remaja seperti Kim dan Nay yang ingin berhijrah ke luara negara untuk memajukan diri dan bangsa.
Profile Image for Najmuddin.
Author 5 books47 followers
February 20, 2011
Saya beri 3 bintang dulu untuk novel karya rakan cyber Isma Ae ini. Ulasan lanjut akan saya tulis bila sudah kembali ke KL, tidak dikelilingi anak2, anak2 saudara, adik beradik dan ipar. Juga nasi kerabu, nasi belauk, pulut bakar dan lain2. Biar saya enjoy dulu. Kamal (eh, Isma) boleh tunggu.

Ok. Sila ke blog saya untuk ulasan lanjut: http://mudin001.com/2011/02/20/laskar...
Profile Image for Eisraa.
16 reviews
Currently reading
April 23, 2011
BismiLLAH.


Baru baca mukasurat 72. =)
Profile Image for Kataklicik.
938 reviews18 followers
March 27, 2017
Well told, and I'd have given it another star if not for the cliff-hanger ending.
Profile Image for Aly.
17 reviews
August 6, 2011
Mula-mula rasa bosan sikit hehe Dah masuk pertengahan, baru teruja baca. Patut ada sambungannya.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.