Matahari by Tere Liye.
- Buku ketiga selepas buku Bumi dan Bulan.
- Macam biasa, cerita kisah pengembaraan Raib, Seli dan Ali. Tapi kali ini, 3 sekawan ni mengembara ke tempat yang tak terjangkau dek akal. Ya, ke klan Bintang.
- Menarik bukan? Tapi, kat mana terletaknya klan Bintang ni? Hehe. To be honest, mula-mula aku fikir klan ni ada dekat angkasa, typically bintang kan memang kat angkasa. Tapi tak, klan ni ada dekat dengan kita. Korang baca, aku taknak bagitahu.
- Dalam kisah kali ini, diorang sendiri yang decide untuk pergi mengembara. Ni semua idea Ali. Diorang pergi dengan apa pun korang baca sendiri. Tapi, kisah kali ni lebih tonjolkan kebijaksanaan Ali dan serba sedikit kisah hidup dia. Ali yang cipta something untuk membolehkan diorang ni mengembara.
- Ada juga terselit kisah keluarga Raib. Aku menangis baca tu. Haha mungkin emosi terlebih masa tu.
- Oh ya, mesti korang terfikir kali ni teknologi di klan Bintang macam mana pulak kan? Kalau korang dah baca siri Bumi siri Bulan, korang dah boleh bayangkan macam mana teknologi di dua klan tu, tapi dekat klan Bintang ni, peradaban diorang lagi maju dan canggih.
- Sebab, dulu asal usul klan Bintang ni pun sebab para ilmuwan dan saintis dari klan Bulan dan Matahari yang wujudkan. So, diorang la yang cipta teknologi tu semua. Maksudnya, penduduk klan Bintang ni takde kuasa pun. Kalau ada, tu susur galur dari klan Bulan dan Matahari.
- Aku nak spoil sikit, mula-mula aku ingatkan takde pape pun yang berlaku dekat klan tu, rupa-rupanya Dewan Bandar dekat klan ni ada niat yang lagi jahat. Memang jahat gila, lagi jahat dari Ketua Majlis dekat klan Matahari. Tapi aku taknak cerita banyak, kau baca.
- Macam biasa, baca buku Tere Liye yang ada kaitan pasal sains futuristik ni banyak la aku tahu pasal dunia sains dan teknologi. Banyak gila. Aku dapat tahu lapisan perut bumi, pasal teknologi dan bila fikir balik memang ada huraian pun di sebalik sains tu sendiri.
- Dalam buku ni jugak, kuasa yang dimiliki oleh tiga sahabat ni semakin hebat. Lepas tu, persahabatan diorang pun makin akrab. Aku suka karakter Ali, sebab dia seorang yang sangat positif, genius pulak tu.
- So korang kena baca. Aku tak sabar nak baca next siri iaitu buku Bintang. Oh, kalau korang perasan, tajuk buku tu tak menceritakan pun kisah diorang dekat klan tersebut. Maksudnya dalam buku Bumi, diorang dah mengembara ke Bulan, dalam Bulan, diorang dah kat Matahari and the list is going on. Camana pulak kan bila dekat Bintang nanti. Tak sabar nak mengembara sekali !
- Buku ni bagi aku worth to read for !
#2019readingchallenge
#duniaBOOKku📚
#bukulimabelas